Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 1

Bau aroma nasi dagang dari dapur rumah Tok Wannya menusuk ke dalam hidung membuatkan mata Lia terus terbuka dan matanya menoleh ke arah jam tangan di atas meja tepi katilnya, enam dua puluh pagi. Sedihnya masih terasa atas pemergian kedua-dua orang tuanya mengadap Maha-Pencipta dua minggu yang lepas akibat kemalangan jalan raya. Dia bingkas bangun dari katil menuju ke bilik air, diruang dapur dilihatnya Tok Wan sedang memasak gulai ikan tongkol.

“Morning Tok Wan” sapanya. Tok Wannya melirik ke wajah cucunya itu dengan menggelengkan kepala.

“Assalamualaikum” Balas Tok Wan menyindir cucunya itu.

Didekatkan mukanya kearah Tok Wannya dengan matanya dikelip-kelip beberapa kali sambil tersenyum. Tok Wan menampar lembut wajah cucunya itu.

“Cepat mandi solat subuh dah nak habis tu”

Lia terus melangkah masuk ke bilik air, terdapat dua bilik air di rumah Tok wannya satu bilik air lama terdapat perigi di dalamnya dan satu lagi bilik air baru dan moden yang di renovated oleh papanya lima tahun yang lalu.

“Ashraf bangun… nanti terlepas solat subuh” terdengar laungan aki mengejutkan adik lelakinya yang liat bangun pagi. Usai sahaja solat subuh dan bersiap ala kadar Lia terus keluar ke ruang dapur menolong apa yang patut.

“Kak Long tolong ambil pinggan bubuh nasi tu” arah Tok Wan pada Lia. Kak Along itulah nama samaran yang dipanggil oleh keluarganya pada Lia. Alia Nasuha anak sulung kepada Mohd Helmi Hassan. Papanya merupakan salah seorang arkitek terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. Adiknya Ashraf Afian masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam bidang engineering. Siap menghidang sarapan pagi dia memanggil aki dan adiknya. Mereka menikmati nasi dagang yang di masak Tok Wan memang sedap mengalahkan chef terkenal, itu resepi nasi dagang Tok Wan turun temurun. Sedang mereka menjamu selera tiba-tiba Lia bersuara.

“Aki, Tok Wan esok kami nak balik KL”

Tok Wan dan Akinya berpandangan. Akinya bersuara “Kamu dah nak mula kerja ke?”

“Iya Aki dah dua minggu kerja di pejabat terbengkalai banyak perkara yang perlu dibereskan. Along akan atur semula kerja setelah papa takde”. Jawab Lia dengan sedih. Aki dan Tok Wan mengangguk faham dengan situasi yang bakal diharungi oleh cucunya itu.

“Ashraf pun kena menyusur jugak Aki dah berapa hari Ashraf tinggal kuliah” Kata Ashraf, dia faham hati datuk dan neneknya seperti dia juga kehilangan orang disayanginya. Anak dan menantunya pergi dulu sebelum dia.

“Along, boleh ke kamu handle syarikat papa kamu tu?” tanya Akinya.

“Insyaallah Aki, dah setahun lebih Along kerja dengan papa semua kerja papa sebelum ini pun papa dah banyak serahkan pada Along”. Terpancar pilu diwajah akinya dengan kata-kata Lia seolah-oleh anak keduanya itu seakan tahu yang dia akan meninggal lebih awal sebab itu semua kerja pejabat banyak diserahkan kepada Lia.

Lia dan Ashraf masuk ke bilik untuk mengemas baju-baju yang akan dibawa pulang. Dia tidak membawa semuanya beberapa helai pakaian akan di tinggalkannya kalau-kalau dia datang secara tidak sengaja ke rumah datuknya maklumlah dia ada projek hotel yang sedang dijalankan di Tok Bali baru dua puluh lima peratus.

Tok Wan memandang suaminya dengan penuh tanda tanya selepas pandangannya beralih melihat dua beradik itu masuk ke dalam bilik masing-masing.

“Aki dia tu, saya risaulah tengok mereka berdua tu kesian pun ada, boleh ke si Lia mengambil alih syarikat papa dia tu, dia tu masih muda mampu ke dia nak selesaikan semuanya”

“Kita bagi lah dia peluang ganti tempat papanya tu, nanti Ashraf tu habis belajar boleh lah dia bantu kakaknya tu”

“Tapi Ashraf baru aje balajar lambat lagi nak habis. Apa kata kita cari jodoh untuk dia bolehlah suaminya tolong di syarikat tu”. Cadang Tok Wannya.

“Kita jodohkan dia dengan Faris, saya tengok Faris tu suka sangat pada Lia” Balas Akinya pula.

“Betul juga tu, nanti malam ni kita bincang dengan Lia” Jelas Tok Wan.

Lepas sahaja waktu isyak pada malam itu Ashraf mengetuk pintu bilik kakaknya. Tuk tuk tuk. Lia dengan rasa malas bangun membuka pintu.

“Ada apa dik?”

“Aki dan Wan panggil, ada sesuatu nak bincang dengan along” mereka berjalan beriringan menuju ke ruang tamu di mana Tok Wan dan Aki sedang menunggu mereka. Lia duduk bersila di sebelah Wannya.

“Ada apa Wan dan Aki panggil Lia?” soal Lia dengan hairan

“Aki dan Wan kamu dah bincang, kami kesian tengok kamu bekerja sorang-sorang di syarikat papa kamu tu, jadi kami cadang nak cari jodoh untuk kamu boleh juga suami kamu bantu kamu nanti” Terang Akinya. Lia dan Ashraf terkejut mereka berpandangan. Lia bersuara dengan perlahan.

“Ada calon ke Aki?” Soalnya

“Aki kamu nak jodohkan kamu dengan Faris, macam mana kamu setuju tak?”

Dua beradik itu cuak mendengarnya. Belum sempat Alia menjawab Ashraf terlebih dahulu bersuara “Faris mana?”

“Sepupu kamu tu lah” Jawab Aki. Alia mendengarnya menarik nafas panjang sambil memandang adiknya. Dia menggelengkan kepala lalu menjawab.

“Aki, Wan..Lia faham, tapi Lia tak boleh terima dia sebagai suami Lia. Tok Wan dan Aki bagilah Lia cari jodoh sendiri ini masa depan Lia dan kami berdua banyak perkara yang perlu Lia pertimbangkan bukan mudah untuk Lia menerima seseorang dalam hidup Lia. Lebih-lebih lagi mereka itu kenal siapa papa, mereka bukannya mahukan Lia tapi mahukan harta papa. Alia minta maaf Alia memang tidak setuju.

“Ashraf pun tak setuju jugak” menyokong kakaknya.

“Dah kamu bagi kata putus kami tidak boleh buat apalah” Jawab Akinya.

“Tok Wan dan Aki jangan risau, Along tahu apa yang Along buat” Jawabnya cuba menyakinkan nenek dan datuknya.

“Esok pukul berapa kamu berdua nak bertolak?” Soal Tok Wan

“Pukul 7.30pagi” Jawab mereka serentak.

Alia Nasuha meminta izin untuk masuk tidur dia, bangun meninggalkan dan di ikuti adiknya. Ashraf mengikut jejak kakaknya ke bilik kakaknya itu. Dia merenung jauh wajah kakaknya itu, Alia tersenyum melihat adiknya itu memikirkan sesuatu.

“Kenapa dik?”

“Ada betul juga kata Wan dan Aki, along kena kahwin baru ringan sikit beban along. Tapi Ashraf tak naklah along kahwin dengan Faris tu”.

“Kak long tahu, along pun tak suka dia. Kalu along nak cari jodoh atau calon suami along tak mahu dia kenal along siapa. Along nak cari orang yang betul-betul boleh membantu kita dalam perniagaan papa. Along tak mahu apa yang papa usahakan selama ini jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.”

“Kenapa long?”

“Sebab kalau ada orang nak pun bukan pada kak Long tapi harta”. dia diam seketika setelah memberi penjelasan.

“Along kalau tak kahwin dengan Faris tu along akan tolong juga keluarga kita macam yang papa selalu buat. Semua adik beradik papa akan minta pertolongan dengan papa. Tengok macam Mak Su Ros anak dia Fatihah nak kahwin pun minta dengan papa. Si Faris tu bukan nak pada kak Long pun sama juga macam pak Long tu nak harta papa ajer. Ashraf tahukan Pak Long tu memang cemburu dengan papa.”

“Apa along nak buat?” soal si adik kebingungan

“Along tahulah apa nak buat”. Jawabnya selamba

“Esok kita balik rumah di Puchong dulu kita bincang dengan Mak Tim dan Pak Majid. Akak tak boleh tinggal di sana”. Kata Lia

“Habis tu kita nak tinggal rumah kita macam tu ke Long?”

“Itulah Long nak bincang dengan mereka nak suruh mereka jaga saja rumah tu. Seminggu sekali along balik rumah. Along lebih selesa duduk di Putrajaya dekat dengan pejabat kita. Nanti adik pakai saja kereta Hurrier atau BMW X6 papa bawa pergi kolej”.

“Alah, Long bagi Hyundai Sonata lah kat adik”

“Hoi! Itu kereta akak mana boleh, jangan nak mengada-gada bawa salah satu kereta tu jangan pula nak bawa perempuan ke hulur-ke hilir akak tak suka, kalau akak dapat tahu siap adik” Marah dan pesan Alia pada adiknya.

Ashraf cuak dia tahu kalau itu yang kakaknya kata akan dikotakan.

“Dah pergilah tidur along nak tidur ni”. Arahnya pada Ashraf. Ashraf bangun meninggalkan kakaknya. Lia mencapai telefon bimbitnya Samsung 19070i yang dibelinya 4 tahun lalu, dia amat sayang telefonnya itu walaupun sudah lama. Dicarinya nombor Syafikah merangkap setiausahanya, kalau dulu Syafikah PA papanya sekarang bertukar tuan.

Berdering telefon Syafikah dengan dendangan lagu Yuna ‘Terukir di bintang’. Syafikah berlari mendapatkan telefonnya apabila terdengar telefonnya menyanyi dilihatnya di skrin My Bos Alia Nasuha lalu dijawabnya.

“Hello, bos” Alia mendengar panggilannya di jawab

“Assalamualaikum? Kau apasal berbos-bos dengan aku malam-malam ni?”

“Waalaikumussalam. Aku takut aku lupa yang aku bercakap dengan bos aku dah lama aku tak panggil kau bos”

“Mengadalah kau ni. Macam mana office? Ada yang mengular ke?”

“Berani ke mereka nak mengular, aku report lah pada hang kecut perut mereka”

“Ha!!! tahu tak pa. Esok aku balik tapi aku tak masuk office lagi, aku nak balik Puchong dulu. Lusa aku masuk office aku nak kau buat appointment dengan AR Shukri jumpa di pejabat dia”.

“Baik Cik Alia. Roger!”

“Dah, aku nak tidur kita jumpa lusa. Bye” Alia mengakhiri perbualannya.

Awal-awal pagi lagi dia bangun kali ini dia tidak mahu Tok Wannya menyediakan sarapan pagi seorang diri. Selesai bersarapan pagi itu Pak Hassan dan Mak Biah berada di halaman rumah bagi menghantar dua cucunya itu. Sambil memerhatikan Ashraf memasukkan bag ke dalam bonet kereta Hyundai Sonata yang baru dibelinya, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic berhenti di depan rumahnya. Arshraf memandang empunya keluar dari peruk keretanya siapa lagi kalau bukan Faris.

“Assalamualaikum” Salam yang diberikan oleh Faris sejerus keluar dari keretanya. Mereka semua menjawab salam itu. Faris bersalam dengan Tok Wan dan Akinya sesudah itu dia berjalan menghampiri Ashraf menghulur salam di sambutnya itu oleh Ashraf. Ashraf senyum memaksa, baru semalam mereka berbual pasal Faris hari ini dah terpacak empunya diri.

“Ashraf dah nak balik ke?” Soal Faris

“Ya, bang”

“Kakak Alia mana tak ikut sekali ke?”

“Ada, tengah bersiap” Jawab Ashraf acuh tak acuh malas nak layan si Faris.

Alia Nasuha yang ada dibiliknya mendengar perbualan mereka di bawah. Dia mempercepatkan dirinya untuk meninggalkan kampung halamannya itu, bukan benci pada Tok Wan dan Aki tapi menyampah dengan sikap Faris yang selalu tunjuk baik di depan dua orang tuanya itu, bermuka-muka. Dia mengapai handbagnya terus beredar dari bilik menuju ke perkarangan rumah. Faris tersenyum manis apabila memandang gadis itu menuruni tangga.

“Hi, Lia cepatnya nak balik?”

“Dah dua minggu kat sini” jawabnya selamba.

“Nanti sampai KL Faris telefon Lia ok?” Soal Faris. Alia tidak menjawab pertanyaan itu hanya senyuman yang diberi sebagai jawapan.

“Tok Wan, Aki kami bertolak dulu nanti lewat pula sampai” Kata Lia. Mereka bersalaman dan berpelukkan antara satu sama lain.

“Hati-hati bawa kereta tu” Pesan Aki.

Lia memecut kereta Hyundai Sonata yang dipandunya meninggalkan kampung halamannya di Besut, Terengganu.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina