SINOPSIS
Nur
Afini. Ada yang mengatakan nama ini sedap didengari. Ada pula yang mengatakan
ianya biasa-biasa sahaja. Tetapi itu hanyalah sebuah nama. Bagaimanakah
orangnya? Cantikkah rupanya? Elokkah sikapnya?
Rupa???
Biarlah anda mentafsir sendiri mengikut kaca mata anda. Sikap??? Ini yang
menarik tentang wanita yang bertubuh kecil tetapi berhati gentar ini.
Berdirinya di atas sebuah kebenaran tidak pernah goyang. Akan ditentang andai
perkara yang dilontarkan kepadanya itu adalah suatu penipuan. Keras kepalanya
pun boleh tahan dan degilnya pula tidak terlawan. Tetapi akan dipastikan keras
kepala dan degilnya itu bertempat. Tidak pula sehingga menyulitkan insan
lainnya.
Yus. Saat pertama kali bertentang
pandang dengannya pasti ramai wanita di luar sana akan meleleh air liur
melihatnya. Ketinggian dan kekacakannya menyempurnai dirinya. Ditambah pula
dengan kekayaan yang bergunung sebagai bonusnya. Adakah anda teringin tahu
bagaimanakah sikapnya? Perkataan pertama yang sesuai untuk menggambarkan
dirinya.... Baran!!! Baran yang dicampur dengan keras kepala dan didarab pula
dengan rasa curiga yang khususnya untuk kaum Hawa. Kenapa kaum Hawa? Kerana
dirinya pernah dilukai oleh seorang wanita yang bernama Nur Kamiilah!
Pertemuaan Afini dengan Yus telah
menggegarkan D’Astana Living Sdn. Bhd. Yus, lelaki ini sering kali mengamalkan
sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah
perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa
sangka dua insan yang sering bermasa muka ini akhirnya terpaksa mendirikan
rumah tangga. Terpaksa? Oh! Ungkapan itu hanya berpihak kepada Afini dan
bukannya lelaki yang sedang tertawa bahagia dapat menikahi wanita malang ini.
Gembiranya hati tidak terkata kerana dapat menikahi wanita yang amat
dicintainya. Tetapi gembiranya tidak lama. Status gayyang dipegangnya membawa bencana kepada dirinya.
Jeff. Lelaki ini dianggap oleh
Afini sebagai ‘madunya’. Rasa cemburu pada mulanya tidak terkesan. Tetapi di
saat semaian kasih yang akhirnya mencambahkan cinta kepada suaminya itu, maka
berlinanglah air mata dan bermaharajalelalah cemburunya. Memcemburui Jeff
sehingga membawa kepada sengsara yang akhirnya merantai dirinya dengan derita.
Zack. Lelaki ini mempunyai rahsianya
yang tersendiri. Afini, sahabatnya ini sering kali dicari bila diri menghadapi
konflik. Keakraban Afini dan Zack telah membakar api cemburu di hati Yus.
Disakiti dan dilukai hati Afini kerana mencurangi dirinya. Kepercayaan
terhadap kaum Hawa yang mulai menebal kini kian menipis sehingga membawa kepada
dendam. Dendam yang menghampiri sebuah kehancuran. Namun di saat Yus mengetahui
suatu kebenaran maka dicarinya Siti, teman sejati Afini dengan harapan dapat
dikembalikan isteri yang masih dicintainya itu. Adakah Yus berjaya mendapatkan
kembali kebahagiaan yang dihancurinya sendiri?
Nur Afini dan Mohd. Yusuf. Dua
insan yang sinonim dengan kedegilan ini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan
yang penuh dengan kebencian dan kesengsaraan. Kesengsaraan yang ditunjang oleh
seorang wanita yang bernama Nur Kamiilah! Siapakah Nur Kamiilah? Apakah kaitan
wanita ini dengan Afini, Yus dan Dato’ Haji Mohd. Haalim? Siapakah pula Siti
Jannah? Wanita ini ingin dihabisi oleh Nur Kamiilah! Mampukah Afini melindungi
Siti Jannah daripada kekejaman Nur Kamiilah sedangkan hatinya turut tercalar
dan remuk kerana Siti Jannah lah emaknya menderita. Apakah yang perlu dilakukan
oleh Nur Afini dalam mengharungi gunungan dugaan yang tidak pernah kenal erti
penat memanah dirinya? Harapannya, biarlah nama Nur Afini yang mewakili dirinya
mampu menjadi azimat untuknya terus bangkit sehinggalah tersinarnya sebuah
kebahagiaan!