Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 25

“Tak kan tak ada apa-apa perasaan untuk Ilham sepanjang Lida jadi isteri Ilham?” sambung Datuk Razali lagi. Hmm, betul tu Khalida, tak akan ada apa-apa untuk Ilham?

Dia tak pernah suka kita, tak kan kita nak suka dia pula? Aku bukan perempuan jenis suka meruyu atau mengemis cinta lelaki, dah tak suka, aku pun tak suka lah. Cuma tak cakap saja di depan Datuk Razali.

“Benci sangat lah Lida kat Ilham yer,” sambung Datuk Razali membuatkan Khalida tersenyum.

“Bukan benci tapi geram!”

“Sebab?”

Khalida diam. Ada lah sebab aku geram dekat dia!

“Papa janji Ilham tak akan lukakan hati Lida lagi. Dan papa janji tak akan benarkan mama rinie atau sesiapa pun hina Lida lagi,” janji Datuk Razali sekali lagi. Nampak sangat dia memang berharap Khalida pulang bekerja dengannya semula.

“Lida tak kisah tentang itu tetapi Lida risaukan mak dan nenek di kampung!” luah Khalida. Kalau dia ke sana, tentu Datin Rinie marah dan datang menyerang mak dan nenek di kampung.

“Itu pun Lida jangan risau, pandai lah papa nak ajar mereka nanti!” kata Datuk Razali sambil tersenyum. Harap-harap terbuka pintu hati Khalida untuk kembali bekerja dengannya semula.

“Nanti Lida fikirkan!” balas Khalida.

Selesai makan tengah hari di rumah keluarga Khalida, baru lah Datuk Razali pulang. Khalida menghantar bekas ayah mentuanya sampai ke kereta.

“Balik balas dendam dan ajar Ilham cukup-cukup, Lida. Lida kan marah dengan Ilham dan tak puas hati dengan Ilham, ini lah masanya!” kata Datuk Razali ketika menarik pintu kereta. Dia tahu hati Khalida begitu terluka dengan sikap anak lelakinya.

Memang dalam hati aku ada semua itu. Apa tah lagi sekarang sudah diberi peluang oleh papanya.

“Papa tak kisah kalau Lida tumbuk muka Ilham tu?”

“Tak, papa benarkan!”

“Itu yang Lida suka!”

“Kalau lida nak ajar mama rinie pun, papa izinkan!

“Yang tu mana boleh papa, mama tu orang tua. Lida kena hormat orang tua!” kata Khalida.

“Balik yer, papa tunggu Lida di ofis esok pagi!”

“Insha ALLAH, papa!”

Semalam dia berfikir, tidak tahu sama ada mahu pulang atau tidak. Kerana runsingkan hal ini dia bertanyakan hal ini kepada Datuk Iskandar, dan lelaki iu menyuruhnya pulang ke sana. Malah dia juga turut memohon pendapat dari Rifky, Rifky turut sependapat dengan Datuk Iskandar.

“Balik lah, saya tunggu awak di sini!” kata Rifky dengan gembira.

“Awak dah balik ke sini ke?” soal Khalida. Rifky merajuk seperti aku juga ke? Atau kerana hatinya terluka disebabkan aku menolak cinta dan harapannya?

“Dah tiga minggu kat sini, Lida!” jawab Khalida. Pergi sana untuk mencari ketenangan dan kekuatan diri dan ada hal keluarga yang perlu di selesaikan.

“Kenapa tak beritahu?” soal Khalida lagi.

“Tak nak melukakan hati awak dan hati saya, Lida!” jawabnya perlahan. Hati Khalida berkocak perlahan.

“Apa yang awak cakap ni?” soal Khalida.

“He he he..,” Rifky hanya ketawa saja.

Datuk Iskandar dan Rifky menyuruhnya pulang ke sana, begitu juga dengan Emma. Sekarang dia mahu bertanyakan kepada maknya pula. Andainya mak mengizinkan dia akan pulang ke sana semula.

“Mak izinkan Lida bekerja semula dengan syarikat atuk?” soal Khalida. Beratnya hati nak tinggalkan mak dan nenek di kampung ini.

“Pergi lah, itu yang sepatutnya Lida lakukan. Atuk tu memang mengharapkan Lida bekerja di sana sampai bila-bila kan?” kata Puan Naimah sambil tersenyum. Di pegang bahu Khalida.

“Betul tu, ingat Lida kalau tak kerana budi Ku ibrahim, tentu hidup kita tak seperti sekarang. Kadang-kadang ada betul juga cakap Datin Rinie tu, kita hidup senang disebabkan bantuan dari Ku Ibrahim kepada kita selama ini,” sokong Nenek pula.

Kalau ikutkan hutang aku dengan syarikat Ku Ibrahim belum lagi selesai. Tetapi Ku Ibrahim tidak mahu menerima duit bayaran dari ku. Dia membantu ku dengan seikhlas hatinya.

Setelah ayah meninggal dalam kemalangan, kami sekeluarga pulang ke kampung. Atuk waktu itu hanya menoreh getah saja. Kebun getah pula kepunyaan orang. Hasil duit menjual getah keping terpaksa dibahagi dua, dan berapa ringgit yang datuk dapat untuk menampung kami yang seramai 10 orang ini. Kalau musim hujan, atuk tidak dapat menoreh getah, waktu itu lagi lah sukar hidup kami.

Alhamdulillah, sekarang kami semua dah berjaya dan semua itu adalah berkat pertolongan Ku Ibrahim.

Jadi, Khalida mengambil keputusan untuk pulang ke bekerja di syarikat Ku Ibrahim semula. Dalam pukul 10.00 pagi dia sudah sampai dan terus mengadap muka Datuk Razali yang menyambut kepulangan Khalida dengan gembira sekali.

Terkejut beruk Ilham sebaik saja melihat Khalida di depan papanya. Macam tak percaya tetapi tersenyum di dalam hati. Rasa bahagia sangat kerana boleh menatap wajah kesayangannya di hadapan mata.

“Aik, nie balik nak merayu kasih saya ke? Jangan harap lah!” kata Ilham. Baru boleh bercakap. Sedangkan selama ketiadaan Khalida, Ilham membisu, tidak bercakap dan tersenyum kepada orang. Hari ini muka dah ceria. Datuk Razali tersenyum, baru kita tahu penangan Khalida yer.

“Dah, kalau nak bergaduh, bergaduh di luar, yang pastinya Lida boleh sepak terajang Ilham tu kalau dia sakitkan hati Lida lagi,” kata Datuk Razali.

Itu yang aku impikan. Dulu, dia suami aku jadi aku tak boleh nak luku kepala dia atau hempuk kepala dia, sekarang kami dah tak ada apa-apa ikatan. Aku tak perlu hormat dia sebagai suami aku lagi. Kalau dia cakap lebih kurang memang siap lah dia.

“Jangan mimpi lah, saya pun tak teringin kat awak tu!” balas Khalida sewaktu lalu di hadapan Ilham Hakimi.

“Mulut saja kata mcm tu, kalau tidak masakan awak datang semula,”

“Saya datang kerana papa lah!” jerkah Khalida. Datuk Razali buat tidak kisah saja.

“papa? Atau balik sebab nak suruh saya rujuk dengan awak, Lida!”

Terus Khalida mengenggam penumbuknya dan ditujukan terus ke bibir Ilham. Terkejut Ilham dengan tindakan Khalida.

“Encik Ilham memang gila bayang!” tegas Khalida.

Gila sorang-sorang!

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.