A-Z ~ (Alphabet Poetry)
Allah itu Maha Esa.
Berdoa 🤲 kepadaNya.
Cukup Allah bagi kita.
Dekatkan diri kepadaNya.
Elakkan berprasangka buruk.
Fikirkan 🧠 yang baik-baik sahaja.
Gunakan masa ⏳ dengan sebaiknya.
Husnuzon dengan Allah dan manusia.
Istighfar dan bertaubat Nasuha.
Jangan asyik membazir masa.
Kelak, akan merugikan diri sendiri.
Lauh Mahfuz; Takdir telah tertulis.
Manusia hanya boleh rancang. 🗓️
Namun, Allah yang tentukan.
Onak duri dilalui dengan tabah.
Pedoman kita ialah Al-Quran.
Qiblat ibarat hala-tuju hidup.
Roh dan nyawa di dalam badan.
Selawat untuk Rasulullah.
Teruskan hidup dengan tabah.
Umrah dan haji 🕋 kerana Allah.
Visi tentang masa hadapan.
Wang 💰 bukanlah segalanya.
X-ray, 🩻 pemeriksaan kesihatan.
Yakinlah Allah sentiasa ada.
Zikir 📿 ialah penenang jiwa.
© Nuansa Embun