Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 5

Usai sahaja solat maghrib En.Shukri keluar dari bilik rumahnya untuk makan malam. Semua hidangan sudah tersedia di atas meja. Dia menarik kerusi lalu duduk menunggu isterinya Puan Suhaila yang masih berada di dapur. Anak perempuannya Zulaika muncul untuk menikmati dinner bersama papa dan mamanya. Daun pintu utama rumahnya dibuka, Zafrul masuk dan terus menuju ke meja makan. Dia mengambil tempatnya.

“Assalamualaikum pa?”

“Waalaikummussalam, lambat balik hari ni banyak kerja ke kat pejabat?” soal si ayah.

“Ya pa, tadi saya checking pelan apartment Sepang. Alia ada pergi pejabat papa tadi?”

“Ada, kesian papa tengok dia kena ambil alih syarikat papa dia muda-muda dah kena kerja kuat”. Puan Sulaila yang mendengar perbualan mereka sambil menuju ke meja makan dia bertanya tentang Alia.

“Apa khabar si Lia tu sihat ke dia?”

“Sihat, kakinya sakit tadi katanya jatuh ada orang tolak dia. Zafrul tolong dia tadi?”

“Ya pa, tak pasal-pasal budak perempuan tu tolak dia”. Jawab Zafrul sambil menyeduk nasi kepinggannya. En.Shukri tiba-tiba nyatakan sesuatu kepada Zafrul.

“Zafrul…nak tak kalau papa jodohkan Zafrul dengan Alia?” Soal En. Shukri pada anak terunanya. Terkejut Zafrul mendengarnya dia menarik nafas panjang.

“Bagus cadangan papa tu, mama setuju sangatlah Zafrul kahwin dengan Lia”. Sokong Puan Suhaila.

“Ika pun setuju kalau abang kahwin dengan kakak Lia. Kakak Lia tu, bukan saja cantik malah baik pula tu, Ika suka sangat kakak Lia tu”. Jawab Zulaika adik bongsu Zafrul masih bersekolah di tingkatan lima.

“Nak ke Lia kat Zafrul ni, entah-entah dia dah ada yang punya, orang secantik Lia tu pa” Jawabnya bersahaja.

“Lia ada yang punya ke atau Zafrul yang ada buah hati” Luah si ibu menyerkap Zafrul. Zafrul tersenyum sambil menguyah nasi yang baru disuapnya tidak menjawab persoalan ibunya.

“Nanti papa try tanya Lia macam mana.” Zafrul terus membisu.

Alia Nasuha membaringkan diri di atas sofa ruang tamu rumah teres dua tingkat corner-lotnya di Putrajaya sambil menonton TV. Pintu rumahnya dibuka teman serumahnya, Farhana melangkah masuk lalu menuju ke sofa di mana Alia sedang menonton.

“Hi, Lia” tegur Farhana. Dia bangun mengadap kawannya itu, dilihat jam di dinding sudah sembilan malam.

“Lewat kau hari ni Hana” soal Lia.

“Banyak kerja kat pejabat tadi. Mana Syaf dan Mimi?”

“Ada dalam bilik dialah tu”.Jawab Lia

“Kereta Syaf tak ada?. Lia, ni duit sewa bulan ni aku tak sempat nak bagi kau baru-baru ni.” Hana menghulur duit not 50 ringgit kepada Alia. Alia mengambil duit yang diberi oleh Hana.

Syafikah, Farhana dan Syamimi menyewa dirumah Alia dengan bayaran hanya RM50 ringgit seorang sebagai bayaran bil utility.

“Terima kasih Hana. Kereta Syaf tinggal kat office”.

“Kenapa dengan kaki kau tu?”Soal Hana apabila melihat kaki Alia berbalut.

“Ni, budak sewel mana pun tak tahu, aku terlangar dia dan terus dia tolak aku sampai patah tumit kasut Bonia aku apa lagi terseliuhlah kaki aku ni. Mimi yang tolong balut kaki aku tadi.” Lia melujurkan kakinya sambil menjelaskannya.

“Kau macam mana Lia?” Tanya Farhana memandang tepat ke wajah Alia. Lia faham pertanyaan sahabatnya itu. Dia mengimbas kembali kematian ibubapanya, menitis air matanya. Dia menutup mulut dengan tapak tangannya, sebak. Hana memandangnya dengan rasa bersalah.

“Lia, aku minta maaf kalau kau tersingung pertanyaan aku” Alia menggelengkan kepalanya.

“Aku tak tersinggung cuma sedih jer. Aku tak duga semua ni berlaku dengan begitu cepat, aku tak sedia hadapi semua ni tapi apa boleh buat ini kehendakNya. Aku terima ujian ini.”

“Sabarlah Lia, aku faham perasaan kau”.

“Terima kasih Hana”

“Aku masuk dulu Lia, aku nak mandilah”

“Pergilah… patutlah bau busuk” sempat lagi mengusiknya pada Hana walaupun dalam keadaan sedih. Hana tersenyum dengan usikan Lia.

Amsya keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu terus dicarinya Puan Anis tetapi tidak kelihatan. Dia ke dapur juga tetapi tidak ada, dijenguknya ke dibilik, Puan Anis sedang sembahyang. Dia ke ruang tamu melabuhkan dirinya di sofa panjang lalu mencapai remote TV ditekan butang on. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dilihatnya di skrin “Sayangku” dia menjawab panggilan dari Tengku Umairah.

“Hello”

“Hello, sayang kat mana ni?Soal Umairah

“Ada kat rumah.”

“Rumah mana?”

“Kondo abanglah”

“Umairah ke sanalah”

“Tak payahlah ummi ada ni, kita jumpa esok ok” Jawab Amsya melarang buah hatinya itu. Umairah kecewa dengan jawapan itu diputuskan taliannya. Amsya tahu Tengku Umairah merajuk. Sekali lagi telefonnya berdering, diangkatnya.

“Hello” Jawabnya

“Amsya, aku ni Irfan”

“Aku tahu…kau nak apa?”

“Kau tak keluar ke malam ni?”

“Tak, malaslah aku lagi pun ummi aku ada sini, aku nak teman dia malam ni”.

“Esok kau cuti lagikan. Aku dengar tadi kau kena outstation hujung bulan ni” Jelas Irfan selaku sahabat baiknya.

“Ke mana pun aku kena pergi kali ni” Soalnya

“Itali dua minggu” Jawab Irfan

“Aduh jauhnya, lama pula tu. Kau ganti tempat aku ajer lah, boleh?”

“Gila kau, aku mana boleh tinggal kekasih aku lama-lama”

“Jadi kau seoranglah ada kekasih, aku tak ada?”

“Bos hantar kau bukan aku.Oklah nanti kau masuk office kau bacalah notis tu ada atas meja kau. bye”. Irfan mengakhiri perbualan. Amsya meletakkan telefonnya.

“Aduh, out station lagi” keluh Amsya. Umminya keluar bilik menuju ke arah Amsya.

“Kenapa mengeluh, siapa telefon?” Tanya Puan Anis

“Irfan telefon bagitahu Am kena out station lagi”

“Bila, berapa lama pula kali ni?”

“Hujung bulan ni, dua minggu ummi”

“Kali ini ke mana pula?”

“Jauh, Itali.” Jawabnya sambil memandang umminya itu.

“Tak apa pergilah… Amsya kerjakan” Jawab Puan Anis faham dengan kerja anak manjanya itu.

“Ummi, dua minggu lagi ummi ada temujanji dengan doktor, boleh ke ummi pergi sorang?”

“Esh budak ni…ummi boleh pergi sendiri selama ini pun kalau Am tak ada ummi pergi sorang juga”.

Tersenyum Amsya mendengar jawapan umminya itu. Dia menguap beberapa kali.

“Ummi, Amsya masuk bilik dulu, mengantuklah.” Dia bangun meninggalkan umminya seorang diri menonton TV.

“Awalnya, solat isyak tu dulu”

“Iya mom” Jawabnya.

Amsya masuk ke biliknya terus ke bilik air mengambil wuduk lalu sembahyang isyak. Usai sembahyang dia merebahkan badannya ke katil, dilihatnya gambar Tengku Umairah di atas meja tepi katilnya. Di ambil dan direnungnya gambar Tengku Umairah… cantik, seksi, putih. Wajah Tengku Umairah mirip orang cina dengan rambut diwarna dengan warna brown.

Dia meletakkan kembali gambar Tengku Umairah di tempat asalnya. Matanya cuba dipejam tiba-tiba dia terbayang wajah Alia dua kali dia terserempak dengan gadis itu sekali di restoran Bumbu Desa dan satu lagi atas kereta di trafic light. Dia membayangkan gadis itu dia tersenyum keseorangan, diletakkan lengannya di atas kepala diluahkan perasaannya sendiri.

“Cantik juga budak tu, manis…kenapa pula aku teringatkan dia, mana aku nak cari dia, sepatutnya aku sekat kereta dia tadi dan minta maaf bagi pihak Umairah kemudian minta nombor telefon. Kenapa aku tak terlintas tadi, eh bodohnya aku”. Fikirnya sendiri.

Jam sudah diangka sebelas malam. Kereta Honda Civic milik Faris memasuki garage rumah keluarganya. Dia bergegas naik ke rumahnya kemudian merebahkan badannya di kerusi panjang. Ayahnya En. Yusof yang sedang menonton melihat gelagat anaknya itu.

“Kau dari mana Faris baru balik?” Soal si ayah bagaikan budak sekolah.

“Jumpa kawan tadi”

“Kau bila lagi nak pikat si Alia tu, kalau kau kahwin dengan dia hidup kau senang. Aku pun tumpang senang”.

Faris bingkas bangun apabila ayahnya persoalankan jodohnya dengan Alia.

“Ayah jangan risaulah saya akan kahwin juga dengan Alia tu, bagi saya sedikit masa lagi. Saya akan ke KL jumpa dia dan bincang dengan dia” Jawab Faris menyakinkan ayahnya.

“Kalau dia tak setuju macam mana?” Soalnya si ayah.

“Dia akan setuju punya Lia tu bukan ada kekasih pun. Kalau dia tak setuju kahwin dengan saya, saya akan suruh Tok Wan dan Aki pujuk dia”.

“Baguslah kalau kau dah cakap macam itu, ayah tak mahu Lia tu jatuh ke tangan orang lain.” Tegas En.Yusuf sedikit mengugut.

Faris bangun terus ke biliknya.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina