Seawal pagi Puan
Anis telah bangun menyiapkan kerja-kerja dirumahnya, teruja dia untuk menyambut
menantu pilihan hatinya. Adik beradiknya Siti dan Liza bermalam dirumahnya.
Anak perempuan Siti iaitu Qania juga bermalam di situ. Puan Anis ke dapur untuk
menyiapkan sarapan pagi untuk adik beradiknya. Siti adiknya turut sama
membantunya didapur dan menyiapkan apa yang patut bagi persiapan perkahwinan
anak buahnya. Siti menghampiri Puan Anis didapur, dia bertanyakan pada Puan
Anis.
“Kak Ngah,
berapa lama Amsya kenal dan bercinta dengan Alia Nasuha tu?”
“Baru jea, Alia
tu sebenarnya angah kenal dia dihospital semasa angah kena serangan jantung.
Angah langgar kereta dia, baik budak Lia tu dia tolong jaga angah sampai
dirumah. Masa itu Amsya pergi ke Itali dua minggu.” Jawab Puan Anis.
“Bila pula angah
kena serangan jantung? Kenapa tidak bagi tahu Siti, Liza atau along?.” Tanya
Siti pada kakaknya itu.
“Angah tidak
mahu menyusahkan kamu semua, kebetulan
Alia sanggup jaga angah. Angah suka budak Lia tu, jadi angah jodohkanlah mereka.”
Jawab Puan Anis jujur. Qania yang baru sampai di dapur melihat ibunya Siti dan
Puan Anis sedang rancak berbual. Tiba-tiba Qania menyampuk.
“Mak Ngah, tahu
tak yang Shasha sudah pulang pagi kelmarin. Aunti Liza ada bagitahu tak?” Tanya
Qania pada ibu saudaranya itu. Puan Anis berbalas pandang pada Rania dan Siti.
“Tak tahu pula,
makcik Liza kamu tidak bagitahu pun yang Shasha sudah pulang. Cuti ke sudah
habis belajar?” Balas Puan Anis.
“Balik teruslah
mak ngah, sudah habis belajar. Semalam Shasha sms nak datang pagi ini.” Jawab Qania.
Berdebar juga hati Puan Anis mengetahui yang Shasha sudah pulang ke tanah air.
“Tak apalah
angah, cerita lama.” Balas adiknya Siti. Puan Anis tersenyum.
“Qania tolong
panggil makcik Liza dan Amsya turun makan.” Arah Puan Anis.
“Baik mak ngah.”
Balas Qania dia naik ketingkat atas untuk memanggil mereka.
Amsya mengemas
biliknya kain baju dalam almarinya disusun rapi dan dikosongkan sedikit ruang
untuk dimuatkan kain baju Alia nanti. Tersenyum Amsya sendirian apabila
gambaran wajah ayu dan sikap poyo Alia. Terfikir juga Amsya berani ke Alia
bersikap poyo dan berlagak depan keluarga dia nanti.
Pagi yang indah
itu, Alia sudah bersiap untuk dimekap oleh Roza ditolehnya jam ditangannya
pukul 9.40pagi. Syafikah dan teman-temannya yang lain sedang bersiap untuk ke
majlis sahabat baiknya itu. Sebuah kereta berhenti didepan rumah mereka, Alia
menjenguk dari bilik tidurnya dari tingkat atas dilihatnya En.Roza sudah
sampai, dia memanggil Syafikah.
“Syaf, Roza
sudah datang tolong buka pintu.” Laung Alia.
“Yap” Jawab
Syafikah berlari anak menuruni tangga untuk membuka pintu. En.Roza keluar dari
keretanya dengan barang-barang make-up bersama pembantunya yang juga
jurukamera. Syafikah membawa Roza dan pembantunya ke bilik Alia.
Qania mengetuk pintu
bilik Amsya untuk memanggil Amsya makan. Amsya ke pintu bilik untuk membukanya.
Apabila Amsya membuka saja pintu biliknya Qania terus bersuara.
“Abang, mak ngah
suruh turun makan.” Amsya angguk dan senyum pada sepupunya itu.
“Abang, Qania
ada perkara nak bagitahu.” Kata Rania. Amsya memandang Qania berkerut dahi.
“Apa dia.” Tanya
Amsya.
“Buah hati abang
sudah balik, kekasih lama.” Bagitahu Qania. Amsya terkejut berdebar jantungnya
apabila mengetahui Shasha sudah pulang ke tanah air.
“Nia, turun dulu
kejap lagi abang turun.” Kata Amsya. Qania mengikut arahan dia turun ke tingkat
bawah.
Termenung Amsya
dikatil yang telah dihias cantik, memegang kepala yang tiba-tiba rasa pening,
teringat dia kenangan bercinta dengan Shasha dulu tapi cinta mereka dihalang
oleh ibubapanya. Membuatkan dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Shasha
setelah Shasha menyambung pengajiannya di Australia. Dua tahun dia cuba melupakan
Shasha akhirnya berjaya kemudian Amsya bercinta dengan Tengku Umairah sehingga
kini tapi sekarang dia sudah mula jatuh cinta dengan Alia isterinya sendiri.
Amsya monolog
luaran “Aku masih cintakan Shasha ke? Kenapa jantung berdebar bila tahu dia
sudah pulang?” Ditanya dirinya sendiri. Hilang seketika ingatnya pada Alia
Nasuha. Dia melangkah keluar dari biliknya untuk bersarapan bersama yang lain.
Apabila dia turun sahaja dilihatnya sudah ramai saudara mara sebelah ibunya
yang datang begitu juga dengan catering yang ditempahnya. Tempat
persandingannya telah dipasang kelmarin, riuh rendah bunyi suasana rumahnya
pagi itu.
Alia disolek
oleh Roza, rakan-rakannya yang lain juga sibuk menyiapkan diri mereka.
Jurugambar mengambil beberapa keping gambar Alia sedang bersiap dan disolek
oleh Roza. Tiba-tiba Alia bersuara.
“En.Roza sudah
lama kenal dengan Puan Anis?” Tanya Alia.
“Memang sudah
lama, dalam lapan atau sembilan tahun macam tulah.” Jawab Roza.
“Sudah lama,
kenal rapatlah dengan Puan Anis?” Soal Alia lagi.
“Kenal sangat,
Puan Anis dan arwah suaminya dulu memang pelanggan tetap kami. Samalah juga
dengan Amsya tu. Kalau Lia nak tahu Amsya tu bercinta dengan sepupunya, dulu
selalu juga dia dan kekasihnya datang jahit baju dibutik aku.” Jawab Roza membuatkan
Alia sedikit terkejut tapi dia suka dapat information dari Roza. Sekarang
tibalah masanya Alia mengorek rahsia apa lagi yang diketahui oleh Roza.
“Oh, jadi Amsya
bercinta dengan sepupu dialah. Kenapa mereka tidak berkahwin?” Tanya Alia.
Dengan suara lemah-lembutnya Roza menjawab
“Aku dapat tahu yang
arwah ayah Amsya tidak berapa suka pada Shasha katanya Shasha ni gedik dan
sombong, tidak sesuai dengan Amsya. Dan Amsya ni pula setahu aku dia selalu
ikut cakap maknya Puan Anis. Dia sayang sangat dengan Puan Anis. Sanggup buat
apa untuk umminya.” Balas Roza lagi. Alia tersenyum manis.
Hatinya
bersuara. “Jadi kekasih en.Amsya rupanya
sepupu dia patutlah ummi tidak bagi mungkin hubungan itu dekat sangat tapi tidak apa.” Alia mula
memikirkan sesuatu dia mendapat ideal dan akan menyusun strateginya.
Sedang asyik
Amsya menjamu selera pagi itu tiba-tiba dia ditegur.
“Hi, abang Am.”
Amsya mengangkat mukanya, terkejut dia apabila melihat Shasha terpacak
didepannya. Belum sempat Amsya menjawab apa-apa Shasha menghampiri Puan
Anis bersalam dan berpelukkan. Amsya
menjeling memerhatikan mereka.
Puan Anis memandang Amsya yang tidak
memperdulikan kehadiran Shasha. Dia tahu yang dulu Amsya cinta dan sayang
Shasha. Hati Puan Anis berkata-kata. “Adakah Am masih sayang dan cinta pada
Shasha, kalau dia masih ada hati pada Shasha kenapa dia bercinta dengan Tengku
Umairah. Dan sekarang Amsya terima pula Alia. Macam mana kalau Alia tahu
mungkin Alia akan terluka.”
Amsya bangun
keluar ke halaman rumahnya melihat catering sedang mengatur makanan. Tiba-tiba
tangannya ditarik, dia berpaling.
“Tahniah bang,
abang sudah jumpa dengan orang yang abang cinta.” Kata Shasha menyindir. Amsya
senyum kearahnya.
“Terima kasih.
Sha macam mana sekarang? Bila pulang? Dah habis belajar?.” Tanya Amsya merenung
ke mata Shasha.
“Sampai
kelmarin, semalam dapat tahu abang sudah kahwin. Sha sudah habis belajar.
Kenapa abang tidak tunggu sha? Abang tidak sayang Sha lagi ke?” Tanya Shasha
membuatkan Amsya serba salah.
“Sha juga suruh
abang lupa Sha dan cari orang lain. Sha kata sudah ada penganti abang.” Balas
Amsya menguji hati Shasha.
“Sha masih
sayang abang.” Jawab Shasha dengan manja. Amsya memejam mata dan menarik nafas
panjang. Sedang asyik mereka berbual Puan Anis muncul.
“Am, kenapa
tidak siap lagi? kejap lagi Alia akan sampai.” Kata Umminya. Amsya memandang
umminya, dia mengangguk lalu beredar dari situ meninggalkan Shasha untuk
bersiap.
Alia masih lagi
dimake-up oleh Roza, semua keluarganya sudah sampai mereka hanya menunggu Alia
bersiap. Syafikah masuk kebilik Alia dilihatnya Alia tersengih padanya.
“Kau apa hal
tersengih nih? Dah siap?” Tanya Syafikah.
“Dah siap. Aku
ada cerita.” Jawab Alia perlahan, Alia mengangguk kepala mengajak Syafikat
mendekatkan telinga. Alia berbisik.
“Aku dapat tahu
dari Roza, En.Amsya bercinta dengan sepupu dia.” Bagitahu Alia sambil
tergelak-gelak mengangkat kening pada Syafikah. Syafikah berkerut dahi.
“Kau nak buat
apa Lia?” Tanya Syafikah hairan.
“Aku tahulah,
cepat sikit kerja aku lepas ni.” Jawabnya sambil memetik jari. Syafikah
mengeleng kepala dengan sikap Alia. Dia tahu Alia ni banyak ideal pelik-pelik.
“Jomlah semua
sudah tunggu kau kat bawah.” Ajak Syafikah.
“Syaf, tolong
ambil bag kain aku tu.” Arah Alia. Syafikah mengambil bagasi Alia, mereka
berdua turun ke tingkat bawah.
Mereka semua
bergerak ke rumah Amsya. Dua puluh minit perjalanan akhirnya mereka sampai di
rumah Amsya. Berduyung-duyung tetamu yang hadir di majlis Amsya pada tengah
hari itu, maklumlah waktu makan tengah hari ramai orang ketika itu. Puan Anis
dan yang lain sudah bersedia menyambut kedatangan menantunya. Kiri kanan dia
berpaling mencari Amsya.
“Mana Amsya?”
Tanya Puan Anis pada Rania dan Shasha disebelahnya.
“Tu, baru
turun.” Tunjuk Qania pada Amsya yang menuruni tangga dengan memakai baju melayu
berwarna purple sedondong dengan Alia.
“Cepat sikit
Am.” Arah umminya. Amsya mempercepatkan langkahnya.
Alia diiringi
oleh saudara-maranya serta sahabatnya berjalan memasuki perkarangan rumah
Amsya. Mereka semua disambut baik oleh pihak lelaki. Amsya tersenyum manis
melihat isteri dihadapannya dia menghulur tangan, Alia menyambut tangan Amsya
untuk bersalam. Alia tersenyum pada semua yang ada didepannya. Sambil berjalan
menuju ke singgahsana mereka yang dihias indah oleh Roza. Semua mata tertumpu
pada Alia dan Amsya, tetamu yang datang ada yang berbisik sesama sendiri memuji
kecantikkan Alia dan Amsya. Shasha yang berada disebelah Qania melihat Alia,
tercabar juga dia melihat kecantikkan Alia.
Roza yang ada
disebelahnya membisik pada Alia. “Lia yang pakai baju warna pink tidak
bertudung tu, itulah Shasha.” Alia mendengarnya tersengih melihat Shasha sambil
menjeling pada Roza. Alia sudah memasang rancangan.
Alia membalas
bisikkan pada Roza. “En. Roza tolong ambil gambar En.Amsya dan Shasha setiap
kali bergambar dengan saya, apabila saya jauh sikit dengan Amsya. Awak suruh
jrugambar ambil gambar mereka.” Arah Alia. Roza berkerut dahi.
“Boleh ke macam
tu?” Soal Roza pelik dengan arahan Alia.
“Buat jer nanti
saya bayar pada awak.” Arah Alia lagi. Roza mengangguk kepala.
Apabila sampai
sahaja mereka dipelamin Alia melirik pada Shasha yang asyik memandangnya
sesekali dia melirik pada Amsya. Alia tersenyum dan mengeyit mata pada Amsya
apabila mereka berpandangan berkerut dahi Amsya melihat Alia. “Sempat lagi Alia
bersikap poyo kat sini.” Kata hati Amsya.
Mereka bergambar
bersama keluarga masing-masing apabila tiba giliran Shasha ingin bergambar
dengan mereka, dan Shasha berada disebelah Alia. Alia bersuara.
“Awak boleh ke
sebelah sana tak? Sebelah Amsya baru balance.” Arah Alia sambil memandang pada
Roza lalu dia mengeyit mata pada Roza. Alia berbisik pada Amsya.
“En.Amsya tunggu
kejap saya nak sapu bedak.” Amsya mengangguk. Alia turun dari pelamin
meninggalkan Amsya dan Shasha disitu dia menuju ke Roza kononnya nak sapu
bedak. Jurugambar yang telah diberi arahan telah mengambil gambar Amsya dan
Shasha. Begitulah seterusnya dilakukkan oleh Alia, setiap kali dia mahu
bergambar dengan Amsya, Shasha akan menjadi pengapitnya. Mereka bergambar
ditempat potong kek, dalam bilik atas katil apabila Alia dengan sengaja
meninggalkan mereka. Alia saja mencari alasan untuk meninggalkan mereka
bergambar berdua tanpa disedari oleh Amsya.
Setelah semuanya
selesai. Alia mendapatkan keluarganya terutama tok wan, mak Tim, aki dan mak
saudaranya yang ingin pulang. Puan Anis berada bersama Alia dan Arshraf
dikirinya manakala Amsya berada disebelah kanan Puan Anis.
“Puan Anis, Amsya.
Alia ni anak yatim piatu, kami serahkan
Alia pada kamu berdua, tegurlah Alia kalau dia ada buat salah dan silap. Bagi
dia tunjuk ajar. Alia ni budak manja. Tolonglah jaga Alia Nasuha baik-baik.”
Kata Mak Tim dengan sayu melepaskan anak susuannya itu pada orang lain. Alia
mendengarnya memandang Arshraf disebelah matanya dipejam keluarlah airmata.
Arshraf memeluk kakaknya dan mengesat airmata yang telah tumpah dipipi Alia.
Alia mendapatkan mak Tim dipeluk dan diciumnya.
Alia berbisik
pada telinga Mak Tim. “Mak Tim maafkan Lia dan halalkan Lia, tolong doakan
Lia.” Mak Tim membalas pelukkan Alia, dia mengosak perlahan-lahan belakang
Alia. Perlahan-lahan Alia melepaskan pelukkan itu. Kemudian dia beralih pada
Tok wannya dipeluk dan diciumnya. Rasa bersalah Alia pada orang tuanya, dia
tahu perkahwinannya ini tidak lama.
“Kalau ada
apa-apa masalah, Lia bagitahu tok wan.” Kata Tok wan memujuk Alia, apabila
melihat Alia begitu sedih. Alia mengangguk.
Amsya disisi
umminya memerhati Alia. Amsya bersalam dengan keluarga Alia sebelum mereka
pulang. Selepas itu Amsya meninggalkan Alia seketika apabila rakan-rakannya
datang.
Sebelum
berangkat pulang Syafikah telah menyerahkan kunci kereta Hyundai Sonata pada
Alia.
“Syaf, Mimi,
Hana terima kasih banyak-banyak.” Kata Alia. Tersenyum pada sahabat-sabahatnya
itu.
“Kau jaga diri
Lia.” Balas mereka bertiga serentak. Alia mengangguk. Mereka semua bergerak
pulang.
Qania dan Shasha
yang berada disitu melihat Alia ditingalkan oleh keluarga dan sahabatnya.
“Shasha, jom
kita jumpa Alia.” Ajak Qania sambil menarik tangan Shasha. Alia yang berdiri
memerhati kereta yang dipandu keluarga dan sabahatnya bergerak meninggalkannya
sendirian disitu, tiba-tiba Qania memanggilnya.
“Alia.” Alia
berpaling dan tersenyum pada mereka
“Saya Qania
dan ini Shasha, kami sepupu abang Amsya.” Alia mengangguk, mereka
bersalaman antara satu sama lain.
“Saya Shasha.” Shasha
memperkenalkan dirinya. Teruja dan cemburu dalam diri Shasha melihat
kecantikkan Alia. Alia tersenyum lagi pada mereka. Segan juga Alia pada mereka
semua.
“Kamu berdua
adik beradik ke?” Tanya Alia dengan mesra.
“Tak, saya anak
aunti Siti, dan Shasha anak aunti Liza. Kalau Alia nak tahu Shasha ni baru jea
balik dari Australia baru habis belajar. Kelmarin baru sampai.” Kata Qania
memperkenalkan dirinya dan Shasha. Shasha senyum menyindir dan menjeling pada
Alia. Alia memerhati Shasha, dia tahu mungkin Shasha cemburu dan marah padanya.
Hati Alia berkata-kata “Tak apa Shasha nanti aku satukan kau dengan Amsya.”
“Lia, marilah
kita masuk, saya kenalkan Lia dengan saudara-mara kita.” Ajak Qania.
“Shasha boleh
tak awak tolong saya tengokkan Amsya sekejap, awak pergilah teman dan layan
dia, saya dan Qania nak masuk dalam.” Pujuk Alia dengan mesra pada Shasha.
Shasha berkerut dahi hairan ada ke isteri suruh orang lain layan suami sendiri.
Ini peluang aku untuk berbaik semula dengan Amsya.
Alia dan Qania
masuk ke dalam rumah, manakala Shasha dengan senyum dan gembiranya apabila Alia
memberi kebenaran untuk melayan Amsya. Dia menuju ke Amsya yang sedang melayan
rakan-rakan dan saudara-maranya.
Alia dikenalkan oleh
Qania saudara-mara mereka. Alia melayan dan bermesra dengan keluarga Amsya.
Puan Anis yang berada disebelah Alia tersenyum manis apabila menantunya dipuji
oleh tetamu-tetamunya.
Amsya terdengar
sebuat motor berkuasa tinggi berhenti di depan rumahnya. Dia bangun melihat
siapa yang datang. Terkejut dan jantungnya berdebar-debar apabila melihat Irwan
adik Irfan datang. Amsya memerhati sekeliling mencari kelibat Alia, risau juga
dia kalau Irwan nampak Alia. Dia tahu Irwan mesti kenal dengan Alia. Amsya
melihat Shasha disebelahnya.
“Sha, ada nampak
Alia?” Tanya Amsya cemas.
“Ada didalam
dengan aunti Anis dan Qania.” Jawab Shasha, lega Amsya mendengarnya.
Bisik dalam hati
Amysa. “Janganlah Alia keluar, kalau tidak dia akan kenal Irwan dan Alia akan
memberitahu sebab perkahwinan ini, bocor rahsia matilah aku. Irwan tidak boleh
tahu.”
Irwan masuk,
matanya terkial-kial melihat sekeliling dicarinya tuan rumah. Amsya bangun, dia
menarik tangan Shasha supaya mengikutnya. Dia menuju ke arah Irwan dan menyapanya
dari belakang.
“Hi, Irwan.” Menepuk
bahu Irwan. Terkejut Irwan, dia berpaling dan tersenyum pada pengantin
didepannya. Irwan melihat Shasha disebelah Amsya. Amsya akan menyangka yang
Irwan akan fikir Shasha adalah isterinya.
Irwan menghulur
tangan pada Amsya untuk berjabat, Amsya menyambut tangan Irwan.
“Tahniah Am,
selamat pengantin baru.” Ucap Irwan dengan senyum.
“Mana mama dan
papa? Irfan tidak datang sekali.” Tanya Amsya,
“Abang Irfan
datang dengan mama dan papa kejap lagi. Irwan datang dulu, lepas ni nak ke
rumah kawan, kahwin juga.” Jawab Irwan. Tiba-tiba Qania memanggil Shasha yang
ada disebelah Amsya. Shasha meninggalkan mereka berdua disitu.
“Jom Irwan,
makan dulu. Irwan bila lagi?” Tanya Amsya sambil berjalan menuju ke meja makan,
menguji kalau-kalau Irwan tersebut tentang Alia. Pertanyaan Amsya membuatkan
Irwan tersenyum manis teringat dia pada Alia. Difikirnya kalaulah aku bercinta
dengan Alia mesti ada yang jealous dengan aku. Alia lebih cantik dari isteri
kau Amsya.
“Kenapa senyum?
Teringat siapa?” Tanya Amsya lagi menyerkap Irwan. Kalau-kalau Irwan menaruh
hati pada Alia.
“Abang Am dah
tanya teringat saya pada seseorang. Saya adalah kenal dengan seseorang tapi tak
rapat lagi.” Balas Irwan sambil sengih pada Amsya didepannya.
“Siapa nama
orangnya, boleh abang tahu ?.” Soal
Amsya lagi jantungnya mula berdebar-debar.
Irwan
mendekatkan mukanya ke telinga Amsya. “Nama dia Alia, orangnya cantik bang,
tapi abang jangan bagitahu abang Irfan. Abang Irfan tu bukan boleh percaya.”
Kata Irwan yang memang rapat dengan Amsya macam abangnya sendiri.
Berdebar jantung
Amsya mendengar pengakuan Irwan betul sangkaannya. “Ini mesti Irwan tidak
tengok kad undangan yang diberi kepada Irfan. Mampus aku kalau Irwan tahu semua
ini. Aduhhhh…apa aku nak buat ni?” Kata
Amsya dalam hatinya.
Puan Anis dan
Alia yang sedang melayan tetamu di dalam rumah, dia menoleh jam ditangannya
3.45petang dia teringat yang dia belum lagi sembahyang zohor. Dia bangun untuk
ke biliknya. Alia melihat Puan Anis mendaki tangga loteng ke tingkat atas, dia
mengekori Puan Anis. Sampai sahaja dalam bilik Puan Anis merehatkan dirinya
sekejap sebelum dia mendirikan solat. Alia duduk disebelah umminya di birai
katil. Mereka berpandangan dan tersenyum.
“Kenapa Lia ikut
ummi? Kenapa tidak layan tetamu kat bawah?” Tanya Puan Anis dengan mesra.
“Lia nak ke
tandas.” Jawab Alia sambil memegang tangan Puan Anis.
“Ummi, boleh tak
Alia nak minta tolong?” Pinta Alia dengan lembut dan merayu, dia sudah buat
muka sedih depan puan Anis.
“Tolong apa,
cakap sajalah ummi akan tolong.” Jawab Puan Anis, sayu mendengar permintaan
Alia.
“Ummi tahukan
Lia dengan En.Amsya belum rapat lagi. kita orang masih mengenali hati budi,
jadi boleh tak ummi tolong Lia, Lia nak tidur dengan ummi malam ini.” Rayu Alia
dengan sayu.
“Kenapa pula
macam ni, nanti apa kata abang Am.” Balas Puan Anis. Alia membuat muka masam
dan sedih.
“Sebenarnya
ummi…En.Amsya tidak kisah, lagi pun Lia datang bulan, En.Amsya tidak selesa
dengan Lia mungkin badan Lia berbua. Nanti En.Amsya tidak suka pula pada Lia.
Lia sudah bagitahu dia nak cuba minta
izin ummi tidur dengan ummi. Tolonglah ummi.” Balas Alia merayu lagi. Ini
rancangannya untuk tidak tidur dengan Amsya malam ini. Puan Anis merenung wajah
sedih Alia.
“Kalau Am sudah
bagi ummi tidak kisah boleh saja tapi lepas suci Lia kena tidur dengan Am.”
Kata Puan Anis. Alia tersengih rancangannya berjaya. Hatinya gembira dan
berbunga, hatinya berkata yes…yes…yes.
“Terima kasih ummi.
Lia masuk bilik air dulu.” Pinta Alia tersenyum manis. Dia bangun menuju ke
bilik air.
Amsya menunggu
dan menemani Irwan makan risau juga dia kalau Irwan nampak Alia nanti.
“Irwan makan
dulu, nanti abang datang balik.” Kata Amsya. Irwan mengangguk. Amsya beredar
dari situ mencari Alia. Dia tidak akan bagi Alia keluar sehingga Irwan balik.
Amsya masuk ke dalam rumah dia bertanya Qania.
“Nia, mana
Alia?”
“Atas.” Jawab Qania
sepatah sambil menunjuk tangannya ke atas. Lega hatinya Alia tidak ada di situ.
Amsya kembali
kepada Irwan yang sudah selesai makan. Shasha mengekori Amsya. Sampai sahaja
Amsya di meja Irwan, Amsya bertanya.
“Irwan sudah
siap, kenapa tidak tambah? banyak lagi
tu.” Pelawanya sambil menunjuk-nunjuk ke arah meja lauk.
“Dah cukup bang,
nak pergi rumah kawan satu lagi, kalau perut dah kenyang tidak ada tempat nak isi lagi merajuk pula
tuan rumah nanti.” Balas Irwan memandang Shasha disebelahnya. Amsya sekadar
tersenyum.
“Iwan balik
dulu, terima kasih banyak. Dari tadi tidak nampak ummi. Mana ummi?” Kata Irwan.
“Sembahyang”
Jawab Shasha disebelah.
“Nanti kirim
salam pada ummi.” Pesan Irwan pada mereka berdua. Amsya mengangguk.
Irwan bangun,
Amsya mengiringi Irwan untuk menghantarnya sehingga ke pintu pagar. Selepas
sahaja Irwan beredar dia terus masuk ke dalam rumah tidak menghiraukan Shasha
disebelahnya. Shasha melihatnya bermasam muka.
Alia turun
semula ke bawah untuk melayan tetamu. Amsya yang baru masuk melihat Alia
menuruni tangga, dia menunggu Alia dianak tangga terakhir. Alia memandang Amsya
senyum bersahaja. Amsya memegang tangan Alia dari tadi dia tidak bercakap
dengan Alia.
“Lia pergi
mana?” Soal Amsya dengan lembut dan mesra.
“Tandas.” Jawab
Alia sepatah sambil menarik tangannya yang dipegang Amsya apabila melihat
Shasha yang baru masuk memerhatikan mereka. Alia menuju kepada Shasha dengan
tersenyum manis. Amsya melihat Alia menuju kearah Shasha.
“Shasha dah
makan?” Tanya Alia. Amsya menuju kearah mereka. Pelik juga Amsya kenapa rapat
sangat mereka ni.
“Belum lagi.”
Jawab Shasha dengan keras bermasam muka.
“Marilah Lia
temankan. Mana Qania?” Pelawa Alia dengan mesra.
“Sana tu.”
Tunjuk Shasha pada Alia.
“Nak ke mana
ni?” Soal Amsya yang baru sampai didepan mereka. Memandang Alia dengan tajam.
Amsya tengok Irfan dan ibubapanya yang baru sampai.
“Nak teman
Shasha makan.” Jawab Alia bersahaja.
“Tak payah,
teman abang layan tetamu. Irfan dan mak ayah dia datang tu. Mari. ” Jawab Amsya
menarik tangan Alia dan Alia menarik tangan Shasha. Amsya tidak perasan yang
Alia menarik tangan Shasha mengikut mereka sekali menuju ke arah Irfan. Irfan
memandang mereka berkerut dahi apabila Shasha ada bersama mereka.
“Assalamualaikum.”
Irfan dan ibubapanya memberi salam apabila Amsya hampir dengan mereka. Salam
dijawab oleh Amsya dan mempelawa mereka makan. Irfan berbisik pada Amsya.
“Hebat kau Am.
Dua sekali ada di sini, ini tidak Tengku
Umairah lagi. Baik pula tu mereka. Ayat apa kau pakai? Bila Shasha pulang?”
Tanya Irfan bertubi-tubi. Amsya berpaling pada Alia dan Shasha disebelah Alia
berkerut dahi Amsya.
“Nantilah aku
cerita.” Jawab Amsya. Amsya membawa mereka semua ke meja makan bersama
tetamu-tetamunya yang lain.
Amsya masih lagi
memegang tangan Alia berjalan seiringan menuju ke meja makan menemani Irfan dan
ibubapanya. Papa Irfan iaitu Dato Mansur dan Isterinya Datin Najihah tersenyum
manis memandang gadis disebelah Amsya. Alia bersalam dengan Datin Najihah. Puan Anis datang pada mereka
dan bersalaman dengan Datin Najihah.
“Jemput makan
Dato, datin…Apa khabar sekarang datin? Lama tidak jumpa.”Bicara Puan Anis
mesra.
“Alhamdulilah
kami semua baik. Tahniahlah Puan Anis dapat menantu. Cantik.” Balas Datin
Najihah sambil memandang Alia tersenyum manis disebelah Amsya. Alia menjeling
pada Shasha disebelahnya bermasam muka, dengan jelas nampak rauk wajah cemburu
Shasha.
“Terim kasih.
Datin bila lagi nak dapat menantu?” Tanya Puan Anis membalas. Sambil mengeleng
kepala Datin Najihah menjawab.
“Tak tahulah
Irfan ni, entah sudah ada ke tidak, katanya baru putus cinta.”
“Tidak apa Irfan
cari sahaja yang lain.” Kata Puan Anis memandang Irfan. Mereka sama-sama
ketawa. Irfan sesekali menjeling ke arah Alia dan Shasha.
“Entahlah aunti,
ingat nak cari orang macam Alia juga cantik, manis, baik.” Kata Irfan menjeling
ke arah Amsya yang ada didepannya. Alia tersenyum. Tercabar dan cemburu juga
Amsya mendengar kata-kata Irfan. Alia membisik sesuatu pada Shasha.
“Sha boleh ikut
saya sekejap.” Shasha mengangguk.
Alia berbisik
pada Amsya disebelahnya untuk minta izin pergi dari situ. Amsya berkerut dahi
dan mengeleng tidak mengizinkan Alia ke mana-mana.
“Kejap saja.”
Pinta Alia lagi matanya menjeling Amsya.
“Lia nak ke
mana? Tanya Amsya perlahan.
“Ambil air
dahagalah.” Jawab Alia sepatah. Amsya mengangguk. Alia bangun menarik tangan
Shasha supaya mengikutnya. Mereka berdua beredar dari situ. Alia membawa Shasha
ke dalam rumah. Amsya memerhati mereka berdua. Alia membawa Shasha ke dapur. Alia sudah ada rancangan untuk
Shasha dan Amsya malam ini.
“Ada apa Alia?”
Tanya Shasha sambil menarik tangannya dari pegangan Alia, hairan dengan sikap
Alia. Alia tengok pada Shasha tersengih.
“Sha, boleh tak
awak tidur di sini malam ini?” Pinta Alia. Shasha tersengih pada Alia. Kata
hati Shasha “Kau tidak tahu Alia aku ni siapa. Menyesal kau kalau kau tahu aku
ni bekas kekasih Amsya. Ini peluang aku untuk pikat Amsya balik. Bodoh kau
Alia.” Dengan sombong dan angkuh Shasha menjawab.
“Memang aku nak
tidur di sini pun. Aku nak tanya kau, berapa lama kau kenal Amsya?
“Tidaklah lama
sangat.” Jawab Alia. Alia tidak mahu Shasha salah faham dengan perkahwinan dia
dan Amsya. Dia tidak mahu Shasha kecewa sebenarnya, tapi dia tidak boleh
bagitahu Shasha sekarang sebab dia perlu berbincang dengan Amsya terlebih
dahulu. Alia sudah salah faham diingatkan Shasha adalah kekasih Amsya sekarang.
“Tidak apalah
Shasha, saya keluar dulu.” Pinta Alia, dia keluar semula kembali pada Amsya dan
umminya yang sedang sibuk melayan tetamu.
Selesai majlis
pada petang itu lebih kurang pukul enam lebih Alia tolong mengemas apa yang patut.
Makan yang lebih dibawanya masuk ke dapur, walaupun mereka menempah catering
masih ada lagi kerja-kerja yang patut diselesaikan. Lepas menolong mengemas
sedikit sebanyak Alia melihat jam tangannya hampir masuk waktu maghrib. Dia
perlu mandi dari tadi lagi badannya rasa tidak selesa, panas. Dia menuju ke
atas, sampai sahaja ditingkat atas difikirnya seketika nak masuk bilik ummi
atau bilik Amsya. Amsya yang berada dibelakang Alia bersuara,
“Lia nak ke
mana?” Tanya Amsya. Alia sedikit terkejut dia berpaling ke belakang.
“Nak mandi.”
Jawab Alia selamba.
“Masuk bilik
abang.” Arah Amsya. Alia mengikut langkah Amsya ke biliknya. Sampai sahaja
dalam bilik Alia duduk sekejap dibirai katil. Amsya memandangnya tanpa
berkelip. Rindu pada Alia kini terubat. Dia tersenyum manis. Alia menjeling
pada Amsya yang tersengih padanya.
“Apa
tengok-tengok?” Soal Alia dengan sikap poyonya.
“Kenapa? tidak
boleh ke nak tengok isteri sendiri?” Soal Amsya kembali.
“Tak payah
tengok.” Balas Alia menarik muka. Alia membuka tudung yang dipakainya Amsya
tengok Alia melepaskan rambutnya yang panjang dan ikal itu. Dia menyentuh
rambut Alia, Alia sekali lagi menjeling pada Amsya.
“Kenapa ni?”
Soal Alia. Sambil menarik rambutnya dari pegangan Amsya.
“Lia cium sikit
boleh, rindulah.” Pinta Amsya. Alia mendengarnya sudah bergaru kepala yang
tidak gatal. Dia jawabnya.
“Tak boleh.”
“Nak cium dan
peluk sikit jea, takkan tak boleh.” Pinta Amsya mengoda. Alia tersengih nakal
ada sesuatu dalam fikirannya. Bisik hati Alia “Jaga kau Amsya kejap lagi aku
akan kenakan kau.” Tiba-tiba Alia teringatkan sesuatu.
“Alamak
lupalah.” Katanya.
“Lupa apa?” Soal
Amsya.
“Bag baju dalam
kereta.” Jawab Alia tersengih.
“Mana kunci kereta?
Abang tolong ambil.” Pinta Amsya meminta kunci kereta.
“Tak apa, Lia
boleh ambil sendiri.” Jawab Alia, dia bangun untuk mengambil kunci kereta dalam
bag tangannya yang berada dalam bilik Puan Anis.
“Lia, mari kunci
kereta pada abang, abang ambilkan.” Pinta Amsya dengan keras.
“Kunci kereta dalam
handbag bilik ummi.” Jawab Alia. Amsya mengikut Alia ke bilik umminya. Dia
menyerah kunci kereta pada Amsya. Amsya melihat kunci kereta Hyundai Sonata.
“Ini kereta
Syafikah, kenapa pakai kereta dia?” Tanya Amsya memandang Alia.
“Kereta rosak.”
Jawab Alia selamba. Amsya mengeleng kepala.
“Tunggu abang
dalam bilik.” Arah Amsya. Dia turun untuk mengambil bag baju Alia. Manakala
Alia pula masuk semula ke bilik Amsya. Beberapa minit menunggu Amsya masuk
bersama bag yang diambilnya. Alia membuka bag bajunya dia mengeluarkan tuala,
baju tidur, dan beberapa helai baju dalam bag pakaiannya. Selepas itu Alia
menuju ke bilik air.
Amsya termenung
tersengih sendirian memikirkan Alia, rindu pada Alia terubat dari semalam dia
menunggun Alia tadi pun dia tidak banyak bersama Alia kerana sibuk melayan
tetamu. Kali ini difikirnya bolehlah dia tidur dengan Alia malam ini. Tapi aku
nak cium dia dulu. Tiba-tiba Amsya menerima panggilan dari Tengku Umairah.
Panggilan itu dijawabnya.
“Hello
sayang.” Jawab Amsya sambil hatinya bertanya
aku sayang lagi ke dia?”
“Hello, abang
kat mana ni?” Tanya Tengku Umairah dengan manja.
“Ada kat rumah
ummilah. Mairah ada di mana?” Balas Amsya.
“Ada di rumah
juga baru sampai dari Johor, jomlah kita keluar. Abang mari ambil sayang.”
Pinta Tengku Umairah.
“Maaf, abang
tidak boleh keluar, ada tetamu kat rumah ni. Kita jumpa lain kali, nanti abang
free abang telefon Mairah. Okey?” Pujuk Amsya.
“Tak naklah,
esok kita jumpa, Mairah pergi office abang?” Pinta Tengku Umairah lagi.
Amsya mendengar tombol bilik air dipulas.
“Esok abang tak
kerja lagi. Nanti malam abang telefon, okey bye.” Amsya menutuskan taliannya.
Selesai sahaja
mandi Alia memakai baju, Amsya yang ada disitu memerhati Alia. Alia membalas
pandangan dan tersenyum pada Amsya yang bermasam muka, sengaja Amsya bermasam
muka untuk mengambil perhatian Alia. Dia
menghampiri Amsya.
“Hi, en.Amsya
senyumlah sikit kenapa masam? Ada masalah ya? Relaks lah.” Kata Alia sambil
tersengih. Amsya merenung Alia lama-lama. Alia sekali lagi ikut membalas
pandangan Amsya, Alia tersenyum nakal sambil mengangkat-angkat keningnya. Mahu
sahaja Amsya ketawa dengan sikap Alia.
“Kenapa ni?”
Tanya Alia lagi melihat Amsya yang tidak menjawab pertanyaannya.
“Lia, cium sikit.”
Pinta Amsya. Dipandangnya Alia dengan mengoda.
“Hoi! Apa ni?
Mana boleh, awak cium kekasih awaklah.” Jawab Alia dengan spontan.
“Kekasih tidak
halal, awak halal.” Balas Amsya membuatkan Alia tergelak dengan jawab itu dia
mengelengkan kepala.
“En.Amsya…En.Amsya,
Tiba-tiba pula cakap halal haram. Selalunya berduaan dengan kekasih jadi
halal.” Kata Alia. Bisik hati Alia “Kalau kau nak Amsya inilah masanya, aku
kenakan kau.” Sambil tersengih.
“Jadi tidak
boleh cium, tak boleh peluk?” Soal Amsya lagi dengan suara kecewa.
“Boleh.” Jawab
Alia kali ini dia akan kenakan Amsya. Terkejut Amsya dengan jawapan Alia, dibulatkan
matanya kearah Alia dan tersenyum manis.
“Betul?” Soal Amsya untuk kepastian. Alia mengangguk.
Amsya perlahan-lahan menarik tangan Alia
dan mendekatkan badannya pada Alia. Apabila Amsya cuba mencium pipinya dengan
pantas dia berkata.
“Shasha datang.”
Terkejut Amsya dengan pantas dia melepaskan Alia. Alia tergelak gila melihat
gelagat Amsya yang terkejut.
“Haaaa…tahu pun
takut. Ohhhh…belakang kekasih berani nak cium orang lain.” Sindir Alia, tercengang
Amsya mendengarnya. Terdiam Amsya seketika.
Kata hati
Amsya.”Mana Lia tahu aku dengan Shasha.” Alia tersengih melihat Amsya terdiam.
“En.Amsya
kenapa, terkejut? Jangan risaulah, pergilah awak dengan dia. Shasha tunggu awak
tu.” Kata Alia dengan sikap poyonya.
“Mana Lia tahu
ni?” Soal Amsya berkerut dahi. Ali mengangkat-angkat kening menjawab soal itu.
“Ini detektif
Alia Nasuha lah, En.Amsya. Pergilah awak nak jumpa dia, nak lepas rindu, nak
cium, nak peluk saya tak kisah pun. Awak kerja tak esok?” Kata Alia, tergaman
Amsya mendengarnya luhur hatinya kini.
Jawab Amsya
perlahan sambil mengeleng kepala. “Tak kerja.”
“Alahai
En.Amsya, kenapa tak kerja? Takpalah esok awak balik rumah awak pagikan?” Soal
Alia membuatkan Amsya tension dengan sikap Alia, dipegangnya kepala sendiri.
“Ha…En.Amsya,
satu lagi malam ini saya tidak tidur dalam bilik awak.” Kata Alia. Sekali lagi
Amsya berkerut dahi.
“Kenapa? Lia nak
tidur kat mana?” Soal Amsya kebengungan.
“Saya tidur
dalam bilik ummi.” Jawab Alia, tergelak.
“Ha…” jawab
Amsya terkejut.
“Lia, kalau Lia
tidur bilik ummi, apa kata ummi nanti.”
“Line clearlah
En.Amsya green light. Lia dah cakap dengan ummi. Ummi izinkan Lia tidur dengan
dia.” Jawab Alia membuatkkan hati Amsya lemah dan kecewa.
“Lia cakap apa
pada ummi, sampai ummi setuju?” Soal Amsya memandang anak mata Alia.
“Ha, itulah awak
tak tahu, pengaruh saya kuat. Jangan risau En.Amsya setakat nak buat ummi
setuju terima kekasih awak nanti sebagai menantu dia…kacang jer. Awak nak bila?
Esok? Lusa?” Kata Alia sambil memetik jari kearah Amsya. Gedebar hati Amsya,
tercabar dia dengan sikap Alia.
“Okey En.Amsya,
saya keluar dulu.” Alia membuka pintu bilik untuk keluar namun tangannya
ditarik Amsya.
“Lia kejap,
nantilah dulu. Kenapa Lia buat macam ini?...Aduh!!! jangan cakap apa-apa lagi
pada ummi, kita bincang dulu. Okey?”
“Iyalah,
lepaslah tangan ni.” Pinta Alia dengan menarik tangan dari pegangan Amsya
kemudian Alia keluar dari bilik.
Mengeluh panjang
Amsya mendengarnya, kini harapan untuk mendekatkan diri dengan Alia terhalang.
Sambil memegang kepala Amsya monolog sendirian “Macam mana Lia tahu aku dengan
Shasha? Apa dia cakap dengan ummi sampai ummi setuju tidur dengan dia. Aku ni
suami dia…aduh! Pening kepala aku, baru jer nak dekat dengan dia. Ini tidak
lain mesti kerja Qania, dia yang bagitahu ni. Siap kau Qania.” Dengan perasaan yang
marah dan Amsya mengeluh kuat.