Rindu
Ingatan Gelana telah kembali sepenuhnya. Apa yang telah terjadi kepadanya ketika masih kecil?
Kelompok Badarien semuanya telah bangun dari mimpi nya termasuk Werza dan Farin. Kuda Badar juga bangun.
Tama : Badar!
Zafar : sabar Tama. Biarkan dia uruskan kerja dia.
Heigo : aku kena sondol dengan kuda.
Crisa : ya aku pun sama. Berani kau sondol aku macam lembu ya? Dua kali pula tu..
Kuda itu meringkik. Itulah sifat asal haiwan yang tidak boleh bicara dalam dunia sebenar.
Zafar : berhenti. Tadi tu kan mimpi. Dia tak boleh nak mempertahankan diri dia melalui kata-kata.
Ozen : betul tu. Kalau dia tak buat macam tu, kita mungkin sudab terperangkap dalam ruang hampa.
Farin : macam mana dengan Badar?
Werza : ya.. aku takut dia ..
Heigo : ahh tak kan lah..
Delima : Gelana tak bangun lagi lah.
Zafar : Alamak!! Aduh macam mana ni?
Man : cara untuk kejut dia cuma dalam mimpi.
Crisa : kita kena percaya pada Badar. Mana mungkin dia biarkan pengikutnya mati.
Wajah Farin seperti teringat sesuatu.
Man : kenapa pak cik?
Farin : Raja Malek selalu sebut pasal Ana. Siapa dia?
Delima : Ana?
Delima teringat kembali waktu kecilnya. Ya! Gelana bukan lahir di Kota Lahar tapi sebaliknya Gibar yang terjumpa Gelana yang terdampar di pantai. Gelana di jaga oleh keluarga Gibar. Dengan erti kata lain, Gibar hanya Abang Angkat Gelana.
Delima : saya tahu! Ana tu Gelana.
Jerit Delima sambil menunjukkan arah kepada Gelana.
Mereka memandang Delima dengan wajah kehairanan.
Zafar : kau biar betul?
Crisa : tak akan lah. Memang la bunyi macam sama tapi bukan dia.
Man : betul tu. Kan sayang?
Crisa : kau nak tebas dengan Tama ke?
Man : eh tak nak.. hehee..
Delima : betul.. Heigo, cuba ingat balik.. masa kecil kita dulu..
Heigo : masa kecil ..
Heigo pun cuba mengingati nya. Muncul bayangan dalam fikiran nya..
"Apa nama kau? Kau duduk mana?"
"Aku tak ingat. Rasa nama aku. Ana Tapi abang aku panggil aku Gelana"
"Tak sedap lah nama tu."
"Habis tu nak guna nama apa?
Selepas bayangan nya berakhir..Heigo memandang Delima...
Delima & Heigo : Anakonda..
"Hahahaha"
Mereka ketawa terbahak-bahak. Heigo juga mula yakin bahawa Gelana ini ialah Ana.
Delima : kan?
Heigo : aku rasa betul lah.
Crisa : mana boleh main rasa.
Zafar : tak apa . Jangan bertengkar. Kita tunggu mereka berdua bangun nanti.
Di dalam dunia mimpi itu sudah hampir hancur kerana pertempuran mereka. Ada di antara mereka sudah bangun kerana terkejut melihat permandangan haru biru itu.
Tiba-tiba saja Gelana datang ..
Badar terus menumbuk dagu Malek dan dia terlempar jauh.. badar terus kejar dan menendang nya jatuh..
Badar : ambil ni! Tadi berlagak sangat...
Badar menekan tubuh Malek dengan satu kaki nya.
Gelana : berhenti Badar!!
Malek : kenapa kau nak menghentikan pertarungan hidup mati kami?! Jangan ganggu aku..
Gelana : Malek... Ini saya.. awak lupa ke?
Malek : Ana?
Suasana menjadi hening seketika. Badar mula sedar dengan keadaan tersebut. Dia mengangkat kakinya dari dada Malek.
Orang kota 48 : terima kasih nak. Kamu telah menyelamatkan dunia ni..
O. K 12 : ya betul.. selamat dunia kita.. impian kita. Hahaha.
Malek yang mendengar kata-kata itu bangun dengan perlahan. Dia menunjukkan kepala.
Malek : kamu semua dah boleh bangun.
O. K : tidak!!!!
Semua orang kota yang berada dalam dunia mimpi itu hilang dengan sekejap. Namun tidak dengan Badar dan Gelana.
Gelana : Badar.. tolong..
Badar terus memahami kehendak Gelana. Dia juga terjaga dari tidurnya.
Malek masih menundukkan kepala nya. Mereka berdua masing-masing tidak tahu harus berkata apa.
Diam....
Malek : tak...
Gelana memandang Malek.
Malek : tak mungkin! Ana cuma khayalan aku saja! Tak mungkin!! Kau wujud ..
Gelana : saya tahu awak keliru dan bingung. Saya akan jelaskan dari mula....
Gelana pun menceritakan segalanya kepada Malek. Sementara itu di dunia nyata...
"Siapa yang mengejutkan kami dari tidur panjang kami?!"
"Tak guna! Ini semua sebab budak yang menentang Raja Malek tu"
"Kita cari dia!!"
Orang-orang di kota Tidur itu mula mengamuk walaupun badan mereka lemah kerana kurang makan dan beraktiviti. Mereka sudah seperti zombi...
Badar bangun.
Tama : Badar, kau ok? Apa dah jadi?
Zafar : yaa. Kami semua nak tahu.
Badar : aku baru bangun . Hidangkan lah teh ke kopi ke? Penat aku.
Heigo : ceh padahal dari tadi tidur.
Badar : tidur pun penat tahu.
Delima lantas membuat air kopi untuk Badar kerana tiada Gelana yang melakukan nya.
Delima : ini kopi nya.
Badar : terima kasih.. aku baru teringat la. Werza, mimpi kau indah tak ?
Werza : yaa sangat indah. Sungguh kehidupan yang aku inginkan.
Badar : dulu bukan kau cakap kau ada kembar ke? Kembar lelaki?
Werza : hihihi.. sebenarnya aku angan-angan ada abang. Abang kembar itu cuma khayalan aku je masa kecil. Sebab nak melindungi kakak aku.
Badar : ohh wani kan?
Werza terpana.
Werza : macamana kau tahu?
Badar : kau lupa ke?
Werza : oh ya. Kau masuk dalam mimpi aku....
Badar : ya betul tu.. itu je aku nak tahu..
Heigo : hmm kita tengah dalam masalah ni.. sempat lagi kau orang berbual-bual...
Badar : eh silakan minum para pengikut ku..
Dia memperlawakan pengikut nya untuk minum bersama.
Badar : tenangkan diri dulu..
Mereka semua pun menghirup kopi dengan santai.
Man : ok cerita lah...
Zafar : apa betul Gelana ialah Ana? Siapa Ana?
Badar : baiklah.. aku akan ceritakan semuanya..
Di dunia mimpi pula....
Malek : jadi... Semua tu betul lah. Saya dah salah sangka.. saya ingatkan awak cuma khayalan saya..
Gelana : yaaa.. saya dah ada kehidupan baru.. nama saya Gelana.. hehehe.. seorang tukang masak.
Malek : wah pandai memasak.
Gelana : tak sangka walaupun dah bertahun-tahun tak jumpa, awak masih pendek. Hahahaa..
Malek : cis . Baru jumpa dah perli dulu...
Gelana : habis tu nak cakap apa?
Malek mendiamkan diri..
Malek : rin-du..
Gelana : apa? Tak dengar lah..
Malek : saya rindu awak!
Gelana : ...... Hehe.. saya juga rindu masa kita kecil dulu...
Malek : hmm yaa. Sekarang awak bertambah cantik.. sejak bila rambut pendek.
Gelana : ohh ni. Sebab saya tukang masak. Saya tak nak rambut masuk dalam makanan..
Malek : patutlah.. Ana...?
Gelana : ya?
Malek : awak masih ingat tak janji saya dulu?
Gelana : yang mana?
Malek : yang saya akan kahwin dengan awak...
Gelana : umur kita tak sama. Awak beza 3 tahun dengan saya. Awak dah lah sebaya dengan Badar. saya dah 20 tahun .. Awak bergurau ke ni?
Malek mendekati Gelana.
Malek : kali ini saya betul-betul serius.. saya nak kahwin dengan awak. Apa jawapan awak ?
Gelana : tapi saya ada perjalanan yang harus saya lakukan....
Malek : saya tak nak tahu. Saya nak tahu jawapan awak ?
Bersambung....