29
Kesibukan Afini menyebabkan dia
terpaksa menolak ajakan Siti untuk menikmati makan tengah hari bersama. Terlalu
banyak kerja yang perlu diselesaikannya. Andai tidak, pasti gaji para pekerja
di syarikat ini tidak dapat dibayar pada tarikh yang sepatutnya.
Perut yang sudah mengalunkan irama
keroncong, diabaikannya. Biarlah ditangguhkannya seketika waktu makan tengah
harinya itu.
Habis semua fail yang berada di
dalam almari, dia punggah keluar. Fail berwarna merah yang terkandung di
dalamnya dokumen penting menjadi cariannya.
“Mana pulak fail ni!” Kesabaran
Afini kian tipis setelah hampir setengah jam dia tidak dapat mencari apa yang
diingininya.
“Puan Afini cari apa tu?”
Bukan kepalang terkejutnya Afini
disapa oleh May. Dia tidak menyedari akan kehadiran pembantunya itu.
“I cari fail…”
“Fail yang puan suruh I berikan
kepada Encik Zakaria tu ke?”
Belum sempat Afini memberitahu
fail apa yang diingininya, May terlebih dahulu memotong percakapannya. Afini
mengangguk dan cepat sahaja May mengatur langkah ke arah mejanya. Setelah laci
dibuka, May mengeluarkan sebuah fail yang mempunyai ketebalan sederhana dan
berwarna merah. Ya! Fail itulah yang Afini mahukan.
“Lah… dekat you ke?”
“Maaf, puan. Hari tu I tak sempat
nak berikan fail ni pada Encik Zakaria sebab dia dahoutstation ke
Brunei.”
“Jadi maksudnya dia belum semak
lagi dokumen ni?!” Suara Afini sedikit meninggi. Sepanjang dia berkerja dengan
May, inilah kali pertama dia meninggikan suaranya kepada pembantunya itu.
Kelaparan dan keserabutan yang kian bertindan di otaknya, menyebabkan mudah
benar emosinya terganggu tika ini.
“Tak apalah. Nanti biar I sendiri
yang berikan pada dia.” Afini sudah mengendurkan suaranya. Dia rasa bersalah
kerana meninggikan suara pada May.
Ke hulu ke hilir Afini mengatur
langkah mencari Zakaria. Terasa panas juga hatinya saat insan yang dicari masih
belum ditemui. Ke bilik Zakaria, sudah. Ke bilik sahabat baiknya, Ainal pun
sudah. Namun bayang-bayang Zakaria masih tidak terlihat di penglihatan Afini,
sedangkan waktulunch sudah lama berlalu.
Perut Afini yang sudah bergendang
sakan menyebabkan dia mematikan niatnya untuk terus balik ke biliknya. Dia
melangkah ke ke pantri.
Niatnya untuk mengalas perut
dengan secawan Milo panas dan beberapa keping biskut termati saat Afini
terdengar suara Zakaria dan Ainal.
“Habis kau nak buat macam mana
sekarang?” soal Ainal.
“Tak tahulah. Kalau ikutkan hati
aku ni, nak aje aku ‘blah’ dari sini! Mana tahan. Setiap kali, aku aje yang nak
kena pergioutstation. Sepatutnya dia yang pergi! Dia kan, bos! Dia yang
kena ambil tahu semua perkara. Bukannya nak harapkan aku aje! Dahlah pembantu
aku yang dia pecat dulu tu tak digantikan dengan sesiapa. Semua benda aku nak
kena buat seorang! Tapi… aku dengar cerita staf aku tu dapat ganti rugi dari
syarikat kita sebab buang dia 24 jam tanpa notis. Padan muka!” kata Zakaria.
“Aku pun ada dengar cerita pasal
staf kau tu. Tapi, memang aku perasanlah. Semenjak bos kita tu kahwin dengan
Afini, bukan main liat lagi dia nak pergioutstation. Dulu
tak macam ni.”
Agak lama juga kedua mereka
mendiamkan diri sebelum Zakaria bersuara semula.
“Kau rasa-rasa… bos kita tu dah
‘ehem-ehem’ tak dengan Afini?”
Tersentak Afini mendengar
persoalan itu. Menyirap darahnya saat ini. Ingin sahaja rasanya dia masuk ke
dalam dan memaki hamun kedua lelaki yang tidak tahu menjaga batasan ketika
berbicara. Namun, kakinya bagaikan terlekat kuat di lantai.
“Aku rasa mestilah dah! Kau
percaya ke dengan Yus tu? Cuba kau bayangkan hari-hari dia tengok badan putih
melepak si Afini tu. Maunya tak teringin.”
“Tapi, Yus tukan gay!” Zakaria
masih cuba menyangkal kemungkinan yang dinyatakan Ainal sebentar tadi.
“Gay pun kau ingat dia tak reti
nak tukar-tukar selera. Hari-hari makan ‘ikan Kembong’. Sekali-sekala nak juga
rasa ‘ikan Siakap’.” Ainal ketawa.
Benci Afini mendengar ketawa itu.
Rasa nak dicili aje mulut Ainal.
“Kau ni kenapa Zakaria? Rilekslah
bro… Afini tu dah jadi isteri orang. Lupakana je. Banyak lagi ‘bunga’ dekat
luar sana yang kau boleh petik. Cantik-cantik lagi. Lebih cantik dari minah
tu.”
“Memang banyak ‘bunga’ yang lebih
cantik daripada Afini dekat luar sana. Tapi yang cantik tu ‘plastik’ dan dah
tak ada harumnya,” sayu suara Zakaria.
“Jadi, kau masih cintakan Afini?
Kau jangan cari pasal! Kau dah lupa ke, Yus tuwarning kita hari
tu? Kau jangan nak cari nahas.”
Kali ini kedua-dua mereka
mengeluh.
Yus memberi amaran kepada Zakaria
dan Ainal? Bila? Amaran apa? Adakah dia yang menjadi isi utama dalam amaran
itu? Adakah amaran itu penyebab mengapa Zakaria dan Ainal tidak mahu berbicara
dengan Afini sejak kebelakangan ini?
Semua persoalan itu sedang
menggasak otak Afini sehingga menghadirkan denyutan di kepala.
Deringan telefon membingitkan telinga Afini. Terasa malas
untuknya menjawab panggilan yang entah daripada siapa. May telah diarahkannya
untuk bertemu Zakaria bagi menyerahkan dokumen yang sepatutnya diserahkannya
sendiri kepada lelaki itu. Namun, kerana peristiwa di pantry tadi, dia
mematikan niat itu.
Setelah hampir tiga kali deringan
berulang, dengan malas akhirnya Afini mengangkat gagang telefon.
“Selamat petang Puan Afini.” Suara
Eliz, penyambut tetamu di hujung talian.
“Selamat petang. Ada panggilan
untuk I ke?” Afini terus bertanya.
“Ada satu panggilan daripada
seorang wanita. Katanya penting. Tapi bila I tanya siapa namanya, dia tak nak
beritahu. Katanya ada urusan penting dengan puan.”
Afini pelik. Siapa pula yang
menghubunginya? Mustahil emaknya. Baru sejam lepas, dia menerima panggilan
daripada emaknya.
“Baiklah. You sambungkanline tu pada I,”
arah Afini. Seketika kemudian line panggilan yang entah daripada siapa
disambungkan ke talian Afini.
“Helo...” Afini memulakan
perbualan. Namun, setelah seminit menunggu masih tidak kedengaran suara di
hujung talian.
“Helo... siapa ni?” Masih tiada
jawapan. Kesabarannya mulai menipis. Sudahlah hari ini dia dibebani kerja yang
menimbun. Ditambah pula dengan sikap Zakaria dan Ainal.
“Kalau you nak main-main, I tak
rasa sekarang waktu yang sesuai! Kalau you tak nak beritahu siapa you dan
kenapa youcall I, I akan letakkan telefon sekarang!” tegas Afini
kepada si pemanggil yang masih enggan bersuara.
“Jangan. Jangan letak telefon
dulu.”
Saat Afini mendengar suara si
pemanggil, otaknya ligat memikirkan siapakah gerangannya. Sungguh! Otaknya yang
sedang berserabut kini tidak mampu dikerahkan lagi untuk meneka siapakah wanita
yang bersuara lembut ini.
“Siapa ni?”
Agak lambat, barulah wanita itu
bersuara semula. “Afini… ni… mama.”
“Mama?” soal Afini laju.
“Maksud I. I, mama Yus.”
Membulat mata Afini. Berdebar
dadanya saat mengetahui dengan siapakah sebenarnya dia sedang berbicara.
Seingatnya, kali terakhir dia bertemu dengan wanita ini adalah sewaktu dia
menemani Yus pergi ke Viva Home. Waktu itu status Afini masih tunangan Yus.
Selepas pertemuan yang tidak disengajakan itu, dia langsung tidak pernah
berjumpa dengan wanita yang sedang menghubunginya ini. Jangan katakan mahu
bertemu, tetapi ingin menyebut namanya pun, dia tidak berani.
Malahan sewaktu majlis
persandingan yang berlangsung di rumah emaknya dan banglo milik bapa mentuanya,
wanita ini juga tidak menghadirkan dirinya. Tidak pula dia bertanya kepada Yus,
kerana dia pasti kemarahan akan mebuak di dada lelaki itu setiap kali mendengar
nama wanita di hujung talian ini.
“Afini… You dengar tak?”
Bagai tersedar. Afini cuba
mengawal debaran di dada agar tidak terdengar dalam bicara. “I… dengar Datin.”
“Tak perlulah panggil I, Datin. I
kan mama Yus. Jadi maknanya… I ni pun mama you juga. Panggil mama aje.”
“Hmm… mama.” Sebagai tanda hormat
Afini turuti jua kemahuan Datin Nur Kamiilah itu.
Agak lama suasana bisu
menyelubungi mereka. Mungkin Datin Nur Kamiilah jua seperti Afini, tidak tahu
hendak berbual apa.
“Afini sihat?”
“Sihat,” balas Afini, sepatah.
Sungguh. dia berasa janggal untuk meneruskan perbualan itu. Apatah lagi otaknya
ligat memikirkan penyebab mengapa wanita ini sanggup menghubunginya. Mustahil
tidak ada niat yang khusus bagi panggilan ini. Adakah Yus penyebab utama?
“Hmm… Yus sihat?”
Tepat jangkaan Afini. “Sihat. Mama
tak cuba hubungi Yus?” soalnya, pura-pura tidak mengetahui perihal dua beranak
itu.
Terdiam Datin Nur Kamiilah mendengar soalan
yang Afini berikan kepadanya.
“Mama, boleh Afini tahu… kenapa
mama hubungi Afini?” Afini terus bertanyakan soalan yang tidak mampu
disimpankannya lagi di hatinya.
Hampir seminit menantikan jawapan,
tiada sepatah kata pun kedengaran.
“Mama, sebenarnya Afini
betul-betulbusy hari ni. Jadi kalau boleh… mama berterus teranglah
dengan Afini, kenapa mama sanggup hubungi Afini?” Afini akhirnya mengambil
keputusan untuk berterus terang tentang situasi sebenar.
“Afini…”
Terdengar namanya dipanggil lembut
dan entah mengapa kelembutan seperti itu mampu meningkatkan debaran di dada
Afini. Sungguh! Dia takut namanya dipanggil sebegitu rupa oleh wanita yang
tidak pernah cuba untuk mengenali dan mendekati dirinya sebelum ini.
“Afin... Mama… sebenarnya nak
minta pertolongan Afini.”
Nak minta pertolongan? Pertolongan
apa? Mengapa mudah wanita itu meminta sesuatu daripada Afini sedangkan dia
tidak pernah kenal rapat dengan Afini? Apatah lagi wanita itu tahu akan status
Afini sebagai isteri Yus. Lelaki yang menidakkan kehadiran wanita itu di bumi Allah ini!
Terukir senyuman puas di bibir wanita yang kian merasakan apa
yang didambakan selama ini bakal menjadi nyata. Memang tidak sia-sia dia
meluangkan masa bertemu dengan sahabatnya tempoh hari. Kerana pertemuan itulah,
terlahirnya idea untuk mempergunakan Afini dalam rencananya. Memang benar apa
yang diperkatakan oleh Datin Saidah tentang Afini.
Ternyata menantunya itu memang
bendul dan mudah untuk dipergunakan. Sedikit sahaja dia menjentik hati wanita
itu dengan rasa sedih dan simpati. Terus wanita itu menjanjikan untuk membuat
pertimbangan tentang apa yang diminta.
“Aku yakin budak perempuan tu
mesti setuju! Aku yakin!” Keyakinan diluahkan oleh Datin Nur Kamiilah bersama
senyuman yang kian melebar.
Afini baru sahaja menamatkan perbualan telefon dengan
emaknya. Badan telah direbahkan ke katil. Matanya cuba dipejamkannya. Namun,
tidak berjaya sementelah otak memberikan signal agar dia memikirkan sesuatu.
Sekali lagi Afini mengeluh. Lantas
dia bangkit dari pembaringannya dan duduk bersandar sambil memeluk bantal. ‘Apa
yang harus aku lakukan?’ Soalan itu terluah di hati Afini.
Dia benar-benar bingung untuk
membuat keputusan tentang apa yang diminta oleh mak mentuanya itu siang tadi.
Permintaan wanita itu terlalu berat untuk dituruti. Tapi andai dia tidak
berusaha untuk melakukan sesuatu, pasti rasa hampa dan kecewa menakluki hati
seorang ibu yang kepingin untuk bertemu dengan anaknya.
Afini mengeluh. Tiba-tiba bunyi
melodi yang indah menggamit dirinya untuk mencari punca melodi itu teralun. Dia
mengatur langkah keluar dari biliknya. Dia mendekati bunyi petikan piano yang
mengalunkan melodi dan irama yang mampu menenangkan keresahan jiwanya. Matanya
bagaikan terpaku melihat jari jemari Yus memainkan irama yang sungguh indah
sehingga menimbulkan suasana romantik tika ini.
Tanpa sedar, dia membiarkan
matanya nakal menerokai ke segenap wajah tampan milik Yus. Ya... Kekacakan dan
ketampanan lelaki yang sedang memejamkan matanya bagi membolehkan dirinya
menikmati keindahan dan kehalusan melodi yang terhasil telah menghadirkan
getaran di jiwa Afini. Leka dia membiarkan nafsu dan keinginan terus menerus
menerokai ke segenap tubuh sasa milik Yus.
Walaupun hanya melihat lelaki itu
dari jarak jauh, sudah cukup untuk Afini. Sementelah dia tahu apa yang
diingininya saat ini tidak mungkin direalitikan menjadi nyata oleh lelaki yang
masih tidak menyedari akan kehadirannya. Status gay yang dipegang oleh Yus itulah
penghalang utama.
Namun saat minda Afini, kembali
mengingati apa yang diingini oleh Datin Nur Kamiilah. Debaran di dada hadir
semula sehingga melenyapkan getaran di jiwa. Andailah Yus tahu apa yang
diingini oleh mamanya itu, adakah ketenangan masih menguasai dirinya seperti
saat ini? Adakah Yus tidak akan membiarkan syaitan menguasai dirinya seperti
kebiasaannya? Apakah pula yang harus Afini lakukan?
‘Ya Allah bantulah aku.’ Doa Afini di dalam hati.