Home Alternatif Umum Nukilan Emosi
Lima-

Rima


na; -ya; -ka; ra, ta ~


Sejak muncul virus Korona.

Apabila dijangkiti, jadi merana. 

Jangan asyik ke sini sana.

Berdoa agar tidak terkena. 


Berita ada di alam maya.

Wabak ini sungguh bahaya.

Cuba dielak. Apakan daya.

Apabila sakit, tidak bermaya.


Ambil tahu. Perlu peka.

Mesti pakai penutup muka. 😷

Berita sedih undang duka.

Kematian tak disangka.


Covid 19 punya angkara.

Banyak kes seluruh negara.

Ayuh berjuang; Terus mara.

Dengan pelbagai jenis cara.

 

Suntikan 💉  vaksin merata.

Doa 🤲 tulus terus dipinta. 

Moga Tuhan tolongi kita.

Lindungi yang tercinta. 


© Nuansa Embun





Previous: Hampir-
Next: Pantun

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nuansa Embun