NIKAH ~ (Akrostik)
Niat kerana Allah Taala.
Ikhlas. Bukan terpaksa.
Kahwin ialah sunnah.
Adalah ibadah, jadi,
Hendaklah khusyuk.
Nescaya, akan mendapat berkah.
Ikatan nan suci: Pernikahan.
Kelak, bercinta selepas nikah.
Apabila, jodoh sudah tiba,
Hendaklah disegerakan.
Nak kahwin, kena taaruf dulu.
Ingin jumpa jodoh sekufu. Ada...
Keserasian. Pinang dibelah dua.
"Aku terima nikahnya." Bahagia...
Hingga ke Jannah. Amin 🤲 YRA.
Nanti, bila kena buat pilihan,
Ikutlah apa kata hati kalian.
Kahwinlah dengan pilihan hati.
Apabila dua hati saling menyintai,
Hati cuba dijaga, tidak dilukai.
© Nuansa Embun