Danial Amsya keluar dari pejabatnya ke Putrajaya.
Dengan menunggang motosikal Ducatinya meluncur ke destinasi yang dijanjikan.
Alia juga menuju ke Alamanda dengan keretanya sendiri gaya pakaiannya hari itu gaya
feminim yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen semasa dengan dress hitam
baju putih dan blazer puteh, dia mengenakan shawl berwarna merah jambu muda
dengan wajahnya disapu meka-up yang nipis namun wajah cantik dan ayunya amat
menyerlah apatah lagi dia memakai cermin mata sunglass Levis yang amat
disayanginya.
Amsya tiba di Alamanda terlebih dahulu dia menghantar
massage kepada Alia.
“Jumpa depan pintu utama”
Alia menerima massage yang dihantar Amsya lalu membalasnya.
“Ok. On the way”
Hari itu Amsya berpakaian baju kemeja slim fit
berwarna merah jambu berjaket hitam menampakkan tubuhnya yang segak smart
bergaya.
Amsya melihat ke kiri kanan mencari kelibat Alia,
tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke
arahnya. Terpegum Amsya melihat gadis yang berjalan itu adalah Alia. Tanpa
berkelip memandang Alia sehingga tidak tersedar Alia di depannya.
“En. Amsya.” Jerit Alia didepan Amsya. Amsya tersentak
kemudian tersenyum manis kearah Alia.
“En.Amsya sudah lama sampai?” Sapa Alia lagi.
“Baru jer.” Jawab Amsya. Sambil memerhati Alia dengan
gaya yang begitu cantik dan menawan.
“Kita nak berbincang dimana?” Soal Alia lagi.
“Entah.” Jawab Amsya sepatah.
“Aduh! Awak nih kenapa pula tidak tahu. Jomlah ikut
saya kita ke Garden Restoran” Balas Alia, dengan langkah yang laju menuju ke
Garden Restoran, Amsya mengikut langkah Alia yang laju itu dan berjalan
seiringan rapat dengan Alia. Alia memandang kearah Amsya disebelahnya.
“En.Amsya, jalan jauh-jauh sikit dengan saya jangan
dekat sangat.” Pinta Alia sambil menguitkan tangannya membuatkan Amsya terkejut.
Inilah kali pertama wanita menolak dari berjalan dengannya. Tergaman Amsya
seketika kemudian tersengih menggelengkan kepala. Amsya memperlahankan
langkahnya memberi ruang pada Alia berjalan sedikit jauh darinya.
Sampai sahaja di Garden Restoran Alia memilih tempat
duduk. Dia meletakkan telefon bimbit, kunci kereta, cermin mata dan dairinya di
atas meja Amsya duduk di depan Alia, tidak melepaskan pandangannya dari Alia.
Dilihatnya pakaian dan aksesori Alia yang menawan itu. Walaupun tidak
berpakaian seksi tapi Alia tetap seksi dimata Amsya.
“Cantik Alia hari ini?” Puji Amsya. Sudah mula Alia
menjawab dengan gaya poyonya.
“En.Amsya, saya hari-hari cantik. Tidak payah nak
puji-puji saya, saya tidak suka.”
“Cantik cermin mata Levis lagi, bergayalah Alia ni”
Puji Amsya lagi. Alia perasan Amsya memandang kunci kereta Hyundai Sonatanya.
Dia mengangkat anak kunci kereta kearah Amsya.
“Style is a
number one for me, up to date. Kereta Syafikah. Bila lagi nak bergaya
dengan kereta bos.” Balas Alia. Amsya tersengih melihat gelagat Alia yang
ceria.
“Lia, ada facebook tak?” Soal Amsya.
“Facebook tak mainlah.” Jawab Alia selamba.
Seorang pelayan datang kearah mereka meletakan menu.
Mereka memesan makan untuk tengah hari itu. Selepas mengambil pesanan pelayan
itu beredar. Amsya menyambung perbualan mereka lagi.
“Kenapa Alia tiada facebook?”
“Untuk apa facebook, nak tayang apa? nak tayang
muka kita dalam facebook lepas itu ambil gambar sedang makan, pakai baju
seksi-seksi, pergi situ pergi sini semua nak tayang pada orang?’ Sorrylah
En.Amsya, muka saya nih mahal lagi pun saya bukan artis semua aktiviti kita
perlu bagitahu orang. For your information En.Amsya my face, my body, my
live is a privacy just for one person.”
Alia mengangkat kening kepada Amsya. Terkejut Amsya
tidak pernah lagi dia mendengar gadis berkata begitu.
“Untuk siapa?” Tanya Amsya dengan hairan.
“For my hubby.” Jawab Alia matanya memandang
tepat ke mata Amsya. Tersengih Amsya kemudian dia tergelak mendengar penjelasan
Alia. Detik hatinya.
“Jadi kau untuk akulah.” Dia ketawa lagi. Alia melihat
Amsya, perasan dengan jawapannya. Terus dibalasnya.
“Hoi! En.Amsya jangan nak kotor fikiran awak tu, saya
bukan untuk awak. My means hubby adalah suami yang sayang dan cinta saya.
Dan saya juga sayang dan cinta dia. understood. Bukan macam awak.
Sudah…awak nak bincang apa dengan saya.”
Kali ini mata Alia liar memandang ke kiri dan kanan
kadang-kadang dia berpaling ke belakang. Amsya memerhati gelaga Alia itu.
Terkerut dahinya.
“Alia Nasuha, awak tengok apa?” Soalnya.
“Perhatilah takut ada orang kenal tengok kita ambil
gambar ke? Serang saya ke?.” Jawab Alia.
“Kenapa pula” Tanya Amsya lagi.
“Iyalah saya keluar dengan kekasih orang. Dibuatnya
orang ambil gambar kita lepas itu hantar whatsApp pada kekasih awak.
Saya tidak kisah En.Amsya tapi kesian kekasih awak, kalau dia serang saya. Saya
buka silat berat saya kerjakan dia.” Jawab Alia.
Sekali lagi Amsya tergelak mendengar pengakuan Alia.
Dia teringat bagaimana Alia ditolak oleh Tengku Umairah membuatkan kakinya
terseliuh.
“Awak kenapa, gelakkan saya.” Soal Alia melihat Amsya
ketawa pada dia.
“Saya rasa
bukan awak yang kerjakan kekasih saya. Tapi sekali kekasih saya tolak awak
tersungkur awak. Balas Amsya dengan gelak ketawanya.
“Kekasih awak gemuk ke?” Balas Alia. Dia juga ketawa.
“Awak ini kelakarlah Alia lawak.” Balas Amsya. Dia
ketawa lagi.
“Kalau awak nak ketawa macam ini tengok raja lawak.”
Balas Alia. Tergelak lagi Amsya.
“Ha…ketawa puas-puas. Cepatlah nak bincang apa?”
Soalnya dengan suara sikit menjerit.
“Ok, ok…bincang pasal kahwin kita lah. Hari Sabtu nak
bertolak pukul berapa? Apa yang saya perlu bawa untuk ke rumah awak.” Tanya
Amsya.
“Bawa diri awaklah En.Amsya. Kalau awak tidak pergi
pun tidak apa. Biar ummi pergi dengan saya saja.”
“Mana boleh kita pergi sama-sama, kita pergi dengan
kereta saya.” Balas Amsya.
“Tidak payah awak follow saya. Saya pergi dengan kawan-kawan
saya. Kita bertolak pukul tujuh atau tujuh setengah saya pergi rumah awak. Satu
lagi lepas bincang kita terus balik penginap di Terengganu. Hotel nanti saya
booking.” Bicara Alia membuatkan Amsya tersentak. Dia menganggukkan kepala.
“Ummi suruh beli cincin.” Kata Amsya.
“Cincin? Buat apa?” Soal Alia terkejut.
“Iyalah takkan nak pergi tangan kosong pinang anak
orang. Awak nak cincin yang macam mana? Kita pergi beli lepas makan. Ummi suruh
bincang dengan Lia, hantaran dan belanja mas kahwin berapa Alia mahu? Nanti
senang nak bincang dengan family Lia.” Balas Amsya.
Alia terkedu. Diam seketika tersentuh hati sebak juga
dia mendengarnya, mukanya tadi ceria kini bertukar suram. Apa tidaknya berkahwin
dengan cara begini. Jawabnya bersahaja
“Ikut awak dan ummi sajalah.” Amsya memerhati Alia
dengan tajam perasan dengan perubahan perangai Alia ketika itu. Tidak berminat
untuk membincangkan soal perkahwinan mereka.
“Alia, awak kenapa.” Soal Amsya sedikit mengeluh.
“Tiada apalah teruskanlah.” Jawab Alia. Amsya juga
terdiam seketika apabila pelayan datang ke meja mereka menghantar makanan.
Selesai sahaja menghidang makanan pelayan tadi beredar.
“Tiga puluh ribu, tujuh dulang boleh?”Tanya Amsya.
Alia mendengarnya lalu menjawab.
“Banyak tu, tiga ribu jer.” Terkejut Amsya dengan
jawapan Alia, terkerut dahi.
“Tiga ribu? Mana ada lagi belanja kahwin banyak itu
Lia. Awak nak barang apa atas par? Lia mahu buat majlis macam mana?” Balas
Amsya.
“Ikut awaklah duit awak bukan duit saya pun. Saya
tidak fikir lagi barang-barang tu. Saya nak majlis ringkas panggil saudara mara
terdekat sahaja. Makanlah dulu En.Amysa” Kata Alia Nasuha.
“Tidak payah berenciklah dengan saya, panggil abang.”
Pinta Amsya. Alia memandang kearah Amsya dengan muka yang masam.
“Bila masa pula mak saya bersalinkan awak. Panggil
awak saja tidak payah nak berabang-abang. Jawab Alia membuatkan Amsya mengeluh
panjang sambil menggeleng kepala.
“Kita makan dulu” Balas Amysa. Mereka berdua menikmati
makan yang dipesan tanpa bersuara, masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali
Amsya memandang Alia yang diam sambil menjamah makanannya. Selesai sahaja makan
Amsya mengajak Alia beredar dari situ. Mereka menuju ke kedai emas untuk
membeli cincin.
Sampai sahaja di kedai emas S.Wan Jewels mereka terus
masuk menuju ke bahagian cincin. Tersenyum manis salah seorang pekerja wanita
disitu memandang kearah mereka. Senyum jurujual itu dibalas oleh mereka berdua.
“Boleh saya tolong encik berdua cari apa?” Soal wanita
itu.
“Cincin tunang dan cincin kahwin.” Balas Amsya.
Wanita itu membawa mereka bahagian cincin lelaki.
Dilihatnya dimeja cermin disitu berkilau-kilau cincin didalamnya. Alia
menunjukkan satu cincin gangsa berbatu permata. Wanita itu mengambilnya lalu
memberi kepada Amsya. Amsya memakainya padam dengan jarinya, Alia masih memilih
yang lain begitu juga Amsya. Tiba-tiba telefon bimbit Amsya berdering dia
melihat diskrin, Tengku Umirah. Dia memandang Alia disebelahnya.
“Tunggu kejap” Kata Amsya. Dia bangun dari kerusi yang
diduduknya menjawab panggilan itu sambil berjalan keluar dari kedai emas itu.
Dia tidak mahu Alia mendengar perbualannya dengan Tengku Umairah.
Alia menjeling
kearah Amsya yang keluar dari kedai untuk menjawab panggilan. Hati Alia berkata
“Kekasihlah tu telefon.” Tanpa mengendahkan Amsya, Alia terus mencari cincin
tunang dan kahwin mereka berdua. Dia tidak peduli pandangan dan pendapat
Amsya tentang cincin yang dibelinya.Dia
sudah dapat menduga pasti buah hati Amsya yang menelefon. Alia mengabaikan
semua itu, selesai dia memilih cincin untuk Amsya dia berpindah ke bahagian
cincin wanita.
“Hello sayang.” Jawab Amsya. Setelah dia keluar dari
kedai emas tadi untuk menjawab panggilan Tengku Umairah.
“Abang di mana sekarang?” Soal Tengku Umairah.
“Ada di Putrajaya, abang ada kerja sikit. Kenapa
sayang rindu abang ke?” Soal Amsya.
“Iyalah, dua tiga hari ini Mairah perhatikan abang
susah nak telefon. Sibuk sangat ke? sudahlah malam-malam tunggu tidak telefon.”
Balasnya dengan nada manja dan merajuk.
“Sorry sayang, abang memang sibuk sekarang.” Balas
Amsya.
“Tidak kira petang nih Umairah nak jumpa abang juga.
Sayang tahu tak esok hari apa?” Soal Umairah lagi.
“Hari apa?” Soal Amsya
“Alah abang ni…esokkan harijadi Mairah lupa lah tu.”
Jawab Umairah semakin merajuk. Amsya mengeluh panjang dia memang tidak ingat
harijadi kekasihnya itu. Namun untuk tidak membuat Umiarah tersingung dia
menjawab.
“Ingat saja buat lupa. Sayang nak apa abang belikan.”
Pujuk Amysa.
“Nak gelang emas.”Jawab Tengku Umairah selamba.
“Nanti abang belikan. Kita jumpa petang nanti, ok
sayang.” Balas Amsya.
“Umairah pegi rumah abang malam ini. Desak Tengku
Umairah.
“Ok,abang tunggu Mairah.”
Setelah menjawab pangilan Tengku Umairah.Amsya masuk
semula ke kedai emas itu lalu ke bahagian gelang wanita dia mencari gelang
untuk Tengku Umairah. Alia melihat Amsya yang sedang sibuk memilih gelang. Alia
meneruskan memilih cincinya tanpa menghiraukan Amsya. Setelah semuanya telah
dipilih oleh Alia. Alia menyerahkan semua barang kemas itu kepada pekerja tadi untuk
dikira. Dia mengeluarkan kad debitnya untuk membayar. Setelah membayar dia
terus ke tempat Amsya yang masih lagi sibuk mencari gelang. Dia meletakkan bag barang
kemas yang dibelinya tadi didepan Amysa.
“En.Amsya, ini cincin saya, cincin awak ada dengan
saya.” Kata Alia. Amsya terperanjat dan tergaman seketika dia melihat paper bag
didepannya lalu memandang Alia.
“Saya balik dulu En.Amsya.” Kata Alia sekali lagi.
Amsya terdiam tidak berkata apa. Pekerja di situ memandang kepada mereka
berdua. Alia terus melangkah keluar dari kedai itu. Amsya mengaup mukanya dan
mengeluh panjang. Dia terus menyambung mencari gelang kepada Tengku Umairah.
Selesai memilih dia mengeluarkan kad kreditnya menyerahkan kepada jurujual itu.
“Kira sekali dengan tadi.” Pinta Amsya.
“Yang tadi gadis itu sudah bayar.”Balas jurujual itu.
“Semua? Berapa?” soal Amsya lagi. Jurujual mengambil
gelang ditangan Amsya. Dia menjawab persoalan dari Amsya.
“Yang ini belum, Yang tadi semuanya RM6,650.00.” Jawab
jurujual itu pada Amsya. Terkejut juga Amsya, Alia membayar semuanya. Dia
mengangguk. Jurujual itu menyerahkan kredit kadnya dan sekeping kertas salinan
dari kad kreditnya. Dia menyain salinan itu. Kemudian dia beredar dari situ.