Entah ayat apa yang ilham pakai, tiba-tiba hati mak
berubah dan mahu menerima lamaran dari papa Ilham.
Majlis risik dan bertunang sudah selesai. Nenek Kasma dan
Nenek Ku Salbiah dah putuskan untuk buat majlis kenduri 3 minggu dari sekarang.
Mak dan Papa sebenarnya nak langsungkan secepat mungkin dan hanya ada majlis
kesyukuran dan akad nikah saja. Tak nak buat kenduri.
Tapi rancangan kami adik beradik bersama dua orang nenek
kami adalah berbeza. Anak-anak mak seramai tujuh orang, manakala anak papa pula
tiga orang sibuk berbincang untuk buat majlis kenduri besar-besaran. Begitu
juga dengan nenek kami. Dan semua ini kami rahsiakan dari pengetahuan mak dan
papa.
Sebab semua orang sibuk, jadi kami serahkan urusan majlis
kepada Ariff saja. Kebetulan Ariff ada geng rewang sendiri. Jadi dari segala
hal, semuanya kami serahkan kepada Ariff. Hantaran, baju pengantin, baju
pengapit, baju kita orang semua, khemah kenduri, makanan, hadiah cenderahati,
dan macam-macam lagi Ariff yang akan aturkan. Kita orang keluarkan duit belanja
saja.
Rupanya geng rewang Ariff datang dari pelosok Malaysia.
Pelbagai kaum dan agama pula. Tak sangka betul si Ariff ini. Ariff kenalkan
kepada Khalida dan Ilham setiap seorang kenalan baiknya itu. Geng Rewang ini
adalah peminat setia #ILHAMKHALIDA yer. Kalian semua kan dah merancang, jadi
boleh lah teruskan rancangan tu. Siapa nak jadi pengapit untuk pengantin, dan
pengacara majlis dan juga hiburan. Cuma sebelah pagi, kalau boleh cari kumpulan
marhaban yer. Ini permintaan nenek kasma.
“Dia orang ini yang sentiasa doakan semuga akak dan abang
bersatu semula dulu,” beritahu Ariff membuatkan Ilham dan Khalida terharu saja
mendengar.
“Terima kasih, terima kasih, budi dan jasa puan-puan
semua hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya,” ucap Ilham mewakili dia dan
isterinya. Kak Sue yang menjadi ketua kumpulan mengangguk sambil tersenyum
penuh bermakna.
Jadi bab-bab kenduri dah settle, tak ada masalah lagi.
Kita hanya tunggu hari saja lagi. Tiga minggu bukannya lama sangat! Semuga
projek rahsia kami ini berjalan dengan lancar. Amin.
“Ariff, jangan lupa nasi minyak dan nasi dagang yer menu
utama kita!” pesan Khalida.
“Ok.. kad jemputan pun kita urus juga..,”
“Ha, jangan lupa jemput abang rifky sekeluarga dan juga
datuk is suami isteri. Orang penting tu,” kata Khalida lagi. Ilham mengerutkan
dahinya.
Di rumah mak, semua anak-anak sedang berkumpul. Semuanya
berpakat ambil cuti panjang untuk menghias rumah dan sebagainya lagi. Bilik mak
nak kena buat baru lah kan.
“Bilik kita tak nak ubah suai ke?” soal Ilham. Bab-bab
ubah suai rumah serah saja pada Khalida. Dia kan pereka hiasan dan dalaman.
“Abang nak tinggal di sini terus ke?” soal Khalida
kembali. Kain langsir nak jahir sendiri. Dia, emma dan shima akan uruskan
tentang itu.
“Boleh juga. Suruh papa bawa nenek, rumah nie beri saja
kat kita berdua. Abang suka tinggal di sini,” balas Ilham sambil memegang
pinggang Khalida.
“Encik Ilham, awak tu timbalan pengarah syarikat, jangan
berangan yer!” kata Khalida.
“Betul jugak!” balas Ilham.
Sejak mak terima pinangan papa, kami belum balik ke rumah
papa lagi, sedangkan Ilham ini anak lelaki papa. Rasanya kami berat sebelah
pula, asyik tinggal di rumah mak saja. Tanggungjawab anak lelaki ada lah
bersama keluarganya tetapi sekarang dah terbalik. Tetapi aku pula anak sulong
mak, jadi tanggungjawab aku kat mak pun ada juga. Kalau ikutkan aku kena ikut suami tetapi
Ilham bukannya kisah bab-bab macam ini.
“Abang, kita nie dah banyak minggu tak balik ke rumah
papa,” kata Khalida.
“Papa dan nenek pun kerap datang ke sini,” jawab Ilham.
“Abang tak nak balik?”
“Lida, nak suruh abang balik?” aku tanya dia, dia tanya
aku pula.
“Kita balik sama-sama nak, rumah papa pun nak kena tengok
juga walaupun majlis kenduri tak buat di rumah papa,” cadang Khalida. Kain
langsir nie boleh jahit di rumah papa, yang lain tak ada masalah.
“Elok juga kita balik, bila nak balik nie?”
“Esok pagi, nak?”
“Elok juga tu!”
Adik-adik ramai kat sini, lepas tu boleh harap
pulak. Jadi tak usah risau.
“Orang mengandung tak pergi tidur lagi?” tegur Khalida
apabila melihat Emma dan Ezlan masih berbual di ruang tamu. Kaum lelaki masih
lepak di depan tv.
“Tak!”
“Pergilah tidur, Ezlan bawa si Emma nie berehat!” tegur
Khalida, amat ambil berat kepada adik-beradiknya.
“Ilham, Khalida nie sejak dari kecil lagi memang ambil
berat dekat semua adik-adik dia, sebab tu kita orang sayang sangat kat dia.
Terima kasih yer sebab jaga dia untuk kami,” tutur Emma.
“Kau tak usah lah bimbang, aku dah dapat apa yang aku
nak,” luah Khalida.
“Alhamdulillah!” kata Emma.
“Kau tak nak lena lagi ke?” soal Khalida. Mengantuk aku
nie.
“Tak lagi!” jawab Emma.
“Aku masuk tidur dulu lah!” kata Khalida. Sebenarnya nak
masuk kemas barang, sebab esok pagi nak balik KL. Tengok Ilham rancak berbual dengan Eizlan,
suami Emma.
Tetapi kena maklum kepada mak dan nenek terlebih dahulu.
Mujurlah mak benarkan, begitu juga dengan nenek. Dia orang faham, Khalida sudah
menjadi isteri orang.
“Kau nak balik ke besok?” soal Emma yang masuk ke dalam
bilik Khalida. Khalida mengangguk.
“Nak kena tengok rumah papa jugak sebab nak sambut mak
balik ke sana nanti,” jawab Khalida sambil tersenggih. Baju-baju Ilham dilipat
lalu dimasukkan ke dalam beg pakaian.
“Suka tengok kau dengan Ilham sekarang, tak ada
gaduh-gaduh lagi,” kata Emma sambil duduk dekat dengan Khalida. Lida nie sibuk
sangat sekarang, sampaikan nak telefon pun susah. Kalau dulu telefon selalu,
sekarang ada hal penting saja telefon.
“Bergaduh juga cuma tak serius!” balas Khalida.
“Gaduh-gaduh sayang, betul tak?”
“siapa tak sayang suami puan emma ooi!”
Tak boleh berbual lama, sebab Ilham masuk ke dalam bilik.
“Abang call papa tadi, papa kata dia suruh Lida tolong mak
di sini, abang saja yang kena balik ke sana,” beritahu Ilham. Nak tengok
Khalida sebenarnya.
“Lagi best, Lida tunggu abang di sini saja lah!” balas
Khalida. Okey juga tu.
“Kalau gitu, abang balik sorang lah besok!”
“Ha, ah!”
“Lida tak sedih ke berpisah dengan suami Lida nie?” tanya
Ilham pulak. Khalida mengelengkan kepalanya. Naik bengang Ilham dibuatnya.
Tiga minggu bukannya lama pun, sekejap saja. Sekarang
tinggal sehari saja lagi majlis kenduri
di rumah mak. Ilham dan ahli keluarganya menyewa homestay di dalam kampung ini
saja.
“Abang merajuk dengan Lida ke?” soal Khalida. Balik malam
itu, dia yang terpaksa call Ilham, Ilham macam nak jauhkan diri pulak.
“Mesti lah, Lida tak pedulikan abang pun!” jawab Ilham,
cakap perlahan-lahan saja.
“Abang nie, kan lida kena uruskan hal di sini, papa pula
nak suruh abang uruskan hal di sana,” jelas Khalida. Aku nie rindu dekat dia
setengah mati dah pun.
“Dah dua minggu abang tak sentuh lida, rindu kat lida
tahu tak? Malam nie rasa macam nak panjat tingkap rumah Lida lah,” kata Ilham
membuatkan Khalida ketawa mengekek saja.
“Dah hilang merajuk tu?” soal Khalida.
“Tak. Rajuk rindu nie. Lagi Lida tak datang tidur di
sebelah abang, rajuk abang nie tak akan hilang lah!” kata Ilham. Jam sudah
menunjukkan angka tiga pagi. Semua orang sudah lama terlena, tinggal Khalida
saja masih berbual dengan Ilham.
Bau asap dan benda terbakar menusuk ke lubang hidung
semakin kuat. Khalida terus bangun dan menolak daun pintu biliknya. Asap
berkepul datang dari bilik mak.
“Ya ALLAH, asap.. mak!” panggil Khalida sambil berlari ke
bilik mak. Di ketuk pintu bilk mak bertalu-talu.
“Lida,” panggil Ilham cemas.
“Abang, rumah terbakar lah!” beritahu Khalida terus
lempar telefon. Bau minyak petrol kuat di luar rumah.
“Ayien!” jerit Khalida kuat. Ayien terus keluar. Orang
tentera nie dia cepat bertindak.
“Pintu mak terkunci dari dalam, Yen!” beritahu Khalida
cemas sangat.
Api makin marak. Asap makin banyak.
“Lida,” panggil mak dari arah belakang. Rupanya mak tidur
di bilik nenek.
“Semua orang keluar dulu dari rumah. Ezlan, bawa Emma
keluar!” arah Khalida.
Nampak adik-adik lelakinya berpakat memadamkan api yang
sedang makan bilik mak. Sekejap saja api terpadam.
“Ayien, kau minta tolong kawan-kawan kau yang ada di
kampung kita, cari sampai dapat siapa yang punya angkara,” arah Khalida. Ayien
ini dia ada geng tersendiri di kampung ini. Dia kan anak angkat tok penghulu.
Ayien patuh. Aku tak akan lepaskan orang yang bakar rumah
aku malam ini, tekad Khalida.