11
Sang mentari meluputkan dirinya dan sang rembulan memegahkan
dirinya. Saat ketenangan dirasai kebanyakan insan di waktu malam yang
mendamaikan ada seseorang yang sedang dilanda keresahan.
Beberapa kali Yus menjeling ke arah jam tangannya.
Orang yang ditunggu masih belum kunjung tiba. Dia mula resah.
“Yus, papa tengok dari
tadi kamu asyik tengok jam aje. Yus ada tunggu sesiapa ke?”
“Hmm… tak adalah papa,”
dalih Yus.
“Atau kamu adaappointment dengan klien ke?”
“Tak adalah, papa. Papa
tak nak tambah lagi? Lauk ni semua Yus dengan Jeff yang masak. Bukan senang nak
rasa air tangan orang bujang.” Yus cuba mengubah topik perbualan.
“Betul tu, uncle.
Makanlah lebih sikit. Lagipun dah lama kita tak berkumpul macam ni.” Jeff yang
tahu siapa yang ditunggu Yus turut membantu mengalih perhatian Dato Haalim.
Yus menyendukkan lauk
ayam masak lemak cili api ke pinggan papanya. Namun, tatkala terdengar ketukan
di muka pintu, dia menghentikan pergerakan tangannya. Sesaat pandangan matanya
dan Jeff bertemu. Terasa kuat debaran di dadanya.
Dia mengatur langkah
menghampiri daun pintu. Bergetar tangannya. Di hadapannya kini, berdiri dua
orang wanita. Salah seorangnya, wanita yang dinanti-nantikan kehadirannya.
“Jemput masuk,” kata Yus.
Yus berjalan beriringan
dengan Afini dan Siti mengekori dari belakang. Sesampainya di meja makan, Yus
memperkenalkan wanita genit itu kepada papanya.
“Papa, kenalkan ini
Afini… bakal isteri Yus,” kata Yus.
Dato Haalim terkaku
melihat Afini. Baginya gadis itu terlalu cantik. Kecantikannya makin terserlah
dengan kurung ungu yang membaluti tubuh kecilnya.
“Apa khabar Dato? Saya
Afini.” Afini menghulurkan salam perkenalan dan huluran tangannya itu disambut.
Dengan hormat dia mencium tangan lelaki yang kelihatan tersenyum bahagia tika
ini.
“Silakan duduk Afini.
Yang ni siapa pula?” soal Dato Haji Mohd. Haalim.
“Oh, ini Siti, kawan
saya.”
Siti turut menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan Dato Haalim.
Dato Haalim tersenyum.
“Dah lama Yus berkawan dengan Afini?” Pandangan lelaki tua itu sudahpun
dihalakan ke arah Yus bagi meminta jawapan.
“Dah lama, papa.
Sebelum ni kami kawan aje, tak serius pun. Tapi makin lama… Yus rasa Afini yang
terbaik untuk Yus. Sebab tulah Yus ambil keputusan untuk perkenalkan kepada
papa.” Yus mencipta alasan. Dia menjeling Afini sekilas.
‘Pandainya kau
bersandiwara Yus! Kalau tak disebabkan aku betul-betul terdesak, tak ingin aku
jadi pelakon layar kau!’ Geram hati Afini melihatkan sikap hipokrit lelaki yang
masih memandang lembut ke arahku.
“Patutlah papa tengok
Yus dari tadi asyik pandang jam aje. Rupanya tengah tunggu buah hati,” usik
Dato Haalim. Di saat ini, terbang beban perasaan yang ditanggungnya selama ini
akibat tohmahan dan fitnah orang sekeliling yang menyatakan anaknya pencinta
kaum sejenis. Kini dia yakin Yus juga seperti lelaki lain yang ingin menyayangi
dan disayangi kaum Hawa.
Sepanjang tempoh
menikmati makan malam bersama, Yus melayan Afini bagaikan kekasih hatinya.
Afini tidak menyangka bahawa Yus mampu melakonkan watak sebagai kekasih hatinya
dengan begitu baik sekali. Ingin sahaja dia menjerit dan memberitahu Dato
Haalim bahawa ini semua adalah satu penipuan. Namun… seandainya dia melakukan
itu semua, punahlah harapannya untuk memenuhi impian emaknya.
“Hmm… papa, Jeff dengan Siti duduklah
dekat ruang tamu dulu. Biar Yus dengan Afini yang kemas,” kata Yus sebaik
sahaja mereka selesai menikmati makan .....
“Itulah gayanya kalau
orang tengah bercinta,” usik Dato Haalim sambil melangkah ke ruang tamu.
Jeff dan Siti turut
mengikuti langkah yang kelihatan berat meninggalkan aku berdua-duaan dengan Yus
turut melakukan perkara yang sama.
Melihat kelibat mereka
kian jauh, Afini merentap tanganku kasar.
Yus memandang Afini
sekilas. “Thanks…” ucapnya tiba-tiba.
“For what?” soal Afini sambil mengerutkan dahinya.
“For tonight.”
“Bila Encik Yus boleh
berikan wang tu pada I?” soal Afini tanpa berdolak dalih. Dia terpaksa datang
kerana dia begitu terdesak dan buntu.
“Malam ni I akantransfer terus ke akaun you.” Yus meninggalkan Afini dan
melangkah ke arah pintu kaca yang memisahkan ruang makan dengan sebuah bilik
kecil.
Sekilas Afini
melilaukan pandangan matanya. Kelihatan sebuah piano dan meja kecil berlaci di
sisinya menghiasi bilik kecil itu. Jelas kehidupannya dengan Yus bagaikan
langit dengan bumi. Ruang makan itu walaupun tidaklah begitu besar, namun dekorasinya
begitu eksklusif sekali. Tatkala tangannya meraba permukaan meja makan, dia
yakin kayu yang digunakan untuk membentuk meja itu berkualiti tinggi.
“I nak yousign ni,” kata Yus tiba-tiba, mengejutkan lamunan Afini.
“Apa ni?” soal Afini
kehairanan.
“Surat perjanjian.
Lepas yousign surat ni, RM 20 ribu akan berada dalam
akaun you.”
‘Perjanjian? Perjanjian
apa? “Apa maksud you! You tak cakap pun pasal surat perjanjian ni pagi tadi!”
marah Afini, namun cuba dikawalnya agar bicaranya tidak didengari oleh
ketiga-tiga insan yang sedang berada di ruang tamu.
“Macam mana I nak
cakap, kalau you dah menjerit macam orang gila pagi tadi?” kata Yus selamba.
Afini berasa geram
mendengar kata-kata Yus. “Kalau I taksign?”
“Okey... kalau macam tu
you takkan dapat RM 20 ribu tu.” Yus tersenyum sinis.
“Okay, fine. Kalau Isign you
pun kenasign!” bentak Afini.
Yus mengerutkan
dahinya. “Buat apa pulak I nak kenasign?
Bukan I yang perlukan duit. Tapi you!” Dia tersenyum sinis.
“Betul... I perlukan
duit. Tapi apa agaknya perasaan Dato kalau dia tahu yang you mempergunakan I
untuk sembunyikan hubungan you dengan ‘kekasih’ hati you tu? I rasa mesti dia
sedihkan kalau dia tahu yang you ni memang gay,” ugut Afini.
Yus mendengus geram.
“Okey, Isign.” Dia pantas mengambil semula tiga salinan
surat perjanjian yang berada di tangan Afini. “Sekarang giliran you pula,”
katanya selepas dia menandatangani surat perjanjian itu.
“I tak kata pun yang I
naksign sekarang. Bagi I satu malam untuk teliti
isi kandungannya. Besok I bagi dekat you,” kata Afini. Dia mulai mengatur
langkah untuk ke ruang tamu, namun dengan cepat Yus menarik lengannya.
“Kalau you taksign sekarang, I akan cari orang lain untuk gantikan
tempat you dan jangan harap satu sen pun you akan dapat esok! I nak yousign sekarang.” Terbang sudah riak kerisauan yang tadinya
menjengah. Kini terpamer kesombongan di wajahnya.
Afini mengetap bibir
geram. ‘Tak guna punya jantan!’ jeritan bergema di segenap ruang hatinya.’ Dia
terus menandatangani surat perjanjian itu dengan hati yang membara.
Yus hanya tersenyum
sinis.
Afini dan Siti sudah
lama melangkah keluar dari kondominium Yus. Dato Haalim pula baru setengah jam
berlalu pergi. Biarpun beberapa kali Yus memujuk papanya itu untuk bermalam di
kondominiumnya, namun papanya itu tetap berkeras hendak bermalam di banglo
miliknya. Kini tinggallah Yus dengan sahabat baiknya, Jeff.
“Kau tak rasa bersalah
ke dengan apa yang kau buat sekarang?”
“Maksud kau?” soal Yus
kembali.
“Yalah... sekarang ni
kau dah libatkan Afini dalam masalah kau. Aku bukan apa, setiap kali aku tengok
muka dia… aku jadi simpati.”
“Aku tak paksa. Dia
yang rela. Lagipun hanya aku sahaja yang dapat tolong dia selesaikan masalah
dia tu,” ujar Yus tanpa rasa simpati.
“Rela kau cakap? Yus, mata aku ni tak buta.
Walaupun dia cuba berlakon yang dia konon-kononnya bahagia bakal berkahwin
dengan kau, tapi mata dia tu menunjukkan yang dia sebenarnya terseksa!” Jeff
mengeluh.
“Kalau Afini jenis
perempuan macam bekas isteri aku, aku tak kisah. Tapi aku yakin Afini perempuan
yang baik,” sambung Jeff lagi.
“Habis… kau nak aku
buat apa? Aku betul-betul perlukan dia sekarang! Kau ingat aku sengaja nak
seksa dia?!” kata Yus sambil merenung Jeff dengan tajam.
“Okey, aku cuma nak
tanya kau satu soalan. Kalau Afini tak datang malam ni, kau tetap akan tolong
dia?” rasa ingin tahu yang menebal memaksa Jeff bertanyakan persoalan itu, walaupun
dia tahu sahabatnya itu sudah berasa berang dengan topik perbualan yang masih
berlanjutan.
Yus memandang Jeff
seketika sebelum mengeluh. “Sebenarnya sewaktu aku pecat dia hari tu, aku dah
mula rasa menyesal. Sebab… hari tu aku bergaduh dengan papa aku. Dato Azlil,
dia beritahu papa aku yang aku ni bercinta dengan mamat mana tah. Aku yang
memang tengah bengang hari tu, tak dapat nak kawal emosi. Jadi bila aku cari
Afini tak jumpa dan aku tahu pula yang dia masuk lambat, aku lepaskanlah rasa
marah aku pada dia.”
“So, sebab tu kau pecat dia hari tu?” soal Jeff.
“Aku bukan sengaja,
cuma tak dapat kawal emosi. Tapi aku yakin yang hari tu Afini memang ada
masalah.”
“Kenapa kau begitu
yakin?” soal Jeff persis seorang detektif.
“Tengah hari tu, aku
nampak dia kelam kabut sangat waktu keluar dari office. Sampai aku pun
dilanggarnya.”
Jeff menggeleng. “Tapi,
kau tak jawab soalan aku lagi?” soalnya masih belum berpuas hati.
“Soalan apa?”
“Adakah kau akan tetap
tolong Afini, kalau dia tak datang malam ni?”
Yus mengeluh. Dia
merenung dikejauhan. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Jeff.
Malam kian kelam.
Tetapi Afini masih tidak dapat melelapkan matanya. Deraian air mata bagaikan
tidak mahu berhenti. Dia masih melayan kesedihan di hati. Afini memeluk erat
bantal yang menjadi bahan pelukannya.
Dia terkenang kembali
permulaan episod duka dalam hidupnya… Bermula dengan pengkhianatan
ayahnya.Arwah sanggup mencurangi emak tersayang. Arwah juga penyebab
tergadainya tanah pusaka milik emaknya itu.Malahan ramai rakan-rakan arwah
datang mencarinya untuk menagih hutang.
Menurut mereka sewaktu
hidup, arwah sering berhutang dengan mereka. Semua hutang itu pastilah
digunakan untuk memenuhi kehendak perempuan jahanam itu… Jannah! Dia benci
mendengar nama itu. Disebabkan perempuan itulah, hidupnya dan emaknya porak
peranda.
Emaknya juga hampir
hilang pedoman diri. Dia ingin membahagiakan insan istimewa itu walaupun
terpaksa memilih derita sebagai pengganti. Disebabkan itu jugalah dia sanggup
menandatangani surat perjanjian yang disediakan oleh Yus. Dia bencikan lelaki
itu. Tapi apa gunanya dia membenci Yus tika ini. Sedangkan setelah dirinya
menandatangi surat perjanjian itu tadi, ini bermakna dia telah memperjudikan
masa depannya dengan nilai RM 20 ribu.
‘Ya! Itulah nilai
diriku di matanya! RM 20 ribu,’ rintih hati Afini. Tangisannya semakin kuat.
Siti yang telah lena
diulit mimpi, terjaga apabila mendengar tangisan Afini. Dia menggosok-gosok
matanya untuk menghilangkan rasa kantuk. Dia pantas bangun dan memeluk Afini
erat. “Afini… kenapa ni?” soal Siti walaupun dia sudah dapat mengagak punca
tangisan sahabatnya itu.
“Aku… Aku sanggup jual
maruah aku sebab duit RM20 ribu tu!” Di saat Afini menuturkan kata-kata itu,
tangisannya kian menggila.
“Tak Afini! Kau tak
jual maruah kau dan ingat kau lakukan itu semua demi mak kau! Demi mak kau!”
Siti mengulangi ayat terakhir untuk mengingatkan pengorbanan yang telah Afini
lakukan.
Afini mngesat air
matanya yang mengalir laju. Dia merenung jauh dalam kepekatan malam.