Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,080,292
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
- Teaser Bab 41 - Aku terima nikahnya!


                           “Hello Encik Pilot awak ingat kerja nikah dengan kahwin tu 

                                       setakat pergi fitting baju aje ke?" MAYA


Aku memandang cincin yang tersarung di jaris manisku. Sesekali aku mengerling ke arah Izzaz yang sedang fokus memandu. Aku seakan masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku kepadaku sebentar tadi iaitu ketika Izzaz melamarku di hadapan Abah dan Abang Bukhary. Aku ingin bertanya tentang itu kepada Izzaz sejak kami mula masuk ke dalam kereta tapi aku tidak berani. Namun atas desakan hati yang terlalu ingin mengetahui mengapa lelaki itu begitu berani melamarku dan menetapkan tarikh pernikahan dengan begitu cepat sekali, akhirnya aku beranikan diri juga untuk membuka mulut. Aku menelan liur sebelum bertanya.

“Iz saya tengah mimpi ke sekarang ni?” Ujarku.

“Mimpi?” Izzaz nampak bingung.

“Iyalah saya mimpi ke bila awak melamar saya tadi. Betul ke tak lama lagi kita akan bernikah. Rasa macam tak percaya pulak.” Tambahku.

Dengan wajah yang serius Izzaz tiba-tiba mencubit lenganku yang terus membuatkan aku menjerit kesakitan.

“Sakitlah.” Aku mengusap lenganku. Satu jelingan aku hadiahkan kepadanya.

Izzaz tergelak. “Sakitkan? Maksudnya sekarang ni kau tak bermimpi Cik Maya oii.”

“Dah tu kenapa awak tu pandai-pandai tetapkan tarikh nikah kita? Saya tak buat persiapan apa-apa lagi lah.” Aku rasa bengang pula dengan rancangannya yang bagiku terlalu drastik itu.

“Kau tak payah risau lah. Yang itu aku dah uruskan dah. Sepupu aku ada butik pengantin, esok kita pergi pilih baju.” Selamba Izzaz berkata seperti itu.

Aku tergelak sinis. “Hello Encik Pilot awak ingat nikah dengan kahwin tu setakat pergi fitting baju aje ke? Banyak lagi benda wajib yang kena buat. Awak dah pergi kursus kahwin ke?” Soalku.

“Dah. Kau?” Soalnya pula.

“Saya sudah.” Balasku ringkas.

“Dah tu nak tunggu apa lagi, senang aje lepas ni pergi daftar dekat jabatan agama, panggil tok kadi dan nikah.” Wajah Izzaz yang nampak selamba itu semakin membuatkan hatiku bertambah gusar dengan pilihan yang telah aku lakukan.

Aku jadi tidak senang duduk apabila memikirkan yang tidak lama lagi aku bakal menjadi isteri kepada Izzaz, seorang lelaki yang baru aku kenali dan yang paling penting dia juga merupakan sepupu Firqin. Itu bermakna yang aku sebenarnya tidak lari pun dari hidup Firqin kerana selepas ini mustahil kami tidak akan bertembung bila aku bakal menjadi sebahagian daripada keluarganya. 

Aku sempat menelan liur tatkala membayangkan bagaimana penerimaan Firqin nanti bila dia mengetahui yang aku berkahwin dengan sepupunya sendiri walhal kami pernah berkawan rapat sebelum ini. Macam mana pula nanti kalau aku masih ada perasaan cinta terhadapnya apabila kami berdepan semula? Aku harap tidak. Oh! Betapa rumitnya keadaan yang harus aku hadapi nanti. 

Tetapi apabila aku fikirkan semula, entah-entah Firqin sendiri tidak ambil kisah langsung tentang hal itu dan aku seorang saja yang terlalu risau. 'Kalau aku terlalu ikutkan perasaan, nanti aku sendiri juga yang semakin sakit jiwa.' Sudahnya aku cuba abaikan perkara itu dari terus berlegar-legar di dalam kepalaku.

‘Mungkin lelaki di sebelah aku ni sudah ditakdirkan untuk aku agaknya.’ Kataku di dalam hati sambil wajah Izzaz aku pandang lama.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


           “Abang Izzaz...saya minta maaf. Saya tak akan melawan, menjeling 

       dan mengutuk abang yang hensem, baik hati dan budiman ini lagi.” IZZAZ


“Aku pernah cakap ke yang aku benci kau? Jadi kau nak buat apa sekarang ni?” Soal Izzaz pula.

Aku berpusing menghadapnya. Kali ini aku mahu kata-kata yang bakal keluar dari mulutku akan terus meresap masuk ke dalam kepala dan jiwanya. Biar dia faham dan rasa perasaan aku ketika itu.

“Kalau masa setahun tu telah berlalu dan masih tiada perasaan istimewa antara kita, saya rela awak lepaskan saya kerana awak berhak untuk hidup dengan orang yang awak cintai. Saya pasti gosip tentang awak pasti dah reda masa tu.”

“Macam mana pula dengan kau? Habis tadi bukan ke kau kata yang kau setuju kahwin dengan aku tanpa sebarang syarat ke?” Soal Izzaz.

Aku mengangguk. “Saya tak letakkan sebarang syarat pun Iz. Saya cuma kata kalau dalam tempoh masa yang awak tetapkan tu kita masih tak serasi, tak sehaluan dan masih saling membenci, kita berhak untuk mencari kebahagiaan masing-masing.” Tambahku lagi walau pun aku sendiri tidak tahu dan tidak faham apa sebenarnya yang sedang aku katakan.

“Merepek lah alasan yang kau bagi tu. Aku tak nak ikut. Sekarang ni aku yang Bos, kau kena ikut cakap aku, bukan aku yang kena ikut cakap kau.” Izzaz bagaikan tidak ambil berat langsung tentang apa yang sedang aku katakan ketika itu.

“Tapi ada kemungkinan yang awak akan jumpa dengan orang lain kan? Begitu juga saya. Satu hari nanti mungkin awak harus lepaskan saya bukan, siapa tahu? Awak tak ada jaminan untuk itu pun kan? Saya sendiri tak rasa selamat dan tidak mempercayai yang awak boleh hidup dengan saya sampai bila-bila.” Balasku yang jujur aku luah dari hatiku terhadapnya.

“Kalau aku kata aku tak nak lepaskan kau macam mana? Aku nak simpan kau dalam rumah aku tu macam Rapunzel.” Izzaz sengaja mendugaku.

“Saya akan sebarkan gosip satu Malaysia ni yang awak tak suka perempuan!” Ugutku.

Izzaz terus mencapai dan menarik telinga kananku. “Aduh sakitlah Iz. Lepaslah!” Aku mengaduh kesakitan.

“Aku tak nak lepas sebelum kau minta maaf.” Izzaz masih memegang telingaku.

“Tak nak!” Bentakku geram.

“Oh melawan ya! Belum jadi isteri aku dah suka melawan, nanti bila dah jadi isteri aku dan kau suka melawan lagi, aku tarik telinga kau macam ni lagi.” Ujar Izzaz yang berperangai seperti kanak-kanak.

“Saya minta maaf.” Ucapku.

“Tak dengar, pendek sangat. Lagipun tak ikhlas aku dengar.” Izzaz juga tidak mahu mengalah.

“Awak nak apa?” Aku cuba melepaskan diri namun gagal.

“Aku nak kau ulang balik ayat aku ni sebijik-sebijik, faham.”

“Izzaz macam budak darjah satu!” Aku kembali melawan. Melepaskan geramku kepadanya yang tiba-tiba berperangai macam budak-budak kecil.

“Faham tak?” Izzaz memegang telingaku yang sebelah lagi.

“Faham!” Aku memandangnya tajam.

“Abang Izzaz...saya minta maaf. Saya tak akan melawan, menjeling dan mengutuk abang yang hensem, baik hati dan budiman ini lagi.” Ujar Izzaz.

“Saya tak nak ulang kata-kata awak ni. Rasa nak muntah pulak rasanya. Perasan!” Aku juga tidak mahu mengalah.

Izzaz menarik telingaku sekali lagi. “Kau ulang apa yang aku cakap tadi cepat, kalau tak nak, aku tak akan lepas telinga kau ni. Biar sampai pagi esok pun tak apa, aku sanggup. Karang kau tak jadi Rapunzel tapi jadi Chimpanzee yang ada telinga lebar.” Izzaz semakin galak mengusikku.

Mahu tidak mahu dengan rasa geram dan menyampah, aku ulangi satu-persatu ayat yang Mr. Lion King katakan tadi. Izzaz ketawa puas hati mendengarnya. Terpamer riak bangga di wajahnya kerana dia rasa dia telah menang ‘perlawanan perang mulut’ di antara aku dengannya malam ini. Tapi tidak semudah itu aku akan beri piala kemenangan kepadanya. Sebaik saja dia melepaskan tangannya dari telingaku, aku terus mencapai tangan kanannya dan aku gigit sekuat hatiku.

“Maya sakit!” Teriak Izzaz. Dia akhirnya yang mengaku kalah dan meminta maaf semula kepadaku. ‘Padan muka! Baru kau kenal perangai sebenar bakal isteri kau ni.’ Ujarku puas di dalam hati sebelum aku keluar dari keretanya dan terus lari masuk ke dalam rumahku.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Izzaz Rayqal. Selesai saja lafaz, lelaki itu tersenyum memandang wajahku. Aku membalas pandangannya, di dalam hati turut merasa kesyahduan tatkala lelaki itu melafazkan akad nikah sebagai tanda menjadikan aku sebagai isterinya yang sah. Aku ditemani Umi, Farhin dan Amani di kiri dan kananku yang nampak gembira dengan pernikahanku ini.

Aku beralih pula memandang ke arah Abah dan Abang Bukhary yang duduk di sebelah Izzaz. Aku berasa gembira kerana ahli keluargaku turut hadir memberi sokongan dan semangat kepadaku walau pun Mama dan Kak Long tidak aku nampak sejak tadi. Aku tersenyum apabila teringat pada pesanan Abah sebelum akad nikah berlangsung tadi di mana Abah kata yang dia sudah mengupah beberapa orang pengawal keselamatan di luar sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau aku bakal melarikan diri seperti yang pernah aku lakukan sebelum ini.

Selesai bacaan doa dan mengerjakan solat sunat nikah, Izzaz mula mendekatiku untuk upacara menyerahkan mas kahwin dan membatalkan air sembahyang. Debaran di dalam dadaku ketika itu sudah tidak dapat aku gambarkan melalui kata-kata lagi. Tatkala Izzaz duduk bersila betul-betul di hadapanku, aku seakan-akan kaku. Wajahnya aku tatap lama sambil di dalam hati terus menahan gelodak debaran yang tidak pernah aku rasakan seumur hidupku.

Usikan dari teman-teman dan saudara maranya yang lain membuatkan wajahku semakin merona kemerahan menahan malu. Izzaz pula nampak berseri-seri sambil senyuman tidak lekang dari mulutnya.

“Sudahlah bajunya sedondon, sama cantik dan sama padan pulak tu. Kita yang tengok ni pun rasa teruja lebih. Cepatlah sarungkan cincin tu, kamera sana sini dah bersedia nak tangkap gambar pengantin baru ni.” Usikan dari salah seorang mak ciknya membuatkan aku tersipu-sipu malu. Ditambah pula dengan gelak tawa tetamu-tetamu lain yang menyambut usikan itu.

“Maya...” Lembut Izzaz memanggil namaku.

“Hmmm...” Aku mendongak mencari wajahnya. Aku akui hari ini lelaki itu nampak sangat segak di mataku. Sempat aku memuji di dalam hati untunglah siapa yang jadi isterinya, eh kejap aku lah orangnya. Aku sudah sah menjadi miliknya!

“Abang janji akan buat yang terbaik untuk kita berdua.” Ujarnya lalu sebentuk cincin disarungkan ke jari manisku. Spontan tangan kanannya terus aku capai lalu aku cium. Agak lama tangan suamiku itu aku cium kerana ketika itu ada berpuluh-puluh wartawan tidak berdaftar asyik kata ‘lama sikit cium tu’ sebab mereka mahu merakam detik-detik indah kami.

Selesai aku mencuim tangannya, Izzaz semakin merapatiku. Debaran di dalam dada tatkala itu aku rasakan sudah tidak keruan lagi. Izzaz senyum memandang wajahku sebelum tangan kanannya memegang bahuku dan sebelah lagi memegang daguku agar aku sedikit mendongak memandang wajahnya. Tidak lama selepas itu terasa satu kucupan hinggap di dahiku. Bagaikan terkena renjatan elektrik, tiba-tiba aku rasakan sesuatu sedang mengalir masuk ke dalam salur darahku dan terus ke hati. Kami saling berbalas pandangan membawa bersama perasaan aneh yang mula membenih di dalam hati. Namun aku tidak pasti apakah perasaan yang sedang aku rasakan ketika itu, mungkin ianya berlaku kerana aku terlalu terkejut agaknya. Aku cuba menyedapkan hati.

Perasaanku itu dibawa pergi oleh suara-suara yang mengusik meminta Izzaz mencium dahiku sekali lagi dan lebih lama dari tadi. Izzaz menggaru-garu kepalanya. Dia juga nampak segan dan tersipu-sipu sama sepertiku apabila rakan-rakan dan saudara-maranya tidak putus-putus mengusik kami sejak tadi. Aku dapat merasakan kemeriahan berada di kalangan saudara-maranya yang suka mengusik. Rasa seperti selebriti pula hari ini apabila aku rasa lebih dari lima puluh kamera dari pelbagai jenama telefon bimbit yang canggih, kamera digital dan macam-macam lagi yang fokus ke arah kami berdua.

“Iz apa yang nak dimalukan tu. Lama sikit cium dahi isteri kau tu.” Usikan dari salah seorang rakannya membuatkan aku bertambah malu. Namun aku akui dalam masa yang sama aku dapat merasakan kebahagiaan dan kegembiraan apabila diraikan oleh berpuluh-puluh orang yang mengerumuni kami petang itu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


You all berdua ni siapa ya?” Soalku masih bertoleransi.

Mereka tersenyum sinis. Kemudian seorang daripada mereka yang berbaju merah itu mendekatiku. “Kami berdua ni girlfriends Izzaz. Kitorang terkejut jugak bila dapat tahu Iz tiba-tiba kahwin dengan perempuan yang dia baru kenal. I cuma nak ingatkan you yang you tu cuma kena game aje dengan dia.”

“Girlfriends? Kena game? Apa maksud kamu berdua ni?” Aku menyoal pula.

“Betul tu. Kami berdua ni teman wanita dia dan kami tak tahu entah berapa banyak lagi dia ada. Entah-entah you hanya salah seorang dari koleksi dia agaknya.” Perempuan berselendang hitam itu ketawa sinis.

“Izzaz mainkan I?” Soalku lagi seakan tidak percaya.

“Maya!” Izzaz memanggilku. Ketika Izzaz sedang melangkah mendekatiku, kedua-dua orang perempuan tadi segera masuk ke dalam kereta mereka dan terus beredar. Aku hanya menjadi pemerhati apabila wajah Izzaz jelas nampak terkejut apabila menyedari dua orang wanita itu adalah teman-teman wanitanya. Izzaz kembali memandangku.

“Maya...dengar apa yang aku nak cakap ni.” Izzaz nampak resah.

“Iz saya tak nak dengar apa-apa penjelasan pun dari awak.” Aku menjelingnya sebelum aku masuk ke dalam keretanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.