Badar Jatuh Cinta
Negeri Frexe adalah negeri yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kerajaan Rin dan Kerajaan Daye. Ini bermakna satu negeri itu memiliki 2 Raja. Kenapa boleh jadi seperti itu masih tidak di ketahui..
Heigo dan Man pergi ke restoran untuk memesan roti. Ternyata mereka baru tahu roti yang di cicah itu banyak jenis kuah nya. Ada yang kuah daging, ada sambal, ada ayam, ada juga ikan tuna dan bermacam-macam lagi. Mereka berdua sampai kebingungan harus pilih yang mana. Lagi pula mereka tidak tahu berapa lama akan tinggal di kota ini..
Tama pula duduk bersendirian di bilik nya. Begitu juga yang lain.

Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 2
*Sekadar imaginasi dan itu terpulang kepada pembaca.. den membayang kan kota nya rumah ada yang berjarak dan ada yang rapat ...
..................
Pada waktu tengahari, seperti yang di rancang, Badar dan dua orang pengikut nya ingin bertandang di istana kerajaan Rin. Dalam perjalanan itu, setiap kali Badar melihat wanita muda.. dia akan mengangkat tangan paras hidung untuk melihat mata perempuan.
Zafar : apa kau buat?
Badar : hmm aku cari perempuan tadi tu haa,.. maklum lah. Kalau kat luar macam ni, mana tahu dia tak pakai penutup muka.
Ozen : laaa kenapa?
Badar : saja nak berkenalan..
Badar hanya mengingati sepasang mata yang cantik itu. Kerana itu dia merapatkan jari kemari nya dan cuba untuk mengenal pasti.
Ozen : kau tahu ke mana istana tu?
Zafar : kerajaan besar macam ni. Senang je nak cari. Yang mana bangun paling besar, itu lah tempatnya.
Sesampai nya mereka di sana. Ada tangga yang panjang hingga ke atas.
Badar : alamak... Tangga lagi..
Zafar : pengawal datang...
Kata zafar sejurus melihat beberapa orang pengawal mendekati mereka.
Pengawal : apa tujuan kamu ke sini?
Badar : kami nak bertemu dengan Raja..
Pengawal : ada beberapa peraturan kamu harus tahu di sini. Pertama, jangan pernah bertanya kepada kerajaan Rin. Kedua, tidak boleh bertemu Raja...
Zafar : kenapa? Bukankah rakyat harus selalu bertemu dengan Raja.
Di beranda istana, tempat duduk Raja yang bertahta itu menyedari ada kekecohan di bawah.
Raja Bahrin : ada apa kat bawah tu anak ku?
Delirin : entah lah. Ada orang yang cuba menceroboh kawasan istana ayahanda..
Harin : mungkin mereka mahu bertemu dengan Raja...
Raja Bahrin : kenapa mesti hari ini? Apakah mereka tidak tahu bahawa pertemuan Raja dengan rakyat hanya sekali sebulan...?
Delirin : mungkin mereka tidak tahu.
Raja Bahrin : benarkan mereka masuk. Ayahanda mahu beri peringatan..
Akhirnya mereka di benarkan masuk oleh Raja Bahrin. Mereka bertiga masuk menghadap.
Raja Bahrin : apa tujuan kamu datang kemari ?
Badar : saya datang hanya bertujuan untuk berziarah.
Raja Bahrin : oh begitu.. maafkan beta kerana salah anggap tentang kamu. Sebagai tanda minta maaf. Beta akan menjamu makanan di sini.
Zafar : di sini ?
Delirin : ya di sini.
Badar : kami dengar tuanku beristeri 4 ?
Raja Bahrin : ya. Mereka berempat sudah pun meninggal dunia kerana sakit. Satu persatu dari isteri beta meninggal. Bersyukur lah kerana ada anak-anak beta. Biar beta perkenal kan diri dan anak-anak.
Raja Bahrin - seorang ayah dan juga Raja. Memiliki 4 isteri dan anak yang ramai .
Anak dari isteri pertama
1. Delirin - lelaki
2. Harin - lelaki
3. Sairin - perempuan
4. Kairin - Perempuan
Anak dari isteri kedua
1. Faruin - lelaki
2. Darin - perempuan
3. Yaewrin - perempuan
Anak dari isteri ketiga
1. Sudah meninggal dunia - lelaki
2. Nurin - perempuan
Anak dari isteri ke empat
1. Patarin - perempuan
Raja Bahrin : semua ini anak beta yang beta sayangi.
Badar : banyak sungguh anak tuanku. Hahaha.. saya tak akan mampu.. ehhh..
Badar melihat salah seorang dari anak Raja Bahrin. Dia mula mengangkat tangan nya hanya paras hidung.
Badar : itu perempuan yang kita jumpa tadi.
Ozen : ye ke?
Zafar : jaga perangai Badar...
Raja Bahrin : ada apa?
Badar : .... Hmm .. itu ... Nama nya Nurin kan ?
Raja Bahrin : ya kenapa? Kamu suka akan anak beta?
Badar : kalau ya?
Raja Bahrin : maafkan beta anak muda. Beta ingin anak beta berkahwin dengan orang yang berketurunan Raja atau bangsawan.
Badar : kebetulan...
Apabila Badar berkata begitu, Raja Bahrin jadi ingin tahu siapa orang yang di depan mereka.
Raja Bahrin : boleh kah beta tahu siapa kamu?
Badar : boleh tuanku. Nama saya Bunyamin Badar.
Tersentak lah orang-orang yang ada di situ.
Raja Bahrin : kamu?! Jadi kamu orang yang berjaya menentang Raja benua?!
Badar : ya.
Kairin : jangan percaya cakap orang muda ini. Jangan-jangan mereka cuma penyamar!
Faruin : ya .. kalau benar, bukti kan...
Badar guna teknik tatapan mata. Beberapa orang di situ rebah kerana tidak dapat menahan kekuatan itu.
Raja Bahrin : memang betul! Dialah orang nya.. sila, sila kan .. pengawal. Sediakan bilik makan untuk pasangan romantik kita.
Ozen : aik... Apa ni?
Badar : kamu berdua balik lah dulu.
Badar di bawah ke sebuah ruangan makan yang besar. Makanan mula terhidang. Dan datang lah Nurin seorang diri.
Nurin : haish.. kenapa lah?
Badar : kita berdua saja ke?
Nurin : ya lah. Ayahanda mahu kita berdua mengenal diri. Asal kau tahu ya aku tak suka.
Badar : ya ke tak suka? Hehehe..
Nurin : tak! Cepat makan dan pergi..
Badar : baik permaisuri ku.
Badar pun makan tetapi kali ini sambil dia makan , mata nya hanya tertumpu kepada Nurin. Nurin seorang gadis yang cantik dengan mata nya yang hitam bersinar. Kulit nya pula seputih salji. Rambutnya yang hitam pula tertutup dengan kain yang menutupi bahagian kepala nya.
Orangnya pula kecik molek dan bertubuh kurus. Tinggi nya hampir sama dengan Badar.
Badar : umur berapa?
Nurin : 18
Badar : eh sama ... suka warna apa?
Nurin : biru dan kuning.
Badar : eh sama lah. Suka makan apa?
Nurin : Sup cendawan.
Badar : ehh sama lagi.
Nurin : penipu.
Badar : sama lah. Eh.. mana ada...
Badar di beri peluang untuk bersama-sama dengan Nurin sepanjang hari itu. Namun, adik beradik yang lain menghendap Nurin agar selamat.
Di rumah besar pula...
Heigo : eh mana Badar?
Ozen : panjang cerita nya.
Mereka berkumpul di ruangan luas itu untuk makan.
Zafar : kau orang makan lah. Kami berdua dah makan tadi kat istana.
Crisa : oh jadi nya, semua nya berjalan dengan baik.
Ozen : hmmm tak juga.
Delima : kenapa?
Ozen : kalau aku cakap, kau orang mesti cakap aku tipu. Zafar kau cakap lah.
Zafar : haish. Badar jatuh cinta dengan salah seorang anak dari Raja Bahrin.
Tama : oh ye ke? Siapa?
Ozen : Nurin nama nya kalau tak silap. Banyak sangat anak. Aku sampai lupa nama nya.
Zafar : betul lah tu.
Tama terus bangun dan keluar dari rumah.
Tama : kalau aku balik lewat, jangan tunggu.
Man : kenapa ni? Tiba-tiba je.
Tama terus menghilangkan diri.
Werza : kamu semua perasaan tak...
Zafar : sudah tentu.
Man : perasan apa ?
Crisa : Tama berkelakuan aneh semenjak datang ke sini..
Werza : ya bukan itu saja. Sebelum nak datang sini, dia cuba untuk alihkan perjalanan kita ke kerajaan Daye.
Ozen : patutlah tadi macam ada orang kenal dia ...
Heigo : kalau nak di fikirkan balik, Tama selalu nak ikut kemana Badar pergi, kali ini dia menolak pula.
Zafar : siapa Tama sebenarnya?
Crisa : masa kita dekat kota malam. Dia ada bagi tahu nama penuh dia.
Delima : ya lah.. Tama apa entah. Kita gelak masa tu.
Heigo : Tamarian !!
Zafar : atau Tamarin ?!
Di istana pula, Badar dan Nurin berjalan-jalan mengelilingi istana. Mereka hanya di temani oleh butler wanita Nurin.
Badar : eh ada gitar.. nak dengar lagu tak?
Nurin : hm.
Badar : dengar eh. Tidurlah wahai permaisuri hati...
Nurin : siang-siang macam ni nak tidur apa.
Badar : dah nak malam kejap lagi..
Nurin : aku rasa baik kau lupakan lah hasrat kau..
Badar : hahaha ... Ya lah. Anggap lah kita ni kawan.
Nurin : kawan?
Badar : ya, kawan yang selalu ada untuk kau.
Nurin : ohh.
Badar : kesian, tak ada kawan rupanya.
Nurin : ada lah. Ini dia.
Butler W : saya cuma pembantu istana.
Badar : hish hish hish. Kesian..
Nurin : dah lah. Pergi lah balik.
Badar : cantik nya. Ada tak orang pernah cakap kau cantik bila marah?
Di satu sudut pula... Di luar ruangan itu,...
Kairin : berani betul dia.
Delirin : risau aku tengok...
Hairin : tu lah.. entah dari mana.. tiba-tiba datang.
Dairin : adik kita tu paling cantik antara kita semua.
Patarin : tengok lah mak dia dulu.
Sairin : semenjak ibu nya meninggal dunia. Dah tak ada tempat bermanja
Farurin : ya, dia suka bersendirian.
Yaewrin : padahal kau pun seorang juga. Anak tunggal..
Patarin : tapi aku paling di sayangi oleh ayahanda. Wekkk.. hahaha..
Nurin sedar kehadiran mereka.
Nurin : diam lah!!
Badar : erk ? Ohhh kau orang mengintai kami ya..
Mereka semua terus melarikan diri..
Sedangkan di satu sudut yang tertutup,...
Tama : fuh, aku ingat dia perasan aku ada sini. Tak guna Badar, berani kau dekat-dekat dengan adik aku. Aku tak restu. Kejap dia kan Raja aku.. alamak,dalam dilemma pula. Sepatutnya aku bahagia tapi dalam masa yang sama adik aku tu ...
Badar menyedari sesuatu suara yang sayup kedengaran.... Badar pun cuba memancing pertanyaan...
Badar : tadi kat restoran awak macam kenal Tama...
Tama terpana mendengar itu.
Tama : jangan !
Jerit suara hati Tama.
Nurin : ya. Saya ada seorang abang.
Badar : Tamarian?
Nurin : bukan, Tamarin. Jadi orang itu Tamarian lah ya. Saya silap orang
Badar : hahaha nama macam buah limau..
Nurin : berani kau kutuk abang aku!
Badar : eh ehhh kejap. Ini bermakna, Tama orang kerajaan Rin?!!!
Nurin : yaa. Wajah dia sama seperti abang saya.
Tama yang di tempat persembunyian sudah mula tidak senang duduk.
Tama : habislah..
Badar : aku tahu kau ada kat sini Tama.
Nurin membesarkan matanya.
Nurin : betul ke?
Badar : Tama!
Tama pun memunculkan diri.
Nurin : abang!
Nurin memeluk abangnya itu dan menangis terharu. Sudah bertahun-tahun dia pergi meninggalkan Nurin.
Nurin : kenapa abang tinggal kan Nurin seorang diri?
Tama : maafkan abang Nurin.
Tama melihat Badar dengan wajah yang sayu. Badar tahu bahawa Tama ingin merahsiakan perkara itu tetapi Badar ingin urusan Tama selesai dengan baik.
Tama : macamana kau tau ?
Badar : hahaha soalan bodoh.. kau lupa ke? Aku, Raja kau.
Bersambung....