“Apa???????”
Melengking suara Datin Eryna. Tidak percaya dengan berita
yang baru didengarnya.
“Betul Datin. Pada mulanya saya pun tak percaya bila ada
orang cakap Dato’ Hazmi kahwin lagi. Tapi bila saya siasat, rupanya perkara tu
memang betul,”
“Dengan siapa dia kahwin? Model? Pelakon? Penyanyi?” marah
betul Datin Eryna. Tidak disangka, suami yang nampak lembut dan mendengar
katanya kini curang di belakangnya.
“Er….,”
“Dengan siapa?”
“Dengan staf di pejabat dia. Sebaya anak Datin,”
“Sebaya Uda?”
“Ya,”
“Dah tak ada lelaki lain sebaya anak aku ke yang dia nak
goda? Yang Dato’ ni pun, tak cukup ke layanan aku selama ni pada dia?”
Memang tak cukup pun, bisik Syasya, pembantu peribadi Datin
Eryna. Tapi dia diamkan sahaja pendapatnya. Jika dia luahkan pendapatnya itu,
memang kena baling pasu dengan wanita panas baran itu.
“Kau cakap dia kerja kat mana tadi? Pejabat Dato’, kan?”
Syasya mengangguk. Datin Eryna tersenyum penuh muslihat.
“Kau tunggu la perempuan. Nahas kau aku kerjakan,”
Syasya jadi takut.
“Siapa nama dia?”
“Er…. Nadia, Datin,”
“Nadia? Nama penuh?”
“Nadia Nazri,”
“Nadia Nazri?”
*****
“Lisa, minit mesyuarat minggu lepas mana ye?”
“Ada pada saya. Kenapa?”
“Dato’ Hazmi minta pagi tadi. Saya ingat saya ada bagi pada
awak,”
“Dato’ nak sekarang ke?”
Nadia angguk.
“Kalau macam tu, saya ambil sekarang ye,”
Nadia senyum.
“Nadia Nazri!!”
Mati senyum Nadia tiba-tiba. Dia pandang Lisa. Lisa pandang
Nadia kembali.
“Siapa tu?”
“Datin Eryna. Isteri Dato’ Hazmi,”
“Oh…,” baru hari ini dia bertemu empat mata dengan ‘madu’nya
itu.
“Siapa Nadia Nazri?”
“Er… dia,” Lisa menuding jari ke arah Nadia, membuatkan wanita itu tersentak.
Apa ni Lisa? Kau nak bagi aku mati ke? Eh, kejap! Dia bukan tahu pun yang…
“Kau isteri kedua suami aku kan?”
Lisa terkejut. Dia pandang Nadia. Nadia lagilah terkejut.
Mana dia tahu ni?
“Jawab la soalan aku!”
“Er…. Iya,”
Buntang mata Lisa pandang Nadia.
“Dah tak ada lelaki lain ke yang kau nak goda, hah?”
Nadia hanya diam.
“Jawablah! Kau ingat aku ni tunggul?”
“Sabar, Datin,” Lisa cuba menenangkan suasana.
“Kau jangan sibuk. Ini urusan aku dengan dia!” Datin Eryna
menolak Lisa ke tepi. Tersungkur gadis itu dibuatnya.
“Kalau iya pun marahkan saya, tak payahlah tolak kawan saya
sampai macam tu sekali,” Nadia mula bersuara. Geram dia apabila melihat sikap
Datin Eryna sebegitu. Malu aku jadi madu dia. Uhuk.
“Kau tu yang tak tahu malu. Dah tahu suami aku tu suami
orang lagi mahu goda!”
“Datin, ini pejabat. Tolong hormat suami Datin di sini,”
“Engkau tu yang tak reti hormat aku kat sini! Dah tahu Dato’
tu suami orang lagi mahu goda!” jerit Datin Eryna. Ditolak Nadia sekuat hati.
Malang bagi Nadia, dia terlanggar bucu meja ketika ingin mengimbang dirinya.
Akhirnya dia betul-betul terjatuh.
Datin Eryna masih belum puas. Disepak perut Nadia
berulangkali.
“Dasar perempuan jalang!”
“Mummy!”
Datin Eryna memandang Uda dengan wajah menyinga.
“Apa yang Mummy buat ni?”
“Kamu tanya dia sendiri apa yang dia dah buat, bukan apa
yang Mummy dah buat!”
“Bukan soal tu, Mummy! Mummy tengok apa yang Mummy dah buat
ni?”
Datin Eryna pandang Nadia semula. Wanita itu sudah
berlumuran darah. Datin Eryna kaget. Dia terus lari dari situ.
Uda menerpa ke arah
Nadia yang mengerang kesakitan. “Bertahan, Nadia. Lisa, panggilkan Dato’!”
Lisa yang menyedari perkara ini terus berlari mencari Dato’
Hazmi.
“Dato’! isteri Dato’ belasah isteri Dato’!”
“Awak ni biar betul, Lisa? Takkan Datin nak belasah dirinya
sendiri?” Dato’ Hazmi bingung dengan kata-kata Lisa itu.
“Bukan! Datin Eryna… belasah Nadia!”
Spontan Dato’ Hazmi bangun.
*****
“Apa yang merasuk fikiran kamu sebenarnya, Eryna?” Dato’
Hazmi bersuara garang.
“Apa yang merasuk fikiran saya? Awak tu yang kena fikir
balik apa yang awak dah buat ni!” suara Datin Eryna naik seoktaf. Mencabar
kesabaran Dato’ Hazmi.
“Kamu sedar ke apa yang kamu cakap ni?”
“Perempuan jalang tu, rampas suami saya, bang! Awak ingat
saya akan duduk diam, tepuk tangan je bila tahu semua tu?”
“Perempuan yang kamu kata jalang tu, isteri saya, Eryna!
Kamu tak ada hak nak hina dia!”
“Oho… sekarang ni awak nak bela dia pula ye, bang? Bela la!
Patut aku bunuh je perempuan tu semalam!”
PANG!!
KEPALA Datin Eryna terpusing. Dato’ Hazmi menggigil menahan
marah.
“Puas hati kamu sekarang? Awak tolak dia sampai keguguran!
Anak saya, Eryna!”
Datin Eryna tergamam.
“Puas hati kamu kan? Sekarang kamu dah jadi pembunuh! Saya
tak akan maafkan kamu!”
“Abang!
“Kau keluar dari rumah ni! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi!
Kau bukan isteri aku lagi! Keluar!”
“Abang!”
“Keluar!”
*****
“Nadia isteri kedua Daddy?”
Uda memandang Dato’ Hazmi tidak percaya.
“Ya, kami dah berkahwin setahun lalu. Selepas majlis
konvokesyen kalian,”
“Kenapa saya tak tahu?”
“Hanya saudara terdekat Nadia yang dijemput. Majlis diadakan
di kampung Nadia di Johor. Jadi tak ramai yang tahu,”
“Kenapa rahsiakan? Perkahwinan tu bukan sesuatu yang
memalukan pun,”
“Uda ingat Mummy akan duduk diam je ke bila dia dapat tahu
perkara ni dari awal? Sekarang ni pun dia dah mengamuk gila. Sampai gugur
kandungan Nadia dibuatnya,” nada suara Dato’ Hazmi mula naik sedikit suhunya.
“Sekurang-kurangnya Daddy bagitahu Uda. Nadia tu, kawan Uda.
Sekarang ni Uda nak panggil dia apa? Makcik?”
Dato’ Hazmi tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.
“Kami tak sembunyikan pernikahan kami. Tapi kami juga tidak
menghebahkannya. Mana yang tahu tu, tahulah. Mana yang tidak tahu tu, tidak
tahulah,”
“Walau apapun alasan Daddy dan… er… Nadia, semuanya telah
terjadi. Nadia pun dah keguguran. Melepas Uda nak timang baby,”
“Ke situ pulak perginya,” muka Dato’ Hazmi sudah
kemerah-merahan. Uda tergelak. Jarang dia dapat melihat wajah Daddynya begitu.
“Daddy suruhlah Ann mengandung lagi,” usik Uda.
“Ann?”
“Ye la, Ann. Singkatan dari Aunty Nadia. Nak panggil Aunty,
kami sebaya. Kawan pulak tu. Panggil Ann je la yang mampu,”
“Kamu ni…,” Dato’ Hazmi menggerutu. Namun hatinya suka.
Ann…. Sedap juga nama itu.
“Daddy suruhlah Ann mengandung lagi. Boleh Uda timang baby,”
usik Uda lagi.
“Kamu je la yang kahwin. Boleh timang baby sendiri. Timang
baby orang ni tak syok!”
Uda terdiam. Serta-merta dia teringatkan Dara. Dan Laila.
“Kahwin dengan Dara la, Uda. Baru comel. Uda dan Dara,” usik
Dato’ Hazmi pula.
“Saya kan dah bertunang dengan Laila,”
“Putuskan,”
“Hah?”
“Putuskan,”
*****
“Apa?”
“Ya. Saya nak putuskan pertunangan anak saya, Uda dengan
anak Datin, Laila. Mereka tidak cinta antara satu sama lain. Kenapa kita mesti
paksa mereka?”
“Tapi Dato’…!”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Keputusan saya muktamad. Uda pun
dah setuju,”
“Dato’ tak boleh buat macam ni! Ini tak beradab namanya!”
“Masa awak tunangkan Uda dengan Laila, ada awak fikirkan
pasal benda ni? Ingat Datin June, masa tu saya datang nak meminang Dara untuk
Uda. Tapi awak dengan Eryna yang memandai-mandai. Sekarang nak salahkan saya?”
Dato’ Hazmi tidak tunggu lama. Dia terus menamatkan talian.
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
“Laila!” jeritan Datin June bergema seisi rumah. Laila yang
sedang leka mendengar lagu pendam oleh Shahir, terkejut dengan jeritan itu.
“Mama ni, potong stim la. Laila tengah berangan tadi…,”
Laila keluar dari bilik dengan perasaan jengkel.
“Ada apa, Mama?”
“Dato’ Hazmi putuskan pertunangan Uda dengan Laila! Puas!”
“Hah?” Uda tak pernah bercerita pun pasal ni!
“Puas hati kamu kan! Ni mesti sebab kamu yang curang dengan
Uda ni!” Datin June menuduh tanpa usul periksa.
“Mama, macam mana Laila nak curang kalau Laila tak pernah
cintakan Uda?”
“Tapi Laila tunang Uda!”
“Bekas tuning,” sengaja Laila membetulkan panggilan itu.
“Kalau betul Daddy Uda dah putuskan pertunangan kami, maka Uda secara rasmi
adalah bekas tunang Laila,”
“Jaga mulut tu, Laila! Kamu masih berhubung dengan budak tu
kan?”
“Budak mana ni, Mama?”
“Si Taufiq tu la!”
“Mama….!” Kata-kata laila terhenti apabila telefon bimbitnya
berbunyi. Panggilan daripada Dara.
“Assalamualaikum, Dara,”
Wajah Datin June berubah riak. Namun Laila buat tidak
peduli.
“Bila? Esok? Syarat? Apa syaratnya?” tanya Laila. Kemudian
dia diam, mendengar jawapan Dara di hujung talian.
“Okey. Nanti aku bagitahu Mama aku. Terima kasih Dara.
Assalamualaikum,” Laila menamatkan talian.
“Huh! Perempuan tu nak apa pula dengan kamu, Laila? Tak
cukup dia goda Papa Mukhriz sebelum ni?”
Laila menggeleng. “Mama jangan buat persepsi buruk kat orang
lain boleh tak? Dara telefon tadi sebab dia nak tolong kita,”
Datin June tertawa sinis. “Kalau betul dia boleh tolong
kita, apa yang dia boleh buat?”
“Mama, dia dah aturkan pertemuan kita dengan anak Tan Sri
Kamaruzzaman,”
“Tan Sri Kamaruzzaman? Zaman Corporation? Yang batalkan
kerjasama dengan kita tu?”
“Ya, Mama,” jawab Laila sepatah. “Tapi, dia nak kita berdua
yang pergi jumpa dia. Dia tak nak jumpa Laila seorang,”
Datin June tidak menjawab. Dia memikirkan sesuatu.
“Bila?”
“Hujung minggu ni,”
*****
Suasana di pejabat itu sunyi sepi. Maklumlah, hari Ahad. Mana
ada staf yang datang bekerja. Yang kelihatan hanya Laila dan Datin June sahaja
yang tercongok di hadapan pintu masuk pejabat itu.
“Mana mereka ni, Laila? Kata nak jumpa, tapi batang hidung
pun tak nampak. Inmilah dia, anak-anak Tan Sri semua. Semuanya ambil mudah
saja!”
Laila hanya diam mendengar bebelan Mamanya itu.
“Assalamualaikum,”
Laila dan Datin June menoleh. Datin June mencebik apabila
melihat Dara terkial-kial mencari kunci pejabat.
“Maaf. Tadi kereta rosak. Er….. anak Tan Sri tu suruh saya
jalan dulu,”
Laila tersentak. Datin June pun.
“Kau keluar dengan anak Tan Sri? Hebat. Tak sangka, kau goda
anak Tan Sri pula, lepas kau goda suami aku,” selamba Datin June melemparkan
kata-kata hinaan buat Dara. Gadis itu diam sahaja.
“Mama….,”
“Apa?”
“Okey, pintu dah dibuka. Jemput masuk. Bos saya sampai kejap
lagi,”
Laila dan Datin June dibawa ke bilik mesyuarat. Tanpa kekok
Dara melayani mereka dengan menghidangkan kopi dan kuih yang sempat dibelinya
tadi. Namun wajah Datin June masih menunjukkan riak tidak puas hati.
“Mana bos kau tak sampai-sampai lagi ni?”
“Mama…,” Laila menegur. “Sabar sikit boleh tak? Ingat sikit
siapa yang buat kerjasama ni dibatalkan. Dara atau suami Mama yang dikasihi tu,”
Datin June diam.
“Maafkan saya, Datin, Laila. Saya terlambat,” sapa satu suara
dari luar bilik mesyuarat. Spontan semuanya mengalihkan pandangan ke pintu
masuk.
Laila terkejut. Dara hanya tersenyum simpul.
“Apa yang kau buat kat sini? Aku nak jumpa anak Tan Sri
Kamaruzzaman bukannya kau!”
Lelaki itu tersenyum. “Jadi, Datin perlu bertemu saya,”
Datin June dan Laila saling berpandangan. Kemudian mereka
memandang Dara.
“Datin June, Laila. Kenalkan, ini anak Tan Sri Kamaruzzaman,”
“Taufiq Batisah,” Taufiq memperkenalkan dirinya.
Datin June pengsan.
*****
“Saya minta maaf atas apa yang berlaku,”
“Taufiq, kenapa awak yang kena minta maaf pula?”
“Ye la, kalau saya bagitahu siapa saya yang sebenarnya mesti
perkara ni tak jadi macam ni,”
“Awak bukan sembunyikan pun siapa awak yang sebenarnya. Awak
cuma malas nak heboh-heboh. Saya tahu je siapa awak sebenarnya,”
“Eleh, awak tahu pun lepas awak bertunang dengan saya. Sebelum
tu, haram….”
Dara dan Laila tertawa.
“Eh, betul la. Aku mana tahu dia anak Tan Sri. Itu yang aku
terkejut bila aku jumpa Tasya masa mula-mula aku jumpa Umi dulu,”
“Sebut pasal Tasya, bila dia balik Mesir?”
“Dia dah balik la. Habiskan pengajian di sana ditemani suami
tersayang. Kenapa tanya?”
“Akhirnya bahagia juga musuh ketat aku tu ye, Dara,”
“Musuh ketat pun, bakal adik ipar kau juga!” cebik Dara. Laila
dan Taufiq tergelak.
“Eh, Datin dah terjaga tu,”
Laila segera menoleh apabila mendengar kata-kata Taufiq. Dia
menerpa ke arah Datin June yang mulai
sedar.
“Laila,”
“Ya, Mama,”
“Tadi Mama mimpi,” Datin June tergelak kecil. “Mama mimpi,
Taufiq adalah anak Tan Sri,”
“Mama, itu bukan mimpi. Itu kenyataan. Taufiq memang anak
Tan Sri Kamaruzzaman,”
Bulat mata Datin June mendengarnya.
“Mama tolong jangan pengsan lagi,”
“Apa yang terjadi sebenarnya?”
“Datin…,” Taufiq mencelah. “Betul apa yang dikatakan Laila
tu. Saya Taufiq Kamaruzzaman,”
“Aku tak percaya,”
“Betul, Datin. Taufiq yang minta kerjasama antara syarikat
ni dan syarikat Datin dibatalkan. Selain daripada hasil kerja yang tidak
memuaskan, Taufiq ingin sedarkan Datin tentang pangkat ni semua,” sampuk Dara
pula.
Datin June diam.
“Datin pernah tanya kan, Umi dan Abah yang saya sanjung
sangat tu ada pangkat Datuk tak di hadapan nama mereka. Masa tu saya jawab
tidak. Sebab nama mereka memang tak ada pangkat itu. Yang ada cuma Tan Sri dan
Puan Sri,”
“Cuma?”
“Tapi itu semua tak penting, Datin. Yang penting, apa yang
cakap lepas tu,”
“Apa yang awak cakap lepas tu?” Datin June bingung. Dia tidak
mengingati langsung pertemuan itu.
“Sekali Datin menghina, sepuluh kali Datin akan berasa
terhina selepas ini,”
Datin June. Ada benarnya kata-kata itu. Dia benar-benar
terasa terhina dengan kata-kata itu.
“Maafkan Aunty, Taufiq,”
“Maaf, Datin. Kerjasama antara syarikat kita akan tetap
terlaksana tapi untuk memaafkan Datin atas kata-kata Datin tempoh hari, saya
rasa saya masih memerlukan masa,” Taufiq bangun dan terus keluar. Datin June
termangu.
Laila memeluknya erat. Member semangat kepadanya. Dara hanya
memerhatikannya.