Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 38

Suboh pagi ini ketika mereka sedang bersiap untuk bersolat jemaah bersama, pintu bilik Khalida di ketuk oleh Saiful.

“Mak suruh abang am jadi imam solat subuh pagi ni,” beritahu Saiful. Ini rutin kalau berkumpul ramai-ramai di kampung. Mak akan suruh salah seorang anak lelakinya untuk menjadi imam solat jemaah di rumah.

Khalida tersenyum. Tahu sangat mak mesti nak uji Ilham sama ada boleh menjadi ketua atau tidak. Bagi Khalida dia tahu kemampuan suaminya itu. Ilham ini memang dia anak orang berada, tetapi ilmu agamanya boleh tahan jugak. Jangan ingat anak orang berada kurang ilmu agama yer sebab Ilham cukup menjaga solatnya selama ini. Papa pun macam tu juga, begitu dengan adik-adiknya lain. Datin Rinie pun orang yang menjaga solatnya. Semua ini kerana didikan Ku Ibrahim dan Ku Salbiah kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan Datuk Razali yang cukup kuat dengan pengetahuan agama.

“Pergi lah, dia orang tunggu tu!” kata Khalida kepada Ilham.

“Lida tak pergi?”

“Lida mana boleh berdiri,” alasan Khalida. Mana boleh pecah rahsia. Jawapan itu membuatkan Ilham bengang. Sebuah cubitan hinggap di lengan Khalida membuatkan Khalida mengaduh kesakitan.

“Tipu lagi, abang tak kira Lida kena solat sekali dengan kita orang!” kata Ilham. Khalida mengelengkan kepalanya.

“Lida nak solat dalam bilik, sebab dengan ALLAH Lida tak boleh nak tipu!” jawab Khalida. Pagi ini dia ingin bersolat berdiri sebab selama ini dia bersolat sambil duduk saja.

“Pandai pun, jom arr, abang takut ni,” gurau Ilham membuatkan Khalida tersenggih.

“Cepat pergi, dia orang tunggu tu!” suruh Khalida.

Tak tahu lah apa yang berlaku di dalam bilik, tetapi dia mendengar suara Ilham dengan jelas sekali ketika membaca doa. Teringat Datuk Is, maaf lah yer tempat Datuk Is, sudah digantikan dengan Abang Am saya nie. Adat orang bersuami isteri, apa pun terjadi, dia hanya perlu menyimpan seorang saja nama lelaki di dalam hatinya. Dan nama itu adalah nama Ilham Hakimi. Buruk ke, baik ke, hanya nama itu saja yang ada sekarang di dalam hidupnya.

Oleh kerana lama menunggu Ilham di dalam biliknya, Khalida menghampiri mereka di bilik sebelah dengan menggunakan kerusi rodanya. Tengok mak sedang bercakap dengan Ilham dengan senyuman. Begitu juga dengan nenek. Khalida tak ambil dengar pun, dia terus menuju ke ruang dapur.

Pagi ini Emma dan adik-adik yang lain akan balik ke tempat kerja masing-masing. Tinggal dia dan Ilham, Ayien dan isterinya. Shima pun tak balik lagi. Hasrat Khalida mahu tinggal dua minggu di kampung kali ini.

“Encik Ilham nie sengaja ke nak buat baik dengan kakak kami? Nak ambil kesempatan sebab dia cacat?” kata Shima membuatkan Khalida terkejut mendengarnya. Air milo yang mahu dihirup di letakkan kembali di atas meja. Mak dah pergi ke taskanya sekejap tadi. Nenek mungkin ada di halaman rumah. Khalida memandang wajah Ilham di sebelahnya.

“Saya tak suka lah, saya pun boleh jaga kakak saya sendiri. Kita orang tak perlukan pertolongan dan budi Encik Ilham lagi, kita orang boleh jaga kakak kami sendiri,” sambung Ayien pula.

“Tak usah lah susah hati, dalam hal ini biar abang yang jaga kakak kau orang ni,” suara Ilham sambil menghirup air milonya.

“Encik Ilham nak apa dari kakak saya tu, dia dah tak boleh nak buat apa untuk Encik Ilham? Setakat Encik Ilham hina dan caci dia boleh lah?” kata Ayien lagi. Ilham tidak membalasnya.

“Ayien tak suka akak ke tak suka abang am nie?” soal Khalida pula. Marah sangat kau yer.

“Dua-dua saya marah. Akak pun sama, dah tak ada lelaki lain ke selain Encik Ilham nie? Abang Rifky kan ada, tak pun abang is tu?” jawab Ayien membuatkan Ilham ketawa saja. Khalida menjeling ke arah Ilham. Hendak bagi Ayien marah lagi lah tu.

“Adik kesayangan Lida marah Lida sebab Lida kahwin dengan abang,” bisik Ilham perlahan.

“Tolong selesaikan, bila lagi abang nak ambil hati adik saya?” balas Khalida pula.

“Nak suruh abang bodek adik-adik Lida? Buang masa abang saja tu,” terus Ilham bangun dan pergi dari situ. Macam mana nak selesaikan masalah kalau dah jadi macam ini.

Lama juga bergaduh dengan Ayien dan Shima. Sampai nenek terpaksa masuk campur kali ini.

“Tak mengapa lah kalau tak suka, anggap saja akak yang salah!” terus Khalida masuk ke dalam biliknya. Kecil hati sangat sebab Ayien seperti mahu melukakan hati Ilham. Aik, kenapa aku pula yang terasa nie? Kalau dulu aku tak peduli pun perasaan Ilham sekarang aku ambil kisah sangat.

Lamanya Ilham keluar, sudah dua jam tidak balik. Pergi mana pulak? Tak kan merajuk kut.

“Shima!” panggil Khalida kuat. Ada benda nak suruh dia orang buat hari ini. Kebetulan dia terdengar bunyi enjin kereta Ilham.

“Kenapa kak?” tanya Shima.

“Panggil Ayien kejap, akak nak suruh dia angkat akak ke bilik air!” arah Khalida. Sengaja. Sebenarnya dia boleh jalan sendiri, tapi dulu ketika dia tidak boleh berjalan, Ilham yang lakukan semua itu. Sekarang Khalida mahu lihat, adakah Ayien sanggup mendukungnya. Shima datang dengan Ayien. Isteri Ayien pun turut datang bersamanya.

“Kenapa kak?” tanya Ayien.

“Angkat akak, akak nak pergi bilik air lah!” pinta Khalida yang sedang terbaring di atas katil. Ayien menghampiri Khalida tetapi terasa kekok untuk mengangkat akaknya itu. Dia hanya berdiri saja di depan katil.

“Cepat lah, akak nak terkencing nih!” gesa Khalida. Ayien hanya mampu pegang kedua belah tangan Khalida tetapi tidak mahu mengangkat kakaknya itu. Entah apa yang dia rasa ketika itu.

“Ayien...”

“Tak boleh kak, kekok lah nak angkat akak!”

“kata nak jaga akak, kalau abang am tinggalkan akak siapa nak angkat akak nie. Nak mandi kan akak, nak bawa akak masuk toilet lagi? Akak tak boleh jalan dik!” ucap Khalida memohon simpati.

“Siapa buat selama ni?” soal Shima. Mana mungkin Abang Am yang buat selama ini tetapi kalau bukan Abang Am siapa lagi?

“Abang Am yang buat, dia yang angkat akak, mandikan akak, semua dia buat, nak harapkan akak mana akak mampu!” alasan Khalida. Nak tergelak sebab Ayien, adik kandungnya tidak sanggup mengangkatnya. Itu lah perbezaan antara adik dan suami, dik. Seorang suami saja sanggup buat semua ini untuk isterinya. Adik pun kekok dengan akak kan?

“Abang Am mana?” tanya Ayien mula cemas.

“Merajuk kut tadi!” jawab Khalida sedangkan sejak dari tadi dia melihat suaminya sedang bersembunyi di sebelah tirai pintu saja.

“Kenapa Lida?” soal Ilham sambil datang ke arah Khalida. Terus Khalida angkat ke dua belah tangannya supaya Ilham mengangkatnya.

“Nak terkencing lah, mujur abang balik!” kata Khalida. Ilham terus mengangkat Khalida lalu di bawa masuk ke dalam bilik air.

Di dalam bilik air keduanya ketawa perlahan.

“Ada ke buat macam tu kat adik-adik. Kakak siapalah yang teruk perangai ni?” marah Ilham sambil memulas telinga kanan Khalida.

Previous: BAB 37
Next: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.