uk; ok ~
Dulu cekeding mcm ahjussi Yoo Jae-suk.
Skrg sado mcm ahjussi Ko Chang-seok.
Dulu cekeding mcm oppa Lee Jong suk.
Skrg sado mcm ahjussi Ma Dong Seok.
Dulu, aku cekeding sekarang sado. Susuk
tubuhku berubah. Beginilah selok-belok
kehidupan. Ada perubahan. Dulu bentuk
badan langsing. Rupa dulu memang elok.
Tetapi bukanlah bermakna aku buruk
sekarang. Jadi, aku tidak perlu sorok
muka dengan mask, lagi. Sehari suntuk
pakai sampai sesak nafas. Bukan olok2.
Aku sekarang makan pelbagai lauk-pauk.
Malam2 pula aku kunyah jajan keropok.
Dulu, masa kurus, tahap kesihatan teruk.
Kurang zat dan selera. Mudah terjelepok.
Berbanding sekarang, dah stabil. Duduk
bersila, di karpet, makan, sambil tengok
TV. Lepastu, minuman berais aku teguk.
Betapa susahnya untukku cuba mogok
@ tahan diri, tak makan, minum. Di lubuk
hatiku, ingin kurus semula; Rasa seronok
kalau ia tercapai. Jadi, aku mesti sibuk
bersenam, mulai harini, bukannya esok.
© Nuansa Embun