Pagi itu Amsya bangun
dilihatnya jam di dalam telefon bimbitnya 5.55pagi. Dia perlahan-lahan memeluk
erat Alia walaupun semalaman dia memeluk isterinya itu kali ini dia mencium
pipi Alia.
“Sayang bangun sayang, kita
solat subuh sama-sama” Amsya mengejutkan Alia dengan perlahan dan manja. Alia
mengerakkan badannya, Amsya melepaskan pelukkan itu. Alia membuka mata, dia
dapat melihat Amsya didepannya walaupun dengan cahaya lampu yang samar-samar
hanya bertemankan cahaya lampu dari luar rumah yang terpasang. Tanpa disangka
Alia tersenyum. Amsya membalas senyum itu.
Kata Amsya dalam hatinya
“Cantik Lia waktu pagi, inilah wajah natural beauty”
“Jom, bangun mandi kita
solat sama-sama.” Ajak Amsya sekali lagi. Alia mengangguk. Alia bangun dibantu
Amsya. Sempat juga Amsya memeluk Alia dari belakang membuatkan Alia yang masih
mengantuk menyandarkan diri sekejap didada Amsya.
“Mengantuk lagi ke? Tanya
Amsya sambil tangannya menyentuh lembut mata Alia yang bengkak. Alia turun dari
katil membuka lampu. Dia ke depan cermin melihat matanya bengkak. Amsya turut
turun dari katil mengambil tuala dan memberikan pada Alia. Dia menghampiri Alia
sekali lagi, dia melihat dan menyetuh serta mengosok lembut mata Alia. Alia
tersenyum kemudian memegang tangan Amsya kemudian melepaskannya. Mereka ke luar
dari bilik untuk ke bilik air. Kali ini Amsya menyuruh Alia masuk mandi dulu
dia menunggu di kerusi dapur. Tok wan nya datang ke dapur dilihat Amsya
tersengguk-sengguk dimeja makan.
“Am, kenapa?” Terperanjat
Amsya apabila ditegur. Dia mengangkat mukanya ke arah Tok Wan, sambil menguap.
“Tunggu Lia
mandi.” Jawabnya.
“Kenapa tidak
mandi sama-sama?” Sindir tok wan dengan suara yang agak kuat. Alia didalam
bilik air mendengarnya.
“Kalau mandi
sama-sama mengamuklah orang dalam tu.” Jawab Amsya sengaja suaranya dikuatkan
supaya Alia dengar. Alia memang mendengar perbualan itu, tersenyum sendirian.
Alia keluar
kemudian Amsya masuk. Belum sempat tutup pintu bilik air Amsya berkata.
“Tunggu abang
solat sama-sama” Alia sekadar mengangguk.
“Lia, nak makan
apa pagi ini?” Soal Tok wan sebelum Lia melangkah naik ke bilik.
“Nanti Lia buat
nasi gorenglah lepas Lia sembahyang ya tok wan.” Jawabnya.
“Tok wan tanak
nasi dululah.” Balas tok wannya. Alia terus ke bilik memakai baju dan mengambil
baju untuk Amsya. Dia memakai kain sembahyang sambil menunggu Amsya. Beberapa
minit selepas itu Amsya masuk. Mereka berdua solat berjemaah. Selesai sahaja
solat Alia ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sebelum keluar sempat dia
berpesan pada Amsya supaya memasukkan semua barang yang di kemaskan ke dalam
kereta. Amsya mengikut sahaja arahan yang diterimanya.
Selesai
bersarapan pada pagi itu, Alia menyiapkan dirinya untuk pulang ke Kuala Lumpur
bersama Amsya, dia menghias dirinya dengan cantik dan rapi. Tiba-tiba dia
merasa perutnya sakit memulas. Dia teringat tarikh priodnya.
“Alamak,
sakitnya perut aku ni mesti nak datang bulan.” Katanya sendirian.
Umminya sedang
berbual-bual dengan tok wan sambil menunggu Alia dan Amsya bersiap.
Amsya sedang
asyik memeriksa keretanya, dia melihat sebuah kereta Honda berhenti dihalaman
rumah mereka. Dia melihatnya tapi tidak mengendahkannya. Faris turun dari keretanya
menuju ke arah Amsya kemudian Faris memberi salam pada Amsya..Amsya
membalasnya.
“Amsya, saya
minta maaf pasal kelmarin.” Kata Faris.
“Pasal apa ya?”
Soal Amsya buat-buat tidak tahu. Sambil memandang Faris.
Faris serba
salah dengan kata-katanya. Fikirnya adakah Amsya tahu apa yang telah di lakukan
pada Alia.
“Am, boleh aku
jumpa Lia sekejap.” Pinta Faris. Amsya berkerut dahi mendengarnya.
“Kenapa awak nak
jumpa isteri saya? Ada apa-apa yang tidak kena ke? Isteri saya ada buat salah
dengan awak ?” Soal Amsya bertubi-tubi, tidak senang dengan Faris ingin berjumpa Alia.
“Aku ada perkara
nak bincang dengan Lia.” Jawab Faris membuatkan Amsya mengeluh panjang. Dia
mengusap kepalanya sendiri memikirkan perlu ke dia membenarkan Alia berjumpa Faris.
Bisik Amsya sendirian “Kalau aku tidak benarkan nanti Faris cakap aku sombong
dan kongkong Lia.”
“Kau tunggu sini
kejap aku panggil Lia.” Kata Amsya. Amsya berlalu dari situ menuju ke atas
rumah mendapatkan Alia yang masih berada dibilik. Dia masuk untuk memberitahu
Alia.
Apabila Amsya
masuk saja dalam bili Alia memandangnya tersenyum.
“En.Amsya sudah
siap semua?” Tanya Alia.
“Sudah… Faris
ada dibawah, dia nak jumpa Lia.” Kata Amsya. Alia mendengarnya terkejut,
berdebar jantungnya dia memandang Amsya.
Bisik hati Alia
“Alamak, apa lagi si Faris ni nak dari aku, kalau tak jumpa Amsya akan fikir
aku ada masalah dengan Faris, dia akan tanya aku pula. Aku tidak mahu Faris
tanya aku lebih-lebih.”
“Kenapa dia nak
jumpa Lia?” Tanya Lia dengan selamba.
“Manalah abang
tahu, nak jumpa dia ke tak ” Balas Amsya memandang tepat ke wajah Alia. Alia
tersenyum pada Amsya lalu menjawab.
“En.Amsya teman
saya boleh?” Pinta Alia, Amsya mengangguk.
“Tidak payah
panggil En.Amsya, panggil abang.” Balas Amsya. Mereka berdua keluar mendapatkan
Faris yang sedang menunggu Alia. Sampai sahaja Alia didepan Faris dia terus
merangkul pinggang Amsya, Amsya membalas rangkulan dari Alia.
“Ada apa Faris
nak jumpa Lia?” Tanya Alia dengan lembut dan mesra tidak mahu Amsya mengesaki
apa-apa. Faris tengok kepada Amsya disisi Alia. Amsya faham, Faris tidak mahu
dia berada disitu untuk berbincang dengan Alia.
“Saya bagi awak
tiga minit untuk bercakap dengan isteri saya.” Kata Amsya. Alia memandang Amsya
berkerut dahi.
“Lia cakap dengan
Faris. Abang ada dekat sini.” Balasnya pada Alia, dia kemudian meninggalkan
mereka berdua disitu. Amsya menuju ke keretanya sambil memerhati mereka.
“Kau nak apa
lagi dengan aku Faris. Boleh tak kau jangan kacau aku, aku sudah kahwinlah. Apa
kata suami aku nanti.” Kata Alia dengan marah wajahnya masam mencuka.
“Baik aku tidak
akan kacau kau, tapi aku nak kau tolong aku, aku nak pinjam duit lima ribu.”
Minta Faris.
“Pinjam? Kau
tidak pernah bayar pun. Aku tidak ada duitlah.” Kata Alia berkerut dahi. Amsya
masih memerhati mereka.
“Tolonglah Lia
aku ada hal ni, penting. Lepas ini aku tidak akan ganggu kau lagi.” Balas
Faris.
“Aku boleh
percaya kau ke?” tanya Alia menduga.Faris diam, tidak menjawab persoalan itu.
“Tolonglah Lia,
kali ini jer.” Pinta Faris merayu. Arshraf keluar dia melihat Faris bersama
kakaknya. Memandang tajam dia ke arah Faris lalu turun menuju ke arah mereka.
“Kau bagi nombor
akaun kau, nanti aku transfer. Lepas ini aku tidak mahu kau ganggu aku lagi.”
Balas Alia. Alia terpaksa jika tidak Faris akan terus menghubunginya. Faris
mengangguk.
“Terima kasih
Lia.” Balas Faris.
Arshraf datang. “Faris,
apa kau buat ni?.” Tegur Arshraf apabila hampir dengan mereka. Faris memandang
Arshraf. Amsya juga menuju ke arah mereka.
“Sayang, dah sudah?.”
Soal Amsya. Mereka semua memandang Amsya. Alia mengangguk. Amsya melihat wajah
Arshraf marah pada Faris.
“Terima kasih
Am, aku balik dulu.” Kata Faris lalu beredar dari situ. Tidak mengendahkan
kata-kata Arshraf.
“Along, Faris
nak apa?” Tanya Arshraf pada Alia.
“Dia minta maaf
jer.” Jawab Alia, tidak mahu memberitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu
Arshraf bertindak melulu.
“Dahlah, sayang
sudah siap? Boleh kita bertolak sekarang, sudah lewat ni.” Kata Amsya. Alia
mengangguk mereka beredar dari situ berjumpa dan bersalam dengan kedua orang
tua mereka.
Kemudian mereka
dan Puan Anis memasuki kereta. Alia menerima sms dari Faris tertera nombor
akuan Faris. Amsya yang baru masuk dalam kereta membetulkan kedudukkannya
melihat Alia sedang sibuk dengan telefon bimbitnya. Alia mengtransfer
duit dari akaunnya ke akaun Faris. Amsya melihat wajah Alia masam. Tanpa
meminta kebenaran Amsya dengan pantas
mengambil hanset Alia. Terkejut Alia apabila Amsya merampas telefon bimbitnya
tidak dapat dia merebut kembali apabila umminya ada dibelakang mereka. Amsya
melihat paparan transaksi akaun terpapar di situ. “Succesfuly transfer”
dari akaun Alia ke akaun Faris berjumlah lima ribu. Amsya menjeling kearah
Alia.
“Sayang keluar
sekejap…Ummi tunggu kejap ya.” Arah Amsya. Berdebar hati Alia kecut perutnya.
“Kenapa Am, ada
barang tertinggal ke?” Soal umminya.
“Ya ummi.”
Jawabnya bersahaja. Alia keluar dari kereta sebagai yang diarahkan. Amsya
keluar mendapatkan Alia. Dia menarik tangan Alia jauh sikit dari kereta risau
umminya dengar.
“Ni apa ni?
Kenapa transfer duit pada Faris? Dia minta duit dari Lia? Banyak duit Lia? Tadi
kata dia minta maaf saja.” Tanya Amsya bertubi-tubi. Tercengang Alia mendengarnya.
Alia senyum pada Amsya, Alia menjawa dengan lembut.
“Dia minta
tolong Lia, dia ada masalah Lia tolonglah.” Jawab Alia tersenyum manis pada
Amsya. Amsya mengangguk ditenungnya Alia senyum Alia dibalas.
“Pergi masuk
kereta.” Arah Amsya dengan mesra. Mereka berdua menuju ke kereta. Alia melambai
tangan kepada orang tua mereka yang ada didepan rumah. Amsya perlahan-lahan
mengerakkan keretanya meninggalkan kampung halaman Alia.
Sepanjang
perjalanan mereka berbual-bual sambil mendengar dan melayan lagu-lagu dari
radio Manis FM. Amsya sesekali menoleh pada Alia disebelahnya. Alia pula merasa
tidak selesa apabila perutnya sakit, dia menahannya. Puan Anis sesekali bertanya soalan pada Alia.
“Lia, dulu Lia
belajar di mana? Pandai Lia baca quran.” Puji Puan Anis. Alia berpaling
kebelakang melihat umminya tersenyum manis. Dia menjawab.
“Lia belajar
sekolah agama MARA ULUL Albab di Besut.”
“Patutlah
pandai, lepas tu sambung belajar di mana?” Pertanya ini membuatkan Alia terdiam
seketika mencari jawapan yang terbaik. Difikirnya “perlu bagi tahu sekarang
atau lain kali.” Amsya menoleh pada Alia menunggu jawapannya Alia menjeling
pada Amsya.
“Lia sambung
belajar di kolej tempatan, tak ada apa yang istimewa pada Alia itu sahaja.”
Jawabnya bersahaja. Amsya mendengarnya berkerut dahi. “Betul ke si Lia ni”
Bisik Amsya.
“Tak apa kalau
ada peluang belajar, boleh sambung lagi.” Jawab Puan Anis memberi semangat pada
Alia. Alia mengangguk.
“Tok wan
bagitahu, Lia dan keluarga tinggal di Puchong. Mereka akan berkumpul di rumah
Lia malam ini?.
“Ya, ummi.”
Jawab Alia.
“Lia nak terus
balik Puchong ke?” Tanya Puan Anis.
“Tak, Lia balik
Putrajaya. Esok Roza akan ke sana make-up Lia, kami semua akan berkumpul di
rumah Lia dulu kemudian ke rumah ummi tengah hari esok.” Jawab Alia.
“Esok majlis
rumah ummi, semua sudah siap ke?” Tanya Alia.
“Rasanya sudah
siaplah tu, ramai kat rumah tu.” Kata Puan Anis.
“Siapa ada di
rumah?” Soal Alia mengerut dahi.
“Mak saudara dan
sepupu Am, ramai semua ada dirumah. Semalam mereka di tidur rumah ummi.” Jawab
umminya lagi.
Sudah lima jam
dalam perjalanan, jalan sesak pada hari raya membuatkan perjalanan mereka
mengambil masa yang lama, Amsya tidak dapat memecutkan keretanya. Mereka berhenti
rehat untuk makan dan sembahyang zohor di R&R Gambang. Alia dan Puan Anis
ke tandas terlebih dahulu sebelum ke surau untuk solat zohor. Alia sudah jangka
yang dia akan datang bulan, dia keluar dari bilik air menuju ke kiosk untuk
membeli pad selepas itu masuk semula ke bilik air.
Puan Anis terus
ke surau menunaikan solat zohor. Selesai kerja Alia dalam tandas dia keluar
menunggu ummi dan Amsya di gerai makan. Bungkusan hitam yang berisi pad yang
dibelinya diletakkan di atas meja. Amsya selesai menunaikan solat dia menuju ke
gerai makan dilihatnya Alia sudah berada di situ. Sampai sahaja dia di meja
depan Alia. Amsya terus bertanya.
“Sudah
sembahyang? Ini apa? Tanya Amsya sambil membuka bungkusan di depan Alia. Alia
tengok dengan bermasam muka.
“Datang bulan?”
Tanya Amsya. Alia mengangguk.
“Patutlah muka
masam, bad mood, cukup ke bekalan ni?.” Tanya Amsya lagi.
“Cukup.” Jawab
Alia sepatah.
“Cukup tak
apalah, abang tak mahu Lia kotorkan kereta abang.” Kata Amsya selamba. Alia
menjeling pada Amsya dengan jelingan yang tajam, marah. Amsya tersengih dia
sengaja nak kena Lia.
“En.Amsya, saya
bukan budak sekolahlah.” Jawab Alia dengan marah.
“Abang tak
kisahlah budak sekolah ke? Anak dara ke? Isteri orang ke? Yang penting abang
tak mahu Lia kotorkan kereta abang.” Kata Amsya. Alia terus memasamkan mukanya,
menyampah dengan kata-kata Amsya.
Selang beberapa
minit Puan Alia datang ke meja mereka selepas selesai solat. Sampai sahaja di
situ dia terus bertanya Alia.
“Lia sudah
sembahyang?” Alia mengelengkan kepala. Amsya menyampuk
“Tak sembahyang
datang bulan.”
“Itulah, dia
takut Lia kotorkan kereta Fairlady dia tu.” Balas Alia bermasam muka dan marah
sambil memandang umminya. Puan Anis memandang Amsya mengelengkan kepala.
“Orang perempuan
kalau datang bulan memang macam ni ke ummi? Meragam, bad mood dari semalam
lagi.” Sindir Amysa. Alia menarik muka masam malas layan Amsya.
“Ummi nak makan
apa? Lia belikan.” Tanya Alia tersenyum pada umminya.
“Apa yang ada?”
Tanya Puan Anis.
“Sup tulang,
patin masak tempoyak,gulai ayam kampung, ikan bakar air asam, ummi nak apa?”
“Lia ambil sajalah apa pun ummi makan saja tak kisah.” Jawab
umminya. Alia bangun menuju ke gerai
membeli makanan.
“Tanya ummi saja. Abang?” Tanya Amsya memegang tangan Alia. Alia
menariknya tangannya dari dipegang Amsya. Merajuk dengan Amsya.
“Pergilah beli sendiri.” Kata Alia, dia melangkah ke gerai membeli
makanan.
“Merajuk.” Balas Amsya sepatah. Dia gelak memandang umminya.
“Kenapa Am cakap macam itu kat dia, merajuklah.” Kata umminya.
“Am bergurau sajalah ummi, Lia tu ambil serius.”
“Pergilah pujuk dia.” Arah Puan Anis pada Amsya. Amsya bangun
menuju ke gerai dimana Alia sedang memesan makanan. Dia memeluk Alia dari
belakang. Terperanjat Alia apabila Amsya memeluknya. Amsya berbisik ditelinga
Alia.
“Merajuk. Nak abang pujuklah ni.” Pujuk Amsya.
“Tak payah, lepaslah orang tengok.” Kata Alia. Amsya melepaskan
pelukkannya.
“Awak nak makan apa? Tanya Alia. Tersenyum Amsya mendengar
pertanyaan Alia.
“Lia order apa?”
Tanya Amsya.
“Ambil sup
dengan ikan patin gulai tempoyak. Awak
makan tak? Soal Alia
“Makan…tambah
ayam goreng.” Pinta Amsya.
“Kakak tambah
ayam goreng tiga ketul.” Pesan Alia pada penjual. Setelah semua makan yang
dipesan sudah disiapkan Mereka berdua membawa makanan yang dipesan ke mejanya.
Alia sekali lagi
menuju ke gerai untuk mengambil air yang dipesan, dia juga membeli senaskah
surat khabar. Selepas itu menuju semula ke meja, sambil menikmati hidangan Puan
Anis perasan yang Alia tidak memakai cincin perkahwinan hanya cincin
pertunangan yang ada dijari manis Alia.
“Lia, mana cincin
kahwin Lia?” tanya Puan Anis. Alia memandang Puan Anis didepannya. Dia menunjuk
pada Amsya.
“Ada dengan…”
Alia menunjukkan jarinya pada Amsya. Amsya menjeling pada Alia dengan wajah
yang masam dan marah. Umminya sekali lagi perasan kelakuan mereka berdua. Alia
buat muka selamba.
“Kenapa ada
dengan Am? Kenapa tidak bagi Lia pakai?” Soal umminya lagi tengok pada Amsya.
Dengan pantas Alia menjawab.
“Lia takut
hilang, jadi Lia suruh En.Amsya simpan.” Puan Anis mendengarnya berkerut dahi
bukan takut hilang yang dikerutnya tapi pangilan Alia pada Amsya.
Dengan suara
yang agak keras sikit Puan Anis bertanya lagi. “Alia masih panggil En.Amsya?
kenapa tidak panggil saja abang? Kamu berduakan sudah kahwin. Alia mendengarnya
menunduk muka dia tahu Puan Anis marah padanya.
Dengan suara
yang lembut dan perlahan Alia menjawab. “Ummi, kami berduakan baru saja kenal
belum boleh mesra lagi, Lia masih kekoklah, janggal jer nak panggil abang.
Bagilah Lia masa.” Sambil tersengih pada umminya. Puan Anis mengeleng kepala.
Amsya berpaling pada Alia pandangannya berbalas, sempat Alia mengeyit mata pada
Amsya sambil tersengih.
Selesai sahaja
makan mereka meneruskan perjalanan. Sebelum memasuki kereta Alia telah melapik
surat khabar ditempat duduknya. Amsya melihatnya berkerut dahi dan ketawa.
“Hahaha…Lia buat
apa ni?” Tanya Amsya.
“Lapiklah nanti
kotor kereta awak.” Jawab Alia. Amsya ketawa pecah perut.
“Ummi tengok
menantu ummi, gurau sikit ambil serius, tak apalah kalau nak lapik. Kalau bocor
tidak kena kusyenkan.” Kata Amsya tergelak di situ.
“Am…kenapa buat
macam tu.” tegur Puan Anis sedikit marah pada anaknya mengenakan Alia. Amsya
terus ketawa sambil menoleh pada Alia dia mengangkat kening apabila Alia
menjeling padanya.
Alia mengacip
gigi geram dan marah pada Amsya. Amsya terus mengerakkan keretanya meneruskan
perjalanan dia masih tergelak dengan tingkah laku Alia. Alia tidak
memperdulikan Amsya yang asyik ketawa padanya. Dia memejam mata malas layan si
Amsya. Umminya juga sudah tertidur. Alia merasa perutnya semakin sakit dia
mengalami senggugut. Dia memegang kepala sambil tangan kanannya mengosok perut
dengan matanya tertutup. Amsya perasan dengan kelakuan Alia. Dia mengeleng
kepala hatinya bersuara.
“Si Lia ni sakit
perut, tak mahu bagitahu. Berat mulut ada emas ke tak boleh bagitahu.”
Amsya melihat
signboard pam station 2km. Dia memberhentikan keretanya mengisi minyak selepas
itu masuk ke kedai station minyak untuk
membeli minyak ubat. Siap membeli dia keluar kembali ke kereta, Alia keluar dari
kereta menuju ke tandas. Amsya masuk ke dalam kereta beberapa minit kemudian
Alia kembali.Tersenyum Amsya melihat Alia. Dia menurunkan sedikit seat Alia.
“Kenapa ni?”
Tanya Alia. Puan Anis tersedar dari tidurnya. Melihat mereka berdua.
“Selesa sikit,
Lia baring.” Arah Amsya. Alia mengikut arahan.
“Selak baju.”
Arah Amsya membuatkan Alia terkejut.
“Nak buat apa?”
Tanya Alia kehairanan.
“Abang nak sapu
ubat pada perut Lia. Lia sakit perutkan?” Katanya sambil melihat umminya
dibelakang. Alia mengeleng kepala.
“Lia, biarlah Am
sapu ubat tu, Liakan sakit?” Balas umminya dibelakang. Alia berkerut muka.
Amsya menyelak baju Alia.
“Lia sapu
sendiri.” Pintanya.
“Abang buat.”
Tegas Amsya. Dia menuang sedikit ubat ditapak tangannya kemudian disapu ke
perut Alia. Alia memejamkan mata, merah mukanya menahan malu. Amsya mengosok
perlahan-lahan perut Alia yang kempis dan licin itu.Tersenyum Amsya melihat
Alia menahan malu, Alia merasa tapak tangan Amsya yang sedikit kasar mengosok
perutnya. Berdebar juga jantung apabila disentuh Amsya. Amsya tersengih nakal
mahu saja dia cium Lia di situ. Alia membiarkan Amsya mengosok dan menyapu ubat,
tahan sikit sakitnya. Dia membuka mata dan menolak dengan lembut tangan Amsya
dari perutnya.
“Cukuplah, nanti
Lia buat sendiri. Awak bawa kereta nanti lambat pula sampai.” Kata Alia dengan
suara yang begitu lembut tergoda Amsya mendengarnya. Dia melihat umminya di
belakang mata umminya terpejam. Pandanganya beralih pada Alia. Dengan suara
perlahan dia memberitahu Alia.
“Sayang cium
sikit.” Pinta Amsya mengoda. Alia berpusing kebelakang menjeling pada Puan Anis
sambil mengeleng kepala, dia lihat mata Puan Anis tertutup kemudian menjeling
pada Amsya. Amsya dengan pantas mencium pipi Alia kemudian mengusap dahi Alia.
Berdegup kencang jantung Alia apabila dicium oleh suaminya.
“Lia rehat,
tidur dulu ya.”Amsya memanjakan isterinya. Alia mengangguk. Alia memejamkan
matanya satu perasaan yang tidak dapat dia gambarkan. Kenapa dia rasa selamat
berada disisi Amsya apa lagi kalau Amsya memeluk dan menciumnya. Perasaan cinta
dan sayang Amsya pada Alia pula semakin bertambah tak tentu hala rasanya dia
apabila menyentuh Alia.
Amsya meneruskan
perjalanan mereka, lebih kurang pukul tiga petang mereka sampai di Kuala
Lumpur. Amsya terus ke Putrajaya menghantar Alia ke rumah, dia mengejutkan Alia
yang sedang nyenyak tidur sambil mengosok pipi Alia.
“Lia…Lia bangun
sayang.” Alia tersedar dari tidurnya lama juga dia tidur. Dia memandang
sekeliling.
“Dah sampai ke?”
Tanya Alia.
“Dah dekat, rumah
Lia dimana?”
“Prensint 8,
nanti Lia tunjukkan jalan.” Jawabnya. Sepuluh minit selepas itu Amsya sampai
didepan rumah Alia. Kebetulan pintu pagar rumahnya terbuka Amsya memasukkan
keretanya sedikit dalam pagar rumah tersadar kereta Hyundai Sonata di porch.
Tapi kereta Syafikah tidak kelihatan. Puan Anis tersedar dari tidurnya.
“Kita sudah
sampai ke Am?” Tanya Umminya.
“Rumah Lia”
Jawab Amsya. Alia turun dari kereta, Amsya juga turun mengambil barang Alia
dari bonet kereta.
Hana yang
kebetulan cuti pada hari itu membuka langsir melihat dari dalam rumah siapa
yang pulang. Dia melihat Alia, cepat-cepat membuka pintu rumahnya.
Alia membuka
pintu belakang kereta bersalam dengan Puan Anis. Selepas itu menutupnya
kembali. Amsya menghampirinya memegang tangan dan menarik Alia ke badannya
kemudian kedua-dua tangannya merangkul pinggang Alia. Alia tertunduk malu
dengan tindakan Amsya. Tidak mampu dia menolak Amsya apabila di depan umminya.
“Sayang, jangan
keluar tau hari ini, jangan ke mana-mana.” Pesan Amsya. Alia menjeling matanya
sedikit keatas memandang pada Amsya didepannya hanya beberapa inci dari
mukanya.
“Kenapa, Lia
ingat nak pergi beli kek untuk esok di secret resepi.” Beritahu Alia.
“Suruhlah
siapa-siapa beli. Abang tidak boleh izin Lia keluar sekarang ni, apa-apa
berlaku susah pula, esok Lia nak ke rumah abangkan.” Alia mengangguk. Amsya
mencium dahi Alia. Terkejut Hana yang sedang memerhatikan mereka dari dalam
rumah.
“Janganlah
En.Amsya ada orang tengok.” Larang Alia.
“Biarlah orang
tengok, jangan panggil En.Amsya, panggil abang tak pun Am saja.” Amsya
melepaskan tangannya dari pinggang Alia, dia menyeluk poket seluarnya
mengeluarkan bekas cincin diberinya pada Alia kemudian menghulurkan tangannya
pada Alia. Alia menyambut tangan bersalam dan mencium tangan suaminya. Alia
berdiri di situ sehingga kereta Amsya bergerak pulang. Amsya memasuki keretanya
lalu beredar dari situ kemudian Alia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Hana di
situ.
“Wow, pengantin
baru berpelukkan berciuman lagi.” Sapa Hana. Alia tersengih malu.
“Kau tidak kerja
ke? Kata kerja?” tanya Alia.
“Baru balik aku
ambil separuh hari, kurang sihat.” Jawab Hana.
“Aku naik dulu
Hana.” Kata Alia. Hana mengangguk. Alia terus ke biliknya dia mandi kemudian
menghubungi Syafikah.
Syafikah melihat
skrin apabila telefon bimbitnya menjerit minta dijawab, pangilan dari bosnya.
“Hello Cik Puan
Alia Nasuha.” Jawab Syafikah menyindir bosnya itu.
“Mengada-gadalah
kau ni. Aku nak minta tolong kau boleh?” Tanya Alia.
“Tolong apa? kau
ada kat mana sekarang?” Soal Syafikah kembali.
“Ada kat rumah,
aku nak minta tolong kau belikan kek blackberry di secret resepi untuk majlis
aku esok. Maaf Syaf sebenarnya aku nak pergi beli sendiri tapi Amsya tidak bagi
aku keluar hari ini dia risau kalau apa-apa berlaku, katanya susah pula.”
Terang Alia.
“Tak jadi
masalah, nanti aku belikan. Kau macam mana okey tak?” Balas Syafikah
“Aku ada perkara
nak bincang dengan kau, nanti malam kita bincang.” Kata Alia dengan nada suara yang
lemah.
“Baiklah Lia.”
Balas Syafikah kemudian memutuskan perbualan mereka.
Alia merehatkan
dirinya di katil, perutnya masih terasa
sakit. Dia terlelap.
Amsya dan
umminya sampai di kediaman mereka. Adik beradik Puan Anis dan saudara-mara
terdekat mereka ada dirumahnya membantu apa yang patut untuk majlis anak
tunggalnya itu.
Selepas waktu
maghrib, Syafikah turun ke tingkat bawah bersama rakan-rakannya yang lain.
“Syaf, pergilah
makan aku sudah masak tadi” Arah Hana.
“Kau orang semua
sudah makan ke? Mimi mana?” Tanya Syafikah pada Hana dan Alia yang ada di situ.
“Mimi di dapur
sedang makan, kami dah makan.” Jawab Hana. Syafikah bangun menuju ke dapur.
“Lia, esok pukul
berapa juru make-up datang.” Tanya Hana.
“Pukul
10.00pagi, kau orang semua cutikan esok?” Tanya Alia meminta kepastian.
“Mestilah cuti
kawan kita kahwin.” Jawab Hana. Sambil menonton rancangan TV kegemaran mereka.
Mimi dan
Syafikah selesai makan malam, mereka kembali ke ruang tamu sama-sama menonton.
“Hi, Lia macam
mana hidup berumahtangga?” Soal Mimi.
“Macam mana apa
macamtu jea ler. Macam biasa.” Jawab Alia selamba.
“Elehh…macam
biasa berpelukkan bercium-cium lagi.” Sampuk Hana. Terkejut kedua-dua
sahabatnya itu. Alia berpaling pada Hana dengan matanya dijengkelkan tanda
marah.
“Eh, biar betul
Hana.” Balas Mimi.
“Betullah aku
tengok dengan mata kepala aku sendiri. Tadi, masa Amsya datang hantar dia
sempat lagi Amsya peluk dan cium cik Lia kita ni.” Cerita Hana. Muka Alia sudah
merah rasa malu juga dia pada teman-temannya itu. Mereka bertiga memandang Alia
dengan senyum ketawa.
“Dahlah Hana
malu aku. Nak buat macam mana, dah jadi milik orang.” Kata Alia sambil memegang
kedua-dua pipinya.
“Best, syok kau Lia
dapat berpeluk dan bercium dengan lelaki handsome dan kacak macam Amsya tu. Aku
pun nak.” Balas Mimi. Mereka semua ketawa. Syafikah tengok pada Alia, dia tahu ada
sesuatu yang Alia ingin bagitahunya. Alia dan Syarikah berbalas pandang.
“Aku masuk bilik
dulu nak sembahyang isyak.” Kata Syafikah lalu meninggalkan mereka di situ. Alia
faham, dia juga turut naik ke atas.
“Lia, kau nak ke
mana?” Tanya Mimi apabila melihat Alia bangun.
“Aku, nak pergi
tidur nak berkhayal berpelukkan dengan Amsya. Kenapa kau nak ikut ke?” Jawab
Alia berseloroh sambil ketawa meninggalkan mereka.
“Mentang-mentanglah
dia sudah ada suami.” Balas Mimi.
Alia memasuki
biliknya, membaringkan dirinya diatas katil difikirnya. “Macam mana kalau Amsya
terus memeluk dan cium aku boleh jatuh cinta aku pada dia. Tapi dia tidak
cintakan aku lepas ini dia kahwin dengan kekasihnya tidak pasal-pasal aku
kecewa. Macam mana aku nak buat nih supaya tidak bersama dia.” Pening kepala
Lia memikirkannya. beberapa minit kemudian biliknya di ketuk belum sempat dia
menyahut Syafikah sudah masuk ke biliknya. Terus menerkam ke atas katil.
“Lia, tadi kau
kata ada perkara nak bincang, apa dia?” Tanya Syafikah sambil melihat Lia di
depannya.
“Syaf , aku
risaulah. En.Amsya tu pandai mengayap tau, kalau dia buat apa-apa pada kau
matilah aku. Tambah lagi masalah aku. Aku takut aku jatuh cinta dengan dia.”
Terang Alia.
“Ha, baguslah
kau jatuh cinta dengan suami sendiri.” Pintas Syafikah.
“Kau ni, sudah
terang lagi bersuluh dalam hati dia sudah ada orang lain, lepas ini dia akan
tinggalkan aku. Orang lelaki ni kalau dia tidak dapat apa yang dia nak selagi
itulah dia goda kita. Lepas itu dapat madu sepah di buang. Aku juga yang kecewa
macam mana? Aku kena fikirkan sesuatu Syaf.” Kata Alia meminta nasihat dan
pendapat sahabat baiknya itu.
“Kau ikut
planning lama satukan dia dengan kekasih dia secepat mungkin.” Balas Syafikah.
Alia termenung seketika mendengar jawapan dari Syafikah.
“Baiklah. Tapi
kenapalah tempat Amsya tu tidak digantikan dengan Zafrul.” Katanya pada
Syafikah.
“Kau masih
sayang Zafrul? Kau kata Zafrul nak kahwin, dah kahwin ke dia?” Tanya Syafikah.
“Tak tahulah
aku, tidak pula aku terima kad kahwin dari dia. Tak tahulah kalau dia juga
sudah kahwin diam-diam macam aku. Tapi tidak mungkin. Nak kata aku cintakan
Zafrul susah juga yang pasti dia masih ada dalam hati aku. Susahlah Syaf aku
nak lupa dia. Syaf…Ada juga orang macam encik Amsya tu. Sanggup dia buat apa
saja untuk mendapatkan orang yang dia sayang. Bertuahlah kekasih dia. Aku tahu
dia sayangkan ummi dan tidak mahu ummi dia kecil hati, sanggup dia guna orang
ke tiga macam aku ni untuk jayakan misi dia. Tak apalah aku akan tolong dia.”
Jawab Alia.
Syafikah
tersenyum pada sahabatnya itu sambil mengangguk kepala.
“Alia, aku masuk
tidur dululah, kau jangan risau tentu ada jalan, aku tahu kau bijak dengan
semua tu.” Kata Syafikah memuji Alia.
“Pergilah.” Arah
Alia. Syafikah keluar dari bilik Alia. Alia melayan perasannya sendiri.
Amsya sedang membuat
persiapan dirumahnya. Tiba-tiba sepupunya Qania, anak Liza adik Puan Anis
menghampiri Amsya.
“Abang Am,
tahniah selamat pengantin baru, cantiklah isteri abang Am. Nama dia Alia Nasuha
kan?” Bicara Qania. Amsya mengangguk.
“Terima kasih.”
Jawabnya sambil senyum pada Qania.
“Dah lama ke abang
Am kenal Alia, berapa umur dia?”Tanya Qania lagi.
“Nak kata lama
tidak lah juga, umur rasanya sebaya Qanialah 25tahun.” Balas Amsya. Qania
mengangguk tersenyum manis kemudian
beredar dari situ.
Amsya naik ke
tingkat atas lalu ke biliknya. Teringat juga dia pada Alia terasa rindu pula,
dia mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Alia. Pangilannya berdering.
Alia yang sedang
merenung baju pengantin yang tergantung dibiliknya itu sambil memikirkan
bagaimana dia nak elakkan dirinya dari bersama Amsya. Tiba-tiba dia terperanjat
apabila telefonnya menjerit. Dia mengambil telefon bimbit disebelahnya. Dilihatnya
pangilan dari Amsya.
“Hello, En.Amsya
ada apa malam-malam ni, tidak tidur lagi ke?” Tanya Alia.
“Belum, Lia buat
apa tu, kenapa tidak tidur lagi?” Balas Amsya.
“Sajalah tunggu
awak telefon, saya tahu awak akan telefon saya.” Jawab Alia bersahaja. Amsya
tersengih.
“Lia rindu abang
ke? Sakit perut lagi?” Tanyanya mengambil berat.
“Nak rindu apa
tadi baru jumpa. Perut…sakit jugalah.” Jawabnya Alia dengan malas.
“Nak abang pergi
rumah Lia ke?” Pertanyaan nakal Amsya sambil tersengih sendirian.
“Kenapa pula nak
datang sini, buat apa?” Soalnya sedikit keras.
“Yalah tidur
dengan Lia, boleh abang tolong sapu ubat pada perut Lia.” Jawab Amsya mengoda.
Jawab Alia dengan marah.
“Hoiiiii…tak
payah, saya sekarang tengah fikir macam mana nak elakkan diri dari tidur dengan
awak esok, awak senang-senang nak datang sini.” Terkejut juga Amsya mendengar
jawapan Alia.
“Kenapa pula
fikir macam tu?” Soal Amsya menguji.
“Awak tu bukan
boleh percaya pun, kalau awak buat apa-apa pada saya macam mana? Tidak
pasal-pasal saya jatuh cinta pula dengan awak tambah lagi masalah.” Balas Alia
terang-terang.
“Tak apalah Lia
jatuh cinta dengan abang tak salah pun.”
“Encik Amsya,
saya tidak akan jatuh cintalah dengan awak. Terang-terang lepas ini saya akan
di dua, di madu dan diceraikan. Bukan senanglah encik Amsya, saya nak jatuh
cinta, lagi-lagi orang macam awak, kenal pun tidak.” Balas Alia. Terdiam
sejenak Amsya mendengarnya. Alia bersuara lagi.
“En.Amsya saya
nak tidur ini, kita jumpa esok. Bye.” Terus Alia memutuskan pangilan.
Amsya tersenyum
manis rindu juga dia pada Alia. Difikirnya macam mana mahu mengambil hati dan
membuatkan Alia jatuh cinta dengannya. Dia mesti dekatkan dirinya dengan Alia
dan selalu disamping Alia.
Amsya monolog
luaran “Kalau aku selalu berada disamping dia mungkin dia akan jatuh cinta
dengan aku. Aku mesti ambil berat tentang dia. Mesti dia akan cair dengan aku.
Abang tunggu kedatangan kau disisiku wahai isteriku Alia Nasuha.