Encik Sukri
berehat di sofa panjang rumahnya setelah selesai sembahyang maghrib. Dia
membuka television ditekan butang Astro chanel Berita Awani. Isterinya
Puan Suhaila datang lalu duduk disebelah suaminya sambil menepuk peha si suami.
“Abang, kita
buat rumah terbuka lusa, Alia tidak jemput ke?” Tanya Puan Suhaila.
“Abang tidak
bagitahu lagi. Nanti abang telefon dia.” Balas En.Sukri.
Zafrul turun
dari tingkat atas rumahnya, dia menghampiri ibubapanya. Puan Suhaila memandang
anak terunanya duduk didepannya.
“Zafrul tak
jemput Alia majlis hari raya rumah kita?
Selalunya setiap tahun dia datang tapi tahun ni tidak pula. Beraya di mana dia?”
Tanya Puan Suhaila. Tersenyum Zafrul mendengar nama Alia disebut mamanya.
“Belum lagi, entahlah
raya kat mana dia. Nantilah Zafrul telefon dia.”Balas Zafrul teringat dia pada
Alia sudah hari raya keenam Alia tidak menghubunginya untuk mengucap selamat
hari raya, biasanya hari pertama atau kedua setiap tahun gadis itu menghubungi
dan datang ke rumahnya. Terasa rindu juga dia pada Alia dengan gurau senda Alia
selama ini. Difikirnya sendiri “Kenapa Lia semakin jauh dengan keluarganya
padahal keluarga dia dan Alia sangat rapat dari mereka kecil lagi.”
Alia turun ke
bawah mendapatkan umminya yang sedang rancak berbual dengan adik-beradik dan
anak buahnya. Dia menghampiri Puan Anis lalu duduk disisi Puan Anis sambil
tersenyum manis.
“Lia, mari ummi
kenalkan dengan adik beradik ummi.” Ajak Puan Anis dengan manja dan mesra.
Semua yang ada disitu memandangnya. Puan Anis memperkenalkan mereka satu
persatu. Alia mengangguk-angguk.
Alia menjeling
ke tangga melihat Amsya turun dengan wajah yang kusam, dia tersenyum puas
hatinya dapat mengenakan Amsya. Amsya
menghala ke dapur. Dia dapati Qania berada di situ lalu ditariknya tangan
Qania.
“Qania, kenapa
bagitahu tentang abang dengan Shasha pada Alia?” Tanya Asmya membuatkan Qania
terkejut dengan tuduhan itu. Berkerut kening Qania mendengarnya.
“Qania tidak
bagitahu apa-apalah abang pada Alia. Kenapa tuduh Nia macam tu?” disoalnya
Amsya kembali.
“Kalau bukan Nia
siapa lagi.” Jawab Amsya.
“Manalah Nia
tahu, sepanjang hari Nia sibuk tolong aunti. Shasha yang selalu dengan Alia
tadikan.” Balas Qania. Amsya menarik
nafas panjang lalu beredar dari dapur diikuti oleh Qania. Mereka berdua
menghala ke ruang tamu dimana yang lain sedang berkumpul. Amsya mengambil
tempat disebelah kiri pak longnya jauh dari Alia yang berada bertentangan
dengannya. Ada ruang kosong disebelah Alia tidak diduduknya. Manakala Qania
berada disebelah Shasha. Amsya tengok Shasha bermasam muka dengan mata asyik melihat
Alia disebelah umminya.
“Lia, anak aunti
Shasha ni baru jea balik dari Australia belajar kat sana. Lia belajar di mana
dulu?” Tanya adik Puan Anis Liza sambil memandang Alia. Alia mendengarnya
tersenyum dengan nada yang perlahan dia menjawab.
“Saya belajar
sekolah agama dulu. Lepas tu sambung belajar kolej biasa.” Jawab Alia bersahaja
merendah diri. Dia tidak boleh memperkenalkan dirinya yang sebenar.
“Setahu aunti,
Amsya tidak suka perempuan yang tidak belajar tinggi, tapi Amsya anak yang baik
selalu dengar kata umminya. Sebab itu Shasha belajar sampai ke luar Negara.
Mungkin ummi kesian pada Alia sebab Lia anak yatim piatu kan.” Sindir aunti
Liza merendah-rendahkan Alia. Alia mendengarnya berkerut dahi tapi dia
tersengih namun hatinya sedikit terasa dengan kata-kata aunti Liza tentang
status dirinya yatim-piatu. Berubah juga
wajah Alia. Tapi hatinya berkata “Tak hairan pun.” Amsya tengok Alia dengan
pandangan yang tajam, berubah air muka Alia, namun Amsya tidak berkata apa-apa
bela pun tidak.
“Liza kenapa
cakap macam itu, buruk baik dia menantu angah.” Balas Puan Anis dengan keras, bela
Puan Anis sambil mengosok peha Alia disebelahnya. Alia terdiam menjeling Amsya
yang membisu seribu bahasa.
“Tapi arwah
suami angah juga yang kata kalau Amsya nak kahwin kena cari yang setaraf dengan
Amsya. Ini tidak.” Balas aunti Liza marah dan kecewa dengan tindakkan kakaknya
itu menjodohkan Amsya dengan Alia. Kerana arwah ayah Amsya pernah menghalang
hubungan Shasha dan Amsya dahulu.
“Alia, awak
kerja apa? di mana?” Tanya Shasha dengan angkuh dan sombongnya.
Jawab Alia
bersahaja. “Saya kerja kerani, di sebuah syarikat di Putrajaya.” Alia melihat
Puan Anis dengan sayu. Difikirnya mungkin Puan Anis malu dapat menantu macam
dia.
“Kereta Hyundai
sonata model baru Elantra tu Lia punya ke?” Tanya Qania. Belum sempat Alia
menjawabnya Puan Anis terlebih dahulu menjawab.
“Ya, kereta
Lialah tu.” Jawab Puan Anis. Fikirnya lepas ini dia akan suruh Amsya membeli
kereta seperti itu pada Alia. Dia tidak mahu keluarganya menghina Alia. Alia
dan Amsya terkejut mendengarnya mereka berpandangan. Fikir Alia mungkin umminya
malu. Dia berbisik pada Puan Anis.
“Ummi malu ke
menantukan Lia?” sambil diperhati oleh Amsya. Puan Anis mengeleng kepala. Lia
memejam mata dan menarik nafas dan menjawabnya.
“Ya, itu kereta
Lia, peninggalan papa dan mama.” Jawab Alia berlindangan airmatanya lalu
dikesatnya. Dia terpaksa menjawab begitu
demi menjaga perasaan Puan Anis. Alia mengosok bahu Umminya.
Hati Alia
berkata sambil matanya menjeling Amsya. “Oh, ini rupanya En.Amsya, diam seribu
bahasa tidak pula dia membela aku atau umminya. Kalau depan orang tua aku
pandai pula berlakon, maklumlah ada buah disini mana berani, bukan setakat nak
bela duduk sebelah aku pun tak berani.”
“Sudahlah, Liza
jaga percakapan awak tu. Tidak baik menghina-hina orang, kalau sudah jodoh
Amsya dengan Alia kita terima sajalah. Along tengok tidak ada apa pun yang
kurang pada Alia.” Bela abang sulung Puan Anis, Pak Long Amsya. Amsya yang
berada disebelahnya tersenyum dengan pembelaan itu terhadap isterinya. Alia juga
tersenyum dengan kata-kata itu.
Hati Alia
berkata-kata sambil memandang ke wajah Puan Anis. “Ummi, maafkan Lia kerana
tidak dapat menerangkan keadaan sebenar dan siapa Lia. Lia juga terpaksa
menerima penghinaan ini. Sedang mereka berbual-bual telefon bimbit Alia
berdering. Dilihatnya skrin tertera nama Zafrul, Alia menarik nafas panjang.
Niatnya untuk menjawab panggilan itu, dia memandang sekelilingnya apabila
suasana sepi seketika setelah mendengar telefon Alia berdering.
Alia meminta
izin Puan Anis. “Ummi, Lia jawab panggilan dulu.” Puan Anis mengangguk, Alia
bangun meninggalkan mereka semua dia menuju keluar ke halaman rumah. Amsya
memerhatikannya. Alia menjawab panggilan.
“Hello,
assalamualaikum selamat hari raya maaf zahir batin.” Zafrul tersenyum lebar
mendengar suara Alia yang ceria.
“Waalaikummussalam,
selamat hari raya maaf zahir, batin kena minta maaf juga ke? Lia ada buat salah
batin dengan abang ke? Soal Zafrul bergurau.
“Bukan Lia tapi
abang.” Jawab Alia.
“Mana ada, Lia
tu ha buat hati abang terseksa ni, langsung tidak telefon tanya khabar. Mama
tanya banyak kali. Lia kat mana ni?” Tanya Zafrul lagi.
Amsya keluar ke
halaman rumahnya, dilihat Alia sedang berbual-bual, Amsya menghampirinya, dipeluk
Alia dari belakang. Terkejut Alia dengan tindakkan Amsya, dia menjerit sedikit.
“Auur” Amsya mendekatkan telinganya ditelefon Alia.
“Kenapa Lia?”
Tanya Zafrul apabila mendengar Alia menjerit.
“Kucing besarlah
abang. Lia ada kat rumah.” Jawab Alia.
“Bila pulak Lia
pelihara kucing? Liakan takut kucing.” Tanya Zafrul. Amsya mendengar dengan
jelas perbualan mereka. Alia cuba meleraikan tangan Amsya yang berligar
dipinggangnya namun tidak berjaya.
“Lia kat luar
rumahlah bang.” Jawab Alia. Dia membiarkan Amsya mendengar perbualannya.
“Lia tidak rindu
abang ke? Sampai raya keenam tidak datang rumah, tidak telefon. Marah abang
ke?” Soal Zafrul mengoda dan manja. Amsya yang mendengarnya menelan liur
berdebar jantungnya, matanya dipejamkan. Bisik hati Amsya. “Siapa telefon Lia
ni?”
“Kenapa Lia nak
rindu kekasih orang.” Jawab Alia walaupun dia memang rindukan Zafrul. Sebak
juga hatinya dikala itu mahu saja dia menangis di situ tapi ditahannya. Zafrul
mendengarnya mengeluh.
“Lia, abang nak
ajak Lia datang rumah lusa, mama buat majlis hari raya, Lia datang tau mama
suruh jangan tidak datang. Abang tunggu Lia.” Pinta Zafrul merayu.
“Insyaallah
bang. Kita berbual lain kali, Lia ada kerja ni. Bye.” Alia memutuskan telefon
dia memejam mata terkeluar airmatanya cepat-cepat dia mengesatnya dan
meleraikan tangan Amsya dipinggangnya. Amsya memandang Alia berlalu dari situ masuk
ke rumah tanpa berkata apa-apa membuatkan seribu pertanya pada Asmya. Alia
kembali duduk disofa tadi Amsya juga masuk matanya tertumpu pada Alia.
“Lia cakap
dengan siapa?” Tanya umminya. Alia berbisik pada Puan Anis. “Arshraf” Puan Anis
mengangguk. Alia termenung fikiranya
melayan pada Zafrul, sampai apa yang mereka bualkan tidak diambil kisah. Amsya
asyik memandang Alia dengan jelingan yang tajam. Ingatan Alia pada cinta Zafrul
kembali dia memegang dahinya cuba mengawal emosinya ketika itu. Tapi perasaan
itu tidak dapat dikawal, dia kegelisahan sebelum airmatanya gugur di situ baik
dia masuk bilik. Shasha memerhati Alia gelisah kemudian menjeling kearah Amsya
yang sedang memandang Alia. Berkerut dahi Shasha melihat gelagat mereka berdua.
Tiba-tiba Alia meminta izin untuk ke bilik.
“Ummi, boleh Lia
ke bilik nak rehatlah sakit perut.” Katanya memberi alasan. Puan Anis
memandangnya tersenyum manis dan mengangguk. Alia bangun meninggalkan mereka
semua yang sedang rancak berbual untuk ke bilik. Amsya menjeling pada Alia yang
mendaki tangga loteng rumahnya hingga ke atas dan melihat Alia memasuki bilik
umminya.
Sampai sahaja
dalam bilik Alia terus merebahkan dirinya ke katil dia membuka skrin telefon
bimbitnya lalu dicari item gallerysatu-persatu diselectnya mencari
gambar Zafrul, dia menatap gambar Zafrul dengan perasaan yang sayu dan sedih.
“Kenapa kau selalu ada dalam hati aku? Macam mana aku nak lupa kau? Aku tahu
kau tidak pernah cintakan aku. Maafkan aku Zafrul kerana mencintaimu. Kenapa
aku tidak temui cinta sejati?” Berderai airmatanya kini.
Amsya tidak
puashati dengan perbualan Alia tadi entah dengan siapa dia berbual. Dia bangun
untuk ke bilik melihat Alia. Sampai didepan pintu bilik umminya perlahan-lahan
tombol dipulas tidak berkunci dibukanya dia dapati Alia menyiarap diatas katil,
dia menghampiri Alia, terperanjat Alia mendengar ada orang masuk dia
cepat-cepat mengesat airmatanya dan berpaling dilihatnya Amsya menghampirinya. Belum
sempat Asmya menghampirinya Alia terus
bangun ke bilik air.
Amsya mengeluh dia tahu Alia menangis. Kata
hatinya “Kenapa Lia selalu menangis? Siapa telefon dia tadi?” teringat dia Alia
memanggil abang pada lelaki itu. Dia menunggu Alia kelaur dari bilik air. Alia
membasuh mukanya, dia tahu Amsya masih ada diluar menunggunya. Dia menarik
nafas panjang sebelum keluar. Dia membuka pintu benar tekaannya Amsya masih di
situ.
“En.Amsya, awak
nak apa?” Soalnya bersahaja. Amsya merenung Alia dengan tajam.
“Kenapa menangis?
Siapa telefon tadi?” Disoalnya Alia kembali. Alia menarik nafas panjang dan
menghempuskan dengan kuat. Dia senyuam dan mengeleng kepala pada Amsya lalu
menjawabnya dengan serius.
“En.Amsya
maafkan saya, saya tidak boleh berkongsi apa-apa dengan awak. Tidak perlu awak
merasa bersalah pada saya. Kita selesai dulu masalah awak. Saya janji dengan
awak saya akan yakinkan ummi. Tolong keluar En.Amsya.” Amsya mendengarnya
merasa kecewa lalu dirauk mukanya. Tidak mampu dia berkata apa-apa. Amsya
dengan perasaan kecewa meninggalkan bilik umminya terus ke biliknya.
Amsya merebahkan
dirinya disofa panjang biliknya. Termenung jauh memikirkan perkahwinan ini terkeluar
airmatanya apabila Alia terang-terang menolaknya. Dia mengeluarkan handphonenya
lalu membuka gambar dia dan Alia bersama baby Rayyan direnungnya gambar itu.
Puan Anis dan
yang lain juga masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Seharian
mereka melayan tetamu dan menolong menjayakan majlis perkahwinan anaknya. Puan
Anis ke biliknya.
Alia merenung
diri sendiri dia berdiri dijendela memandang keluar rumah. Kegelapan malam itu
mengingatkannya tentang nasib dirinya kini. Dia juga mahu bahagia seperti
kawan-kawannya yang lain disayangi dan dicintai. Kenapa dia tidak bahagia
seperti orang lain. Teringat dia pada mama dan papanya yang selalu mendengar
masalahnya. Kalau mama dan papa ada mungkin ini semua tidak berlaku. Terlintas
juga wajah Amsya difikirannya tapi apa dia boleh buat, tanpa disedari Amsya
telah menolongnya melepaskan diri dari cengkaman Faris dan kini dia mesti
tolong satukan Amsya dengan kekasihnya.
Dia berpaling
apabila pintu bilik yang dibuka oleh ibu mertuanya. Puan Anis melihat Alia
ditepi jendela, dia menghampiri Puan Anis yang sudah berada diatas katil
memandang kearah Alia. Dia duduk disisi umminya. Puan Anis merenung wajah Alia
dalam-dalam sambil tersenyum, dia tahu Alia ada sesuatu yang ingin diberitahu.
Alia memegang erat tangan Puan Anis dan mengosoknya perlahan-lahan. Sebak
hatinya untuk berkata-kata.
Terketar-ketar
suara Alia memulakan bicara. “Ummi…(dia menarik nafas panjang, airmatanya
keluar)…Ummi, Lia rindukan mama dan papa. Izinkan Lia menumpang kasih ummi.”
Berderai airmatanya gugur dengan laju. Dikesatnya.
“Lia cakap apa
ni? Ummi sentiasa ada dengan Lia. Lia boleh lepaskan rindu mama pada ummi.
Kalau Lia ada masalah bagitahu ummi.” Pujuk Puan Anis sayu melihat Alia
menangis begitu, sebak juga hatinya.
“Ummi, Lia
sayang ummi. Kalau…kalau jodoh Lia dengan Amsya tidak panjang, tolong maafkan
Lia.” Katanya dengan lindangan airmata. Sebak dada Puan Anis mendengar
kata-kata Alia.
“Kenapa Lia
cakap macam ni? Am sakitkan hati Lia? Lia nak tidur dengan Am ke?” Soal Puan
Anis denga mesra. Alia mengeleng kepala.
“Tak mi,
En.Amsya baik. Dia sayang sangat ummi, mungkin Lia…” Alia memberhentikan
kata-katanya disitu dia tidak boleh meneruskannya. Dia mendiamkan diri
seketika. Airmatanya mengalir laju. Puan Anis mengesatnnya.
“Lia tidur dulu,
jangan fikir yang bukan-bukan semua akan selamat. Insyaallah.” Pujuk Puan Anis
menyenangkan hati Alia. Alia mengangguk, dia merebahkan dirinya untuk tidur
disebelah Puan Anis. Puan Anis meninggalkan Alia untuk ke bilik air.
Amsya
mundar-mandir di biliknya, dia cuba melelapkan mata namun tidak boleh tidur.
Dia keluar ke dapur untuk minum air. Dipandang bilik umminya masih cerah. Dia
turun ke bawah menuju ke dapur selepas meneguk segelas air masak dia keluar ke
ruang tamu, tiba-tiba tangannya dipegang dia berpaling dilihatnya Shasha.
Shasha melihat
Amsya kegelisahan.
“Am, kenapa
tidak tidur lagi? tinggalkan isteri keseorangan. Am tak cintakan diakan?” Tanya
Shasah menguji Amsya.
“Siapa kata Am
tidak cinta dan sayang dia. Aku cinta dan sayang isteri aku.” Jawab Amsya
dengan tegas.
“Alasan apa lagi
Am nak bagi, Sha tahulah Am kahwin dengan Lia kerana ummi kan?” Soal Shasha.
Amsya mengeleng kepala dan menarik nafas panjang.
“Ini mesti kau
yang bagitahu tentang kita pada Lia kan?” Tanya Amsya dengan geram giginya
dikacipkan. Shasha berkerut dahi dengan tuduhan Amsya.
“Sha tidak
bagitahu apa-apalah. Oh…jadi Am bergaduh dengan Alia lah sekarang sampai tidak
boleh tidur. Sha masih sayangkan abang.” Balas Shasha mendekatkan dirinya pada
Amsya. Teringin dia untuk berada dalam pelukkan Amsya seperti dulu.
Puan Anis keluar
dari bilik air dilihatnya Alia tertidur dengan esakkan, dia mendekati gadis itu
diterenungnya sekali lagi, kesian dia pada Alia. Dia perlu berbincang dengan
Amsya. Puan Anis keluar kebilik Amsya diketutknya pintu bilik tidak dijawab dia
memulas tombol pintu tidak berkunci, dia membukanya dilihat Amsya tiada dalam
bilik. Puan Anis mencari Amsya dia turun ke bawah.
“Sha, kenapa
tidak tidur lagi? Tanya Amsya memandang Shasha rapat didepannya.
“Sha rindukan
abang.” Jawab Shasha lalu memeluk Amsya. Terkejut Amsya dengan kelakuan Shasha
dia cuba meleraikan tangan Shasha tapi Shasha merangkulnya dengan kuat.
Puan Anis yang
baru sampai ditangga terakhir melihat mereka berdua. “Astarofirullah alazim.”
Mengucap panjang Puan Anis.
“Amsya…apa kamu
berdua buat ni.” Jerkah Puan Anis mengejutkan mereka berdua, dengan pantas
Shasha melepaskan tangannya dari pinggang Amsya. Amsya berpaling ke arah
umminya, kecut perutnya melihat Puan Anis. Umminya mengeleng kelapa.
“Am, ikut ummi.”
Arah Puan Anis. Amsya meninggalkan Shasha disitu, berdebar jantungnya mengikut
umminya sehingga ke biliknya. Sampai sahaja dalam bilik dia terus dimarahi Puan
Anis.
“Am, buat apa
ni? Kenapa buat Lia macam ni, kalau Am tidak cintakan Alia kenapa kahwin dengan
dia? Ummi tak paksa Am. Patutlah Alia menangis ini rupanya kerja Am. Am
bagitahu Alia Am bercinta dengan Shasha? Sanggup Am buat dia macam ini. Malu
ummi Am, mana ummi nak letak muka ummi pada keluarga Alia.” Bertubi-tubi soalan
dari umminya. Amsya sudah mula mengeluarkan airmata dengan tuduhan umminya. Apa
lagi dia melihat umminya begitu marah dan sedih dengan apa yang dilihat umminya
tadi.
“Ummi, Am tidak
buat apa-apa. Am memang sayangkan Lia. Am cintakan dia.” Jawab Amsya bersunguh-sungguh memandang tepat
ke wajah umminya dengan sebak.
“Sayang Am kata,
berpelukkan dengan orang lain, tinggalkan isteri. Patutlah Lia cakap macamtu
pada ummi rupanya Am sakitkan hati dia. Sampai hati Am buat begini pada anak
yatim, ummi tidak sangka Am sanggup buat macam ini. Tidak sampai seminggu,
majlis pun belum habis tetamu masih ada.” Jawab Puan Anis dengan kecewa lalu
meninggalkan Amsya terkanting-kanting. Amsya memegang kepala dirauk mukanya
berkali-kali, ditekup mulutnya.
“Ya Allah, apa
semua ni. Kenapa jadi macam ni? Aku betul-betul sayang dan cinta isteri aku.
Tidak pernah terniat dihati aku untuk melukakan hati dia. Ya Allah…ampunkan
dosaku tidak terniat pun untuk melukakan hati ibuku. Tolonglah aku Ya Allah.”
Luah Amsya pada Maha pencipta. Dia mengesat airmatanya. Amsya keluar ke bilik
umminya niatnya untuk mengambil Alia tidur bersamanya.
Sampai sahaja
didepan pintu bilik umminya Amsya mengetuknya perlahan. Umminya membuka pintu
dilihatnya Amsya terpacak didepannya.
“Am nak apa?”
Tanya umminya memandang sayu pada Amsya.
“Izinkan Am
ambil Lia ummi.” Pintanya merayu.
“Lia tidur,
biarkan Lia tidur di sini, nanti Am sakitkan hati dia pula dah tengah malam ni,
pergilah Am tidur.” Jawabnya umminya menghalang Amsya. Amsya merayu lagi.
“Kalau ummi
tidak izinkan Am ambil Lia, izinkan Am jenguk dia sekejap mi.” Pinta Amsya
sebak.
“Pergilah, tapi
Am jangan kejutkan dia pula, kesian dia.” Pesan Puan Anis kali ini umminya
tersenyum manis pada anak terunanya. Amsya tersenyum puas apabila umminya
mengizinkannya.
Dia masuk
menghampiri katil dan berlutut didepan Alia yang sedang tidur, ditenungnya
wajah Alia lama-lama. Amsya menjeling pada umminya yang membelakangi Alia.
Perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya ke muka Alia, apalagi diciumnya pipi dan
bibir Alia sambil tangannya memeluk leher Alia. Alia membuka matanya terasa dirinya disentuh, melihat Amsya didepannya
dia bermasam muka. Nak marahkan tidak boleh. Amsya berbisik pada Alia.
“Jom tidur
dengan abang, ummi marah tu.” Ajak Amsya. Sempat lagi Alia senyum tapi dia
mengelengkan kepalanya tidak setuju tidur dengan Amsya. Amsya mengeluh
perlahan.
Amsya berbisik
pada Alia. “Malam esok tidur dengan abang. Abang cium sikit?” Alia memandang
tajam Amsya berkerut dahi menjawab.
“Kan sudah cium,
cukuplah.” Jawab Alia perlahan, tapi Amsya tidak mengendahkannya lalu diciumnya
Alia sekali lagi. Alia memejamkan matanya, berdiri bulu romanya, kemudian
Amsya
melepaskannya tersenyum mengoda pada Alia, Alia membalas senyuman itu.
“Sayang
tidurlah, abang keluar dulu.” Kata Amsya sambil mencubit pipi Alia, lalu bangun
meninggalkan bilik umminya.
Dia masuk ke
biliknya, puashatinya dapat cium Alia walaupun tidak boleh tidur dengannya.
Janji Amsya sendirian “Tidak apa nanti aku akan buat kau tidak boleh lupakan
aku Alia.” Amsya melelapkan matanya.