Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 34

ILHAM PULANG dengan membawa novel-novel, buku ilmiah dan tafsiran Al Quran. Tafsiran Al-Quran tu aku dah ada sejak dari sekolah lagi. Tetapi yang banyak-banyak itu, yang menarik hati adalah buku Ustaz Sharhan Safie, buku bertajuk ‘AKU SAKIT, DIA PENYEMBUH’, atas sekali ada ayat Surah As’syuara (ayat 80) yang bermaksud “dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku’, terus diambil oleh Khalida lalu di bukanya.

“Boleh baca al quran tak?” soal Ilham sambil membuka bajunya dan menarik kain tuala.

“Abang pergi mana tadi?” soal Khalida kembali. Aik, aku tanya soalan lain, dia tanya soalan lain pula kat aku. Soalan yang membuat hati Ilham bahagia. Pertama kali Khalida menyoal ke mana dia pergi. Selalu tak tanya pun.

“Pergi beli buku untuk Lida, “ jawab Ilham terus masuk ke bilik air.

Khalida meneruskan pembacaannya. Buku ini lebih menarik minatnya. Di bacanya dengan penuh teliti.

“Ya ALLAH aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang melimpah dan ubat daripada segala jenis penyakit,” (Hadis riyawat Daru Quthni). Amin ucap Khalida di dalam hatinya. Hati rasa kuat. Semangat semakin tinggi.

“Ya ALLAH, Jauhkanlah aku daripda kejahatan diriku dan tetapkanlah padaku atas petunjuk perkaraku. Ya ALLAH, ampunilah segala dosaku yang telah aku sembunyikan dan yang telah aku nampakkan, dan kesalahan yang telah aku sengaja aaupun tidak aku sengaja, dan kesalahan yang telah aku ketahui ataupun kesalahan yang tidak aku ketahui.” (Hadis riyata al-nasa’i)

Al-quran adalah penyembuh segala penyakit, penyembuh kepada jiwa nurani. Di dalam al quran ada ayat-ayat untuk menyembuhkan setiap penyakit. Teringat Doa Nabi Ayoib A.S sewaktu dia terlantar sakit kerana ditimpa penyakit yang membuatkan beliau menderita bertahun lamanya. Nabi Ayoib A.S juga turut berdoa kepad ALLAH supaya disembuhkan penyakitnya itu. Itu nabi, apatah lagi kita hamba biasa ini. Subhanallah. Ada hikmah mengapa aku lumpuh sekarang.

“Solat dulu, sayang!” kata Ilham sambil mahu mengambil buku di tangan Khalida.

“Dah solat!” jawab Khalida. Atas bantuan mak dan Kak Jah tadi, dia sudah selesai solat mahgrib.

Ilham membiarkan saja Khalida dengan bukunya. Mata Khalida tertumpu kepada Doa Dalam Kesedihan. Nak baca dan nak amal doa ini. Aku kan dalam kesedihan. Hati menangis siapa yang tahu kan?

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu keusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali.” Surah Baqarah : 155 – 156)

Sebaik saja melihat Ilham melipat sejadah dan membuka kopiah di kepala, Khalida menutup dulu buku yang dibacanya. Nanti nak sambung lagi.

“Abang tahu siapa yang langgar Lida?” soal Khalida ingin tahu. Ilham mengangguk.

“Siapa beritahu abang?” soal Khalida lagi. Kalau diikutkan hanya dia saja yang nampak orang yang melanggarnya tempoh hari. Mak pun tak nampak rasanya. Dan selama ini dia tidak pernah beritahu sesiapa pun tentang hal ini.

“Ada lah!” jawab Ilham sepatah.

Ilham masih ingat lagi di hari Khalida kemalangan. Petang itu dia, papa, Datuk Haslam, ayah Zura sedang berbual di ruang tamu. Nenek pun ada sekali. Tiba-tiba mama dan Zura pulang dengan perasaan gembira sekali. Ketawa terbahak-bahak dan seronok sangat sehingga mereka semua hairan dengan sikap mama dan Zura.

“Dari mana nie, Rinie?” soal Ku Salbiah.

“Saya gembira sangat hari nie, mak. Budak Lida tu kita orang dah langgar, bersepai tengah jalan. Dah mati kut!” jawab Datin Rinie dengan penuh senyuman.

“Kau jangan bergurau, Rinie!” bingkas papa pula. Dada ilham pecah dan berdebar. Biar betul mama ini? Mungkin mama bergurau saja.

“Saya dan Zura dah langgar budak Lida tu, asalnya kita nak bunuh mak lida, tetapi Lida yang kena. Padan muka. Puas hati aku... ha ha ha..,” ketawa Datin Rinie membuatkan Datuk Razali hilang kata-kata.

“Datuk, kereta datuk ada kesan darah!” beritahu Abang Hamid, pemandu papa. Kecut perut Ilham. Tiba-tiba Ariff telefon dan mengesahkan cerita itu.

“Papa, Lida kemalangan!” beritahu Ilham. Tak sangka kebencian mama sampai sanggup membunuh.

“Ooo, betul lah cerita ini. Awak dah gila ke Rinie?” marah Papa sambil menghampiri Datin Rinie. Mata Datin Rinie merah. Hilang ketawa lagi, dan tidak sangka dia dimarahi oleh Datuk Razali.

“Zura kau langgar Khalida? Kau nak bunuh Khalida yer?” ujar Datuk Haslam pula. Makin melampau budak ini.

“Ya, papa. Dia yang nak rampas Ilham dari saya, biar dia mati,” jawab Zura lancang sekali. Datuk Haslam terus menampar pipi Zura dengan kuat sekali.

“Kurang ajar, aku tak ajar anak-anak aku jadi pembunuh!” sambung Datuk Haslam lagi.

“Hey Rinie, sejahat-jahat aku, aku tak pernah bunuh orang. Sekarang, kau jangan jadi ahli keluarga aku lagi. Kau tak layak tinggal dengan kami. Keluar sekarang dari rumah aku. Razali, kalau kau nak simpan perempuan gila ini lagi, kau boleh keluar dengan dia, mak tak suka ada keluarga yang jadi pembunuh!” tengking Ku Salbiah pula. Apa aku nak jawab dengan Ku Ibrahim di sana nanti? Rinie memang dah gila membiarkan hawa nafsu menguasai diri. Ikut syaitan!

“Mak, bukan ke mak tak suka Lida?” soal Datin Rinie haru biru. Tak sangka Ku Salbiah pun tak menyebelahinya.

“Aku tak suka kau dari Lida, berambus dari rumah aku sekarang,” jerit Ku Salbiah.

“Ilham telefon polis, biar Zura masuk penjara!” arah Datuk Haslam. Ilham tinggalkan saja hal itu kepada papanya, yang penting adalah nyawa Khalida. Zura menarik tangan Ilham, tidak mahu Ilham meninggalkannya.

“Kau jangan datang di depan mata aku lagi Zura, apa-apa jadi pada Lida, aku bunuh kau, faham!” marah Ilham lalu menolak tangan Zura dengan kasar.

Selepas itu dia tidak tahu apa yang berlaku di rumahnya. Kata Kak Jah, polis datang memberkas Zura dan mamanya, sampai sekarang dia belum pernah melihat mamanya lagi kerana sentiasa di sisi Khalida.

“Abang,” kejut Khalida. Lamanya dia termenung, sampai adik dia masuk pun dia tak sedar.

“Ada orang nampak Zura dan mama langgar Lida hari tu,” beritahu Ilham. Kalau tak beritahu, dia bukan nak puas hati. Cakap saja lah.

“Dia orang kat mana sekarang?” soal Khalida.

“Kat penjara, kak!”

“Apa?”

“Walaupun dia mama Anna, dia tetap bersalah, kak. Biar dia orang masuk penjara!” jelas Juhana.

“Tapi..,” kata Khalida. Macam mana sekarang? Haru jugak nie?

“Kalau akak mati macam mana, teruk tau tak sikap dia orang. Anna pun tak sangka mama dengan kak zura tu sampai sanggup nak bunuh mak akak dan akak,” tegas Juhana membuatkan Khalida lagi serba salah.

“Abang, lepaskan mama dan Zura tu, kalau tak kerana dia orang, abang tak dapat balik Lida, tau tak?” ayat Khalida kalau cakap power gila. Ilham mengigit bibirnya.

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.