Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 11

ILHAMKHALIDA – BAB 11

Khalida menyuap mee udangnya perlahan-lahan.

“Kalau tau Lida nak datang ke sini, saya tunggu Lida tadi,” ujar Ilham sambil menghulurkan minuman Khalida yang berada di sebelahnya. Muka Zura berkerut seribu.

“Sayang, cepat lah makan, kita ada hal lagi,” gesa Zura tidak selesa dengan kehadiran Khalida.

“Kita orang ganggu ke?” soal Emma pula. Khalida di sebelah tersenggih mendengarnya. Sepupu aku pun satu, tanya soalan buat orang panas hati pula. Memang lah kita ganggu, orang sibuk berdating, kita datang menganggu.

Apa aku dapat dengan menyakiti hati Zura? Soal Khalida di dalam hatinya sendiri. Dia datang dulu dari aku dalam hidup Ilham, cuma dia tidak ada jodoh dengan Ilham lagi. Aku???? Rasa bersalah sangat sebab terpaksa kahwin dengan Ilham, wal hal aku sudah lama tahu hubungan dia dan suami ku itu. Masalahnya sekarang, Ilham yang tak nak lepaskan aku. Dulu cakap sebelum nak bertunang dengan Zura, nak selesaikan semua masalah dengan aku, tapi tak juga.

Ilham ni main tarik tali aku rasa. Mentang-mentang lah kuasa hendak berpisah itu ada kat dia, jadi boleh lah dia buat macam-macam. Mujur tak ada kat aku, kalau ada kat aku, memang dah lama aku tinggalkan Ilham nie.

“Awak berdua nak ke mana selepas ni?” soal Ilham tiba-tiba.

“Rasa nak tengok wayang kut!” tipu Emma. Khalida di sebelah mengelengkan kepala.

“Cerita apa?” soal Ilham lagi.

“Cerita hantu!” jawab Emma. Mak aiii, beraninya kita malam ini. Aku kalau tengok cerita hantu pakai tak lena lah malam ini jawabnya. Takut!!!

“Lida, awak nie memang suka cari pasal kan? Awak memang sengaja ikut kami supaya dapat dekatkan diri awak dengan Ilham kan?” tiba-tiba Zura naik angin. Semua orang dalam restoran memandang ke arah mereka berempat. Angin pun tidak, ribut pun tidak. Tiba-tiba kena marah.

“Jom kita balik!” ajak Khalida tanpa sempat menghabiskan makanan mereka. Begitu juga dengan Emma. Biar lah aku mengalah, kerana aku tak nak malukan sesiapa pun di sini.

“jom!” balas Emma.

“Apa awak cakap ni?” tegur Ilham.

“Dah.. dah jangan buat drama di sini,” balas Khalida. Tercenggang Ilham mendengarnya.

“Wooi, perempuan miskin, kau tu sebab ada Ku Ibrahim saja lah. Kalau tidak jangan harap Ilham akan berkahwin dengan kau,” cemuh Zura membuatkan Khalida hilang sabar. Emma menarik tangan Khalida dengan kemas, menghalang Khalida membalas kata-kata dari Zura.

“Lida!” jerit Ilham. Khalida datang semula kepada Ilham dan berada di tengah-tengah Ilham dan Emma.

“Hey Zura, cakap tu elok-elok sikit, kalau kau nak sangat kat Ilham nie, ambik lah. Aku bagi free saja kat kau,” kata Khalida sambil menjeling ke arah Ilham. Ini semua Ilham punya pasal.

“Wooi, Lida!” bengang juga Ilham dengan kata-kata Khalida.

“Encik Ilham dengan Cik Zura tu sama-sama sewel, elok lah kahwin pun!” balas Khalida, perasaan geram masih berbaki di dalam dirinya.

“Kau nie pun nak cakap agak-agak lah. Ilham tu bukan kekasih kau, bukan kawan kau, dia suami kau, tak ingat ke!” tegur Emma yang menahan kesakitan untuk berjalan.

“Geram!”

“Bawa bersabar!”

“kait kan kita yang miskin nie apa kes? Ingat dia mulia sangat ke?”

“Kita memang miskin pun kan? Dia tak pernah alami apa yang kita alami. Celik saja mata, emas bertambun di depan mata. Jadi emas tu buat dia sombong. Kita nie nasib baik miskin, kalau kita kaya, entah-entah kita lagi teruk dari dia orang tu,” lembut saja suara Emma memujuk Khalida.

Ha, ah. Betul tu, kita belum lagi merasa hidup dalam kekayaan, entah-entah kita lagi teruk dari dia orang. Lagi sombong! Lagi ego!

“Alhamdulillah, sebab kita miskin!” dia mula tersenyum. Kerana kemiskinan ini mendekatkan kita kepada ALLAH dan kita tidak pernah lupa pada ALLAH yang menciptakan kita. Andainya kita kaya, jangan lah jadi seperti keluarga Ilham.

Kerana kata-kata itu, Ilham mengekori Khalida sehingga ke rumah Emma. Khalida sendiri pun tidak sedar, dia diekori. Baru nak masuk ke rumah Emma, bahunya dicuit orang. Terus dipandangnya muka Ilham.

“Awak ingat saya nie tak ada harga diri?” soal Ilham sebaik saja Khalida melihat wajahnya.

“Masuk dulu Encik Ilham, tak baik bergaduh depan pintu,” pelawa Emma. Khalida yang masuk terlebih dahulu, sebab dia tahu Ilham akan mengikutnya masuk ke dalam rumah.

“Tau pun Encik Ilham perasaan marah? Baru cakap sikit, Encik Ilham dah melompat sampai ke langit..,” balas Khalida sambil duduk di atas sofa panjang. Ilham masih berdiri di hadapan Khalida.

“Bergaduh lah yer, aku nak tidur!” pinta Emma. Tak nak campur hal suami isteri ini.

“Awak hina saya..,” kata Ilham.

“Macam mana perasaan orang kena hina? Best??”

“Tak best!”

“Ingat saya yang kena hina tu best sangat?”

“Lida, awak tu miskin buat cara miskin. Saya hina awak pun sebab saya orang senang tau tak?” kata Ilham. Ungkit lagi baik bab miskin nie.

“Encik Ilham , pergi lah balik. Kalau setakat datang ke sini nak ungkit bab miskin, kaya, lebih baik Encik Ilham balik!”

“Saya marah sebab awak nak beri free saja kat Zura tu, ingat saya tak ada harga diri ke?”

“Ooo, jadi nak cakap Encik Ilham kaya raya, jadi tak boleh saya cakap macam tu,” Dia ini tak cukup akal ke apa nih?

Aku pun satu, cakap teruk sangat kat dia tadi. Aku salah sangat kali ini.

“Saya tahu, saya banyak menyakiti hati awak, saya tahu saya sudah melukakan hati awak, saya sedar atas segala kesilapan dan kesalahan saya kat awak selama ini, tapi ayat awak tadi teruk sangat. Kalau tak ingat awak tu isteri saya, dah makan penampar muka awak tu,” marah Ilham semakin menjadi-jadi.

“Mak ayah saya tak pernah tampar saya, tau tak? Saya tahu lah saya anak yatim, tapi mak ayah saya sayangkan saya...,” luah Khalida. Hati Ilham tersentuh tiba-tiba.

Kali ini dua-dua diam.

Tanpa berkata-kata, Ilham terus pergi meninggalkan Khalida begitu saja.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.