Baru sudah
mandi apabila dia terdengar suara riuh Datin Rinie menjerit-jerit memanggil
namanya. Waku ini orang sembahyang lah mak datin.
“jangan
panggil saya mama, awak tak layak jadi menantu saya dan menjadi ahli keluarga
kami,” ingat lagi pesanan Datin Rinie waktu dia datang kali pertama di rumah
ini. Tak apa, panggil apa pun tak apa
aku ni.
“Baik,
datin!” jawab Khalida tegas. Tergaman Datin Rinie dengan tindakan Khalida. Jawab macam pegawai polis saja.
“Kalau
boleh jangan makan sekali dengan keluarga kami, sebab awak bukan ahli keluarga
kami pun,” sambung Datin Rinie. Lagi mudah yang itu.
Hish, kata
nak solat, tapi asyik ingat Datin Rinie saja. Kalau aku sembahyang lewat, bukan
Datin Rinie yang nak bagi pahala kat aku. Baik sembahyang dari ingat Datin
Rinie. Sembahyang separuh kusyuk. Ingat macam-macam juga, tetapi dia tetap
berdoa panjang. Doa adalah penghubung antara kita dengan ALLAH. Nak mengadu
macam-macam kepada ALLAH dan supaya ALLAH beri seribu kekuatan untuk dia
menghadapi segala rintangan.
“Ceraikan
saja, lagi cepat lagi mudah. Keluarga Zura tak nak kau ada isteri sebelum Zura
menikah dengan kau, kau tunggu apa lagi?” marah Datin Rinie kepada Ilham
terdengar kuat sampai ke biliknya.
“Atau kau
dah tersangkut dengan Lida tu sebab dia cantik sekarang? Dia cantik ke, dia tak
cantik ke, mama tetap tak suka dia, Ilham,” sambung Datin Rinie lagi.
Aik, Datin
Rinie cakap dengan siapa sebab suaminya baru menolak pintu biliknya.
“Dengar
cakap mama, dapat pahala tu!” ucapnya perlahan.
“Awak suka
kita berpisah?” nampak macam soalan bodoh saja.
“Suka
sangat. Tak mampu dah nak mendengar cacian mama awak, leteran nenek awak,
dengan awak lagi,” beritahu Khalida.
Ilham mengelengkan kepalanya.
Ingat pesanan papa di pejabat tadi. Semuanya bagaikan benar belaka.
“Balik
nanti kita bincang sebab saya nak keluar dengan Zura!” beritahu Ilham. Ha,
pelik nie, selama ini keluar tak pernah pun beritahu aku. Malam ini kenapa
beritahu aku? Nak suruh aku cemburu? Silap andaian kau Ilham.
Sebaik
saja Ilham keluar, Datin Rinie terus masuk menyerang Khalida. Muka garang dan
bengis. Nak tampar aku ke apa ni? Tapi kalau tampar aku, memang aku tak
benarkan biar pun dia tua dari aku.
“Kau ingat
kau bersolek sakan, kau boleh pikat Ilham supaya jangan ceraikan kau? Jangan
harap. Aku tak akan benarkan semua itu terjadi. Aku suka Zura dari kau,”
tengking Datin Rinie.
“Faham,
saya dah ready. Tengok beg pakaian pun dah siap kemas. Tunggu anak mak datin
saja lagi,” jawab Khalida, tenang saja. Ikhlas aku pun sudah tak sabar nak
tinggalkan rumah mak datin ini.
“Eleh,
saya tak percayakan awak. Ini mesti taktik awak untuk buat Ilham kasihan kat
awak, kan?” balas Datin Rinie tidak berpuas hati.
“He he
he..,” nak tergelak sangat dengar Mak Datin ini merapu malam ini. Orang nak
iron baju sebab malam esok ada dinner. Banyak lagi nak buat.
“Awak
jangan ketawakan saya, Lida!”
“Sabtu
depan kita pergi meminang Zura tu, cincin dah beli tadi. Jangan asyik fikir
yang buruk saja tentang saja, nanti mak datin lagi sakit jiwa!”
“Menyampah
cakap dengan awak, Lida!” terus Datin Rinie keluar sebab Khalida tak layan pun
dia. Asyik belek baju yang hendak
dipakai besok.
Dia orang
ini bukan boleh layan sangat.
Ilham
pukul berapa pun dia tidak kisah.
Sedar-sedar Ilham sedang tidur di sofa panjang dengan nyenyak sekali.
Dia ini hanya tidak suka dekat aku sebab dia sudah ada kekasih hati waktu kami
terpaksa nikah dulu. Tapi bergaduh biasa saja, tak lah sampai nak kena pukul ke apa ke.
Jadi, aku
tak boleh paksa dia untuk terima aku sebab dalam hati dia memang sudah ada Zura
sejak dari dulu lagi. Dia pun dah cakap awal-awal dengan aku dulu, dalam
hatinya hanya ada Zura saja, bukan diriku. Perhubungan kami, hendak dikatakan
kawan, bukan kawan. Hendak dikatakan
suami isteri, atas kertas memang lah kami suami isteri kan? Dan aku tetap
hormat dia, selagi dia masih menjadi suami aku.
“Encik
Ilham!” panggil Khalida dari jauh. Dia
beri amaran jangan sentuh dia. Mengalahkan dia perempuan!
“Yup,
sayang!” sahut Ilham.
“Mengigau
kut!” aku macam nak termuak mendengar perkataan sayang yang muncul dari
mulutnya.
“Arghh..
hmmm,” tergagap-gagap Ilham dibuatnya.
“Saya tak
balik petang ini, sebab saya ada hal malam nanti,” beritahu Khalida tanda
meminta izin.
“Ok!”
“Saya
tidur di rumah Emma malam ini!”
“Ok!”
Lega hati.
Kalau aku cakap aku ada dinner, agak-agak dia benarkan tak? He he he.., aku takut dia tak benarkan saja!
Emma pergi
dengan bakal suami dia. Aku nak pergi dengan siapa malam ini. Pergi sorang lah,
bukan ada masalah pun.
“Cantik
sangat kau malam ini, kalau Ilham tengok mesti dia kempunan!” usik Emma ketika
mereka berjalan masuk ke dalam dewan.
“Ciss,
ayat, tak menarik langsung!”
“Ini lah
sepupu kesayangan aku, tidak nie asyik monyok saja!”
“He he
he..,”
Majlis
makan malam ini diadakan pada setiap tahun. Majlis makan malam untuk meraikan
anak-anak yatim yang tinggal di Yayasan Nurul Ain bersama badan-badan korporat.
Khalida salah seorang anak yatim yang tinggal di Yayasan Nurul Ain.
“Lida!”
jerit seseorang. Terus dia memandang ke arah suara itu. Jumpa Rafael Rifky lagi
malam ini.
“Encik
Rifky!” jawab Khalida memandang lelaki tampan dan bergaya di hadapannya. Salah
seorang ahli korporat yang berjaya.
“Lida,
datang dengan siapa yer?” soal Rafael Rifky, terus khalida menunjukkan jari
telunjuknya kepada Rafael Rifky.
“Elok,
saya pun tak berteman ni,” jawab Rafael Rifky sambil tersenyum, bahagia.
Rafael
Rifky menghulurkan tangannya tetapi Khalida menolaknya. Rafael Rifky tersenyum
lagi. Selalu terlupa, bahawa perempuan di hadapannya terlalu menitik beratkan
soal agama dan batas larangannya. Silap lagi aku. Khalida bukan seperti
gadis-gadis lain yang dia kenali.
Khalida,
Emma, Azman bakal suami Emma dan Rafael Rifky duduk satu meja yang disediakan
khas kepada para tetamu. Tengah rancak berbual sebelum menunggu pengerusi
majlis memulakan acara, matanya sudah dapat menangkap dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang
sedang berjalan di atas karpet merah itu.
Malah
mereka berempat memandang tepat ke arahnya. Dia orang pun datang juga ke? Datuk
Razali bersama isterinya, Datin Rinie, Ilham pula datang dengan bakal
tunangnya, Zura berjalan ke arah tempat meja mereka yang bersebelahan saja
dengan tempat mereka duduk.
“Lida!”
panggil Emma sambil menunjukkan ke arah Ilham.
“Nampak
dah nie!” jawab Khalida pura-pura memandang ke arah lain.
“Apa?”
tanya Rafael Rifky kepada Khalida.
“Tak ada
apa lah,” balas Khalida.
Mata Ilham
Hakimi terpukau melihat keayuan wajah isterinya. Terpaku!
Sewaktu
pengacara majlis sedang membuat ucapan, Ilham Hakimi datang ke arahnya ketika
dia rancak berbual dengan Rafael Rifky.
“Awak
sengaja nak sakitkan hati saya kan?” soal Ilham Hakimi sambil menjeling ke arah
Khalida. Kenapa dia cantik sangat sekarang? Sengaja nak uji aku kut? Soal Ilham
Hakimi dalam hati.
“sakitkan
hati awak? Mana ada!”
“Nie apa?”
kata Ilham Hakimi sambil menarik tangan Khalida dengan kasar. Ilham Hakimi
merenung Khalida dari atas ke bawah.
“Bawa
bertenang Encik Ilham, orang tengok tu, malu kita berdua nanti!” tengah
Khalida. Zura yang paling ketara melihat kita orang sekarang.
“Eh,
Ilham, kau nie suka kacau Lida apa kes?”
marah rafael rifky pula sambil menarik tangan Ilham dari memegang tangan
Khalida.
Lagi ler
Ilham sakit hati.