* Disiarkan di e-jurnal Doea Jiwa edisi Februari 2024: Komedi Mistik.
https://online.fliphtml5.com/qtzfi/tzjh/index.html#p=81
-tik ~
Ini ialah sebuah kisah komedi mistik.
Dihampiri Hantu Pondan pakai lipstik,
di bawah pohon mangga yang berputik.
Dia tanya aku "Boleh ambil sebiji betik?"
Aku jawab "Ini mangga". "Oh. Boleh petik?
Nak rasa." katanya. Air hujan mulai menitik.
"Habislah. Bulu mata aku dah tak melentik,
mekap aku basah, mukaku dah tak cantik.
Nampaknya, wajah aku ni nak kena suntik
botox balik." katanya. Seperti seekor itik,
mulutnya melopong. Tiba-tiba, beg plastik
terbang ke mukanya. Aku tergelak. Terdetik
di hatiku: "Bila hujan lebat nak jadi rintik?"
© Nuansa Embun