ILHAMKHALIDA
– BAB 21
Sepanjang
perjalanan pulang, Khalida terbayangkan wajah Datin Jenny yang ramah itu.
Baiknya hati dia, walaupun dia kaya tetapi dia tidak sombong. Kalau hendak
dibandingkan dengan Datin Rinie, jauh panggang dari api. Jauh sangat.
Kata-kata
Rifky dan Datin Jenny, Khalida anggap itu hanya satu gurauan. Cukuplah sekali
dia merasa betapa peritnya menjadi menantu orang kaya, orang bukannya sukakan
kita yang miskin ini. Hati orang bila-bila pun boleh berubah.
Hidup ini
satu realiti, bukannya fantasi atau pun sebuah mimpi. Cerita heroin kahwin
dengan hero anak orang kaya, itu cerita novel, cerita dalam drama, hakikatnya,
kita mesti mencari yang sekufu, yang sama taraf dengan kita. Kalau tidak tak
ada lah peribahasa, enggan sama enggan, pipit sama pipit, betul tak? Enggan
mana boleh terbang dengan pipit..,
Kalau aku
diberi peluang, cewah.. aku nak kahwin dengan orang yang sama taraf dengan aku,
senang. Alang-alang biar anak yatim piatu sama dengan aku. Lagi senang! Ha ha
ha...
Balik
rumah, sudah ada tetamu, keluarga si zura sedang berkumpul di ruang tamu.
Biasalah, mereka inikan suka lepak di sini. Ilham pun ada jugak. Tetapi muka
ilham tidak ceria seperti selalu. Tiada
ada yang menegurnya, Khalida pun buat tidak kisah saja.
Tiba-tiba
dapat panggilan ketika berjalan di atas tangga. Panggilan dari Emma.
“Esok pagi
teman aku balik kampung, boleh?”
“Apa hal?”
“Nak
hantar bunga-bunga telur dan barang hantaran!”
“Kena
ambil cuti lah nie,”
“Dua hari
saja, bukannya banyak hari pun!”
“Ok, set!”
Dengan
Emma, kalau suruh ke Gurun Sahara pun dia sanggup. Sebab Emma sudah banyak
berkorban untuknya. Mujur boleh mohon cuti secara online, baru mohon tak sampai
5 minit, Datuk Razali telah meluluskan cutinya itu. Baju dah pek hari tu, esok
boleh terus bertolak balik ke kampung.
Atas
keizinan dari Ilham, Khalida pulang ke kampung. Ilham pun tidak banyak soal
kali ini. Kalau tidak macam-macam juga yang disoal oleh Ilham. Tetapi kenapa
balik kampung kali ini, hatinya rasa tidak enak saja. Seperti ada sesuatu yang
tidak kena.
Mereka
berdua sampai petang, tetapi ada kereta Datin Rinie dan Zura di hadapan
rumahnya. Itu yang membuatkan Khalida terkejut sangat. Dia orang datang buat
apa di rumah aku?
Khalida
berlari cepat-cepat apabila terdengar suara riuh di atas rumahnya. Rasa tidak
sedap hati. Di dalam rumah, ada Datin Rinie, Zura dan ibu Zura, Datin
Mastura. Khalida melihat dengan jelas
Datin Rinie mahu menampar pipi ibunya Puan Naimah. Khalida segera dapatkan
ibunya dan menepis tangan Datin Rinie.
“Awak
patut cermin muka awak. Dasar orang miskin, ada hati nak kikis harta keluarga
kami. Aku tahu kau buat ubat guna-guna untuk pikat hati Ilham supaya tidak
ceraikan Khalida,” tuduh Datin Rinie sebaik saja Khalida sampai.
“Apa datin
cakap nie? Kalau datin tak suka, pukul lah saya, hukum lah saya, jangan
babitkan mak saya!” marah Khalida. Kesabarannya pecah berkecai. Marah sangat
kerana datin Rinie mahu menampar pipi ibunya sebentar tadi.
“dasar
orang kampung, sanggup sihirkan Ilham tu supaya tak ceraikan kau. Aku tak suka
kau, sampai mati pun aku tetap tak suka kan kau!” sambung Datin Rinie lagi.
“Datin
pergi balik, sebelum saya telefon polis!” kata Ayien yang baru sampai ke rumah.
Datang serang di rumah orang, tak malu ke?
“Aku boleh
balik, tapi suruh kakak kau nie tinggalkan Ilham. Dulu kau orang tu menumpang
kesenangan bapa mentua aku saja, kalau tidak kerana bapa mentua aku, sudah lama
kau orang hidup merempat, entah-entah jadi peminta sedekah di tepi jalan,” hina
Datin Rinie semakin menjadi-jadi.
“Anak
datin yang tak nak lepaskan Khalida, jangan asyik menuduh lah. Memang kami
miskin, tapi datin lagi miskin. Miskin budi bahasa dan kasih sayang!” balas
Emma yang turut merasa sakit hati dengan tindakan Datin Rinie yang datang
memarahi mak angkatnya itu.
“Kau
jangan cakap bukan-bukan. Aku tetap dengan keputusan aku, jangan harap kalau
ilham memilih Khalida, aku kan terima Khalida. Sampai mati aku benci Khalida!”
“Cukup tu,
datin boleh balik sekarang, sebelum saya apa-apa kan datin. Sebelum kesabaran
saya benar-benar hilang kali ini,” halau Khalida. Ayien mengheret Datin Rinie
keluar dari rumahnya, Emma pula menarik tangan Zura dan datin mastura pergi
dari rumahnya.
“Mak,
maafkan Lida!” ucap Khalida sayu. Sebak sangat kali ini. Selama ini datang lah
dugaan hebat macam mana pun, dia tidak menangis, kecuali selepas ayahnya
meninggal, itu lah tangisan yang terakhir darinya tetapi hari ini, hatinya
sedih sangat.
“Sudah lah
tu, mak tak apa-apa lah!” kata mak. Lagi lah hati Khalida tidak tentu arah.
Dua hari
di kampung, Khalida berfikir semasak-masaknya. Apa tindakannya kali ini. Tetapi
yang pasti, hatinya rasa malas mahu pulang ke rumah Ilham. Berat hati sangat.
“Tengok
macam susah hati saja, kenapa?”
“Tak best
dah macam nie, aku setakat orang hina kutuk aku, biasa lah kan. Nie babitkan
mak aku, tu yang rasa macam sakit hati sangat!” luah Khalida ketika berhenti di
hadapan rumahnya. Nak masuk atau tak?
“Habis tu
kau nak buat apa?” tanya Emma lagi.
“Entah
lah!” tetapi tangannya sibuk mendail nombor Rifky. Sejak dari kampung lagi
Rifky tidak dapat dihubungi. Ke mana yer? Tidak berpuas hati, dia menelefon
pula nombor Datin Jenny.
“Ya,
Lida!”
“Datin,
rifky ada?”
“Dia pergi
Australia, balik kampung papanya. Kenapa Lida?” ooo, patut lah tak dapat
dihubunginya.
“Berapa
lama dia ke sana?”
“Tak tahu,
katanya mungkin lama di sana!”
“Okey,
terima kasih yer datin!”
Lama juga
Khalida terdiam selepas bercakap dengan Datin Jenny.
“Kau buat
solat istikharah tak semalam?”
“Buat, dua
malam turut-turut!”
“Kau
nampak siapa?”
“Dua-dua
tak nampak, tetapi aku nampak orang lain,” kata Khalida sambil tersenyum.
“Siapa?”
Kau pun
kenal sangat dengan dia, Emma!