-pa; si ~
Kita semua dikurniakan dengan paras rupa
menarik. Akan lebih menarik andaikata isi...
hati pula baik. Jika ditolak, tidak mengapa.
Kalau di dunia, tiada jodoh peneman di sisi,
ingat, dunia ini cuma sementara. Segala apa
di sini termasuk kita akan pergi. Usah sangsi
dengan ketentuan Tuhan. Jangan hampa
sehingga wajah mulai menjadi pucat lesi.
Kita semua diuji. Ujian tiba seperti gempa.
Kita kena teruskan kehidupan walau dikerasi
dengan pelbagai ujian yang asyik menimpa.
Tujuannya agar jiwa kita kuat seperti besi.
Besi dibentuk jadi senjata setelah ditempa.
Orang tak faham apa kita lalui. Allah saksi
dan Dia sahaja faham. Maka, jangan alpa
ketika di dunia. Luahkan pada Dia. Kongsi
rasa duka melalui doa. Tiada bahu sesiapa
untuk bersandar, ada tempat sujud. Tangisi
di sejadah. Air mata ditadah. Ada beberapa
perkara berlaku tanpa dijangka seperti si
dia mulai berubah: Berhenti bertegur-sapa.
Tiada lagi komunikasi, interaksi dan toleransi.
InsyaAllah, kita semua pasti akan berjumpa
jodoh, jika tidak sempat di dunia ini. Gusi
akan kelihatan bila senyum nanti. Betapa
lama tunggu. Di dunia, mimpi, air liur basi
membasahi bantal. Tak boleh hidup tanpa
pujaan hati. Jodoh di dunia ini ibarat ilusi,
sebab banyak halangan seperti ibu-bapa...
tak restu: "Maaf. Ibu-bapa saya tak kasi."
Di akhirat sana nanti, pasti kurang sedepa
jarak jodoh. Cari Jodoh? Jika ia resolusi
@ azam tahun baru, jangan pula kita lupa
ajal boleh tiba sebelum jodoh. Ada sesi
soal-jawab di Barzakh. Cari jodoh bukan misi
utama hidup. Boleh jadi ajal dulu menerpa.
Daripada hati asyik disakiti: "Maeumi appa",
lebih baik sendiri. Susah cari jodoh serasi.
© Nuansa Embun