“Macam mana dia boleh selamat?”
“Maaf, bos. Saya memang cuba langgar dia
tapi tiba-tiba ada orang yang selamatkan dia pula,”
“Siapa yang baik hati sangat nak selamatkan
dia tu?”
Diam.
“Aku tanya siapa!!!!!”
“Mana la saya tahu siapa, bos. Masa tu kan
gelap. Mana nak nampak orang tu siapa….,”
“Takkan kau tak kenal pun siapa?”
Lelaki itu menggerutu. Nak aku ulang
seratus lapan belas kali ke yang aku tak nampak masa tu sebab gelap?
“Aku tak kira. Aku nak Laila mati. Kalau
dia tak mati, macam mana aku nak bolot semua harta mak dia tu? Dah la harta tu
semua atas nama dia,”
“Maknanya saya kena bunuh Laila walau apa
jua yang berlaku? Macam tu?”
“Tak. Aku nak bunuh kau dulu. Lagi mahu
tanya!” dahi lelaki itu ditunjalnya.
“Aku tanya je, bos,”
“Jangan tanya soalan yang kau memang dah
tahu jawapannya, bodoh!”
“Baik, Datuk Mukhriz,” lelaki itu tunduk.
“Lagi satu, jangan babitkan aku dalam soal
ni. Aku dengan kau tak ada kena mengena dalam hal ni. Faham!”
“Faham, bos!”
Datuk Mukhriz mengeluarkan sepucuk sampul
dari dalam laci. Lalu dilemparkannya ke arah lelaki itu.
“Ni upah kau. Ingat, aku nak Laila mati.
Aku nak tengok mayat Laila kat ruang tamu rumah tu. Faham!”
Lelaki itu hanya mengangguk tanpa suara.
Sebentar kemudian dia meminta diri. Datuk Mukhriz menyandarkan badannya di
kerusi empuk itu. Wajahnya keruh. Penuh dendm.
Kau mesti mati, Laila!
*****
“Cik Laila, ini fail yang cik minta tu,”
Suraya menyerahkan beberapa fail yang diminta Laila sebentar tadi. Laila yang
sedari tadi tumpuannya hanya pada komputer, menoleh memandang Suraya sambil
tersenyum. Dia mula membelek fail-fail tersebut.
“Projek di Putrajaya, projek di Ipoh,
projek di Terengganu…. Mana fail projek di Nusa Jaya, Johor?” tanya Laila untuk
kepastian.
“Oh, fail tu masih ada pada Encik Rahim.
Dia perlukannya untuk seketika waktu. Dia sendiri akan datang bagi fail tu pada
cik bila dia dah selesai gunakannya,” jawab Suraya yakin. Laila tersenyum. Dia berpuas
hati dengan jawapan yang diberikan.
“Baiklah, Suraya. Awak boleh pergi,”
“Baiklah. Tapi sebelum tu, ada orang nak
jumpa cik,”
Kening Laila terangkat. “Ada orang nak
jumpa? Siapa?”
“Saya tak tahu, cik. Dia tak ada buat
temujanji,”
“Saya kenal dia?”
Suraya tersenyum. “Mana saya tahu dia kenal
cik atau tidak,”
“Kenapa awak tak tanya?”
“Sebab saya nak tanya cik dulu,”
Laila tersenyum. Pandai aje nak jawab
soalan orang, fikirnya.
“Benarkan dia masuk,”
Suraya tunduk dan kemudian meminta diri.
Sebentar kemudian, seorang wanita mengandung masuk dan berdiri di hadapan
Laila.
Laila tidak mengenali wanita itu.
“Cik Laila Luqman?”
“Ya, saya,”
“Anak tiri Datuk Mukhriz?”
“Suami Mama saya,” pantas Laila menjawab.
“Saya kenal awak ke?”
“Saya Maria, perempuan simpanan Datuk
Mukhriz,”
Laila tidak terkejut. Dia tidak memberikan
sebarang reaksi.
“Awak…… kenapa awak tak terkejut?”
“Saya memang tak percayakan lelaki itu.
Saya tahu, dia ada niat yang tak baik terhadap Mama saya. Tapi Mama saya tak
pernah percayakan saya. Dia cakap suaminya itu baik, penyayang, mesra….,”
“Itu semua hanya palsu, Laila. Dia tak
pernah cintakan Datin June. Dia hanya tamakkan wang ringgit sahaja. Bukan hanya
Datin June yang menjadi mangsa, ramai lagi yang pernah terjerumus ke dalam jerat
yang dia pasang. Mulut manis macam tu, ramai aje yang terjerat,”
“Termasuklah awak,” sampuk Laila. Dia
tersenyum sinis. Merah muka Maria apabila mendengar kata-kata itu.
“Jadi awak nak apa dengan saya? Bila dah
bunting, baru nak datang cari saya?”
Spontan Maria bangun. “Cakap baik-baik
sikit!”
“Aku rasa aku dah cukup baik dah ni cakap
macam ni,” suara Laila masih tidak berubah.
Perlahan-lahan Maria duduk semula.
“Aku dah tak boleh nak gugurkan kandungan
ni lagi. Kalau aku gugurkan, aku boleh mati. Aku minta Mukhriz
bertanggaungjawab. Tapi dia tak mahu. Dia tetap nak suruh aku gugurkan. Dia tak
percaya benda ni boleh bawa maut,” luah Maria. Suaranya sayu. Terusik hati
Laila mendengarnya.
“Kau, dah berapa lama jadi mainan lelaki
tu?”
“Tiga tahun,” perlahan Maria menjawab.
Laila geleng kepala. “Selama tiga tahun ni,
kau tak pernah terfikir nak bertaubat ke?”
Maria tersentak.
“Kau dah berzina dengan dia. Lepastu kau
gugurkan kandungan kau. Bukan sekali, tapi tiga kali. Kau tak terasa ke kau dah
bunuh tiga orang anak kau?”
Maria tunduk. Air matanya bergenang.
Niatnya tadi hanya ingin mengingatkan Laila tentang lelaki durjana itu. Namun
lain pula yang terjadi.
“Insaflah, Maria. Pintu taubat masih
terbuka buat kau,”
“Aku nak insaf, Laila. Aku nak bertaubat.
Aku dah tak nak terbabit dengan Mukhriz lagi. Dan sebab tu, aku ada dua perkara
yang aku perlu bagitau kau,”
“Apa dia?” tanya Laila, ingin tahu. Maria
tersenyum pahit.
*****
“Bila Laila dan Uda nak keluar dating ni?
Keluar la berdua. Boleh kenali hati masing-masing. Boleh juga beli barang
hantaran untuk kahwin nanti,”
Laila hanya diam.
“Kalau sibuk sekalipun, luangkanlah masa
untuk bersama. Jangan la nanti bila dah nak dekat majlis, baru kelam kabut nak
cari barang,”
“Tak terasa cepat sangat ke, Mama?”
“Cepat? Kamu berdua ni kenapa? Asyik nak
tangguhkan je perkahwinan kamu berdua. Apa yang kalian tunggu sebenarnya?”
Laila tidak menjawab.
“Jawab soalan Mama, Laila!”
“Mama tahu jawapannya. Jadi tak payah la
tanya banyak kali,”
“Cinta boleh dipupuk selepas kahwin kan?”
“Tapi cinta lama tidak boleh dihancurkan
begitu saja. Lebih-lebih lagi cinta pertama,”
“Kita kena teruskan hidup, Laila,”
“Teruskan hidup dengan orang yang betul,
Mama. Bukan dengan orang yang salah,”
“Laila….,”
“Uda bukan untuk saya, Mama,”
“Jangan terlalu yakin dengan kata-kata itu,
Laila,”
“Kata-kata itu doa, Mama. Asalkan kita
yakin,”
“Sudah!” Datin June memotong keras. “Jangan
kita berbalah kerana ini. Pergi bersiap. Kamu akan keluar makan malam dengan
Uda malam ni,”
Laila mengeluh. Apa lagi yang boleh
dilakukan untuk melenturkan hati Datin June yang keras itu?
Tepat jam lapan malam, Uda sampai di rumah
untuk menjemput Laila.
“Jemput la masuk, Uda,”
“Tak apa la, Datin. Saya ada hal lain. Saya
nak bawa Laila sekali dan terus pergi makan malam,” Uda menolak dengan baik.
“Jangan lupa beli barang hantaran ya!”
Datin June mengingatkan. Uda hanya mengangguk. Dia menjeling sekilas apabila
Laila sudah lolos ke dalam kereta.
“Kita nak pergi mana?” tanya Uda.
“Kau nak bawak aku ke mana pun, aku tak
kisah. Jangan ke tempat yang bukan-bukan sudah la,”
Uda hanya diam sambil menumpukan
perhatiannya pada pemanduannya.
“Apa khabar Taufiq dan Dara sekarang ni?”
terpacul soalan itu dari bibir Laila.
“Kau rindu Taufiq ke, kau rindu Dara?”
“Aku rindu dua-dua,”
Uda diam. Dalam hati, dia turut mengakui
hakikat itu. Dia amat merindui Dara, terutamanya setelah pertemuan semula
dengan Dara tempoh hari.
“Uda,”
“Ya?” lamunan Uda lenyap.
“Sampai bila kita nak macam ni?”
“Macam mana?”
“Kita ikut je kerenah mereka nak satukan
kita, semata-mata kerana kepentingan mereka sendiri. Mereka tak pernah
pedulikan perasaan kita. Aku tertekan, Uda,”
“Kau ingat aku suka dengan semua ni?”
“Aku tahu, kau amat rindukan Dara. Dan kau
juga takkan mahu terima perkahwinan ni,”
“Jadi kita nak buat apa?” tanya Uda ingin
tahu.
“Aku tak tahu,”
“Jadi untuk apa kau cerita semua ni?”
“Uda….,” Laila pandang wajah Uda. “Andai
ini takdir kita, kau terima?”
Uda diam. Mujur mereka sudah sampai di
lampu isyarat merah. Uda pandang Laila.
“Laila, ini mungkin takdir, atau ini juga
ujian buat kita. Kita tak tahu yang mana satu yang ditujukan untuk kita ni.
Kalau ini takdir, kita akan terima. Insya Allah. Tapi kalau ini ujian, kita
akan usaha. Insya Allah,” Uda memandang ke hadapan. Dan dia perasan sesuatu.
“Laila,”
“Apa?”
“Taufiq dan Dara…,”
Laila segera memandang ke tepi jalan yang
ditunjukkan oleh Uda. Remuk hatinya apabila melihat Dara dan Taufiq berjalan
seiringan di tepi jalan itu. Air mata Laila berlinangan. Sedih Uda melihat
Laila derita kerana cinta.
“Jom kita pergi dari sini,” Uda memutar
stereng. Kereta dipandu meluncur laju menjauhi Taufiq dan Dara. Dan Dara
menyedari tindakan itu.
“Kenapa, Dara?” tanya Taufiq.
“Tak ada apa-apa la. Ada barang lagi ke
yang kita nak beli ni?”
“Nanti-nanti aje kita beli ye. Dah malam
ni. Bahaya pula jalan macam ni,” ajak Taufiq. Dara hanya mengikut. Namun sempat
dijeling kereta yang sudah hilang dari pandangannya. Seakan menyedari kehadiran
seseorang yang disayanginya di situ.
*****
“Aku….. aku betul-betul rindukan Dara. Saat
macam ni, aku benar-benar perlukan Dara di sisi aku,” luah Laila.
“Dara je?” tebak Nadia.
“Dara dan Taufiq. Haritu aku jumpa Taufiq.
Tapi dia dah macam bencikan aku. Dan dia ingat aku juga bencikan dia. Dia siap
cakap, aku suka bila kau benci aku,”
“Hah? Kenapa dia nak kena cakap macam tu?”
Laila tidak menjawab.
“Aku suka bila kau benci aku,” Nadia
mengulangi kata-kata Taufiq. “Dia rasa bersalah bila kau masih mencintainya
walaupun dah jadi tunangan orang,”
“Aku tak rasa macam aku ni tunangan orang,”
Nadia tersenyum. “Jangan lari dari
kenyataan, Laila. Apapun, kau tetap tunangan Uda,”
Laila mencebik.
“Banyakkan bersabar, Laila. Allah uji
kalian. Mana tahu, kalian berjaya harungi ujian ni, dan kalian akan mendapat
ganjaran yang lebih besar daripada ini?”
Laila tersenyum. “Allah uji aku?”
“Ya,”
“Kenapa?”
“Sebab DIA sayangkan kau,”
Laila senyum lagi.
“Dah la, aku minta diri dulu. Aku ada hal,”
“Eh, Nadia! Aku nak tanya kau sesuatu. Kau
dengan cinta hati kau, macam mana?”
Nadia tersentak sedikit. Namun cepat-cepat
dia mengukir senyuman.
“Alhamdulilah, aku bahagia sekarang,”
“Kirim salam dengan dia, ya,”
“Insya Allah. Aku minta diri dulu,” Nadia
berjalan membelakangi Laila yang pada mulanya hanya buat tidak tahu dengan
langkah itu. Namun sebentar kemudian…..
Langkah itu!
Spontan Laila bangun. Dia ingin menahan
Nadia. Tetapi bayang nadia sudah hilang di balik pintu. Laju dia mengejar
hingga ke tingkat bawah bangunan itu. Tetapi hampa. Bayang Nadia sudah hilang
bagaikan angin.
“Mana dia pergi ni?”
“Sayang, lamanya pergi tandas,”
Laila tersentak. Itu suara Dato’ Hazmi.
Pantas dia menoleh. Dan……
“Nadia!”
“Laila!” tangan Nadia yang erat memeluk
lengan Dato’Hazmi terlerai.
“Kau……. Dia ni cinta hati kau, Nadia?”
Tangan Laila terketar-ketar.
“Laila…… ke.. ke… kenalkan….. ini Dato’
Hazmi, suami aku,”
“Suami???????”