Home Novel Cinta Anehnya Cinta
BAB 9

9

 

Jendela yang terkuak sedikit, dilebarkan bukaannya sebelum membolehkan dirinya menyebarkan pandangannya ke arah luar rumah. Air mata yang mengalir lesu dihapuskan segera.

Satu persatu peristiwa yang berlaku di pejabat tadi berputar semula sehingga menekan sebak di dada.

'Kenapa? Kenapa begini sekali KAU uji aku, Ya ALLAH… kenapa?' persoalan di hati menggamit semula titisan permata dan pedih di mata kian terasa.

“Afini…”

Terkejut Afini mendengar panggilan lembut emaknya itu. Segera persoalan di jiwa dimusnahkan segera.

“Eh, mak. Afini ingat mak kat rumah Mak Embun.”

“Selalunya lepas asar baru mak pergi rumah dia. Kenapa Afini balik awal hari ni?” soal Imah yang berasa pelik kerana Afini pulang lebih awal dari kebiasaan.

“Afini tak sedap badanlah mak. Tu yang minta balik awal.” Tidak sanggup rasanya untuk Afini berterus terang hal sebenar. Dia tidak mahu emaknya runsing, apatah lagi kesihatan emaknya baru beransur pulih.

“Patutlah mak tengok mata anak kesayangan mak ni merah. Ingatkan menangis… rupanya sakit,” kata Imah sambil membelai pipi Afini.

Afini menahan sedih di dalam hati. Dai terasa mahu memeluk emaknya dan menangis semahunya. Namun, dia harus kuat. Emaknya tidak boleh tahu kesedihan dan masalah yang ditanggungnya. “Mak… Afini masuk bilik dulu ya. Afini pening kepalalah.”

“Afini tak nak makan dulu. Mak dah masak.”

“Tak apalah mak. Nanti-natilah.” Afini sudah mengatur langkah ke arah biliknya.

Di dalam bilik, Afini menangis semahu-mahunya. Habis lencun bantal yang digunakan untuk menahan sendu dan esak tangisnya daripada kedengaran. Bermacam masalah menimpa hidupnya akhir-akhir ini. Bermula dengan kecurangan arwah ayah terhadap emak… Kemunculan perempuan jahanam yang bernama Jannah!

Ya! Perempuan itulah punca kenapa dia dan emaknya harus menanggung derita sehingga ke saat ini! Habis tanah pusaka milik emaknya tergadai. Apa yang paling menyedihkan dia dipecat.

‘Ya Allah... mengapa begitu berat sekali dugaan yang Kau kirimkan kepadaku? Mengapa ya Allah? Bukan aku tidak redha… tetapi aku sudah tidak mempunyai kudrat untuk menghadapinya. Aku buntu ya Allah. Berikan aku petunjuk dan hidayah-MU, ya Allah. Hanya kepada-MU aku memohon.’ Doa Afini di dalam hati.

Yus masih membuang pandangannya ke arah kelam malam. Walaupun tiupan angin begitu lembut menyapa tubuhnya, namun tidak mampu meredakan resah gelisah di hatinya. Otaknya masih memikirkan sesuatu… sesuatu yang diperkatakan oleh Siti siang tadi.

‘Adakah ini satu kebetulan?’

Soal hati Yus. Soalan ini sudah acap kali diputarkan oleh hatinya di saat dia mengetahui perkara sebenar mengenai diri Afini.

“Ya Allah… adakah ini sahaja jalan yang aku ada?”

Setelah hampir sejam berdiri, Yus melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi yang kedudukannya bertentangan dengan katilnya. Dia mencapai iPhonenya yang diletakkan di atas meja mini. Jarinya menggigil mendail nombor telefon seseorang yang bakal mengubah hidupnya selepas ini.

Afini mencapaihandphonenya. Ada sepuluhmiss calldaripada Siti.

“Mesti Siti risaukan aku,” kata Afini. Di saat kaki baru sahaja ingin melangkah menuruni katil,handphonenya menjerit lagi. Dia terus menjawab panggilan itu. Sangkanya Siti yang menelefonnya.

“Siti,sorrylah aku tertidur tadi. Aku ingat nakcall kau balik, tapi kredit aku dah habis. Kau risaukan aku ya?”

Diam.

“Siti… Kenapa kau diam aje ni?” soal Afini lagi setelah agak lama sang gerangan di hujung talian tidak bersuara.

“Siapa ni?!” Afini meninggikan sedikit suaranya setelah yakin itu bukanlah panggilan daripada Siti!

“Kalau awak nak main-main, saya letak telefon ni!” gertak Afini.

“Afini…”

Di saat namanya dituturkan oleh lelaki yang berada di hujung talian, dada Afini berdebar-debar. Dia amat kenal suara itu.

“Afini… I… Yus.”

Afini diam. Dia mengerling sekilas ke arah jam di dinding. Waktu sudah menlewati 11.00 malam. Kenapa lelaki itu menelefonnya?

“Afini… You dengar tak?” soal Yus. Terasa getaran dalam soalannya itu.

“I dengar,” balas Afini setelah agak lama membisu. “Kenapa Encik Yus hubungi I malam-malam ni?” soalnya lembut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menjerit dan memaki hamun lelaki ini. Tetapi tetap jua ditahan agar dirinya ‘tampak’ tabah.

“I… I ada sesuatu perkara yang ingin dibincangkan dengan you. Jadi, boleh tak esok you datang ke pejabat seawal yang mungkin?”

‘Seawal yang mungkin? Pelik…’ “Hmm… boleh I tahu tentang apa ya, Encik Yus?”

“Tentang Afini… dan…”

“Dan apa?” soal Afini benar-benar ingin tahu dan entah mengapa dadanya kian kuat berdebar.

“Tentang saya!”

“Tentang saya?” Belum sempat Afini bertanyakan apakah maksud sebenarnya, Yus terlebih dahulu memutuskan talian.

Adakah dia harus bertemu dengan Yus esok? Tapi untuk apa? Adakah pertemuan esok mampu memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan kembali kepercayaan lelaki itu supaya mengambilnya bekerja semula? Andai itulah yang bakal terjadi, dia akan menghadirkan dirinya untuk bertemu dengan Yus.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.