Alia merenung kembali kata-katanya kepada Amsya
sebentar tadi. Apakah betul tindakkan yang dia ambil ini. Dia terus memanggil
Syafikah masuk ke biliknya.
“Ada apa Lia kau panggil aku?” Soal Syafikah. Alia
melihat syafikah didepannya dengan tajam sambil memikirkan keputusan yang
diambilnya.
“Syaf…Aku… aku jumpa Zafrul tadi, dia bagitahu dia nak
kahwin. Dan Amsya pula telefon, aku sudah bagitahu dia syarat perkahwinan. Dia
setuju. Tapi… betul ke Syaf apa aku buat ni?” Tanya Alia sambil memandang
syafikah didepannya dengan sayu airmata di kelopak matanya tidak lagi mampu dia
tampung ketika itu, menitis keluar.
“Lia, maafkan aku Lia, aku sayang kau. Tapi itu yang
terbaik buat kau sekarang. Berapa lama kau bagi tempoh pada Amsya lepaskan
kau?” Balas Syafikah dengan sayu melihat sahabat didepannya kini.
“Aku tidak bagi tempoh, yang aku cakap lepas dia
kahwin dia boleh lepas aku. Syaf, aku percaya kau, kau jangan bagitahu sesiapa
syarat perkahwinan ini.” Pinta Alia dengan penuh syahdu.
“Aku akan tolong kau Alia apa pun berlaku aku akan
sentiasa bersama kau. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau.” Balas
Syafikah buat sahabat yang disayanginya itu.
“Petang ini aku ke rumah ummi. Aku pinjam kereta kau.”
Pinta Alia. Syafikah hanya mengangguk.
Habis sahaja waktu kerja pada hari itu Amsya dan Irfan
bergerak balik ke rumah umminya dengan kereta Fairlady 350z miliknya. Jalan
menuju ke Bangi dari KLCC masih berjalan lancar mungkin belum ramai yang keluar
pulang waktu kerja hari itu.
Syafikah melihat jam tangannya 5.15 petang, dia
menoleh ke pintu bilik Alia. Dalam hatinya berkata.
“Sudah pukul lima lebih, kenapa Lia tidak keluar lagi
kata nak ke Bangi.” Dia bangun mengemas mejanya kemudian melangkah ke bilik
Alia. Pintu bilik bosnya itu di ketuk dia dengar dari dalam Alia menjawab
menyuruhnya masuk. Syafikah masuk dilihatnya Alia masih membuat kerja-kerja di
mejanya. Alia memandang sekilas kearah Syafikah.
“Kau nak apa?” Soalnya kepada syafikah.
“Kau kata nak ke rumah ummi kau petang ni. Pukul
berapa kau janji dengan dia?” Balas Syafikah sambil menghulur kunci keretanya
kepada Alia. Alia mendengarnya sedikit mengeluh membalas pandangan Syafikah.
“Pukul berapa sekarang?” Tanya Alia
“Sudah pukul lima lebih.” Jawab Syafikah, membuatkan
muka Alia sedikit berkerut dilihat jam tangannya pukul 5.45petang. Dia
tersenyum sendirian lalu bersuara.
“Cepatnya masa berlalu.” Dia terus mengemaskan
biliknya. Kemudian bangun keluar bersama-sama Syafikah, dia menyerahkan bag
laptopnya kepada Syafikah untuk bawa pulang. Mereka menuju ke tempat parking
kereta. Alia terus memandu menuju ke rumah Puan Anis manakala Syafikah terus
pulang ke rumahnya.
Amsya tiba dirumah umminya pukul 6.00 petang. Dia
melihat halamanan rumah ummi hanya ada kereta Toyota Camry ini bermakna Alia
belum sampai lagi. Dia dan Irfan memasuki rumah memberi salam untuk tuan rumah. Tersenyum manis Puan Anis
menyambut anaknya itu. Bau aroma karipap goreng dari dapur rumah umminya yang
menyelerakan.
“Sedapnya bau, ummi masak apa ni?” Saol Amsya selepas
bersalam dengan umminya.
“Ummi goreng karipap, Am dengan Irfan duduk dulu kita
sama-sama tunggu Alia.” Balas Puan Anis.
Amsya dan Irfan menuju ke sofa dan merebahkan diri
mereka disofa empuk yang dihadiah oleh Amsya kepada umminya dua tahun yang lalu
mengantikan sofa lama mereka.
“Am mana si Alia tidak sampai lagi?” Tanya Irfan.
“Eh, kau ni tak sabar-sabar kejap lagi sampailah tu.
Kau tunggu kejap aku nak ke atas mandi.” Balas Amsya.
Amsya terus kebiliknya untuk membersih dirinya biar
segar sikit tubuh bila disiram dengan air nanti. Lepas sahaja mandi dia
terdengar engine kereta, diintainya dari atas bilik tidurnya kereta Myvi Alia
sudah sampai dia mempercepatkan dirinya bersiap untuk ke tingkat bawah.
Sesampainya Alia dihadapan rumah Puan Anis tiba-tiba
telefonnya berdering. Dia melihat siapa pemanggilnya terpapar diskrinnya Arshraf.
“Hello adik, apa khabar?” Soal Alia
“Sihat, along kat mana?” Balas Arsharf
“Ada kat umah kawan di Bangi.” Jawabnya sambil
mengambil bag tangannya dan menutup suis kereta dan membuka pintu dia keluar.
“Along, adik sudah buat temujanji dengan wakil insurans
hari rabu pukul sebelas. Tapi tempat tidak confirm lagi, kita nak jumpa dia di
mana?”
“Bagitahu kita jumpa di rumah Puchong nanti along
pergi sana. Along ada perkara nak bincang dengan Mak Tim dan Pak Majid dan adik
sekali. Lagipun sudah lama along tidak balik.”
“Baiklah along. Bye.” Mereka mengakhiri perbualan.
Sambil berbual Alia terpandang kereta Fairlady di depannya. Cantik.
Amsya keluar dari biliknya turun ke bawah Alia belum
kelihatan. Dia melihat Irfan meninjau-ninjau diluar dari jendela melihat siapa
yang datang. Terdengar salam dari luar mereka berdua serentak menjawab. Amsya
yang baru sampai ditangga akhir melihat Alia melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Dia memyambut kedatangan orang dicintainya itu dengan satu senyuman manis tapi
sayang senyum itu tidak dibalas oleh Alia. Alia memandang tetamu yang ada dalam
rumahnya itu yang tidak dikenalinya.
“Mana ummi?” Tanya Alia memandang kearah Amsya.
“Ada di dapur. Lia duduk dulu nanti abang panggil
ummi.” Balas Amsya. Alia mendengar Amsya membahasakan dirinya abang hatinya
terus berkata.
“Abang..huh, bila masa pula jadi abang aku.” Getus
hatinya
Alia membalas jawapan Amsya tadi “Tidak apa En.Amsya
saya jumpa ummi kat dapur.” Alia terus melangkah menuju ke dapar mendapatkan
Puan Anis.
Irfan yang sedang memerhatikan Alia tanpa berkelip dia
menelan air lirunya sendiri sambil tersenyum. Amsya melihatnya Irfan yang ralik
memandang Alia menuju ke dapur. Dia menghampiri Irfan, bahu Irfan ditepuknya.
“Hoi, tutuplah mulut tu, masuk lalatkan.”
“Itu ke Alia?” Tanya Irfan minta kepastian.
“Iyalah…macam mana cantikkan?” Tanya Amsya dengan
senyum manis puashati dapat perkenalkan Alia pada Irfan. Irfan yang terbangun
apabila melihat Alia tadi terus duduk semula. Menjawab pertanyaan Amsya.
“Cantiklah ruginya aku.” Balas Irfan.
“Rugi apa?” Soal Amsya kebingungan
“Kalau aku tahu Alia secantik ini masa aku datang
jenguk ummi kau masa Alia di sini memang aku tunggu dia dan sekarang mungkin
dia jadi milik aku.” Balas Irfan dengan mengangkat kening pada Amsya.
“Mujurlah kau tidak jumpa dia. Kalau tidak aku yang
melepas, itu namanya jodoh. Faham. Kau tidak ada jodoh dengan dia.” Balas Amsya
pula.
“Pandailah kau.” Jawab Irfan.
Mereka berdua melihat Alia dan Puan Anis menuju ke
ruang tamu dengan membawa dulang yang berisi santapan petang itu. Alia
meletakkan dulang berisi air dan gelas manakala Puan Anis membawa dulung berisi
kuih karipap yang dibuatnya dan kek yang dibawa oleh Alia, diletaknya diatas
meja. Seperti biasa Alia akan menuangkan air kedalam gelas didepannya dengan
posisinya duduk dengan lutunya. Amsya dan Irfan memerhati wajah dan gerak-geri
tangan Alia yang cantik dan runcing itu bekerja menuang air dan menghidangkan
kepada mereka serta meletakkan kuih ditengah-tengah meja. Selepas itu dia mengambil
tempat disebelah Puan Anis.
“Makan Irfan, Am” Pelawa Puan Anis.
“Hi…ummi siapa tuan rumah ni?” Soal Amsya menyindir
umminya. Puan Anis sengih kepada anak terunanya itu.
“Ini tuan rumah baru” Balas Puan Anis sambil memegang
tangan Alia. Alia tersenyum dengan kata-kata Puan Anis. Puan Anis masih
memegang tangan Alia digosok tangan gadis itu lalu dia bersuara dengan lembut.
“Lia…macam mana dengan lamaran Danial Amsya untuk
memperisterikan Lia?”
Alia menarik nafas panjang mendengar pertanyaan itu.
Dia memandang tepat kearah mata Puan Anis dan membalas pegangan tangan Puan
Anis. Dipandang Puan Anis lama-lama hatinya berkata.
“Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ini? Apa kata
Puan Anis nanti kalau dia tahu aku memberi syarat pada Amsya. Tapi apa pula
katanya kalau aku menolak. Adakah aku akan bersamanya jika Amsya menceraikan aku nanti. Aku sayang
dia macam ibu aku.”
Puan Anis membalas pandangan itu dilihat dalam mata
gadis polos didepannya itu ada air yang jernih dikelopak matanya. Alia
memejamkan mata lalu airmatanya menitis satu persatu. Amysa dan dan Irfan hanya
melihat tanpa berkata apa-apa sambil berpandangan. Tiba-tiba hati Amsya
berdegup kencang.
“Kenapa Lia menanggis sayang?” Tanya Puan Anis sambil
mengesat airmata Alia. Alia cuba selindung persoalan itu, dia menjawab dengan
perlahan namun masih mampu didengar oleh semua yang ada disitu.
“Lia teringatkan mama dan papa. Mereka teringin sangat
mahu lihat Lia bersanding tapi…”
Alia memberhentikan kata-katanya disitu airmatanya
menitis lagi. Puan Anis terus memeluknya. Beberapa saat Alia dalam pelukkan Puan
Anis membuatkan dia merasa tenang sudah lama dia tidak merasa pelukkan seorang
ibu. Alia meleraikan pelukkannya dari Puan Anis. Puan Anis cuba menenangkan
kesedihan yang dialami Alia sekarang.
“Lia ada gambar mama dan papa?” Soalnya lembut.
“Ada, ummi nak kenal mereka?” Tanya Alia sedikit
bersemangat. Puan Anis mengangguk. Amsya dan Irfan memerhati mereka dengan tersenyum,
sambil menikmati makanan yang ada di atas meja. Alia mengambil telefon
bimbitnya dicari item gelaridia mencari foto keluarga lalu ditunjukkan
kepada Puan Anis.
“Ini keluarga Lia.” Balas Alia dengan senyum manis
menunjukkan gambar keluarganya kepda Puan Anis. Puan Anis mengambil telefon
ditangan Alia. Dia tengok dan merenung gambar itu.
“Ini mama dan papa Lia?” Tanya Puan Anis. Alia
mengangguk.Puan Anis berkata lagi.
“Cantik mama Lia macam Lia. Papa Lia segaknya kerja
apa dulu?”
“Papa kerja biasa-biasa saja ummi.” Jawabnya
bersahaja.
“Ini siapa abang ke adik Lia?” Tanya Puan Anis
menunjuk gambar Arshraf.
“Ini adik Lia, nama dia Arshraf.” Balas Alia
“Hensemnya, di mana dia sekarang?” Soal Puan Anis
lagi.
“Masih menuntut di UIA.” Jawab Alia tersenyum manis
“Lia dulu belajar dimana?” pertanyaan Puan Anis
membuatkan Alia terjerat seketika dia tidak boleh mendedahkan siapa dia ketika
ini.
“Lia belajar tidak tinggi ummi.” Jawab Alia bersahaja
cuba menguji.
“Tidak apa belajar tidak tinggi asalkan tinggi budi
pekerti.”Balas Puan Anis membuatkan dua orang anak terunanya yang ada disitu
tersentak dengan jawapan orang tuanya. Alia menarik nafas lega dia bersuara.
“Betul ke ummi berhasrat untuk menantukan Alia?” Tanya
Alia dengan sopan. Puan Anis senyum memandang tepat ke anak mata Alia lalu
mengangguknya.
“Ummi sayang Lia?” Puan Anis mengangguk. “Ummi anggap
Lia macam anak sendiri?” Puan Anis mengangguk lagi.
Amsya mendengar setiap pertanyaan dan perbualan Alia
dengan umminya. Dia memerhati Alia dengan penuh debaran perasaan sayunya
terasa.
“Ummi, Lia sayang ummi macam mama Lia. Lia tiada
sesiapa untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan Lia. Kalau dulu Lia ada masalah
Lia akan bincang dengan mama dan papa. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau ummi
betul berhajat untuk menantukan Lia ummi jumpa keluarga Lia dikampung.”
Balasnya dengan sopan nadanya sayu.
Sedih Puan Anis mendengar setiap tutur kata Alia. Dia
menarik nafas panjang kemudian berpaling kepada anak terunanya Danial Amsya.
Amsya membalas pandangan umminya lalu mengangguk kepalanya menyambut tanda
persetujuan.
“Bila Am nak pergi pinang Lia?” Tanya umminya.
“Hari ini pun boleh ummi.” Balas Amsya spontan. Dia
amat gembira.
“Kampung Lia di Besut.” Kata Umminya.
“Bila ummi boleh jumpa keluarga Lia?” Soal Puan Anis
pada Alia Nasuha
“Bila-bila sahaja Lia ikut ummi.” Jawab Alia. Puan
Anis memandang Amsya sekali lagi. Amsya faham pandangan umminya bertanyakan
kepadanya.
“Hujung minggu ini hari Sabtu kita pergi.” Jawab Amsya
tanpa ragu.
“Macam mana Lia?” Tanya Puan Anis. Alia mengangguk.
“Lia bagitahu keluarga Lia. Kita buat yang wajib
sahajalah ummi tidak payah bersanding.” Jawab Alia. Amsya mendengarnya lalu
membalas.
“Abang nak bersanding” Alia mendengarnya hatinya berkata
“Buat apa nak bersanding habis duit aku ajer. Aku tidak akan pakai duit kau,
kau simpan untuk kahwin kau nanti.”
“Lia, ummi ada bincang dengan Amsya kalau Lia setuju
terima lamaran ini, ummi cadang nak langsungkan pada hari raya nanti. Macam
mana sempat tak nak prepare semua. Tinggal tidak sampai dua bulan lagi nak raya.
“Lia tidak kisah bila pun. Buat ringkas-ringkas
sempatlah ummi.”Jawab Alia matanya melirik kearah Amsya. Amsya membalas
lirikkan mata Alia.
“Ummi, izinkan Am bawa Alia keluar ada perkara nak
bincang.” Kata Amsya. Alia memandang Amsya dahi berkerut.
“Bincang kat sini sajalah.” Jawab Alia.
“Lia, pergilah abang Amsya ajak ada perkara dia nak
bincang dengan Alia tu. Lia pergi sayang.” Pujuk Puan Anis pada Alia. Dengan
berat hati Alia mengangguk.
Amsya melihat jam tangannya pukul tujuh lebih sudah
hampir masuk waktu maghrib.
“Kita pergi lepas solat maghrib” Katanya.
“Lia sembahyang di sini” Pinta Puan Anis. Alia
mengangguk.
“Kalau begitu ummi izinkan Lia naik atas dulu.”
“Pergilah,kain sarung dan tuala ada dalam almari, Lia
ambil sendiri boleh? Ummi nak solat kat bilik bawah saja.” Kata Puan Anis. Alia
mengangguk. Alia meninggalkan mereka di situ lalu ke tingkat atas.
Sampai sahaja dalam bilik Puan Anis dia terus
menghantar pesanan ringkas pada Syafikah.
“Syaf tolong stand-by kita keluar lepas maghrib,
tempat nanti aku bagitahu kemudian” Send.
“Baik bos roger” Reply.
Amsya membuat ramalannya sendiri. “Kalau begini Irfan
tidak boleh tahu syarat yang Alia bagi pada aku. Kalau dia tahu parah aku.”
Amsya menghantar massagekepada Alia.
“Lia tolong jangan bagitahu siapa-siapa syarat awak
termasuk Irfan. Saya tidak mahu sesiapa tahu.” Send. Alia menerima pesanan itu.
Alia membalasnya.
“Baik. Saya tahu, saya janji saya tidak akan bocor
pada siapa-siapa jangan risau rahsia kita selamat.” Reply. Amsya menerima balas
pesanannya dari Alia.
Selepas sahaja solat maghrib Alia turun dilihatnya
Amsya sudah bersedia untuk keluar dengannya. Dia bersalam dengan Puan Anis
meminta diri, Amsya turut sama meminta diri dari umminya. Alia turun diikut
oleh Amsya dan Irfan. Alia terus ke keretanya. Amsya memanggil Alia.
“Alia, kita pergi dengan kereta abang jer.” Pinta
Amsya. Alia melihat kereta Nissan Fairlady idaman ramai itu. Bisik hati Alia
Nasuha.
“Kereta dia rupanya.” Dia menolak permintaan Amsya
dengan baik.
“Tidak apalah saya bawa kereta sendiri, lepas ini saya
nak balik terus.” Dia menuju ke keretanya sambil memikirkan sesuatu. Tiba-tiba
dia berpatah balik kearah Amsya. Amsya melihat Alia menuju kearahnya, dia menurun
cermin kereta. Alia telah membuat muka moyok keletihan. Dia bersuara dengan
perlahan.
“En.Amsya, awak nak pergi ke mana sebenarnya?”
Soalnya.
“Abang nak bincang dengan Lia lah tentang perkahwinan
kita.”
“Boleh tak lain kali, saya letihlah, penat banyak
kerja tadi di pejabat. Tadi pun lewat saya balik. Sekarang ini sampai rumah pun
tidak lagi. Lapar lagi.” Balas Alia keletihan.
“Kalau begitu kita pergi makan dulu? Lepas itu Lia
balik.” Pinta Amsya lagi. Alia menggeleng tanda dia tidak setuju untuk keluar
makan bersama Amsya. Amsya menarik nafas panjang mengeluh perlawaannya ditolak
bulat-bulat. Dia terdiam seketika. Alia melihat wajah Amsya kecewa atas
penolakkannya. Kemudia Alia bersuara lagi.
“En.Amys tidur di sini ke?” Tanya Alia. Amsya
menggeleng kepalanya. Alia faham Amsya akan balik ke Damansara rumahnya.
“Kita jumpa esoklah En.Amsya.” Tawaran daripada Alia.
“Betul ke awak nak keluar dengan saya esok?” Balas
Amsya bersemangat.
“Iyalah boleh bincang lama sikit.” Jawab Alia.
Mendengar jawapan Alia hati Amsya berbunga kembali dia gembira.
“Kita keluar tengah hari esok pukul dua belas boleh
tak?” Tanya Amsya.
“Hem…jumpa di mana?” Balas Alia.
“Nanti saya bagitahu esok.” Balas Amsya. Alia
mengangguk dia meminta diri untuk balik. Mereka terus beredar dari halaman
rumah Puan Anis ke destinasi masing-masing.