Home Buku Fantasi The New King
Bab 86
Pertemuan Semula

Nurin merasa bahagia apabila dapat bertemu kembali Abangnya yang telah lama menghilang. Kehilangan Tama di anggap telah mati kerana hilang tanpa jejak. Ada sesuatu yang terjadi antara Tama dan keluarga Rin.


Pengikut Badar yang lain cuba mencari tahu dari orang-orang kota di  sana. Sebahagian dari beberapa orang pula menunggu di rumah kalau-kalau Badar pulang.


Zafar : sementara tak ada Badar ni, biar aku yang menjadi ketua.

Heigo : eh kenapa pula?

Ozen : yang kau bantah kenapa pula? Kau pun tahu dia orang pertama yang ikut Badar.

Heigo : hish. Ya lah. Silakan tuan.

Zafar : hmm baiklah. Aku nak Crisa dan Werza ikut aku.

Man : amboi amboi amboiiiii.. bukan main ya nak perempuan ikut kau ya.

Crisa : eh kenapa pula? Biarlah...

Man : aku nak tahu sebab nya..

Zafar : Pertama, Crisa orang yang banyak pengetahuan dan itu sangat penting untuk aku bertanyakan sesuatu. Kalau tanya kau, apa kau boleh jawab?

Man : ok. Yang kedua apa? Werza? Kenapa dia?


Mereka semua menjeling mata ke arah Man. Man menjadi sedar .


Man : ohhh lupa. Dia orang benua Oasis. Hehehe..


Setelah sedikit bertelagah, Zafar dan dua orang perempuan tadi pun ikut keluar untuk mencari informasi tentang keluarga Rin.


Zafar : kita nak mula dari mana ni?

Crisa : mestilah dari pasar. Banyak gosip yang bocor di pasar.

Werza : boleh juga tu.


Zafar hanya mengikut kehendak mereka berdua. Dia tidak berpengalaman dalam hal mencari informasi dengan cara berinteraksi.


Crisa : mak cik, baju ni bagus tak?

Mak cik : aku muda lagilah. Oh baju ni tentulah bagus. Baju ini terbuat dari pokok kapas yang akan menghangatkan badan nenek.

Crisa : nenek?!!


Crisa seolah-olah terpancing dengan balasan mak cik penjual baju panas itu.


Crisa : saya ni muda lagi tahu! Kalau...

Zafar : sudah! Jangan cari fasal dalam kota orang..


Werza cuba untuk menenangkan Crisa. Zafar pula memikirkan cara untuk mendapatkan informasi. Dia melihat baju itu dan makcik yang jual baju panas itu.


Zafar : dah .... Lama jual baju ni?

Mak cik : eh dah lama, semenjak kau belum lahir lagi.


Hatinya di hiris. Namun Zafar cuba untuk bersabar. Kalaulah mak cik ini tahu bahawa Zafar lebih tua dari dia, tentunya akan pengsan.


Zafar : wah lama juga ya. Memang tinggal sini ke?

Mak cik : ya, tak kan tinggal atas bahu kau pula.


Zafar menarik nafas panjang. Ingin sekali dia menumbuk meja itu sehingga terbelah dua tetapi terlintas di fikiran nya wajah Badar yang akan memarahinya.


Zafar : tak apa lah mak cik. Tak jadi beli.


Baru sahaja mereka mahu berlalu pergi...


Mak cik : tak ada duit lah tu.

Crisa : haish, mak cik ni dah lebih. Sopan lah sikit dengan pelanggan. Pelanggan selalu betul.


Marahnya kepada Makcik itu. Werza cuba menarik Crisa untuk beranjak dari situ. Satu demi satu orang mereka bertanya di dalam kota namun tidak berhasil. Di satu tempat, ada sebuah bangku lingkar membentuk bulatan. Di tengah-tengah nya pula terdapat tanaman hiasan. Mereka bertiga duduk berehat di situ.


Zafar : nampaknya tiada orang yang nak bagitahu apa-apa tentang kerajaan Rin kepada kita.

Werza : jangan-jangan ingatan mereka di cuci ?

Zafar : tak kan lah.

Crisa : entah kau ni. Mengarut je.

Zafar : orang-orang kota di sini seolah-olah menutupi sesuatu.

Crisa : atau.. mereka tidak terbuka dengan orang luar.

Zafar : boleh jadi juga.


"Ehem!"


Suara itu memeranjatkan mereka bertiga. Ada suara di sebalik tanaman hiasan itu.


Faruin : jangan pandang sini! Terus pandang depan ..


Mereka hanya mengikuti arahan itu. Dalam pada masa yang sama, Zafar dalam keadaan berjaga-jaga.


Zafar : siapa kau?

Faruin : hahaha... Haaaaa aku dengar kau nak cari tahu fasal kerajaan Rin?

Zafar : ...................

Faruin : mungkin aku boleh tolong sedikit.. hahaha..

Crisa : siapa kau?

Faruin : aku ? Aku dari keluarga Rin...


Zafar terus tersentak bangun dan memandang ke arah tanaman itu. Orang itu tidak dilihat oleh Zafar kerana salji tebal di sebalik tanaman hiasan itu.


Faruin : jangan pandang sini! Nanti orang ingat kau gila.


Zafar pun kembali duduk memandang depan.


Zafar : bermakna kau anak Raja Rin?

Faruin : hahaha Rin tu nama keluarga. Nama itu sudah ada sejak zaman nenek moyang aku.

Crisa : ohhh Kerajaan Rin mungkin adalah salah satu kerajaan tertua di dunia.

Faruin : aku nak buat kesepakatan..

Zafar : apa dia ?

Faruin : cih cih, tak semudah itu. Janji dulu.


Lama Zafar berfikir. Bunyi-bunyian dari kota menjadi nada di fikiran Zafar. Ini keputusan yang berat. Apa jadi jika orang ini menjadi musuh?


Crisa : Zafar, jangan buat keputusan yang sembrono tanpa Badar. Kau tahu lah Badar macam mana kan?

Zafar : ya betul. Maaf. Aku tak boleh berjanji sesuka hati tanpa adanya Raja aku.

Faruin : kenapalah kau nak bela dia? Dia belum sepenuhnya menjadi Raja.

Zafar : akan jadi. Aku yakin.

Faruin : dari mana datangnya keyakinan itu?

Zafar : sebab aku pernah melihat kekuatan penuh dia.

Faruin : hahaha.. kalau hanya sebab itu kau jadi pengikut dia, bermakna kau tidak melihat dia sebagai Raja. Kau hanya ikut dia kerana takut.


Seketika kata-kata Faruin menjadi benar di fikiran Zafar. Entah kenapa dia merasa setuju dengan apa yang di katakan itu. Suasana menjadi hening seketika.


Crisa : Zafar ? Hei Zafar!

Zafar : hah?!

Crisa : kau kenapa?

Zafar : tak ada apa...

Werza : tangan kau menggigil.. kau sakit ke?

Zafar : tak ada apa aku cakap!


Zafar pergi meninggalkan mereka berdua dengan wajah kebingungan.


Werza : apa dah jadi?

Crisa : .......... Entahlah.

Faruin : dia dah pergi ke? Huh, penakut... Baiklah, sebelum aku pergi, aku akan menjawab satu soalan kamu.

Crisa : hah?

Faruin : aku tengah baik hati sekarang.

Crisa : Siapa nama ahli keluarga kau yang dah mati itu?

Faruin : wah kasar nya bahasa. Aku anak raja tau. Tapi tak apa, aku faham kau orang luar..

Crisa : apa memang orang kerajaan ni tak sopan ke? Hah!!!


Crisa yang marah hampir masuk ke timbunan salji itu tetapi di rangkul dulu oleh Werza supaya bersabar.


Faruin : eh dah dua soalan?

Crisa : jawab je lah tak guna!

Faruin : wuu singa mengamuk .. baiklah.. orang itu.. orang paling lemah dalam keluarga kami. Dia tidak memiliki Core langsung.. padahal dia keluarga di raja. Entah beberapa kejadian, dia hilang tanpa jejak. Kami menganggap lelaki itu sudah meninggal dunia. Demi apapun itu, aku tak ingin melihat dia lagi.

Crisa : siapa nama nya?

Faruin : Tamarin ...


Ternyata benar apa yang di bincangkan mereka tadi.


Crisa : apakah orang itu memiliki wajah yang ganas? Layaknya bandit?


Tiada jawapan. Faruin sudah pergi dari situ.


Crisa : tak guna punya orang. Haish!

Werza : sabar Crisa. Kenapa dengan kau ni? Semenjak kebelakangan ni asyik nak marah-marah je.

Crisa : oh! Ye lah. Kenapa eh?

Werza : sebab Man kot.

Crisa : ah kau jangan merepek lah. Aku lebih suka kan orang yang setara dengan aku. Tapi buat masa ni, aku tak berfikir untuk berkahwin dengan sesiapa.


Di rumah besar, mereka semua sudah berkumpul kembali untuk membincangkan sesuatu hal.


Zafar : kali ini kita berhadapan dengan masalah lain.

Man : aduh makin lambatlah perjalanan kita.

Crisa : Badar belum balik ke?

Man : saya ada kat sini, tak nak cari ke?


Crisa menolak Man.


Ozen : Tama juga belum balik selepas dia keluar tadi.

Delima : saya ada.. masak sup tadi.

Heigo : ya. Rasalah.

Werza : wah sejak bila pandai masak ni.

Heigo : ini haaa. Ada buku resepi. Saja cuba.

Delima : hihihi sesekali makan yang berkhasiat juga bagus.

Zafar : tunggu, aku belum habis cakap.

Man : apa lagi?

Zafar : Tama.... Dia mungkin salah satu anak dari kerajaan Rin.


Semua terkejut. Namun salah seorang dari mereka menolak ...


Heigo : tak mungkin lah. Mungkin Tamarian dan Tamarin itu orang yang berbeza.

Crisa : logik juga.

Zafar : tak pasti. Mungkin saja Badar sudah mengetahui sesuatu... 

Man : ahh kenapa lah setiap kali kita mengunjungi sesuatu tempat, kita terlibat sekali dengan konflik tempat itu.

Werza : aku tak tahu lah kamu semua sedar atau tidak, tapi aku rasa.. Badar macam tahu je kemana dia nak pergi.

Delima : ya, dengan alasan yang sama.

Crisa : mengembara dan menikmati pelbagai tempat.

Zafar : itu yang dia suka. Kita tak boleh halang kemahuan dia.

Heigo : dah lah, jom makan..


Hari sudahpun larut malam, namun Badar masih berada istana kerajaan Rin. Badar di bawa oleh Nurin dan Tama ke suatu tempat persembunyian di bawah istana. Mereka berjalan melalui anak tangga di situ. Dengan hanya ditemani cahaya pelita, mereka berjalan tanpa bersuara. Haiwan-haiwan seperti kelawar mengepakkan sayap untuk menghindari dari manusia yang membawa cahaya. Air yang menitik dari atas hingga ke bawah sehingga terdengar ke lubang telinga. 


Akhirnya, mereka tiba di suatu ruangan yang sedikit luas. Terdapat bingkat gambar bunga di dinding. Ada meja belajar dan lampu pelita. Sofa dan almari buku berhabuk menunjuk tempat itu sudah lama tidak di diami. Tama membersihkan sofa dan kerusi di meja belajar itu. Nurin pula menyalakan satu lagi pelita yang membuatkan bilik itu lebih terang.


Tama : duduklah.

Badar : tempat apa ni?

Tama : ini dulu tempat aku bermain 

Nurin : haaa bukan. Abang aku suka mengasingkan diri dari orang luar. Sinilah tempat dia untuk mencari ketenangan.

Badar : wah tak sangka kau ada tempat persembunyian macam ni. Kenapa kau mengasingkan diri?

Tama : aku tak mahu mengingati nya.

Nurin : biar aku cerita kan...

Badar : bagus juga, boleh aku tengok lama-lama wajah adinda ku ini.

Tama : aku cekik kau nanti. Ini satu-satunya adik aku yang layan aku selama ini.


Badar tersengih...


Badar : oh ok . Aku dah mula dapat gambarannya... Tapi lebih baik kalau di ceritakan secara spesifik.


Bersambung...



Previous: Bab 85
Next: Bab 87

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham