Terpaksa yang sebenarnya. Doktor Rose beritahu hal yang sebenar setelah
melihat Khalida benar-benar kuat. Kemungkinan untuk Khalida sembuh mungkin mengambil masa yang lama, mungkin juga Khalida
tidak akan sembuh buat selama-lamanya. Hanya Khalida dan Ilham saja yang tahu
berita sedih ini.
Hari yang sama juga, Datin Jenny datang meminta Khalida lupakan Rifky,
kerana dia tidak mahu Khalida menjadi menantunya. Dia takut Khalida tidak dapat
menglahirkan zuriat untuk keturunannya. Rifky kan anak tunggal.
“Mak cik tak benci Lida, mak cik anggap Lida seperti anak sendiri, cuma mak
cik takut Lida tak boleh menglahirkan anak untuk Rifky nanti,” ucap Datin
Jenny. Khalida tahu akan dirinya dan dia amat memahami keadaan Datin Jenny.
Sekarang macam mana? Dia sendiri pun tidak pasti apa yang akan bakal berlaku
terhadapnya nanti. Boleh sembuh ke? Kalau boleh sembuh, boleh kah dia lahirkan
anak-anak untuk suaminya nanti? Perkahwinan bukan berdasarkan cinta semata-mata
ada banyak hal lagi yang perlu difikirkan.
“Ariff boleh jaga akak nanti,” luah Ariff. Tadi Emma, kini Ariff pulak yang
mahu menjaganya. Dua tiga hari lagi, dia sudah boleh keluar dari hospital, dan
dia tidak tahu arah tujuannya. Di sini, jururawat yang menjaganya. Nak upah
jururawat dia tidak mampu. Untuk dua tiga bulan, memang dia mampu, tapi untuk
kemudian hari memang dia tidak mampu. Khalida tidak mahu menyusahkan
adik-adiknya apa tah emak dan neneknya.
“Awak tu banyak lagi tanggungjawab. Usah lah bimbang, Abang Am akan jaga
akak,” tipu Khalida sambil memandang Ilham yang berdiri di sebelahnya.
“Betul ke ni?” tanya Ariif. Ilham mengangguk!
“Usah risaukan akak, akak okey!”
kata Khalida sambil menepuk bahu adiknya, Ariff.
Tinggal mereka berdua kerana waktu melawat sudah habis. Ilham dapat pas
istimewa sebab dia suami Khalida. Dia cakap macam tu pada semua staf di sini.
Dia suami Khalida, katanya.
“Siapa nak jaga awak ni? Saya mana boleh jaga awak, saya lelaki, awak tu
perempuan? Bukan suami isteri pula tu,” kata Ilham. Sungguh, mereka sudah sah
bercerai. Masa eddah pun sudah banyak bulan berlalu.
“Saya pun tak mengharapkan awak lah!”
balas Khalida. Aku suruh dia berlakon saja bukan suruh buat
sungguh-sungguh pun.
“Hendak bangun pun tak boleh, tak harapkan orang konon!” ujar Khalida.
Khalida menjeling tajam. Geram pulak dengan kata-kata yang Ilham ucapkan.
“Saya pun tak mintak simpati Encik Ilham, jadi tak usah kecoh-kecoh!” balas
Khalida. Kalau dengan aku, bergaduh tu nombor satu. Dengan orang lain, boleh
cakap elok-elok.
Mak menangis mengenangkan nasib Khalida. Mak mahu membawa Khalida pulang ke
rumahnya di kampung. Biar mak yang
menjaganya. Lidah Khalida menjadi kelu dengan permintaan mak. Kasihan pulak kat
mak kalau kena jaga aku yang lumpuh ini.
“Sebab Mak Lida jadi macam ini..,” sedu mak menghiris perasaan Khalida.
“Tak lah, mak jangan cakap macam tu,” pujuk Khalida. Semua ini namanya
takdir.
“Lida dah tak boleh berjalan..,”
“Mak!” panggil Khalida sambil menarik kedua belah tangan mak dan mata
Khalida dan mata mak bertentangan.
“Mak kena percaya kat Lida. Lida yakin Lida boleh jalan semula, mak tengok
lah nanti,” ujar Khalida dengan penuh yakin.
Semua orang sedang berkumpul di dalam bilik Khalida. Iskandar dan Rifky pun
turut hadir. Tiba-tiba Ilham muncul bersama Datuk Razali, di sebelahnya ada
seorang ustaz, barangkali lah sebab memakai ketayap putih. Apa hal pulak nie?
“Ini Khalida ke?” tanya Ustaz. Khalida mengangguk dan dadanya berdebar.
Ilham nak buat apa sebenarnya ini.
“Lida dah bersedia nak jadi isteri Ilham?” soal Datuk Razali menyentap dada
Khalida. Terus Khalida pandang Ilham dan
melhat Ilham yang sedang tersenyum ke arahnya.
Dia ini aku suruh dia berlakon saja. Dia buat apa?
“Mak, Ilham akan memperisterikan Khalida hari ini juga, harap mak setuju
dengan pernikahan kami,” beritahu Ilham membuatkan semua yang ada terkejut.
Khalida lagi lah terkejut.
“Mak serahkan semua ini pada, Lida. Kalau Lida nak kembali kepada kamu, mak
tidak boleh menghalangnya,”ujar Puan Naimah perlahan. Khalida pandang Rifky,
terus pandang Datuk Iskandar. Dia sudah menolak lamaran Rifky dan Datuk
Iskandar semalam dan dia juga telah beritahu kepada mereka berdua, dia mahu
pulang ke pangkuan Ilham. Tetapi itu semua hanya penipuan dan lakonan semata-mata.
Dia sendiri tidak mahu kembali ke pangkuan Ilham tetapi lain pula perancangan
Ilham.
Andai aku tolak, macam mana? Tentu Rifky dan Datuk Iskandar syak yang
bukan-bukan. Macam mana sekarang? Mak dan adik-adik aku macam mana, mereka
semua tengah susah hati dengan nasib aku sekarang.
“Khalida!” panggil Ilham. Terus Khalida mengangguk tanda setuju untuk
dinikahkan dengan Ilham Hakimi. Dengan sekali lafaz saja, sah lah Khalida
menjadi kepunyaan Ilham kembali.
Ilham mengeluarkan sebentuk cincin berlian lalu disarungkan ke jari manis
Khalida. Dihulurkan tangan kanan supaya Khalida menciumnya. Khalida menyambut
lalu mengucupnya perlahan. Terus Ilham mencium dahi Khalida dan memeluk Khalida
dengan erat. Walaupun keberatan Khalida terpaksa membenarkan Ilham memeluknya.
Juga.
“Jaga Khalida untuk kami, Ilham. Kau
buat perangai lama, siap kau!” peringat Rifky sebelum keluar. Datuk Iskandar
juga memesan perkara yang sama, sebelum berlalu pergi.
Mak dan Ariff saja setuju, yang lain tidak setuju dengan tindakan Khalida,
terutamanya Ayien yang marah sangat dengan perkahwinan ini. Mujur lah ada
Saiful yang sanggup menjadi wali Khalida tadi.
“Saya suruh pura-pura saja lah!” kata Khalida apabila tinggal mereka berdua
saja.
“Kena buat sungguh-sungguh baru dia orang percaya, lagi pun boleh buat apa
saja kat awak sebab kaki awak tu dah tak boleh bergerak!” terus didukungnya
Khalida.
“Nak ke mana nie?”
“Balik tinggal di rumah saya, tinggal di sini lama-lama nak buat apa?”
“Datin macam mana? Zura awak tu?”
“Panggil abang, kalau tidak saya jatuhkan awak kat lantai ni,” ugut Ilham.
“Panggil buat apa saya terpaksa saja jadi isteri awak dan awak tu ambil
kesempatan sebab saya dah lumpuh!”
“Suka tak suka, benci ke, marah ke, dah tak ada gunanya lagi, Lida ooi!”
Apa dah jadi dengan aku, berkahwin dengan orang yang paling aku benci dalam
hidup aku? Dulukan aku kutuk dia habis-habisan sekarang apa dah jadi? Malu pun
ada, menyesal pun ada, tetapi nasi sudah menjadi bubur.
Aku kena bergantung dekat orang sekarang sebab lumpuh dan aku tak boleh nak
jaga diri aku sendiri. Kerana tak mahu menyusahkan orang-orang yang aku sayang,
aku terpaksa menyusah dia yang aku benci.
Betul ke tindakan aku nih? Macam tak percaya saja?