Home Buku Fantasi The New King
Bab 94

Sebelum Peperangan 



Masih berada di Kerajaan Rin. Berhari-hari Badar dan pengikutnya ingin membuat rundingan namun selalu di tolak. Walaupun beberapa kali dia membuat kekacauan dengan tunjuk perasaan, tetapi dia juga tidak berputus asa untuk pergi dari istana. Raja Bahrin memiliki singgah sana di luar istana. Dia boleh melihat keadaan kota dengan jelas di situ. 


Hampir separuh penduduk kota ikut campur seperti mereka ialah penunjuk perasaan yang ingin menghentikan perang yang sudah lama berlangsung tanpa tujuan yang jelas. Badar semakin bersemangat dan dengan lantang bersuara untuk berunding dengan benar. Tetapi, Raja Bahrin tetap berdegil malah mengugut penduduk kota agar menyertai perang yang akan tiba sehari lagi.


Bahrin : kau tak kan dapat menghentikan aku Badar. Kau cuma budak mentah. Hahaha!


Farurin : ayahanda.. dalam keluarga kita juga ada pengkhianat.


Bahrin : ohh. Siapa?


Farurin : Abang delirin, Nurin dan...


Bahrin : dan.. ?


Farurin: itu saja. Mereka berdua.


Kerana peperangan akan berlaku dan mestilah ramai yang tercedera. Farurin berfikir pantas untuk manfaat core Kairin.


Bahrin : cuba cakap apa alasan kau berkhianat?!!


Delirin : ahhh sudah cukup. Ingat saya tak tahu ayah punca Emak, bunda, Ibu dan Mami meninggal dunia!


Bahrin : macam mana kau tahu?! Ini mesti Dr. Kalatu!


Delirin : saya tahu sendiri.. ayahanda. Hentikan peperangan ini..


Nurin : yaa ayahanda.. kami tak sanggup lagi.


Bahrin : kamu berdua... Memalukan keluarga Rin!!!! Anak derhaka!


Bahrin menggunakan Core Raja nya Fast ice. Dia membuat tombak daripada ais dan melemparnya ke arah Nurin.


Nurin : ...!!!!


Badar : pedang Raja!


Dengan pantas Badar melompat dari anak tangga di bawah untuk menyelamatkan Nurin. Dia menebas tombak itu. Namun bahagian hujung tombak yang tajam itu mengenai lengan Badar.


Tama : Badar!!!


Ozen : kita kena berundur, Tama !


Heigo : bahaya kalau ramai kat sini. Kita boleh jadi sasaran empuk bagi Raja.


Orang Kota Rin : lari semua! Cari tempat bersembunyi!!


Tama menuju ke arah Badar. Lengan nya berdarah. Luka nya tidak terlalu dalam tetapi ianya membuatkan darah banyak mengalir.


Tama : aku kena cuba ni..


Tama mengeluarkan satu pedang nya. Dia cuba menggunakan Core Five Element air.


Badar : apa kau buat?


Tama : sembuhkan luka kau.


Badar : apa?


Bahrin : biar betul?


Tama : Heal Water!


Dia meletakkan bilah pedang di luka Badar. Beberapa saat kemudian, luka Badar terus pulih. Seperti tiada apa-apa berlaku.


Nurin : Wah abang ! Abang ada Core penyembuhan macam Bunda..


Tama : abang hanya cuba... Haa haaa..


Nafas Tama jadi berat.


Badar : ah sudah. Teknik tu membuatkan Tama kehilangan banyak tenaga.. bahaya ni. Jangan guna lagi teknik water heal tu kalau tak penting.


Tama : aku cuma nak selamatkan Raja sebenar. Heee..


Bahrin : oh anak ku, yang ayahanda kasihi. Pulanglah nak.


Badar : eh tiba-tiba mengaku anak..


Tama : aku tak akan pulang..


Bahrin : cakap! Apa saja yang kau nak, aku tunaikan..


Tama : hahaha..


Badar memapah bahu Tama. Tama kelihatan lelah.


Tama : Aku... Cuma nak... Kedamaian... Kebahagiaan.. boleh ayahanda tunaikan?


Bahrin : boleh. Ayahanda akan jadikan kau laksamana tentera Rin. Kalau tak cukup, ayahanda akan kahwin kan kau dengan wanita paling cantik di kota ini.


Patarin : ya biar anak tak ikut muka bapa. Hahaha.


Kairin : tak.. baik Tau...


Sairin : memang betul pun..


Badar : Delirin, Nurin. Jom pergi.


Mereka pun pergi mengikuti Badar. Farurin yang melihat itu memberontak.


Farurin : ayah! Tak akan nak biarkan mereka.


Bahrin : biarkan, mereka akan mati esok. Hahaha.. mari masuk ke dalam.


Raja Bahrin masuk ke dalam istana. Tinggal anak-anak nya yang masih ada di situ melihat kepergian Delirin dan Nurin.


Harin : dah lama kita bersama.


Farurin : abaikan. Putuskan saja hubungan darah dengan mereka.


Harin : kau cakap tak pakai otak ya? Dia tu abang kandung aku. Bukan macam kau. Adik tiri.


Darin : ya kami faham.


Yaewrin : tapi mereka pergi tinggalkan kita. Apa nak jadi dengan keluarga itu.


Kairin : Abang...


Kerajaan Daye


Di bilik mesyuarat.


Darul : esok semuanya akan tamat.


Dayendra : ya ayahanda.. kami semua sudah cukup berpengalaman.


Dahlia : jangan risau lah. Kami dah berlatih.


Daud : tapi kita kena ingat anak-anak keluarga Rin itu semuanya ada Core ais yang hebat. Mereka cukup terlatih.


Dahlia : penakut. Tak payah lah kaku sangat.


Daud : mana ada. Kakak yang penakut.


Dayendra : sudah jangan bertengkar!


Darul : ayahanda makin hari makin tua. Ayah nak sebelum menghembuskan nafas terakhir, kita berdamai.


Dayendra melutut dengan hormat.


Dayendra : akan anakanda tunaikan permintaan Raja ku yang menjadi kebanggaan orang-orang kerajaan Daye.


Pintu bilik mesyuarat di ketuk. Seseorang masuk ke dalam bilik itu.


Qan : ampun Tuanku. Zafaria ingin berjumpa. Dia ada di tapak latihan tentera.


Dayendra : berani dia suruh Raja datang jumpa dia. Sepatutnya dia datang sini.


Darul : tak apa. Dia sekutu kita. Kita kena layan mereka dengan baik.


Di tapak latihan tentera itu, Zafar melihat orang-orang berlatih. Ada yang berlari, ada yang bermain pedang, ada yang merangkak di lumpur dan ada yang berlatih menggunakan tongkat. Dia di sapa dari belakang.


Darul : nak Zafar. Ada apa datang tengahari buta.


Zafar : tak ada apa tuanku. Saya sudah mendapat maklumat yang saya inginkan.


Darul : apa khabar dengan Rioma?


Zafar : baik. Cuma dia agak emosi apabila kami sebut nama Rinda. Dia menyalahkan dua Raja yang menyebabkan kematian nya.


Darul : sungguh.. dari lubuk hati ini.. beta merasa kesal. Benar-benar menyesal. Beta sudah meminta maaf tapi...


Zafar : ya.. tapi itu masih tak dapat di tebus hanya dengan kata-kata maaf.


Dayendra : ayah aku dah bertaubat. Dia nak berubah. Sekurang-kurangnya kami berperang untuk tujuan yang baik.


Darul : bantu lah kami untuk menghentikan peperangan ini selamanya.


Zafar : ......... Itu.. hamba masih fikirkan.


"Yahhhhhhh!!"


Jeritan semangat dari tentera yang sedang berlatih itu menghentikan perbualan mereka.


Darul : beta ingatkan Rinda makhluk terindah di dunia. Hati beta tertutup untuk wanita lain. Tapi jika kita membuka mata kita pada dunia, kita akan melihat dunia orang lain.


Zafar : maksud tuanku?


Darul : untuk melupakan rasa penyesalan, beta berlatih seorang diri di sini. Beta menghayunkan pedang tanpa henti. Hingga suatu hari, seseorang gadis dari luar negeri datang ke kota ini. Dia cantik berkulit hitam manis. senyuman nya mencairkan hati dan suasana.


Dayendra : dahlia! Daud! Ayahanda tengah cerita fasal bonda!


Dahlia : nak dengar juga lah.


Daud : dah berulang kali aku dengar.


Dahlia : kau tak sayang bonda memang lah. Eee anak derhaka..


Daud : heeee ya lah.


Darul : kelakarnya pertemuan kami, dia tak tahu beta ialah Raja. Hahaha. Dia tegur beta macam ni.. "kau tebas udara tu pun tak akan terbelah" ...


Daud : ayah cakap nak bukti kan yang ayah boleh.


Darul : ya betul . Bonda kamu menghentikan ayah dari berlatih. dia ajak ayah untuk bersiar-siar di kota. Dia membuka mata ayah yang ada perkara lain yang harus ayah lindungi.


Zafar : kota ini?


Darul : ya. Orang-orang cukup terseksa akan perperangan yang berlaku.


Dahlia : lepas tu?


Daud : macam lah kak tak tahu apa jadi..


Darul : sudahlah. Itu semua hanya cerita lama.


Dayendra : sebab itu lah ayah selalu cerita fasal bonda. Kalau tak di sebabkan Bonda, kita semua tak akan sampai tahap ini.


Man : Wooi!!


Zafar : Man?


Man datang bersama dengan Crisa dan Werza. Mereka sudah pergi daripada rumah Rioma.


Man : nah beg kau.


Darul : Kamu tidur di mana semalam?


Werza : rumah pak cik Rioma.


Darul : kenapa kamu tidak duduk sana buat sementara waktu?


Crisa : errrr.. kami.. tak selesa lah... Dia ok sebenarnya. Cuma dia agak beremosi lah. Lagi-lagi kalau sebut rinda.


Man : ya betul tu. Rumah dia pula sunyi. Kosong je rasa.


Zafar : mungkin dia jarang dapat tetamu


Man : boleh jadi.


Darul : hahaha.. kalau macam tu, beta mahu kamu tinggal di istana beta. Banyak bilik tidur.


Man : wah, ada gadis cantik.. hai. Saya Man. Nama penuh Manusia.


Crisa : eh lain pula.


Dahlia : hihi dahlia.. harap selesa ya di rumah kami.


Dayendra : kamu semua jangan buat hal yang bukan-bukan... Faham..


Zafar : ya..


Dayendra : Zafar.. aku nak tanya fasal Badar.


Zafar : oh maaflah. Aku letihlah.


Man : tanya aku je. Dia penat..


Dayendra : err baiklah...


Kerajaan Rin 


Tempat rahsia bawah tanah.


O.k.r : esok pagi tembok gergasi ais itu akan di cairkan.


O.k.r 50 : kita sebagai orang lelaki muda, harus ikut serta dalam perang. Itu perintah raja Bahrin.


Beberapa orang cuba untuk memberi informasi kepada Badar dan pengikutnya.


O.k.r 28 : sebab tu depan tembok itu ada kem tentera . Mereka semua sedang bersiap sedia untuk perang esok hari.


Delirin : betul tu. Semua tentera Raja akan bertindak dulu. Kemudian orang-orang kota akan di kerahkan untuk menjadi target yang mudah bagi musuh.


Tama : itu strategi Bahrin.


Delima : kejam nya.. saya takut lah.


Nurin : ya ini perang besar-besaran.


Badar : aku tak tahu apa Core kau?


Nurin : hehehe.. Core aku , kuat!


Nurin mengangkat meja dengan satu tangan. Melopong semua orang melihat gadis kecil molek itu dapat mengangkat meja besar yang harusnya perlu 4 orang lelaki dewasa untuk mengangkat nya.


Badar : tertelan air liur aku..


Tama : hati-hati lah. Kau buat salah memamg kena baling. Bukan baling pinggan, tapi kau yang kena baling.


Badar : ini bukan orang, ini orang yang berkekuatan gorila..


Tama : aduh. Lantak kau lah. Aku dah bagi amaran.


Badar melirik ke arah Nurin. Kelihatan nya Nurin marah. Badar terus di angkat oleh Nurin dan di lempar jauh ke pintu keluar.


Badar : ahhhhh maaf!!!


Orang-orang kota terdiam lalu memandang Nurin.


"Ohh tuan puteri! Yang paling hebat"


Mereka menundukkan kepala sambil memuji Nurin berulang kali.


Nurin : baru dia tahu...


Tama : heheehe.. dia ganas sikit.


Delirin : aku seumur hidup aku tak pernah perli dia sekali pun. Mulut dia memang tak jaga..


Heigo : haha haha.. tuan puteri. Yang hebat..


Heigo pun ikut memuji Nurin..


Bersambung....



Previous: Bab 93
Next: Bab 95

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy