* Ditulis pada 6 tahun lepas: 2018
* Untuk: AA
-ri; -man ~
Biarkanlah diriku sendiri.
Bersendirian sahaja tanpa teman.
Kerana aku telah sedari,
Tanpaku dunia lebih aman.
Ku cuma suka menyendiri,
Kadangkala termenung di laman,
Bercakap seorang diri,
"Mengapa kita tiada kesefahaman"?
Tidak tercatat di dalam diari. ð
Cuma terungkap, dengan 'senyuman'. ð
Tiada tempat, boleh ku lari. ðââïļ
Dari si fulan, punya genggaman. â
Harap dia jangan datang ke mari.
Caranya seakan kurang siuman. ðĪŠ
Adakah dia mahu tangan digari.
Ataupun cuma minta kena saman?
Entah sudah berapa hari.
Yang pasti ini akhir zaman ,
Sanggup ku susun sepuluh jari. ð
Dan juga terima 'hukuman'.
Jika dia masih ingin mencari ð
Hingga jadi kecoh satu taman.
Moga aku tidak dia cuba kasari. â
Kelak dirinya dapat kecaman.
ÂĐ Nuansa Embun