ILHAM KHALIDA – BAB 14
“Dah betul kan?” soal Khalida memberi jawapan atas jelingan tajam Ilham
lagi.
“Sepanjang saya kahwin dengan awak, awak tak pernah cakap elok-elok dengan
saya, asyik nak bergaduh dengan saya saja,” kata Ilham. Alasan lah tu. Kalau
aku cakap elok-elok pun kau asyik nak bergaduh juga dengan aku. Dan aku pula
tak boleh jumpa dengan dia, asyik nak telan dia saja.
“Woi, ajak suami kau masuk dalam rumah, tak baik nak bergaduh atas tangga.
Kau pun satu, tak ingat pesan nenek tadi,” sampuk Emma. Sudah lah tak reti nak
cakap perlahan-lahan, cakap tu kuat berbagai. Orang dengan lah, Lida.
Ilham terus bangun dan berjalan masuk.
“Kau pergi tunjuk bilik kau dengan suami kau, nanti tersalah masuk bilik
pula!” peringat Emma lagi. Khalida turut masuk sambil memberikan dulang kepada
Emma.
“Encik..,” baru nak panggil Encik
Ilham kerana Ilham masuk masuk ke bilik Apul, tetapi pak usu dan mak usu masuk
dari pintu dapur. Mak dengan nenek memang tahu Khalida panggil Encik Ilham,
tetapi adik beradik yang lain mana tahu.
“Abang!” panggil Khalida. Ilham terus memandangnya. Lalu Khalida berjalan
ke arah Ilham dan menarik tangan Ilham masuk ke bilik di sebelah kanan rumah.
“Lida, Ilham dah lama sampai?” tegur Pak Usu. Ilham terus salam tangan Pak
Usu dan mengangguk. Khalida pula bersalaman dengan mak usu.
“Baru sekejap tadi!” jawab Khalida sambil tersenyum.
“Alhamdulillah, semua dah sampai, pak su tengok adik-adik kau semua dah
ada. Emma mesti balik dengan kau,” kata pak usu. Khalida mengangguk.
“Ilham, mujur lah Emma tu perempuan, kalau Emma tu lelaki, mak usu rasa dia
orang dah lama berkahwin. Sebab dia orang ini tak boleh berpisah!” gurau mak
usu membawa seribu makna. Khalida dan Emma sama-sama tersenyum.
Ilham berbual dengan pak usu, begitu juga dengan adik-adik lelaki yang
lain. Ayien saja entah ke mana. Tadi nampak macam sedang kejar ayam peliharaan
nenek di halaman rumah. Kejar seorang-seorang mana hendak dapat. Gagal kejar
ayam terus menghilang.
Emma dan Khalida terus masuk ke bilik Shima, lama tak lepak dengan Shima.
Kami sejak dari kecil sudah berpisah dengan adik beradik kami. Ayien dan Ariff
tinggal dengan tok penghulu dan sekarang bakal menjadi menantu tok penghulu.
Anak tok penghulu Dr. Dhuha dan Ayien bercinta sejak dari zaman sekolah rendah
lagi. Tok penghulu pula memang sukakan Ayien, bukan seperti aku, Ilham tak suka
pun kat aku. Tetapi cerita aku mana sama dengan Ayien.
Setiap kali balik raya atau cuti sekolah baru lah boleh berkumpul macam ini
tetapi selepas aku dan Emma ada kerja, kami kerap balik ke kampung, untuk
bersama-sama ahli keluarga kami.
“tak sangka pak su dan mak su nak datang, dulu halau kita, kau tak ingat
ke?” kata Emma. Ha, ah, dulu kami susah, bila susah semua orang tak suka,
termasuk ahli keluarga kami sendiri. Sekarang, kami sudah berjaya, rumah mak
dan nenek pun dah diubah suai dan besar. Kami adik beradik mengongsi duit untuk
buat rumah ini. Kami lapan orang, cuma
Aidil saja masih belajar, yang lain semua dah ada pekerjaan sendiri. Tunggu nak
kahwin saja. Shima dah bertunang tiga bulan lepas, dan kami bercadang buat
kenduri Shima sekali dengan Ayien nanti. Kalau boleh Emma pun boleh buat
kenduri sekali dengan adik-adik nanti.
“biasa lah, dulu kan kita susah, susah nie siapa pun tak nak!” kata
Khalida.
“Kasihan dekat Along, sebab terpaksa kahwin dengan Encik Ilham tu kerana
nak balas budi Atuk Ibrahim!” kata Shima yang turut memanggil Khalida dengan
gelaran Along. Khalida tu selang dua bulan saja beza umur dengan Emma. Khaida
dilahirkan bulan Mei, manakala Emma di bulan Julai.
“Kasihan juga kat Encik Ilham, sebab terpaksa kahwin dengan along wal hal
dia sudah ada buah hati pun!” luah Khalida pula. Satu bantal berkongsi tiga
kepala. Kami bertiga saja perempuan, yang lain lelaki. Lima lelaki.
“Kau selalu sebelahkan, Ilham!” marah Emma.
“Cuba kau bayangkan, kau dan Ezat, saling bercinta tiba-tiba Ezat kena
kahwin dengan orang lain, apa perasaan kau?” soal Khalida. Kalau aku, aku
meraung sakan. Mujur aku tak ada pak we, atau buah hati. Rifky tu datang lewat
sangat. Eh, tiba-tiba teringat dekat Rifky lah pulak.
Lama juga, Emma dan Shima berfikir, sebab mereka kan bertunang dengan
lelaki pujaan hati mereka sendiri. Saling bercinta!
“Merana ooo,” jawab Shima terlebih dahulu.
“Kau, apa perasaan kau, kalau Ezat terpaksa berkahwin dengan perempuan
lain, kau mesti sengsara kan?” tanya Khalida apabila Emma tidak memberi
jawapan.
“hmm..,” tetapi di dalam hati Emma mengaku akan kebenaran itu.
“Zura tu perempuan, macam kita jugak. Dia mesti rasa seperti apa kau orang
rasa!” sambung Khalida. Kerana itulah aku faham perasaan Ilham, dan aku tak nak
melukakan perasaan Zura, sebab kami sama-sama perempuan.
“Habis tu kau macam mana?” tanya Emma. Cuba memahami keadaan Ilham dan
Khalida.
“Kuasa semua ada kat tangan Ilham, dan sejak akhir-akhir ini aku tak faham
sikap Ilham. Kau tengok sekarang, dia datang ke rumah kita!” kata Khalida.
Rancak berbual, sehingga pintu bilik mereka di ketuk orang.
“Lida! Panggil Ilham dari luar.
“Yup!” terus Khalida bangun dari katil dan berjalan ke arah pintu.
“Abang nak mandi!” beritahunya kerana Mak long melintas di belakangnya.
Jadi kena sebut juga perkataan abang tu. Kan aku dah cakap, kami bab berlakon
nie memang pandai.
“Kejap!” terus Khalida keluar dari bilik Shima dan berjalan menuju ke
biliknya. Ilham mengekorinya masuk ke dalam bilik Khalida yang kecil itu.
“Nak pinjam kain tuala, lupa nak bawa!” beritahunya Ilham. Sambil membuka
bajunya. Khalida mengambil kain tuala baru yang ada di dalam almari. Dihulurkan
kepada Ilham.
“Jom saya tunjuk kat awak bilik air!” kata Khalida perlahan. Bilik air luar
rumah. Tetapi dekat saja.
“Kak, nak mandi ke?” soal Ariff.
“Abang kau nak mandi!” jawab Khalida.
“Air paip terputus, sebab orang buat lebuhraya, malam nanti baru okey!”
beritahu Ariff.
‘Hah?”
“Kalau kak dengan abang nak mandi juga kena mandi air telaga lah!” beritahu
Ariff membuat muka Khalida sedikit masam.
“Mandi malam nanti lah!” beritahu Khalida. Dia pandai ke nak mencedok air
di telaga itu. Tak kan aku pula nak mencedok air untuk dia. Lagi lah
mengada-ngada.
“Panas nie tak tahan!” jawab Ilham. Betul lah tengok muka pun dah warna
merah.
“Lida, bagi lah cik abang kau rasa air telaga tu, di bandar mana ada air
telaga!” kata mak usu yang sedang berdiri di belakang Ariff sejak dari tadi.
“Ha, ah!” balas Ilham sambil tersenyum
“Kalau macam tu, jom. Tapi abang cedok sendiri air kat telaga tu, boleh?”
kata Khalida. Ilham mengangguk.
Kau pandai ke tak? Sebab sudah berapa kali, tak boleh jugak mengangkat air
di dalam perigi tu. Penat aku tengok!
“Mari, saya tolong!” kata Khalida sambil menghampiri Ilham. Dipegangnya tali
yang mengikat baldi tin yang kecil itu. Tangan Ilham yang memegang tali ditepis
perlahan.
“Macam ini orang buat!” kata Khalida sambil menaikkan air dari telaga.
Selepas itu diberikan baldi tin yang berisi air kepada Ilham. Ilham
mengambilnya lalu dijiruskan ke badannya. Sejuknya air telaga ini. Best arr!
Baldi di tangan Ilham diambilnya. Belum sempat mahu melemparkan baldi tin
ke dalam telaga, Ilham memegang tangan Khalida yang sedang memegang tali.
“Nak buat sendiri!”
“Pandai ke?”
“Lida ajar abang!”
Amboi, berabang bagai nie, nak kena dengan aku lah tu.