* Untuk: AHBA
-san ~
Perkenalan dengan seorang insan;
Perbualan yang bukan secara lisan;
Mesej yang panjang macam ulasan;
Tujuan ku bukan agar hilang bosan.
Begitu jauh jarak kita; lain kawasan,
Seolah macam dari Seoul ke Busan
Sampai bilakah ia harus berterusan?
Seperti dipisahkan oleh satu terusan
Menyentuh kalbu; mengusik cebisan...
Sebuah hati; sehingga ada cetusan.
Berterus-terang; peluang keemasan? 🏅
Peluang berjaya; berapa peratusan?
Ku mulai menulis tentangmu; penulisan...
karya puisi; melukis wajahmu; lukisan...
Karikatur; namun, ku tak harapkan balasan
Kerana...ekspresi diriku; satu kebebasan!
Luahan perasaan ku; beserta kiasan
Biar Tuhan nilai, aku punya keikhlasan
Ku tak mahu diriku dianggap perasan
Maaf, 🙇♀️ ku hanya berikan mu kerimasan
Meski, ku berharap adanya penjelasan
Tidak mengapa; ku tak perlukan alasan
Ku faham, abang sibuk dengan tugasan
Yang memerlukanmu buat keputusan
Izinkanlah diri ku meninggalkan pesan,
Abang, teruskan hidup; dengan wawasan
Semoga dipermudahkan segala urusan
Ku akan pergi jauh; hilang 🫥 tanpa dikesan.
© Nuansa Embun