Home Buku Fantasi The New King
Bab 32
Berdamai


Pengikut Badar telah sampai ke sebuah desa yang aneh di mana ada yang pelat huruf R dan S. Mereka duduk berasingan kerana bergaduh atas sesuatu hal yang kecil iaitu mereka saling mengejek antara satu sama lain. Kelompok Badarien kebetulan melalui jalan sana kerana hanya jalan ini yang menghubungkan jalan ke Kota Bluetal, Sebuah kota yang berdasarkan teknologi canggih. Namun lain pula yang terjadi kerana Badar ingin kedua-dua desa itu berdamai.


*Den pelat R dgn S.. tapi tak seteruk org desa ni 🤣🤣


Di sungai yang penuh batu itu,kelompok Badarien berbincang cara itu mendamaikan kesefahaman antara dua desa.





*Gambar hanya sekadar illustrasi..


Mereka semua cuba memberi idea untuk mendamaikan dua desa tersebut.


Heigo : apa kata kita suruh je mereka minta maaf ?


Mereka semua geleng kepala..


Ozen : tak boleh.. Ego mereka mesti kuat.. boleh bertambah gaduh nanti.

Badar : betul tu ..

Delima : kita buat pesta? Orang desa mesti datang..


Lagi sekali mereka geleng kepala.


Zafar : mereka sendiri ada yang kita tak ada..

Gelana : aduh macam mana ni?

Tama : kita tebas semua..


Gelana ketuk kepala Tama.


Gelana : kau semua nak tebas!! Baik pergi tebas rumput..

Tama : kalau tak puas hati ke? Mari kita berlawan! Cepat...


Badar melihat mereka berdua bergaduh, datang lah idea...


Badar : Zafar? Kau fikir tak apa aku fikir?

Zafar : Fikir apa?


Zafar melihat mereka berdua yang bergaduh..


Crisa : hihihi.. aku faham..

Zafar : ya aku pun faham.. hahaha..

Tama & Gelana : hah?!


Di desa S, suasana aman sentosa.. angin meniup lembut ... Tiba-tiba datang Crisa yang tubuh yang berdarah dan terluka...


Crisa : tolong!! Ada sesiapa nak tolong?!

Org Desa 2 : kenapa ni? Ciapa yang buat?

Crisa : Ada bandit yang menyerang desa..


Badar pun datang ke arah Crisa dengan wajah yang khawatir..


Badar : Crisa ! Kenapa ni?

Crisa : Bandit da-tang...


Crisa pengsan...


Org desa 1 : tentu dari desa R ...

Org desa 23 : ahh biarkan lah mereka. Biar padan muka.


Crisa bangun semula...


Crisa : bandit tu cakap dia akan datang ke desa S juga.. ergghh


Crisa pengsan semula..


Badar : Crisaaaaaa!!! Tidak!!

Tama : wahai raja ku, ada elok nya kita membantu mereka..


Lakonan Tama kelihatan kaku dan kayu..


Badar : benarrrr!! Apa yang dikata .. mari cemua! Kita tolong desa R!

Org desa 5 : tapi...

Badar : kamu semua gila ke? Nak mati? Bandit tu akan serang kampung ni juga!..


Orang desa S percaya akan itu lalu membawa senjata ke Desa R... Sementara itu, Zafar yang menutup wajahnya dengan kain menyerang tempat-tempat di desa itu..


Zafar : maafkan aku.. aku terpaksa...


Katanya di dalam hati.Zafar pun menyerang rumah-rumah kecil dan kedai-kedai yang terbuat dari kayu buluh..


Zafar : ahhaha siapa yang melawan aku bunuh kamu semua?!! Hahaha..

Man : fuh natural betul lakonan nya.. ehh.. Lari semua!! Siapa yang boleh melawan mereka sila ambil senjata!!


Man menjadi orang yang mempertahankan desa R itu..


Org desa 3 : kita kena lawan.. ini desa kita. Jangan takut kalah dengan meleka ni...


"Yahhhh!!"


Orang menjadi bandit itu sebenarnya Zafar, Heigo, Ozen dan Gelana...


Gelana : kenapa aku kena jadi jahat?!


Gelana pun baling batu di rumah-rumah desa itu.


Delima : mari kita minta tolong orang desa S..

Org desa 5 : ahhh kami tak mau!

Org desa 8 : yaaa...


Zafar yang mendengar itu...


Zafar : lepas aku hancurkan desa ni, aku akan serang desa S pula!! Hahaha...

Org desa 1 : haaa kan...


Saat mereka sedang mempertahankan desa itu, datang lah orang-orang desa S ke desa R ... 


O. Desa R : apa kau semua buat di sini?! Pelgi sana ..

O. Desa S : kalau kami biarkan nanti decha kami juga di cerang..

Badar : ya betul.. ada baiknya kita berkerja sama...


Zafar mengalahkan semua orang desa yang melawan nya... Ada yang rebah ada yang terbaring, ada yang meniarap...


O. D. S : Badar.. bantu kami. Kami tak mampu...


Badar diam..


O. D. R : bantu lah kami Badal.. kamu kan Yaja..

Badar : boleh tapi dengan syarat..

O. D. S : boleh kamu ambil lah apa caja. Kami izinkan..

O. D. R : ya.. aku setuju!

Badar : tidak. Aku mahu kamu semua berdamai lepas ni..


Mereka semua saling berpandangan...


Badar : kamu mungkin berbeza pendapat.. tetapi jika semua nya bersepakat, pasti tak ada bandit di sini...


Orang desa R dan S itu setuju jika itu saja jaminan hidup mereka selamat...


Badar : baiklah. Aku akan melawan bandit itu ..


Badar pun melankah ke depan... Suasana menjadi tegang.. Badar dan Zafar sedang bermusuhan.. Mereka bertarung antara satu sama lain...


Badar : Zafaria!!!

Zafar : aku akan kalahkan kau Badar!!!! 


Mereka pun bertarung untuk membuatkan pertarungan mereka benar belaka...


Badar : Sini kau..


Badar menendang Zafar hingga terlempar...


Orang desa R dan S : yeahhh!! Serang dia!!


Zafar : aduh.. 

Gelana : kenapa?

Zafar : Badar tendang betul-betul..

Heigo : eh bangun.. jangan buka kain kau tu..


Zafar pun bangun dan menyerang Badar...


Badar : Tsunami!


Keluar air dan menjadi tsunami. Serangan itu membuatkan mereka, Zafar, Heigo, dan Gelana terlempar jauh..


O. D. R 22 : yahh badal menang!!

O. D. S 50 : Raja baru memang hebat lah.. chorak kan untuk Badar!!


"Badar, Badar, Badar "


Orang di antara dua desa itu kelihatan akur sesama mereka.


Ketua desa R : tunggu..


Semua berhenti dan memandang Ketua Desa R itu ..


Ketua desa R : kita kena belbincang untuk peldamaian desa..

Badar : saya setuju. Marilah kita ke desa S untuk berbincang..

Ketua desa S : baiklah..


Ketua Desa R hanya bawa beberapa orang untuk ke desa S. Sedangkan yang lain harus membersihkan desa. Mereka bertiga di tempatkan di sebuah rumah kecil. Hanya ada mereka bertiga iaitu Badar, Ketua desa R dan S. Orang lain tak boleh masuk...


Ketua desa S : duduk lah..


Mereka pun duduk dan mula berbincang....


Ketua desa R : hayi ini kami nak beldamai..

Ketua desa S : boleh tetapi bagaimana jika ada orang saling ejek mengejek?

Badar : yang di salahkan itu orang nya, bukan satu desa. Tengok apa dah jadi.. sepakat membawa berkat... 

Ketua desa S : jadi apa yang perlu kamu cemua buat?

Badar : buat satu peraturan.. siapa yang ejek antara satu sama lain akan di kenakan denda.

Ketua desa R : denda apa tu?

Badar : buat denda yang dimana tak ada orang berani ejek lepas tahu denda...


Badar mencadangkan untuk orang yang mengejek itu atau orang yang melanggar peraturan itu akan di kenakan hukuman gantung terbalik selama 1 hari. Jika orang itu meminta maaf saat itu juga, denda itu di abaikan...


Ketua desa S : tapi macamana jika ada orang canggup menjalani hukuman itu?

Badar : cipta satu lagi hukuman baru yang lebih berat dari sebelum nya. Buat seperti itu sampai lah bila-bila..

Ketua desa R : aku setuju dengan cadangan itu! Akhiy nya kita berdamai!!


Mereka keluar dan mengangkat tangan sambil melambai kan tangan kepada orang-orang desa.. mereka semua bersorak gembira...


Ketua desa S : cebagai tanda perdamaian, kita cemua akan buat catu jambatan ke Desa R!!!


Orang-orang desa setuju!!


Badar : apa lagi? Mari kita pesta makan!!! Yahhhhh!!


Semua orang melompat-lompat kegirangan.... Zafar datang ....


Zafar : kau buat betul-betul eh tadi ..

Badar : hahaha... Biasalah tu. Baru nampak betul.. kalau buat tipu-tipuan. Mana orang percaya...

Man : selesai masalah orang desa.. 

Heigo : yaa.. Gelana jauh terlempar ..

Badar : ya ke?

Heigo : yaa. Dia tengah datang sini dengan wajah yang sangat marah..

Badar : halimunan!!


Badar menghilang...


Zafar : aik hilang terus?!! hahaha..

Tama : betul ke Gelana marah?

Heigo : be...

Gelana : Badarrrrr!!! Mana kau ?!!

Delima : sabar gelana! Semua tu lakonan semata-mata...

Gelana : jauh dia campak aku! Kau tak tau...

Crisa : sabar.. hahaha.. kang kena tinggal kang..

Gelana : cis, nasib baik dia Raja..


Hasil dari kesepakatan itu, kelompok Badarien dan orang Desa R dan S terus membina sebuah jambatan... ada juga orang dari desa S membantu membaik pulih desa R yang rosak akibat pertarungan tadi ..


Tama : besar jambatan . Selesai juga..

Man : kenapa kita pun kena buat..

Zafar : Badar mana?

Heigo : tuuuu.. duduk-duduk dengan ketua desa...


Mereka mengeluh melihat itu..


O. D. R 5 : Man, nah ail kopi.. bagi lah kat kawan-kawan kamu..

Man : baik mak cik..

Zafar : kau semua orang kenal ya..

Heigo : tu lah. Cepat akrab dengan orang.

Man : biasa lah. Aku kan terkenal .


Malam itu, mereka semua membuat pesta makan di desa S... Orang dari Desa R juga datang untuk meriahkan suasana. Kini mereka sudah mula berubah dan bertolak ansur sesama orang-orang desa... Pesta itu dindendangkan dengan bunyi-bunyian muzik gendang...


Badar : Esok kita kena bergerak ke Kota Bluetal..

Crisa : ya betul tu ..


Crisa terus tersenyum melihat suasana itu.


Badar : senyum panjang nampak..

Crisa : haa? Tak ada lah ... Aku tak pernah rasa gembira seperti ini.. hati tenang dan damai je.. hahaha

Badar : hahaha . Kan aku dah cakap ..


Mereka mengenang kembali sewaktu di desa Bahtera....


........................Flashback............................


Crisa menitiskan airmata nya. Belum pernah dia di bela oleh seseorang seperti itu. Dia terus menangis teresak-esak...


Badar : jangan risau Crisa. Kalau kau ikut aku. Aku akan pastikan kau tidak akan menangis teresak esak lagi tetapi ketawa terbahak-bahak!!!

Crisa : Badar.....


........................................................................


Man tiba-tiba datang duduk bersama mereka..


Man : wah Crisa.. cantik dia senyum terus . Hehehe ..

Crisa : ada-ada je lah kau ..


Crisa pergi meluru ke Gelana dan Delima...


Man : kau suka dia ke?

Badar : suka, ......  sebagai kawan...

Man : fuh terkejut aku!

Badar : hahaha jangan risau lah.. impian aku lebih penting.. aku nak jadi Raja kebebasan yang damai ... Macam ni kan elok .


Mereka melihat Tama cuba menari...


Gelana : hahaha kau menari macam kayu!!

Crisa : hahaha.. baik kau duduk je..

Tama : ini tarian tradisional kota lahar. Mana kau tau? Gibar yang ajar aku...

Gelana : Gibar? Abang aku tu.. hahaha. Memang terkena lah kau..

Tama : abang kau?!!


Badar yang di beranda rumah berteriak...


Badar : Tama!! Menari lagi! Hahaha..


Tama : ok! Akhir nya ada orang minat.. 


Badar ketawa melihat Tama.. lebih parahnya, orang-orang desa ikut gerak tarian Tama.. 🤣


Man : kalau kau suka seseorang.. apa kau buat ?

Badar : kalau aku? Susah nak jawab. Aku sendiri masih muda dalam benda-benda ni . Tapi kalau aku.. dari pada si dia di ambil orang . Lebih baik  terus terang...

Man : betul tu Badar . Terima kasih...


Man terus pergi ke Crisa.. dia membawa Crisa ke tempat yang tak ramai orang . Tidak jauh dari situ...


Crisa : kenapa ni?

Man : eerrr.. aku suka kau..


Crisa terpana.... Dia hanya diamm dannnnn....


Bersambung ... 



Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy