Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 15

“Lepas lah, kalau tidak saya tolak Encik Ilham!” gertak Khalida. Ilham masih memegang tangan Khalida. Tidak mahu dilepaskan.

“Tadi dah elok-elok panggil abang, kenapa tukar?”

“Gatal, lelaki gatal macam Encik Ilham nie memang suka ambil kesempatan kat perempuan!” tuduh khalida. Kau sengaja tak nak lepaskan aku kan?

“Kalau saya lelaki gatal, dah lama saya sentuh awak!” balas Ilham.

“Tapi tak setia kan?” tuduh Khalida lagi. Kau sengaja datang ke sini untuk mengambil hati mak dan nenek aku? Atau kau nak tunjuk kau tu dah baik? Boleh blah, Ilham

“apa?” jerkah Ilham.

“Buat apa dalam bilik air nie, Lida. Kita orang nak guna bilik air lah!” jerit suara mak dari luar. Mak dengar ke? Kalau mak dengar tak kisah lah sangat!

“Kak Lida, Rina nak ambil air solat,” beritahu Rina, anak sulong mak usu. Ada orang lain.

“Kejap!” kata Khalida sambil merungkaikan pegangan tangan Ilham.

“Cepat lah, orang lain nak guna bilik air,” kata Khalida perlahan. Tidak mahu mak dan Rina dengar.

“Biar lah!” balas Ilham tidak peduli, malah dia menarik baldi yang berisi air naik ke atas. Khalida terpaksa menurut.

“Jangan mengada-ngada, nanti orang luar fikir yang bukan- bukan pula,” kata Khalida.

“Tak kisah pun, awak tu sah untuk saya sentuh!”

“Aii, Encik Ilham, jangan cakap tentang sah atau haram dekat saya yer,” kata Khalida sambil memijak kaki kanan Ilham. Ilham tidak lepas juga, kali ini kaki kiri Ilham pula menjadi habuan kaki Khalida.

“Yang sah tidak sudi, jadi tak salah saya cari yang haram kan?”

“Encik Ilham jangan tipu saya, boleh tak? Bukan yang haram tu dah lama berada di dalam hati Encik Ilham..,”

“Lidddaaa,” jerit mak di luar. Haaa.. lupa kata ada orang di luar. Harap-harap mak dan Rina tidak dengar apa yang aku cakapkan sekejap tadi.

Pintu bilik air ditolak keras. Rina dan Puan Naimah memandang ke arah mereka berdua. Mujur lah Khalida sempat mengambil kain tuala lalu lap ke badan Ilham yang sedang berdiri di hadapannya. Khalida buat dengan senyuman lagi, dan Ilham membiarkan Khalida mengelap rambutnya pula.

“Kak Lida nie, patut lah lama!” umur Rina sama dengan umur Shima.

“Sorry yer!” balas Ilham sambil mengambil kain tuala di tangan Khalida. Puan Naimah menjeling keras ke arah anak mata Khalida.

Khalida berjalan keluar dan Ilham masih mengekorinya di sebelah saja.

“Maaf lah Ilham, kau kena mandi air telaga hari ni,” kata nenek sebaik saja mereka dua masuk ke dalam rumah.

“Perkara kecil saja tu, nek!” jawab Ilham. Khalida buat tidak peduli saja sambil terus masuk ke dalam biliknya kerana terdengar telefonnya berbunyi. Datin Rinie rupanya. Khalida terus mengangkat.

“Ilham ada dekat kau, Lida?” tanya Datin Rinie. Khalida memandang wajah suaminya. Datang tak beritahu mama ke?

“Mama tanya..,” beritahu Khalida perlahan. Ilham mengelengkan kepalanya.

“Cakap kata tak tahu!” bisik Ilham perlahan. Kenapa pulak? Lari dari mama dan Zura ke?

“Tak, datin. Kenapa?” tanya Khalida, matanya merenung ke arah Ilham. Zura pun cari jugak.

“Tak tahu ke mana Ilham pergi, dah banyak hari tak balik rumah, tak pergi ofis. Kau tolong cari dia, Lida!” kata Datin Rinie.

“Insha ALLAH, datin!” kata Khalida. Terus letak telefon.

“Tadi Zura call cari awak. Sekarang datin pula? Lari ke? Dah tua-tua macam nie tak elok lari dari rumah!” bidas Khalida. Dia orang nie kalau bab Ilham mesti suruh aku, kadang-kadang tu tanya aku. Macam aku nie pakar rujuk tentang Ilham pula.

“Awak saja yang tak cari suami sah awak ini. Sah di sisi undang-undang dan hukum!”

“Awak memang suami saya, tetapi saya bukan isteri awak, betul tak?” mendalam maksud Khalida kali ini. Dia tak nak mengaku aku isteri dia, hari ini aku kena mengaku dia suami aku pula? Gitu??

Apabila melihat Ilham menghampar sejadah untuk solat asar, Khalida tidak menunggu lagi. Dia menyertai adik-adiknya yang lain. Ramai juga adik beradik sebelah mak dan ayah yang datang hari ini. Itu belum besok lagi. Mesti lagi ramai.

“Tak perlu termenung lama-lama. Nak suruh masuk ke dapur, kena masak petang ini, sebab semua orang nak berkampung di rumah kita malam ini,” beritahu Emma lagi.

“Ilham lari dari rumah!” bisik Khalida ke telinga kanan Emma.

“Ha ha ha..,, hati terpaut kat kau kut!”

“Best kan, jadi lelaki, boleh simpan dua orang perempuan dalam satu masa!”

“yer lah, kau isteri dia, zura kekasih hati dia. Beruntung orang yang bernama Ilham,”

“Aku tak nak, bukan kerana aku perempuan tamak, tetapi aku nak seorang lelaki yang hanya ada aku saja dalam hidup dia,”

“Tak nak mengongsi lah nie!”

“Mesti lah, aku tak nak lelaki yang ada bersama ku sekarang, tetapi di dalam hatinya ada perempuan lain,”

“Hmmm...”

“Emma kau kena kahwin dulu sebelum Ayien dan Shima, tak kan kau nak dia orang langkah bendul kut!”

“Yup, aku rasa macam tu jugak, lagi pun aku tengok kau kuat untuk menghadapi cabaran ini. Lebih kuat dari aku. Lagipun Rifky kan ada!”

“Apa kena Rifky dengan aku?”

“He he he..,”

Sedak Abang Rifky tu sebab kau sebut nama dia, Emma.

Kali pertama Ilham makan bersama ahli keluarga Khalida dan kali pertama juga Khalida makan bersama Ilham. Duduk sebelah menyebelah saja. Malah, ini kali pertama Khalida melayan Ilham di meja makan. Depan semua orang, mana boleh buat perangai. Nanti dapat nama buruk pula. Kena jaga nama baik suami.

“Sayang kat Lida hari ini..,” ucap Ilham sewaktu Khalida menjirus tangan Ilham setelah selesai makan. Kali pertama mendengar perkataan sayang, membuatkan Khalida termuntah di situ juga. Keluar habis air oren tadi.

“Aik, kenapa nie?” tanya Ilham sambil mengurut belakang badan Khalida.

“Dah ada isi lah tu!” celah mak long sambil tersenyum. Isi apa, isi nasi ada lah.

“Dah berapa bulan, Lida?” usik Emma yang duduk di sebelah Khalida.

“Dah 15 bulan,” balas khalida sambil menolak badan Emma sehingga terlentang.

“Kah kah kah, kau dengar perkataan sayang pun termuntah!” ucap Emma perlahan. Harap tidak ada orang mendengar. Tetapi Ilham mendengar dengan jelas sekali.

“Mual!” jawab Khalida. Betul, bukan buat-buat pun. Memang nak termuntah bila mendengar perkataan “sayang” dari mulut Ilham.

Ilham memang tak guna. Sengaja nak uji hati aku kut. Dengan Zura boleh lah kau lafazkan perkataan sayang tu, dengan aku, jangan harap!

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.