Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 20

Danial Amsya keluar dari pejabatnya ke Putrajaya. Dengan menunggang motosikal Ducatinya meluncur ke destinasi yang dijanjikan. Alia juga menuju ke Alamanda dengan keretanya sendiri gaya pakaiannya hari itu gaya feminim yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen semasa dengan dress hitam baju putih dan blazer puteh, dia mengenakan shawl berwarna merah jambu muda dengan wajahnya disapu meka-up yang nipis namun wajah cantik dan ayunya amat menyerlah apatah lagi dia memakai cermin mata sunglass Levis yang amat disayanginya.

Amsya tiba di Alamanda terlebih dahulu dia menghantar massage kepada Alia.

“Jumpa depan pintu utama”

Alia menerima massage yang dihantar Amsya lalu membalasnya.

Ok. On the way”

Hari itu Amsya berpakaian baju kemeja slim fit berwarna merah jambu berjaket hitam menampakkan tubuhnya yang segak smart bergaya.

Amsya melihat ke kiri kanan mencari kelibat Alia, tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Terpegum Amsya melihat gadis yang berjalan itu adalah Alia. Tanpa berkelip memandang Alia sehingga tidak tersedar Alia di depannya.

“En. Amsya.” Jerit Alia didepan Amsya. Amsya tersentak kemudian tersenyum manis kearah Alia.

“En.Amsya sudah lama sampai?” Sapa Alia lagi.

“Baru jer.” Jawab Amsya. Sambil memerhati Alia dengan gaya yang begitu cantik dan menawan.

“Kita nak berbincang dimana?” Soal Alia lagi.

“Entah.” Jawab Amsya sepatah.

“Aduh! Awak nih kenapa pula tidak tahu. Jomlah ikut saya kita ke Garden Restoran” Balas Alia, dengan langkah yang laju menuju ke Garden Restoran, Amsya mengikut langkah Alia yang laju itu dan berjalan seiringan rapat dengan Alia. Alia memandang kearah Amsya disebelahnya.

“En.Amsya, jalan jauh-jauh sikit dengan saya jangan dekat sangat.” Pinta Alia sambil menguitkan tangannya membuatkan Amsya terkejut. Inilah kali pertama wanita menolak dari berjalan dengannya. Tergaman Amsya seketika kemudian tersengih menggelengkan kepala. Amsya memperlahankan langkahnya memberi ruang pada Alia berjalan sedikit jauh darinya.

Sampai sahaja di Garden Restoran Alia memilih tempat duduk. Dia meletakkan telefon bimbit, kunci kereta, cermin mata dan dairinya di atas meja Amsya duduk di depan Alia, tidak melepaskan pandangannya dari Alia. Dilihatnya pakaian dan aksesori Alia yang menawan itu. Walaupun tidak berpakaian seksi tapi Alia tetap seksi dimata Amsya.

“Cantik Alia hari ini?” Puji Amsya. Sudah mula Alia menjawab dengan gaya poyonya.

“En.Amsya, saya hari-hari cantik. Tidak payah nak puji-puji saya, saya tidak suka.”

“Cantik cermin mata Levis lagi, bergayalah Alia ni” Puji Amsya lagi. Alia perasan Amsya memandang kunci kereta Hyundai Sonatanya. Dia mengangkat anak kunci kereta kearah Amsya.

Style is a number one for me, up to date. Kereta Syafikah. Bila lagi nak bergaya dengan kereta bos.” Balas Alia. Amsya tersengih melihat gelagat Alia yang ceria.

“Lia, ada facebook tak?” Soal Amsya.

Facebook tak mainlah.” Jawab Alia selamba.

Seorang pelayan datang kearah mereka meletakan menu. Mereka memesan makan untuk tengah hari itu. Selepas mengambil pesanan pelayan itu beredar. Amsya menyambung perbualan mereka lagi.

“Kenapa Alia tiada facebook?”

“Untuk apa facebook, nak tayang apa? nak tayang muka kita dalam facebook lepas itu ambil gambar sedang makan, pakai baju seksi-seksi, pergi situ pergi sini semua nak tayang pada orang?’ Sorrylah En.Amsya, muka saya nih mahal lagi pun saya bukan artis semua aktiviti kita perlu bagitahu orang. For your information En.Amsya my face, my body, my live is a privacy just for one person.”

Alia mengangkat kening kepada Amsya. Terkejut Amsya tidak pernah lagi dia mendengar gadis berkata begitu.

“Untuk siapa?” Tanya Amsya dengan hairan.

For my hubby.” Jawab Alia matanya memandang tepat ke mata Amsya. Tersengih Amsya kemudian dia tergelak mendengar penjelasan Alia. Detik hatinya.

“Jadi kau untuk akulah.” Dia ketawa lagi. Alia melihat Amsya, perasan dengan jawapannya. Terus dibalasnya.

“Hoi! En.Amsya jangan nak kotor fikiran awak tu, saya bukan untuk awak. My means hubby adalah suami yang sayang dan cinta saya. Dan saya juga sayang dan cinta dia. understood. Bukan macam awak. Sudah…awak nak bincang apa dengan saya.”

Kali ini mata Alia liar memandang ke kiri dan kanan kadang-kadang dia berpaling ke belakang. Amsya memerhati gelaga Alia itu. Terkerut dahinya.

“Alia Nasuha, awak tengok apa?” Soalnya.

“Perhatilah takut ada orang kenal tengok kita ambil gambar ke? Serang saya ke?.” Jawab Alia.

“Kenapa pula” Tanya Amsya lagi.

“Iyalah saya keluar dengan kekasih orang. Dibuatnya orang ambil gambar kita lepas itu hantar whatsApp pada kekasih awak. Saya tidak kisah En.Amsya tapi kesian kekasih awak, kalau dia serang saya. Saya buka silat berat saya kerjakan dia.” Jawab Alia.

Sekali lagi Amsya tergelak mendengar pengakuan Alia. Dia teringat bagaimana Alia ditolak oleh Tengku Umairah membuatkan kakinya terseliuh.

“Awak kenapa, gelakkan saya.” Soal Alia melihat Amsya ketawa pada dia.

“Saya rasa bukan awak yang kerjakan kekasih saya. Tapi sekali kekasih saya tolak awak tersungkur awak. Balas Amsya dengan gelak ketawanya.

“Kekasih awak gemuk ke?” Balas Alia. Dia juga ketawa.

“Awak ini kelakarlah Alia lawak.” Balas Amsya. Dia ketawa lagi.

“Kalau awak nak ketawa macam ini tengok raja lawak.” Balas Alia. Tergelak lagi Amsya.

“Ha…ketawa puas-puas. Cepatlah nak bincang apa?” Soalnya dengan suara sikit menjerit.

“Ok, ok…bincang pasal kahwin kita lah. Hari Sabtu nak bertolak pukul berapa? Apa yang saya perlu bawa untuk ke rumah awak.” Tanya Amsya.

“Bawa diri awaklah En.Amsya. Kalau awak tidak pergi pun tidak apa. Biar ummi pergi dengan saya saja.”

“Mana boleh kita pergi sama-sama, kita pergi dengan kereta saya.” Balas Amsya.

“Tidak payah awak follow saya. Saya pergi dengan kawan-kawan saya. Kita bertolak pukul tujuh atau tujuh setengah saya pergi rumah awak. Satu lagi lepas bincang kita terus balik penginap di Terengganu. Hotel nanti saya booking.” Bicara Alia membuatkan Amsya tersentak. Dia menganggukkan kepala.

“Ummi suruh beli cincin.” Kata Amsya.

“Cincin? Buat apa?” Soal Alia terkejut.

“Iyalah takkan nak pergi tangan kosong pinang anak orang. Awak nak cincin yang macam mana? Kita pergi beli lepas makan. Ummi suruh bincang dengan Lia, hantaran dan belanja mas kahwin berapa Alia mahu? Nanti senang nak bincang dengan family Lia.” Balas Amsya.

Alia terkedu. Diam seketika tersentuh hati sebak juga dia mendengarnya, mukanya tadi ceria kini bertukar suram. Apa tidaknya berkahwin dengan cara begini. Jawabnya bersahaja

“Ikut awak dan ummi sajalah.” Amsya memerhati Alia dengan tajam perasan dengan perubahan perangai Alia ketika itu. Tidak berminat untuk membincangkan soal perkahwinan mereka.

“Alia, awak kenapa.” Soal Amsya sedikit mengeluh.

“Tiada apalah teruskanlah.” Jawab Alia. Amsya juga terdiam seketika apabila pelayan datang ke meja mereka menghantar makanan. Selesai sahaja menghidang makanan pelayan tadi beredar.

“Tiga puluh ribu, tujuh dulang boleh?”Tanya Amsya. Alia mendengarnya lalu menjawab.

“Banyak tu, tiga ribu jer.” Terkejut Amsya dengan jawapan Alia, terkerut dahi.

“Tiga ribu? Mana ada lagi belanja kahwin banyak itu Lia. Awak nak barang apa atas par? Lia mahu buat majlis macam mana?” Balas Amsya.

“Ikut awaklah duit awak bukan duit saya pun. Saya tidak fikir lagi barang-barang tu. Saya nak majlis ringkas panggil saudara mara terdekat sahaja. Makanlah dulu En.Amysa” Kata Alia Nasuha.

“Tidak payah berenciklah dengan saya, panggil abang.” Pinta Amsya. Alia memandang kearah Amsya dengan muka yang masam.

“Bila masa pula mak saya bersalinkan awak. Panggil awak saja tidak payah nak berabang-abang. Jawab Alia membuatkan Amsya mengeluh panjang sambil menggeleng kepala.

“Kita makan dulu” Balas Amysa. Mereka berdua menikmati makan yang dipesan tanpa bersuara, masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali Amsya memandang Alia yang diam sambil menjamah makanannya. Selesai sahaja makan Amsya mengajak Alia beredar dari situ. Mereka menuju ke kedai emas untuk membeli cincin.

Sampai sahaja di kedai emas S.Wan Jewels mereka terus masuk menuju ke bahagian cincin. Tersenyum manis salah seorang pekerja wanita disitu memandang kearah mereka. Senyum jurujual itu dibalas oleh mereka berdua.

“Boleh saya tolong encik berdua cari apa?” Soal wanita itu.

“Cincin tunang dan cincin kahwin.” Balas Amsya.

Wanita itu membawa mereka bahagian cincin lelaki. Dilihatnya dimeja cermin disitu berkilau-kilau cincin didalamnya. Alia menunjukkan satu cincin gangsa berbatu permata. Wanita itu mengambilnya lalu memberi kepada Amsya. Amsya memakainya padam dengan jarinya, Alia masih memilih yang lain begitu juga Amsya. Tiba-tiba telefon bimbit Amsya berdering dia melihat diskrin, Tengku Umirah. Dia memandang Alia disebelahnya.

“Tunggu kejap” Kata Amsya. Dia bangun dari kerusi yang diduduknya menjawab panggilan itu sambil berjalan keluar dari kedai emas itu. Dia tidak mahu Alia mendengar perbualannya dengan Tengku Umairah.

Alia menjeling kearah Amsya yang keluar dari kedai untuk menjawab panggilan. Hati Alia berkata “Kekasihlah tu telefon.” Tanpa mengendahkan Amsya, Alia terus mencari cincin tunang dan kahwin mereka berdua. Dia tidak peduli pandangan dan pendapat Amsya tentang cincin yang dibelinya.Dia sudah dapat menduga pasti buah hati Amsya yang menelefon. Alia mengabaikan semua itu, selesai dia memilih cincin untuk Amsya dia berpindah ke bahagian cincin wanita.

“Hello sayang.” Jawab Amsya. Setelah dia keluar dari kedai emas tadi untuk menjawab panggilan Tengku Umairah.

“Abang di mana sekarang?” Soal Tengku Umairah.

“Ada di Putrajaya, abang ada kerja sikit. Kenapa sayang rindu abang ke?” Soal Amsya.

“Iyalah, dua tiga hari ini Mairah perhatikan abang susah nak telefon. Sibuk sangat ke? sudahlah malam-malam tunggu tidak telefon.” Balasnya dengan nada manja dan merajuk.

“Sorry sayang, abang memang sibuk sekarang.” Balas Amsya.

“Tidak kira petang nih Umairah nak jumpa abang juga. Sayang tahu tak esok hari apa?” Soal Umairah lagi.

“Hari apa?” Soal Amsya

“Alah abang ni…esokkan harijadi Mairah lupa lah tu.” Jawab Umairah semakin merajuk. Amsya mengeluh panjang dia memang tidak ingat harijadi kekasihnya itu. Namun untuk tidak membuat Umiarah tersingung dia menjawab.

“Ingat saja buat lupa. Sayang nak apa abang belikan.” Pujuk Amysa.

“Nak gelang emas.”Jawab Tengku Umairah selamba.

“Nanti abang belikan. Kita jumpa petang nanti, ok sayang.” Balas Amsya.

“Umairah pegi rumah abang malam ini. Desak Tengku Umairah.

“Ok,abang tunggu Mairah.”

Setelah menjawab pangilan Tengku Umairah.Amsya masuk semula ke kedai emas itu lalu ke bahagian gelang wanita dia mencari gelang untuk Tengku Umairah. Alia melihat Amsya yang sedang sibuk memilih gelang. Alia meneruskan memilih cincinya tanpa menghiraukan Amsya. Setelah semuanya telah dipilih oleh Alia. Alia menyerahkan semua barang kemas itu kepada pekerja tadi untuk dikira. Dia mengeluarkan kad debitnya untuk membayar. Setelah membayar dia terus ke tempat Amsya yang masih lagi sibuk mencari gelang. Dia meletakkan bag barang kemas yang dibelinya tadi didepan Amysa.

“En.Amsya, ini cincin saya, cincin awak ada dengan saya.” Kata Alia. Amsya terperanjat dan tergaman seketika dia melihat paper bag didepannya lalu memandang Alia.

“Saya balik dulu En.Amsya.” Kata Alia sekali lagi. Amsya terdiam tidak berkata apa. Pekerja di situ memandang kepada mereka berdua. Alia terus melangkah keluar dari kedai itu. Amsya mengaup mukanya dan mengeluh panjang. Dia terus menyambung mencari gelang kepada Tengku Umairah. Selesai memilih dia mengeluarkan kad kreditnya menyerahkan kepada jurujual itu.

“Kira sekali dengan tadi.” Pinta Amsya.

“Yang tadi gadis itu sudah bayar.”Balas jurujual itu.

“Semua? Berapa?” soal Amsya lagi. Jurujual mengambil gelang ditangan Amsya. Dia menjawab persoalan dari Amsya.

“Yang ini belum, Yang tadi semuanya RM6,650.00.” Jawab jurujual itu pada Amsya. Terkejut juga Amsya, Alia membayar semuanya. Dia mengangguk. Jurujual itu menyerahkan kredit kadnya dan sekeping kertas salinan dari kad kreditnya. Dia menyain salinan itu. Kemudian dia beredar dari situ.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina