Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 25

Syafikah sampai dipejabat pagi itu tanpa Alia. Semasa dia turun dari rumah tadi Alia belum keluar dari bilik, kali ini dia tidak menunggu Alia pada hari itu. Dia terus membuat kerja-kerjanya, Selang beberapa minit kemudian Halida datang ke tempat Syafikah.

“Syaf, bos ada dalam?” Tanya Halida. Syafikah melihat jam ditangannya pukul 10.00 pagi.

“Cik Lia tidak masuk lagi.” Jawab Syafikah.

“Cuti ke?”

“Tidak pastilah aku, kau nak jumpa dia ke?” Balas Syafikah.

“Yalah, ada tender baru ni.” Kata Halida

“Nanti aku tanya dulu, aku pun tidak tahu dia di mana sekarang.” Jawab Syafikah. Halida beredar dari situ menyambung kerjanya. Syafikah kehairanan bertanya diri sendiri, “Mana Lia ni, kenapa tidak masuk lagi.” Dia mengangkat ganggang telefon didepannya lalu menghubungi Alia. Telefon Alia berdering.

Dengan suara perlahan Syafikah mendengar telefon dijawab “Hello”

“Lia, kau kat mana ni, tidak masuk office ke hari ini?” Soal Syafikah selaku PAnya.

“Rumahlah, aku tengah tidur kenapa?, aku ada oppoinment ke hari ini? Balasnya.

“Kau tidur lewat ke semalam, kenapa Lia? Kau fikir apa?” Soal Syafikah sedikit risau tentang sahabatnya itu.

“Fikir apanya. Aku kerja semalam semak akaun sampai pukul 4.00pagi. Aku masuk lewat, kenapa? kalau ada appointment hari ini cancel dulu aku penat. Oklah aku nak tidur kejap.” Jawabnya kemudian terus meletakkan telefonnya. Syafikah terkedu diletaknya telefon kemudian memeruskan kerjanya.

Alia Nasuha bersiap untuk ke pejabat dipandang jam Dunhillnya 12.35tengah hari. Namun niatnya untuk ke pejabat dibatalkan. Dia membawa kereta Hyundai sonatanya ke Sepang untuk melawat tapak projek apartment.

Amsya berhenti dari membuat kerja-kerja di atas mejanya. Dia memerhati kalendar di atas meja diperhati tarikh perkahwinannya, tarikh puasa dua minggu lagi. Dia mencari tarikh yang sesuai untuk kursus kahwin dan membuat medical check-up, kad kahwin mesti siap dalam masa dua minggu, baju akad nikah, barang-barang hantaran, catering dan lain-lain persiapan mesti disiapkan lebih awal.

Sedang asyik dia mencatit barang-barang yang hendak dibeli dan perkara yang hendak dibuat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi pangilan dari Tengku Umairah.

“Hello” Jawab Amsya.

“Hello sayang, abang di mana?” Balas Tengku Umairah.

“Pejabat, kenapa?” Tanya Amsya.

“Ingat out station lagi, Umairah nak jumpa abang rindu…birthday Umairah abang tidak sambut lagi, kita jumpa petang nanti lepas office hour.” Pinta Tengku Umairah dengan manja. Bisik hati Amsya “Alamak macam mana aku nak buat, petang ini nak ke rumah ummi.”

“Sayang, petang ini tidak boleh, tadi ummi telefon suruh balik ada hal katanya.” Balas Amsya.

“Alah, kita jumpa dulu lepas itu abang balik ke Bangi, kalau tak Umairah pergi Bangi jumpa abang di sana. Boleh?” Pujuk Tengku Umairah. Mengeluh Amsya mendengarnya. Difikirnya lagi.

“Aduh macam mana ni? kalau aku tolak…Umairah pasti akan ke sana, kacau. Kalau aku keluar dengan dia, aku akan lambat sampai pasti ummi marah pula.”

“Ok, sayang kita jumpa petang ini tapi tidak boleh lama, sayang mahu jumpa abang di mana?” Balas Amsya.

“Alah, ingatkan nak sambut birthday Mairah bersama candle light malam ini. Boleh ya abang?” Rayu Tengku Umairah lagi.

“Sayang kalau nak buat candle light kita buat malam esok, abang tempah hotel dulu baru best. Boleh tak?” Pujuk Amsya.

“Betul abang nak tempah hotel sambut birthday sayang dengan candle light?” Ulang Tengku Umairah.

“Betullah kita jumpa malam esok ya sayang.” Pujuknya lagi.

“Baiklah, tapi abang jangan tipu, jangan mungkir janji tau.” Balas Tengku Umairah dengan ugutan..

“Ya sayang, bye.”Amsya memutuskan taliannya dia melepaskan keluhannya. “Huhhh…”

Alia Nasuha sampai di tapak projeknya di Sepang, dia memerhati kerja-kerja yang sedang dijalankan. Selesai lawatannya dia terus ke Bangi rumah Puan Anis. Memandangkan dia tidak masuk pejabat pada hari itu dia telah menghubungi Syafikah.

“Hello, Cik Lia.” Jawab syafikah apabila melihat skrin telefon bimbitnya dihubungi oleh Alia.

“Syaf, aku tidak masuk office hari ini.” Tegasnya

“Kenapa? Kau ada rumah lagi ke?” Soal Syafikah.

“Tak, aku baru balik dari tapak projek Sepang. Lepas ini aku nak terus ke rumah Puan Anis.” Terang Alia.

“Esok kau masuk office kan? Temujanji kau dengan company secretary esok pukul sepuluh pagi.” Balas Syafikah.

“Ok, esok aku masuk. Bye”. Alia mengakhiri perbualannya.

Sebelum ke rumah Puan Anis Alia telah singgah di gedung kain Jakel, dia memilih kain untuk akad nikah dan majlis khatam Al-quran dan tahlil pada sebelah malam. Dia telah memilih kain warna gold satin untuk akad nikah dan kain warna putih satin untuk dipakai sebelah malam. Selepas itu dia ke pasar membeli sedikit barang untuk dimasak di rumah Puan Anis, sesudah itu dia terus ke rumah Puan Anis.

Memandangkan Alia sampai di rumah Puan Anis pukul empat petang lebih awal dari janjinya dengan perunding perkahwinan dia akan menyediakan masakan. Sampai sahaja Puan Anis menyambutnya.

“Awal Lia sampai, Lia tidak kerja ke hari ini?.” Sapa Puan Anis, senyum memandang Alia.

“Lia ada kerja luar tadi lepas itu Lia minta balik awal. Ini Lia ada beli sedikit lauk, ummi sudah masak ke?” Balas Alia. Sambil meletakkan barang yang dibelinya tadi di atas kerusi ruang tamu.

“Belum, Lia nak masak ke?” Soal Puan Anis,

“Iyalah, kita masak sama-sama ya ummi?” Balas Alia. Sambil menuju ke dapur.

“Boleh, Lia nak masak apa?” Soal Puan Anis manja.

“Nasi ayam.” Jawabnya sepatah.

“Ini masakan kesukaan Amsya.” Kata Puan Anis. Alia menoleh kepada Puan Anis, dia tersenyum.

“Iya ke ummi. Pukul berapa ummi janji dengan perunding perkahwinan? Soal Alia sambil merenung Puan Anis.

“Pukul enam.” Jawab Puan Anis.

“Sempat lagilah kita masak. Tadi Lia pergi beli kain untuk akad nikah dan majlis malam. Ummi rasa sempat tak kalau nak jahit baju? Atau pun kita beli yang sudah siap.” Kata Alia.

“Sempat rasanya nanti ummi tanya kawan ummi, kalau dia kata tidak sempat kita beli yang siap sahajalah. Mana kain yang Lia beli?” Balas Puan Anis.

“Ada, nanti Lia ambil.”Alia menuju ke ruang tamu untuk mengambil plastik yang berisi kain yang dibelinya tadi kemudian kembali semula ke dapur dan memberikannya kepada Puan Anis. Dia terus ke sink untuk membasuh ayam dan barang yang dibelinya untuk memasak nasi ayam.

“Cantiknya kain yang Lia beli ni.” Puji Puan Anis.

“Yang gold tu, Lia nak pakai untuk akad nikah dan yang putih untuk majlis malam. Sepasang dengan baju En.Amsya. Sempat tak ummi nak buat baju melayu, kebaya untuk majlis akad nikah dan baju kebaya kebarung untuk malam.” Jelas Alia.

“Nantilah kita bincang dengan perunding.” Balas Puan Anis.

Mereka memasak bersama-sama sebelum orang yang dijanjikan sampai. Lebih kurang 5.50petang mereka siap menyediakan masakan untuk makan malam. Alia meminta izin Puan Anis untuk sembahyang asar. Dia naik ke atas untuk ke bilik Puan Anis.

Pukul 6.00petang Amsya sampai bersama motor Ducatinya. Dilihatnya kereta Hyundai Sonata dihalaman, berkerut dahinya.Bisik hatinya “ Itu kereta Syafikah, Lia sudah sampai ke? Pinjam kereta syafikahlah tu nak bergaya betul dia ni.”

Amsya masuk ke dalam rumah, dia terbau bau nasi ayam kegemarannya. Terus ke dapur mendapatkan umminya.

“Assalamuaikum. Ummi masak nasi ayam?.” Sapanya sambil memeluk umminya dari belakang dan mencium pipi emak kesayangannya itu. Sambil matanya mencari kelibat Alia. Salamnya dibalas oleh Puan Anis yang sedang membuat air sirap.

“Iyalah tadi Lia sampai awal dia beli barang-barang untuk buat nasi ayam. Lia yang buat semua ini.” Balas Puan Anis.

“Lia sudah sampai ke? Mana dia?” Tanya Amsya.

“Ada, baru jer naik sembahyang asar. Ini dia ada beli kain untuk Am buat baju melayu.” Kata Puan Anis sambil memberi kain kepada Amsya.

“Cantiknya, Lia beli sendiri?” Soal Amsya lagi.

“Iya, Am sudah bincang dengan dia ke? nak pakai baju warna apa untuk akad nikah dan malam itu?” Tanya Puan Anis. Amsya terjerat disitu dia tidak menjawab persoalan umminya, hanya mengukir senyuman.

Mereka berdua mendengar deruan engine kereta diluar rumahnya. Puan Anis dan Amsya terus ke ruang tamu rumahnya. Terdengar salam diberi, mereka menyambut salam itu lalu menyuruh tetamu yang baru sampai dijemput dalam rumah. Alia baru turun dari tingkat atas melihat kedatangan perunding perkahwinan yang merupakan kawan baik Puan Anis. Amsya memandang Alia sedang menuruni tangga dengan perasaan yang mendebarkan dan satu perasaan halus didalam hatinya setiap kali melihat Alia.

Mereka semua duduk diruang tamu untuk membincangkan majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan pada hari raya ke enam dirumah Puan Anis. Memilih baju untuk majlis menyambut menantu, kad kahwin dan makanan semuanya diurus oleh perunding perkahwinan. Tersenyum manis perunding pada Alia melihat badan Alia yang cantik tinggi macam model sambil mengambil ukuran badan Alia.

“Ok, Kak Anis, Lia dan Amsya nanti dalam dua minggu lagi saya hubungi kamu berdua ke butik saya untuk mencuba baju yang saya jahit ini. Dan kain ini saya ambil untuk dijahit.” Kata En. Roza yang merupakan Perunding perkahwinan dengan suara lembut mengalahkan perempuan.

“Kad kahwin bila boleh siap, kalau boleh siapkan sebelum puasa sebab kami mahu edarkannya nanti tidak sempat pula.” Pinta Amsya.

“Boleh, dalam tiga hari lagi siap, kita buat cepat untuk Puan Anis, jangan risau. Satu lagi Puan Anis bagitahu mahu buat gubahan untuk hantaran, barang-barang semua sudah beli ke?” Tanya Perunding En. Roza.

“Belum lagi En.Roza, nanti saya beli lepas itu saya akan hantar pada En.Roza.” Jawab Amsya. Alia hanya diam hanya senyum sahaja apabila En.Roza memandang ke arahnya.

“Nama Aliakan? Lia ni cantik tau nanti saya jahit baju yang paling cantik untuk Lia, Biar En.Amsya terpegum dengan Lia selepas ini. Kata En.Roza membuatkan Alia terkejut dan tersengih-sengih. Amsya pula apa lagi melekat sahaja matanya kearah Alia.

Selepas semua perbincangan mereka siap. En Roza meminta diri untuk pulang, hampir dua jam mereka berunding. Alia, Puan Anis dan Amsya ke bilik masing-masing untuk solat maghrib. Selepas itu mereka turun semula untuk makan malam, sambil menikmati hidangan nasi ayam yang disediakan oleh Alia, mereka berbual-bual.

“Sedap nasi ayam, pandai Lia buat” Puji Amsya. Sambil memandang Alia. Alia tidak menjawab, apabila Amsya memandangnya dia menjuih bibirnya ke arah Amsya. Amsya tersenyum. Hati Alia berkata “Aku masak bukan untuk kau. Aku tidak perlu pujian kau,En. Amsya. Aku nak ambil hati ummi.”

Tanya Amsya lagi. “Mana kereta Lia?” Mendengar pertanyaan itu Alia berfikir sejenak kerana dia tidak membawa kereta Syafikah hari ini datang ke rumah Puan Anis.

“Ohhh…Kereta rosak masuk workshop.” Jawabnya pantas. Belum sempat Amsya bertanya pertanyaan seterusnya, Puan Anis terlebih dahulu bertanya.

“Rosak apa?” Dengan pantas Lia menjawab.

“Bearing bunyi.”

“Lepas kahwin nanti tukar saja kereta baru. Nanti Am beli, bolehkan Am?” Pinta Puan Anis pada anaknya.

“Boleh, Lia nak apa pun boleh cakap saja.” Balas Amsya sambil sengih pada Alia.

“Ha, Lia dengar tu, nanti Lia bagitahu kereta apa Lia mahu.” Kata Puan Anis. Alia hanya tersenyum malas nak layan.

“Lia, abang sudah ambil tarikh kursus perkahwinan pada hari khamis ini, Lia ambil cuti satu hari nanti kita pergi sama-sama.” Amsya memberitahunya. Terkejut Alia.

“Ha…cepatnya kenapa tidak bincang dulu?” Soal Alia.

“Tak apalah, tidak sempat tadi nak bincang dengan Lia. Bila saya telefon pejabat Agama Islam kursus diadakan pada hari khamis ini.” Balas Amsya, membuatkan Alia terpaksa juga mengikutnya. Cadangnya dia tidak mahu pergi dengan Amsya.

Selepas sahaja makan, Alia meminta diri untuk pulang. Ketika dia keluar dari rumah Puan Anis ditengoknya kasut yang dipakai oleh Amsya saiz9. Amsya turun menghantarnya hingga ke kereta. Dia memanggil Alia.

“Lia, bila kita boleh pergi beli barang hantaran?” Tanya Amsya apabila sampai dikereta Alia.

“Tidak tahu lagi En.Amsya, nantilah saya bagitahu.” Jawabnya.

“Esok boleh?” Pinta Amsya. Alia sudah menunjukkan bosannya dengan Amsya, dilihatnya Amsya didepan tanpa berkelip dengan mukanya yang masam. Dia menjawab.

“En.Amsya, esok saya sibuklah.”

“Habis tu bila?” Tanya Amsya dengan kecewa.

“Nantilah En.Amsya. Bila free saya bagitahulah, saya tidak senang sekarang lagi pun malaslah saya nak keluar banyak kerja. Saya balik dululah En.Amsya” Balas Alia menolak ajakkan Amsya. Amsya mengeluh.

Alia terus masuk ke dalam keretanya kemudian meninggalkan halaman rumah Puan Anis. Amsya melihat kereta yang dipandu Alia keluar dari perkarangan rumahnya. Amsya menolog luaran.

“Susah juga si Lia ni nak ajak keluar.” Kemudia dia terus masuk ke rumahnya.

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina