Kehadiran Datuk Razali pagi ini memberi sebuah jawapan,
kenapa dan mengapa Ilham bercinta dengan Zura. Keluarga Datuk Razali dan ayah
Zura sudah lama berkawan. Malah ada
ikatan dua pupu gitu. Sejak dari kecil Ilham dan Zura memang rapat. Belajar
satu sekolah sehingga sampai ke luar negara. Mungkin Ilham tidak dapat menilai
perasaan sendiri sama ada kasihan atau benar-benar cinta kepada Zura.
“Ayah papa (merujuk kepada Ku Ibrahim) tidak sukakan
hubungan ini kerana dia beranggapan, tak elok berkahwin dengan saudara sendiri.
Dia lebih suka Ilham berkahwin dengan orang luar dan kebetulan atuk berkenan
kan Lida. Papa nak Lida kembali kepada Ilham, lagipun Ilham dah mula sukakan
Lida, kan?” ini amanah ayahnya, jadi dia mahu menyelamatkan amanah ayahnya itu.
Lagipun Ilham sudah mendapat pengajaran di atas perpisahan ini.
“Lida perlukan masa papa!” kata Khalida. Tak tahu Ilham benar-benar mula
menyukainya atau hanya sebuah lakonan saja. Dia sendiri pun tidak pasti.
“Jadi Lida balik kampung pagi ini?” soal Datuk Razali. Tak sangka isteri
tidak kisah pun dengan amaran yang dia berikan.
“Nak balik papa, rasa nak jemput mak dan nenek tinggal dengan Lida buat
sementara waktu,” bimbang sangat dengan keadaan mak dan nenek di kampung. Dari
tinggal berjauhan, rasanya elok dia orang tinggal di sini sekali bersama
Khalida.
“Bagus juga tu!”
Demi menjaga keselamatan Mak dan nenek, Khalida membawa mereka tinggal
sekali dengannya. Datin Rinie tak akan datang menganggu, mak dan nenek di sini
kerana Khalida ada. Itu yang Khalida fikirkan. Walaupun kedua-duanya keberatan
untuk tinggalkan kampung halaman mereka tetapi atas desakan dan pujuk rayu
Khalida, mereka ikutkan juga kehendak Khalia.
“Iskandar datang masuk meminang Lida dua hari yang lalu,” beritahu Puan
Naimah ketika mereka selesai makan malam. Esok perlu pergi ke pasaraya untuk
mendapatkan barang-barang dapur. Semua barang dapur habis malam ini.
“Hah?”
“Lida nie, tak usah buat muka terkejut macam tu, tak suka nenek tengok?”
tegur nenek. Betul, terkejut. Macam tak percaya pun ada jugak.
“Orang cakap perkara betul lah, tetapi mak cakap, beri masa untuk Lida
fikirkan,” kata Puan Naimah sambil mengambil surat khabar harian metro untuk
membacanya.
“Lida kan suka sangat dengan abang is tu, nenek pun suka jugak. Tetapi kita
orang tak akan memaksa Lida dalam hal ini,” celah nenek sambil tersenyum.
Iskandar nie tak tanya pun aku, tertiba saja masuk meminang. Tetapi suka lah
sangat. Hati tak dapat nak menafikan akan perkara ini. Khalida tersenyum
sendirian.
Sebelum tidur, Rifky pula menghubunginya dan turut melamar Khalida untuk
menjadi isterinya. Lagi lah Khalida bingung dengan semua ini. Hasrat papa untuk
Ilham, Iskandar dan Rifky, yang mana satu menjadi pilihan? Terasa sukarnya
untuk membuat keputusan kali ini.
Tak kan nak tolak semuanya, kena pilih salah seorang, pesan Emma sebelum
dia menglelapkan mata.
Ya, ALLAH, berikan aku petunjuk siapa yang harus aku pilih untuk dijadikan
suamiku? Siapa diantara mereka bertiga yang ALLAH ciptakan kepada ku agaknya.
Semuga aku mendapat petunjuk dalam mimpi ku nanti.
Itu doanya.
Pagi ini, Khalida membawa maknya ke pasaraya untuk membeli barang-barang
dapur dan barang-barang rumah. Selesai membeli Khalida mengangkut barang-barang
masuk ke dalam kereta. Hati tiba-tiba rasa tidak enak saja. Malah sejak dia
datang ke sini lagi.
Selesai mengambil barang, dia mengalih ke belakang dan sedang melihat
emaknya mahu melintas jalan. Mak sedang tersenyum ke arah Khalida apabila
Khalida melihat sebuah kereta yang sedang memecut dengan lajunya untuk
melanggar mak. Khalida melihat wajah pemandunya, terkejut apabila Zura sedang
memandu kereta dan ditemani oleh Datin Rinie.
“Makkkkkk..,” nyaring suara Khalida. Malah dengan pantas Khalida berlari
menolak emaknya ke sebelah dan kereta yang dipandu oleh Zura melanggar Khalida
sehingga Khalida melambung ke tengah jalan. Aku perlu selamatkan mak aku kalau
tidak aku akan menyesal seumur hidupku. Hanya itu yang ada dalam kotak fikiran
Khalida waktu itu.
“Lida!” jerit mak terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.
Darah pekat mengalir membasahi tubuh badan Khalida. Puan Naimah memangku kepala
Khalida di atas ribaannya. Air mata Puan Naimah mengalir laju membasahi
pipinya. Takut teramat sangat. Gementar seluruh anggota badan saat ini.
“Mak...,” panggil Khalida sebelum Khalida menutup matanya dengan rapat.
Telefon bimbit yang dipegang oleh Iskandar terjatuh dari tapak tangannya
sebaik saja menerima berita malang ini. Rifky pula hampir pengsan apabila Emma
menghubunginya dan memberitahu apa yang berlaku ke atas diri Khalida.
Khalida mengalami kecederaan teruk di bahagian seluruh pinggangnya.
Walaupun pembedahan berjaya tetapi kemungkinan kedua belah kaki Khalida menjadi
lumpuh. Tetapi masih ada harapan untuk khalida berjalan semula mengikut
kekuatan dan semangat Khalida.
Ilham termenung lesu melihat darahnya sedang mengalir masuk ke dalam tubuh
badan Khalida. Hanya darahnya saja yang sesuai dengan darah Khalida sebelum
menunggu adik-adik Khalida sampai ke hospital. Saat ini, ambil lah nyawanya dia
sanggup memberi nyawanya kepada Khalida, asalkan Khalida dapat diselamatkan.
Dua hari Ilham setia di sisi Khalida, menunggu Khalida sedar semula.
Dipegangnya tangan Khalida dengan erat lalu diletakkan tangan Khalida ke
pipinya.
“Bangun, sayang!” bisik Ilham perlahan.
Semua orang tidak ke mana-mana, kerja pun tidak pulang ke rumah pun
tidak. Hanya menjadi penunggu setia di hospital ini. Adik-adik Khalida, seluruh
keluarga Khalida berkampung di hadapan wad di mana Khalida di tempatkan. Begitu
juga dengan Iskandar dan Rifky yang turut hadir untuk menemani Khalida.
Setiap masa, Ilham bercakap di sisi Khalida. Pesan doktor, Khalida boleh
mendengar. Sebab itu Ilham bercakap dengan Khalida. Dia seorang saja yang ada
kekuatan untuk berhadapan dengan Khalida sedangan ahli keluarga Khalida sedih
sangat, dan tidak berdaya untuk bercakap dengan Khalida. Tidak sanggup melihat
Khalida yang terlantar di atas katil dan tidak bergerak itu. Tidak sanggup
melihat orang yang mereka sayang sedang kesakitan di atas katil.
Bagi Ilham, dia perlu kuat walaupun hakikatnya dia menangis di dalam hati.
“Lida, bangun lah. Saya rindu nak bergaduh dengan awak ni,” ucap Ilham
seperti selalu.
“Awak kan tak suka saya, benci saya dan masih marah kat saya kan? Bangun
lah supaya awak dapat tumbuk saya seperti selalu,” sambung Ilham lagi. Pun tidak ada tindak balas dari Khalida.
Khalida dengar suara itu. Dengan suara Iskandar yang melamarnya dan mahu
menjaganya nanti. Suara Rifky pun ada. Suara papa kerap juga kedengaran di
telinganya. Semuanya dia dapat mendengarnya. Tetapi dia tidak tahu apa yang
berlaku. Bermimpi kah dia? Atau apa yer??
Cuma dia mahu kuat dan bangun semula kerana mahu melihat emaknya dan tidak
mahu mak dan keluarganya bersedih dengan apa yang berlaku kepadanya. Dia mahu
bangun dan membuka mata demi mak dan adik-adik.
Ilham mengenggam tangan Khalida dengan erat. Ooo.. mentang-mentang aku
tidak sedar kau ambil kesempatan yer. Ilham ini memang nak kena. Terus Khalida
buka mata dan membuat Ilham terkejut.
“Khalida, awak dah sedar yer!” jerit Ilham. Terdengar suara jeritan Ilham,
semua orang terus masuk ke dalam bilik. Khalida melihat mereka satu persatu.
Adik-adiknya semua ada. Iskandar dan Rifky turut hadir, begitu juga dengan
Datuk Razali.
“Emma, mana mak? Aku nak jumpa mak!” kata Khalida.
“Lida, mak kat sini, sayang!” kata Puan Naimah terus meluru ke arah Khalida
dan memeluk Khalida dengan erat. Syukur Alhamdulillah, mak selamat!
Khalida cuba bangun tetapi kedua belah kakinya tak rasa apa-apa. Dari
seluruh pinggang hingga ke kaki tidak terasa apa-apa. Jantung Khalida bergerak kencang.
Dirabanya kakinya dengan tangannya tanpa pengetahuan sesiapa pun. Tangan terasa
tetapi kaki ada Cuma kaki tidak rasa apa-apa. Dia tidak mahu menjerit dan cepat
gelabah kerana dia tidak mahu orang sekelilingnya risau dan bimbangkan dia.
Cuma dia beristifarg di dalam hati. Istifarg banyak-banyak. Doktor Rose datang
dan meminta semua orang keluar dari biliknya kerana dia mahu membuat
pemeriksaan lanjut ke atas diri Khalida.
Semua orang keluar kecuali Ilham. Ilham datang ke arah Khalida.
“Suami puan nie tak bergerak ke mana-mana sejak dari puan tidak sedarkan
diri,” beritahu Doktor Rose.
“Saya nak tanya sesuatu, boleh?” soal Khalida.
“Boleh?”
“Saya lumpuh ke?” soal Khalida. Aku nak duduk sendiri pun tak boleh. Sakit
pun tak apa pun tak, tetapi tak boleh bergerak.
“Kedua-dua belah kaki awak lumpuh, tetapi kita boleh berusaha dan harapan
untuk awak berjalan semula tetap ada!” lembut saja suara Doktor Rose bercakap.
“ALLAH HU AKHBAR!” ALLAH maha besar. Ucap Khalida. Besar sungguh dugaanMU
dan tentu besar juga hikmahMU kepada ku nanti. Berilah aku kekuatan!
“Saya yakin awak boleh sembuh seperti sedia kala, Khalida. Sebab awak kuat
semangat!” ujar doktor rose sambil menepuk bahu Khalida. Doktor rose berjalan
keluar hanya tinggal mereka berdua sekarang.
Khalida terdiam dan menangis di dalam hati. Hendak menangis di hadapan
Ilham dia rasa malu sangat. Ini takdir, dan tidak boleh menyalahkan takdir.
Hati perlu redha untuk menerima semua ini, baru lah hati akan tenang kembali.
Hancur semua harapan. Nak kahwin apanya kalau sudah jadi begini. Kahwin
bagi bebanan kepada orang saja. Semua itu hanya tinggal angan-angan. Sekarang
dia banyak mengharapkan bantuan jururawat di sini. Dia tidak mahu menyusahkan
adik-adiknya kerana mereka juga sudah ada tanggungjawab. Dia juga tidak mahu
menyusahkan maknya dalam hal ini. Mujurlah jururawat bernama wawa ringan tulang
membantunya.
Cepatnya masa berlalu, sekarang sudah masuk tiga minggu dia di hospital dan
setiap hari tiga orang lelaki ini akan datang menghibur hatinya. Cuma sejak
akhir-akhir ini hatinya gelisah apabila Iskandar dan Rifky melamarnya. Malah
melamarnya di depan Ilham pulak tu.
Dua-dua lelaki itu dia sayang. Dia sayangkan Iskandar dan dia juga
sayangkan Rifky. Mungkin ini petunjuk yang ALLAH berikan kepadanya kerana dia
sudah dapat membuat keputusan. Dia tidak sanggup menjadi bebanan kepada sesiapa
pun.
“Nak minta tolong, boleh?” katanya ketika Ilham datang melawatnya petang
ini. Antara mereka bertiga, Ilham saja yang tidak mengajaknya berkahwin. Sah
lah Ilham tidak sanggup menjadikan dia sebagai isteri. Selesai satu masalah.
Hanya ada dua orang saja yang bermasalah.
“Apa?”
“Saya nak tolak pinangan Iskandar dan Rifky, masalahnya sekarang, dia orang
tak akan lepaskan saya kalau saya keseorangan. Saya tak sanggup menyusahkan
hati orang yang saya sayang. Saya sayangkan Iskandar dan saya sayangkan Rifky
Cuma dengan Encik Ilham saja yang saya tak suka,” jawapan itu jujur di hati
Khalida. Ilham tersenyum.
“Dulu suka lah, sekarang dah jadi macam ini memang tak suka pun!” ujar
Ilham. Khalida turut tersenyum. Alhamdulillah. Suka sangat dengan jawapan itu.
Kalau aku kahwin dengan Iskandar atau Rifky tentu aku menyusahkan dia
orang. Iskandar itu ada cita-cita dan impian yang amat besar, kalau aku ada,
tentu dia perlu bahagikan masa antara aku dan kerjayanya. Tentu aku menyusahkan
dia nanti. Andai aku pilih Rifky, aku belum tentu boleh lahirkan zuriat kepada
Rifky sedangkan Rifky anak tunggal, keluarganya tentu mengharapkan Rifky
mendapat anak-anak yang ramai nanti. Perkahwinan bukan untuk hari ini tetapi
untuk masa depan.
“Boleh tolong ke tak ni?” soal Khalida lagi.
“Cakap lah!”
“Awak tolong mengaku awak nak ambil saya semula menjadi isteri awak, boleh
tak?” kata Khalida. Mereka berdua akan tinggalkan aku setelah tahu aku dan
Ilham akan berkahwin semula. Ini saja jalan yang ada.
“Itu saja?”
“Yup!”
“Okey lah, saya ikut arahan awak tu!” ujar Ilham.
Tinggal sayang, tinggal lah pujaan.