Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,260
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

Datin June membancuh teh hijau untuk suaminya yang terlantar di atas katil. Dia tersenyum melihat keadaan suaminya yang semakin baik hari demi hari. Esok, dia akan dibenarkan keluar hospital. Dan lusa, Datin June akan ke Singapura.


“Mama akan ke Singapura? Atas urusan apa?” Tanya Laila yang hanya duduk di satu sudut bilik wad itu dari tadi.


“Urusan syarikat arwah papa kamu la. Kita akan adakan kerjasama dengan sebuah syarikat multinasional yang berpusat di Singapura. Mama harus ke sana untuk beberapa perbincangan. Kamu tolong jaga Papa Mukhriz ye,”


“Dia bukan papa Laila. Kenapa Laila nak kena jaga dia?” Laila tidak puas hati. Dipandang Datuk Mukhriz yang tidur dari tadi.


“Laila……,”


“Berapa lama Mama ke sana?”


“Dua minggu, sayang,”


“Dua minggu? Mama, keluarga Taufiq akan hantar rombongan merisik hujung minggu ni. Takkan masa tu Mama tak ada pulak? Siapa wakil saya nanti?”


Datin June terkejut. “Kenapa kamu tak cakap dengan saya? Kamu kena faham yang……!”


“Mama ni sibuk,” Laila menyampuk. “Mama, seminggu ni Mama langsung tak masuk pejabat. Mama asyik di sini teman lelaki ni,” Laila menuding jari ke arah Datuk Mukhriz. Kemudian dia pandang wajah Datin June yang keruh. Marah la tu!


“Mama jangan terlalu utamakan keluarga baru, sampai anak Mama yang di sini Mama lupakan,” Laila bersuara sayu. Kecil hatinya melihat Datin June bersikap pilih kasih.


“Laila……,” Datin June serba salah. “Mama buat semua ni untuk kebaikan kita semua,”


“Ye la tu,” Laila menggumam perlahan.


“Laila sayang, Papa Mukhriz tengah sakit. Dia perlukan perhatian Mama sekarang,”


“Masa lelaki tu sihat pun Mama selalu lebihkan dia,” jawab Laila perlahan.


“Laila….,”


“Aduh…..,”


Tiba-tiba Datuk Mukhriz mengerang. Laila dan Datin June menoleh.


“Abang! Abang tak apa-apa?” Datin June menerpa ke arah lelaki itu.


“Abang…. Nak minum teh,” Datuk Mukhriz tersenyum memandang isterinya. Jelik Laila melihatnya. Pandai berlakon.


“Mama, Laila balik dulu la. Nanti-nanti je kita bincang,” Laila sudah memegang tombol pintu.


“Tunggu la sekejap. Kita balik sekali,” usul Datin June.


Laila menggeleng. “Tak payahlah, Mama. Mama layan je suami Mama ni,” tombol pintu dipulas dan dia terus keluar dari situ. Sebaik keluar, dia mengluarkan telefon bimbitnya. Nombor Taufiq didail.


“Assalamualaikum sayang, Mama tak ada di Malaysia hujung minggu ni. Macam mana ni? Boleh tangguh tak rombongan yang nak datang tu?”


Suasana sepi seketika. Laila mendengar sahaja cadangan Majnunnya itu. Sebentar kemudian…..


“Apa????” Laila benar-benar terkejut.


*****


“Apa????” Dara benar-benar terkejut.


“Takkan tak ada cara lain, Laila?” Ibu Midah bertanya untuk kepastian. Dia benar-benar terkejut dengan cadangan Laila itu. Budak ni dah habis fikir ke? Tanyanya dalam hati.


“Saya dah fikir masak-masak, Ibu. Kalau Mama tak boleh sambut rombongan tu, biar Ibu aje yang jadi wakil Mama,”


“Datin tak marah ke Laila? Kes Datuk dengan Dara hari tu pun tak selesai lagi, nak kami tambahkan masalah baru?” Dara tidak bersetuju dengan cadangan Laila itu. Dia tidak mahu menambahkan masalah yang sedia ada.


“Mama pergi Singapura masa tu,”


“Tak boleh mintak tangguh ke dekat Taufiq ke Laila?” Ibu Midah bertanya lagi.


“Umi dan Abah Taufiq akan berangkat ke Mekah dua minggu lagi. Lepas tu, nak jelajah ke Eropah. Ikut perancangan mereka, lepas balik sini, kami akan ditunangkan,” jelas Laila.


“Kenapa kamu langsung tak bagitau dengan Mama kamu, Laila?”


“Macam mana nak bagitau dengan Mama, kalau siang malam hidup dia hanya untuk kerja dan suaminya tu?”



“Seburuk-buruk dia, dia tetap ibu kamu, Laila,” Dara menegur. Laila tunduk.


“Tanya dengan Datin dulu, boleh ke tidak Ibu wakilkan dia nanti. Kalau dia setuju, baru kita teruskan rancangan ni,” Ibu Midah menasihati Laila dengan lembut. Lambat-lambat Laila mengangguk.


Malam itu……


Datin June menghempaskan tubuhnya di sofa. Kepenatan jelas kelihatan di wajahnya. Dia memejamkan mata. Satu persatu perkara singgah di fikirannya. Suaminya, anaknya……


“Mama,”


Datin June membuka mata. Dia melihat Laila datang menatang minuman buatnya. Datin June tersenyum.


“Kaki Mama lenguh? Mari Laila picitkan,”


“Tak payahlah….,” tapi Datin June hanya membiarkan apabila jari jemari Laila mula bermain di pergelangan kakinya. Matanya kembali terpejam.


“Pandai kamu mengurut ya, Laila?”


Laila tersenyum. “Ibu Midah yang ajar,”


Spontan Datin June menarik kakinya. “Kamu kata, Midah yang ajar kamu?”


Laila mengangguk. “Dulu masa sekolah, Laila kan aktif main bola jaring dan futsal. Jadi kaki dan tangan Laila selalu sakit-sakit. Dialah yang urut tangan dan kaki Laila kalau sakit. Jadi Laila belajar sikit-sikit daripada dia,”


“Mama tak pernah tahu pun yang kamu aktif dalam sukan masa sekolah dulu,” Datin June mengerutkan dahi.


“Laila selalu bagitau Mama kalau Laila jadi wakil dalam mana-mana pertandingan. Tapi selalunya jawapan Mama adalah, ‘Mama sibuk, tak ada masa’,”


“Mama minta maaf, sayang,” Datin June mengusap lembut ubun-ubun Laila.


“Sampai sekarang ni, Mama sibuk. Sampai ada orang nak masuk meminang Laila pun Mama masih sibuk. Agak-agaknya, bila ye yang Mama tak sibuk?”


“Laila….,”


“Mama, kadang-kadang, untuk buat orang faham dengan kesibukan kita, kita juga kena faham dengan kesibukan orang lain. Bukan Mama sorang yang buat dua kerja dalam satu masa,”


Datin June diam.


“Laila boleh tangguhkan rombongan ni Mama, tapi pihak Taufiq juga ada perancangan lain. Perancangan mereka, hantar rombongan merisik, kemudian ke Mekah mengerjakan umrah dan bercuti sekitar Eropah. Balik saja, mereka nak buat majlis pertunangan,”


Datin June hanya diam mendengar penjelasan Laila.


“Laila faham kalau Mama sibuk. Laila faham sangat. Dan atas sebab kesibukan Mama itu, Laila minta Ibu Midah wakilkan Mama masa rombongan tu sampai nanti,”


“Apa?” spontan Datin June bangun. “Kamu nak suruh perempuan tu jadi wakil Mama nanti?”


“Mama, apa salahnya? Lagipun hanya rombongan merisik. Bukan bertunang pun. Mama kan sibuk. Selama ni, kalau ada majlis kecemerlangan di sekolah, atau ada program yang mengharuskan Mama hadir, Mama akan suruh Ibu Midah juga kan?”


“Itu sebelum anak dia goda suami aku! Perempuan tak sedar dek untung! Suami aku dia nak goda, anak aku pulak dia nak rampas?”


“Mama, Laila yang cadangkan perkara ni. Bukan Ibu Midah. Lagipun, kalau betul Ibu Midah kahwin rahsia dengan arwah papa dulu, dia kira ibu tiri Laila juga kan? Dia juga ada hak atas Laila, kan?”


Datin June diam.


“Mama, Laila tak minta banyak. Laila minta perkara yang satu ini juga. Kalau kami boleh berlembut dengan Mama dalam soal yang lain, kenapa Mama tak boleh berlembut dengan kami kali ni?”


Datin June diam lagi. Namun dia kembali duduk di sofa.


“Ibu Midah akan bersuara bagi pihak Mama. Mama masih boleh buat keputusan,”


“Laila….,” barulah Datin June bersuara. “Ibu Midah boleh jadi wakil untuk sambut rombongan tu, tapi keputusan tetap di tangan Mama. Jangan bagi sebarang kata putus sampai Mama balik dari Singapura. Boleh?”


Tersenyum lebar Laila mendengarnya. “Terima kasih, Mama,”


*****


“Saya cuma wakil bagi pihak ibu Laila untuk menyambut rombongan ni, sebab dia terpaksa ke Singapura atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Boleh bagi kami masa untuk bincangkan hal ni? Nanti ibu Laila sendiri akan telefon pihak tuan untuk perbincangan lanjut,” lemah lembut Ibu Midah menjawab semasa rombongan keluarga Taufiq datang untuk merisik Laila Sabtu itu.


Umi pandang Abah. Abah senyum dan angguk. Umi senyum balik pada Abah.


“Baiklah kalau macam tu. Ini kad saya. Nanti tolong sampaikan pada ibunya Laila ya. Oh ya, sampaikan juga salam kami padanya,”


Ibu Midah mengangguk perlahan. Di balik tirai, Laila dan Dara asyik mengintai rombongan yang datang itu.


“Satu, dua, tiga,…..,”


“Eh, mana Taufiq? Tak nampak pun?” tanya Laila. Mulutnya sengaja dimuncungkan.


“Hesh, ini kan urusan orang tua-tua. Orang muda mana boleh masuk campur. Lagi-lagi orang yang nak dipinang ni,” balas Dara. Laila tersengih.


“Aku tahu la. Taufiq ada SMS tadi,”


Dara jongket kening. “Rindu cakap la rindu. Gatal,”


Bertambah lebar sengihan Laila. Tiba-tiba dia terdengar bunyi erangan dari tingkat atas. Dia mendengus.


“Dia ni, sibuk je,”


“Kita pergi tengok kejap,” usul Dara.


“Kau nak pergi?” Laila bertanya untuk kepastian.


Dara mengangguk. “Kalau kita tak naik tengok dia, makin kuat suara dia nanti. Takut ganggu pula perbincangan diorang tu,”


Laila mendengus. “Menyusahkan la orang tua ni,”


“Jangan macam tu. Dia tetap ayah tiri kamu,”


Laila memuncungkan mulutnya.



*****


“Macam mana rombongan hari tu?” tanya Dati June. Sekadar berbasa-basi. Dia keletihan yang amat setelah pulang dari Singapura. Pemandunya pula bercuti. Terpaksalah Laila yang datang menjemputnya di KLIA.


Laila tersenyum. “Alhamdulilah Mama, semuanya ikut perancangan. Dia ada bagi kad nama untuk Mama. Nanti bolehlah Mama telefon dia untuk bagi kata putus,”


Datin June mengangguk. “Diorang tak kata apa-apa pulak pasal Mama tak ada ni?”


“Ibu Midah dah jelaskan dengan diorang. Taufiq pun dah cakap dengan Umi dan Abah dia sebelum tu. Jadi tak ada masalah,”


“Umi dan Abah?” tanya Datin June.


“Iya, Umi dan Abah Taufiq,”


“Orang alim la ek?” Datin June meneka. Laila tidak menjawab. Faham sangat dia dengan Mamanya yang kurang berkenan dengan mereka yang bertudung labuh.


“Mesti leceh nanti,”


“Insya Allah. Umi dan Abah sporting,”


“Baguslah kalau macam tu,”


“Erm, Mama…..,” Laila teragak-agak. “Boleh tak kalau Mama ganti tempat Ibu Midah nanti?”


Kening Datin June tercantum.


“Macam ni, semalam Ibu Midah kena asma. Jadi dia ditahan di wad buat sementara waktu. Masalahnya, keluarga Uda nak datang merisik Dara esok,”


“Jadi Laila nak minta tolong Mama gantikan Midah, macam mana dia gantikan Mama haritu? Macam tu?”


Laila tidak menjawab. Dia perlu fokus dalam pemanduannya.


“Mama tak nak. Dara bukan anak Mama pun. Kamu anak Mama, bukan dia,”


“Mama, kalau ikutkan, Laila bukan anak Ibu Midah. Tapi dia tolong jugak. Mama tahu kenapa Ibu Midah boleh sampai kena asma, padahal dah bertahun dia tak kena sakit tu? Sebab suami Mama tu suruh angkat dia ke bilik air. Sorang-sorang!”


“Kamu jangan nak tuduh Papa Mukhriz kamu! Mana jururawat persendirian yang Mama upah tu?”


“Dah lari. Tak tahan dengan perangainya yang mengalahkan budak-budak tu,” sahutnya perlahan. Geram dia apabila memikirkan sikap Datuk Mukhriz di rumah itu. Macam mana la dia boleh dapat gelaran Datuk tu…..


“Habis tu sekarang ni macam mana?”


“Macam ni je la. Laila dah iklankan jawatan kosong untuk jururawat peribadi tu. Tapi sementara ni yang jaga, Laila dengan Dara…,”


“Apa?” jerit Datin June, memotong penjelasan Laila. Terkejut gadis itu dibuatnya.


“Apa Mama ni? Laila pun jaga sekali la. Kalau diikutkan, memang Laila tak nak jaga dan Dara pun takut nak jaga. Tapi sebab kesiankan dia je, kami buat macam ni,”


Datin June diam.


“Boleh tak Mama? Jadi wakil untuk Ibu Midah nanti?”


Datin June mendengus. “Tengoklah nanti,”


Laila mengeluh perlahan. Mama ni degil!


*****


“Boleh la Mama….,”


“Dara bukan anak aku pun,”


“Mama jangan ego sangat boleh? Kalau bukan sebab mereka berdua, rumah ni dah lama hancur,”


“Jadi kamu nak suruh Mama balas jasa mereka la ni? Hey, Mama bayar tau gaji Midah tu!”


“Mama, tolonglah. Rendahkan sikit ego tu…..,”


“Kenapa kamu nak kata Mama ni ego pulak?”


Laila mengeluh. Susahnya nak pujuk macam ni…..


“Mama tolonglah, Mama. Rombongan akan tiba dalam masa tak sampai lima minit. Tolonglah bagi kerjasama,”


“Kenapa kamu beria sangat nak tolong Midah anak beranak ni?”


“Mama sayangkan Laila tak?” cepat-cepat Laila ubah topik.


“Hurm….,”


“Saya pun sayang Mama,” dicium pipi itu. Lama. Datin June terkedu. Sudah lama dia tidak mendapat ciuman sebegitu.


“Mama sayangkan Laila, kan?” Laila mula buat muka comel. Cair Datin June melihatnya.


“Ye la, ye la,” akhirnya Datin June mengalah. Laila tersenyum. Dipeluk erat wanita yang telah melahirkannya ini.


“Sayang Mama!”


“Dah, masuk. Anak dara tak baik dengar orang tua berbincang,”


“Baik, Mama!”


Tidak lama kemudian, rombongan dari keluarga Uda sampai. Datin June memaniskan muka menyambut kedatangan mereka.


“Eh, Datin Eryna!”


“Datin June! Tak sangka kita ye?”


“Saya tak pernah tahu pun yang Datin ada anak lelaki?”


“Ada, tapi dia jarang ada di rumah. Ada saja aktivitinya. Jadi, Dara tu anak orang gaji awak?”


“Iya, dia anak orang gaji saya. Ibu dia masuk wad, jadi saya la yang wakilkan ni,”


“Kiranya anak awak juga lakan?” Datin Eryna menduga.


“Tak la. Anak saya sorang je. Laila namanya,”


“Masih kosong?”


“Masih kosong,”


“Kalau macam tu, apa kata kita satukan aja anak-anak kita tu?”


“Cadangan yang baik!”


Prang!!!!!!!!! Jatuh semua cawan yang ditatang Dara. Dia pengsan.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.