Home Buku Fantasi The New King
Bab 52
Kembali



Akhirnya, setelah 1 tahun lebih Badar membatu di atas batu itu, dia menggerakkan tubuh nya menandakan bahawa Badar telah bangun dari tidur panjangnya.  Apabila pengikut-pengikut nya datang dan setuju menjadi rakyat nya muncullah benang cahaya yang terhubung antara mereka semua.


Badar : sekarang kita semua ada telah terikat dengan sumpah setia rakyat..


Benang cahaya itu terikat di ibu jari tangan mereka semua.


Gelana : benang ni ke?


Lacus yang sedang terbang menuju ke benua Aralana itu juga di ikat oleh benang cahaya.


Lacus : benang apa ni?


Seketika dia terus tahu akan benang itu.


Lacus : ah tak apa lah...


Kemudian cahaya dari tubuh Badar hilang berserta dengan benang itu. Mereka semua terus memeluk Badar.


Heigo : Badar!!

Ozen : eh bau apa ni?

Delima : bau busuk..

Badar : hahaha.. siapa lah tak mandi?

Gelana : kau lah siapa lagi!!


Ternyata Badar berbau busuk.


Zakaria : Belakang rumah ni ada perigi. Pergi lah bersihkan diri kamu dulu..


Sementara Badar mandi, Lacus yang terbang dengan laju terus sampai ke benua Aralana.. Dia melihat markas wartawan dari atas dan mendarat di depan..


Bos : bunyi apa tu?!!


Bos nya terkejut mendengar deruan yang kuat.. lalu memandang ke arah Lacus.


Bos : aik cepat nya balik.. malam dah ni. Kenapa tak balik esok?

Lacus : amboi. Macam tak suka je?

Bos : hahaha... Macamana?


Lacus hanya tersenyum kecil. Keesokan harinya, keluarlah berita tergempar yang berkaitan dengan Kelompok Badarien...


Di kota tempil...


Wada : Ayahanda!! Tengok ni.. Badar dah kembali!!!


Begitu juga di kota Lahar, Gibar terus bangun dari tempat duduk nya mencari Soy.


Soy : Gibar!! Kau dah baca berita belum.

Gibar : aku baru nak tunjuk dekat kau..

Soy : terbaik lah budak tu.. hahaha..


Di desa Bahtera.. Tok Gama membaca berita itu bersama Clara.


Kelompok Badarien telah kembali


Itulah tajuk berita utama itu yang di baca oleh Tok Gama.


Clara : Crisa ada tak ?

Tok Gama : tak ada.


Di Kota Aman pula.


Dr. Kalatu : mereka dah kembali..

Dayuda : ya betul .. berita yang sangat mengejutkan..

Agim : ingatkan mereka dah serik.. 


Bukan itu sahaja, di benua lain juga turut gembira mendengar berita akan mereka. Hari berganti hari mereka mula menyukai bakal Raja Baru itu. 

Tetapi tidak kurang juga dengan orang yang benci mereka, lebih-lebih lagi Raja Benua yang lain..


Di rumah kecil Zakaria, kelihatan Badar sudah siap membersihkan diri dan kelihatan segak memakai baju putih nya dengan kain selendangnya..


Tama : bila kita nak bergerak?

Badar : esok... Mana yang lain..

Tama : mereka semua beli bahan makanan dan pakaian untuk perjalanan kita nanti..

Zakaria : tunggu... Sebenarnya masih ada lagi benda yang aku nak sampai kan...

Badar : apa dia?

Zakaria : ada dua benda aku nak cakap. Pertama... Yusyak sedang dalam perjalanan ke sini..

Badar : apa?! Bagus juga.. lama aku tak jumpa dia. Yang kedua?

Zakaria : sebenarnya aku memiliki seorang anak lelaki..

Badar : ohh ya kah? Mana anak kau?

Tama : mana kuburnya..

Zakaria : entah .. sewaktu Reinland di serang dulu, aku suruh dua orang pengikut aku untuk bawa lari dari sana.. mereka itu bernama Jadu dan Lisa ...


......................................................................


Jadu dan Lisa ialah pasangan suami isteri yang menjadi pengikut Raja Zakaria ketika waktu itu. Seperti yang kita tahu Zakaria ialah Raja Kecil di Reinland. Mereka berdua melarikan diri menggunakan sampan untuk ke benua Ulala. Walaupun begitu, mereka di ketahui oleh musuh dan hanya mampu melarikan diri..


Jadu : kalau macam ni kita tak dapat pergi ke benua Ulala...

Lisa : anak raja ni kita mesti selamatkan.. jangan biarkan musuh mendapatkan dia...


Hari berganti minggu, bulan berganti tahun mereka masih melarikan diri. Tentera dari benua Surama tidak lengkang untuk mengejar mereka. Tidak sehingga mereka semua mati!


200 tahun berlalu.. Raja benua pun sudah dua kali berganti Raja,.. namun tugas mereka membunuh rakyat Reinland tidak akan hilang dari warisan mereka... Budak itu juga membesar tetapi Lisa mempunyai Core Usia Strong type yang dapat memanipulasi kan usia orang. Jadi dia mengubah budak itu menjadi bayi semua. Termasuk dengan mereka berdua , menjadi remaja yang dapat berlari ke mana-mana... 284 tahun kemudian, ...


Lisa : saya dah tak larat.. penat berlari ke sana sini. Berpindah randah..

Jadu : sabar Lisa... Aku akan tetap melindungi kau.. kau itu isteri aku..

Lisa : tapi tugas kita tak akan selesai..

Jadu : kita dah sampai ke benua ulala dan berada jauh ...


Budak itu selama dalam perlarian tidak pernah membesar. Dia lah anak dari Raja Zakaria..


Tentera A : itu mereka ! Tangkap mereka dan bunuh ..!!

Jadu : alamak, tentera raja nampak kita...


Mereka berada di dalam hutan berdekatan Kota Tempil...


Jadu : kita kena lawan mereka.. biar aku lengahkan tentera tu semua. Kau lari!


Jadu pun mengorbankan diri nya untuk melawan tentera-tentera Raja. Lisa yang melihat itu ingin menolong Jadu. Jadi dia meletakkan bayi itu di sebatang pokok yang ada lubang nya di akar.


Jadu : aku tak akan biarkan kau menangkap anak raja itu. Kami semua akan mendapat balasan dari anak raja kami!!!!

Lisa : tunggu! Aku lah anak raja Reinland itu! Jangan apa-apa kan dia..


Lisa terus di tembak dengan puluhan peluru yang menuju padanya.


Jadu : Lisa!!!


Tentera itu terus memenggal kepala Jadu.. mereka berdua di nyatakan mati. Para tentera itu terus beredar dari situ.


Tentera : tuanku.. kami sudah membunuh mereka..

R.B Aralana : bagus.. termasuk anak raja tu?

Tentera : ya Tuanku...


Mereka pun kembali ke kapal mereka. Tetapi semangat Lisa masih membuatkannya sedar. Dia menyusur menuju ke bayi itu.


Lisa : wahai anak raja Zakaria.  Tolong balas apa yang mereka lakukan!!


Dia terus mengubah bayi itu menjadi seorang budak berumur 8 tahun. Hanya itu sahaja dia mampu kerana sudah sampai batas nya. Lisa pun mati kerana kehilangan banyak darah.


.....................................................................


Badar : kota tempil?!! Ohh sebab tu dia hidup 300 tahun..

Zakaria : aku tidak pernah bertemu dengan anak aku sendiri .

Badar : .......


Badar memandang sayu kepada Zakaria yang malang itu. Namun pada masa yang sama, dia faham akan sesuautu...


Badar : benda pun dah terjadi.. jadi apa Core kau ?

Zakaria : Usia juga.. tapi type Raja.

Badar : sama macam Lisa?

Zakaria : ya... Lisa hanya memanipulasi umur seseorang sebatas 8 tahun kedepan dan menurunkan 8 tahun kebelakang..

Badar : jadi kenapa Yusyak datang ke sini..?

Zakaria : sebab aku tak guna Core aku... Aku juga pernah mengalami stress... Aku rasa nak mati... Sebab tu yusyak selalu datang untuk memuda kan semula aku.


Tiba-tiba pintu terbuka...


Yusyak : itu sebab aku nak  rakan seperjuangan!


Semua orang terdiam....


Tama : siapa ni?

Badar : Yusyak!!!


Badar terus melompat ke arah Yusyak dan memeluk Yusyak..


Bersambung.....



Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy