Alia bergerak
pulang ke rumah Puan Anis sebelum itu dia membeli lauk yang dijanjikan dengan
umminya dan ke butik Roza mengambil gambar perkahwinan. Alia melihat gambar
Amsya dengan Shasha cantik. Timbul perasaan cemburu dihatinya melihat orang
berpacaran. Dia meninggalkan gambar Amsya dan Shasha pada Roza.
“En.Roza nanti
kalau Amsya telefon atau datang tanya gambar bagi yang ini ya.” Arah Alia. Roza
sekadar mengangguk.
Amysa memandang
jam tangannya 4.30petang sekali lagi dia menghubungi Alia, panggilannya tetap
tidak dijawab. Amsya mengeluh panjang seharian sentuk dia menghubungi Alia
namun smsnya tidak dibalas manakala pangilannya tidak dijawab. Dia memejam mata
memikirkan cinta Alia, rindunya dia pada Alia Nasuha. Danial Amsya tiada
pilihan lain kali ini dia menghubungi Syafikah. Syafikah melihat skrin telefon
bimbitnya panggilan dari Amsya. Syafikah merungut sendirian. “Kenapa dia
telefon aku ni?”
“Hello” Syafikah
menjawab juga panggilan Amsya.
“Hello. Syafikah
maafkan saya kerana terpaksa menghubungi awak. Alia ada di pejabat?” Tanya
Amsya.
“Maaf En.Amsya, Alia keluar, sekarang ini sudah
4.30petang rasanya Alia tidak masuk. Kenapa? Awak cari dia ke? Tak cuba handset
dia?” Tanya Syafikah.
“Dah, tapi tak berjawab, risau saya. Pukul berapa dia
keluar?” Tanya Amsya serius bimbang apa-apa berlaku pada Alia Nasuha.
“Dalam Pukul 12.30 tengah hari tadi.” Jawab Syafikah.
Amsya melepas keluh.
“Baik Syaf,
terima kasih.” Amsya mengakhiri perbualan. Amsya termenung sendirian dibilik
pejabatnya. Dia meneliti kata-kata Syafikah dengan monolog luaran “ Keluar pukul
12.30 lagi sekarang pukul 4 lebih. Telefon tidak berangkat, mana Lia pergi ni?
Kalau sudah tiga empat jam…kalau keluar dengan lelaki boleh buat anak. Kenapa
dia tidak mahu jawab pangilan aku. Tiada perasaan ke Alia ni?” Fikiran kotor dan
rungut Amsya pada Alia. Dia mengeluh lagi. Terperanjat Amsya apabila telefonnya
berdering dilihat skrin pangilan dari Tengku Umairah.
“Aduh! ini
sorang lagi. Yang tidak dicari datang. Yang dicari entah kemana.” Omelnya
sendiri. Amsya menjawab pangilan Tengku Umairah.
“Hello, sayang.”
Jawab Amsya sekarang dah terpaksa bersayang dengan Tengku Umairah. Perasaannya
kini sudah jauh pada Tengku Umairah.
“Hello, abang
kat mana ni?” Soal Tengku Umairah dengan manja.
“Masih di
pejabat, kenapa?” Balas Amsya resah.
“Jom kita pergi
makan. Mairah tak makan lagi hari ini.” Pelawa Tengku Umairah. Dia juga
teringat yang dia juga belum makan hari ini.
“Okey tunggu
abang kat bawah.” Jawab Amsya lalu memutuskan taliannya. Memegang kepala
hatinya bersuara “Kenapalah Alia tidak layan aku macam Tengku Umairah. Dia
tidak suka aku. Aku mesti buat Alia cintakan aku.” Nekad Amsya.
Alia Nasuha
sampai dirumahnya terus masuk ke dapur meletakkan barang-barang yang dibelinya.
Dia naik ke tingkat atas untuk mandi kemudian turun semula untuk menyediakan
makan malam dan mengambil pakaian kotor untuk dibasuh dan membuat kerja-kerja
rumah seperti biasa.
Selepas makan
malam Alia Nasuha berehat bersama Puan Anis diruang tamu sambil menonton. Alia
menghampiri Puan Anis yang sedang mengait benang untuk dijadikan pengalas meja
dan kusyen serta pelbagai jenis alas yang dibuatnya untuk hiasan. Alia
terpandang permainan chess dalam almari hiasan.
“Ummi masih buat
ini, pandainya ummi kait semua ni. Boleh ajar Lia.” Sapa Alia dengan mesra
disebelah sambil tangannya memeluk bahu Puan Anis dengan manja. Puan Anis
tersenyum manis pada menantunya.
“Ummi buat semua
ni untuk hilangkan bosan, tak ada apa nak dibuat.” Jawab Puan Anis. menepuk
lembut dipipi gebu Alia.
“Cantik ummi
buat, banyak ni ummi nak jual ke?” tanya Alia apabila melihat beberapa jenis
benang yang bergulung diatas meja.
“Tidak, semua
benang ni ummi akan gabungkan. Lia nak belajar? Mari ummi ajar buat stoking
baby. Nanti Lia dapat baby boleh buat untuk baby.” Ajak dan usik Puan Anis.
Alia tersengih malu dengan usikan umminya.
“Lia pernah
tengok orang buat stoking baby tapi kena
guna dua jarumkan mi? Lia satu jarum pun tak pandai.” Balas Alia sengih manja.
Amsya selesai
mandi dan bersolat selepas balik dari berjumpa Tengku Umairah, dia membuka television
diruang tamu rumahnya. Kini ingatannya kembali pada Alia Nasuha. Dia cuba lagi
menghubungi Alia tapi juga tidak dijawab. Dia mengeluh panjang “Aduh! Lia ni
memang tak pernah nak angkat telefon. Kenapa Alia tidak mahu jawab pangilan
aku.” Kali ini Amsya menghubungi umminya Puan Anis.
Puan Anis
mengambil telefon bimbitnya diatas meja apabila handphonenya berdering dilihat
panggilan dari anaknya lalu dijawab dengan salam berbalas.
“Ummi buat apa
tu?” Tanya Amsya.
“Buat apa lagi
sedang mengaitlah.” Jawab Puan Anis lembut.
“Ummi, isteri Am
ada?” Tanya Amsya membuatkan Puan Anis tersenyum manis memandang Alia
disebelahnya.
“Ada ni sebelah
ummi, sedang belajar mengait. Am nak bercakap dengan Alia ke?” Balas si ibu.
Rindu dia untuk bercakap dengan Alia tapi ditahannya dia tahu Alia tidak sudi
bercakap dengannya..
“Tak apa ummi.
Tadi Alia balik pukul berapa?” Soalnya pada Puan Anis.
“Lima setengah,
kenapa Am?” Tanya Puan Anis kehairanan dengan pertanyaan Amsya.
“Tak apalah ummi
tolong kirim salam pada Alia. Assalamualaikum.” Pesannya lalu memutuskan
talian. Kedengaran suara kecewa anaknya. Hati Amsya kecewa Alia sengaja tidak
mahu menjawab pangilannya.
Puan Anis
memandang Alia berkerut dahi lalu bertanya. “Abang Am ada telefon Lia hari
ini?” Tanya Puan Anis. Alia mengangguk dan bersuara.
“Ada tadi, tapi
Lia tengah meeting tak sempat nak jawab.” Balas Alia memberi jawapan.
“Sayang tak
return call pada abang?” Tanya umminya
lagi bermanja. Alia sekadar mengeleng kepala.
“Patutlah abang
Am risau jer, suaranya merajuk. Rupanya Lia tidak balas pangilan dia. Lain kali
balas ya? jangan buat suami risau.” Nasihat Puan Anis pada menantunya. Dengan
tersenyum sedikit Alia terangguk-angguk.
“Ummi, hari
selasa depan Lia kena out station di Johor Baharu. Lia nak bawa ummi. Ummi ikut
Lia boleh?” Bagitahu Alia pada umminya. Memandang sayu pada Puan Anis. Puan
Anis tersenyum.
“Berapa hari?
Tak menganggu Lia ke?” Tanya Puan Anis teruja dipelawa Alia, sudah lama dia
tidak bercuti.
“Tiga hari. Kita
pergi hari selasa, hari rabu Lia ada lawat tapak, khamis kita balik. Lia lebih
suka ummi ada bersama Lia.” Terang Alia bersungguh-sungguh.
“Abang Am sudah
tahu?” Soal Puan Anis lagi, membuatkan Alia sekali lagi tersengih. Puan Anis
tahu jawapannya Alia belum bagitahu.
“Minta izin
abang Am dulu ya.” Puan Anis sekali lagi memberi pesanan. Alia mengangguk.
“Ummi, siapa
main chess tu? Ummi pandai main?” tunjuk Alia chess yang ada dalam almari. Puan
Anis melihat chess permainan kegemaran suaminya.
“Itu chess
kesayangan arwah walid. Itulah permainan kegemarannya. Dia selalu bermain
dengan Am.” Terang Puan Anis mengimbas kembali kenangan arwah suaminya.
Bergelak ketawa berjam-jam bermain catur dengan Amsya.
“Lia pandai main
chess?” Soal Puan Anis.
“Pandai. Lia
suka main dulu semasa papa ada Lia selalu lawan dengan papa.” Alia juga mengimbas
kenangan bermain catur dengan papanya.
Tiba-tiba mereka
terdengar telefon bimbit Alia berbunyi.
“Pergi tengok.
Abang Am ke telefon.” Arah Puan Anis. Alia bergegas naik ke tingkat atas untuk
melihat panggilan dari siapa. Kali ini dia terpaksa menjawab pangilan kalau
dari Amsya. Tapi mereset bukan panggilan Amsya tapi Zafrul. Dia menjawabnya
demi tidak menyakitkan Zafrul kerana meninggalkan majlis begitu tadi.
“Hello.” Jawab
Alia.
“Hello Alia,
abang minta maaf pasal petang tadi bagi pihak kak Sara.” Balas Zafrul. Alia
terdiam seketika.
“Kenapa bang?”
Tanya Alia mengorek rahsia dari Zafrul tentang perkara tadi.
“Tidak patut kak
Sara cakap begitu pada Lia. Dia tidak berhak nak larang Lia dari berjumpa
dengan abang.” Zafrul Kesal dengan sikap Sara.
“Kak Sara tidak
bersalah pun memang patut dia berterus terang dengan Lia. Lia faham dengan
perasan dia. Siapa tidak cemburu kalau kekasih berjumpa perempuan lain.” Balas
Alia membela Sara.
“Abang tahu Lia
baik sangat. Abang tahu Lia kecil hati dan terasa dengan kata-kata kak Sara
kan?.”
“Lia tidak ambil
hati pun. Lia tahu kak Sara sayang dan cinta sangat pada abang. Abang jagalah
dia baik-baik, jangan sakitkan hatinya ya?. Nanti kita berbual lagi. bye.”
Pesan dan nasihat Alia walaupun hatinya pedih dan sakit.
Keesokkan
harinya Amsya ke pejabat dan membuat kerja-kerjanya seperti biasa. Tapi
rindunya semakin menebal pada Alia Nasuha, Amsya cuba sekali lagi menghantar
sms.
Alia yang sibuk
memeriksa pelan diatas mejanya melihat sms yang diterima dari Amsya. Dia tidak
tahu samaada mahu menjawab atau tidak. Perasaannya serba salah untuk melayan
Amsya. Pada siapa lagi dia perlu meluahkan perasaannya kalau bukan Syafikah,
lalu memanggil Syafikah ke biliknya. Syafikah mengadap bosnya itu, melihat muka
Alia yang berserabut, dia tersenyum
melihat Alia didepannya.
“Kenapa Lia? Kau
ada apa-apa nak bincang dengan aku.” Kata Syafikah selaku sahabat dan juga
kakak kepada Alia.
“Entahlah Syaf,
aku sudah rasa terperangkap dengan perkahwinan ini.” Terang Alia serius
memandang anak mata Syafikah.
“Kenapa Alia,
kau sudah terpikat dengan Amsya. Tak salah Lia, dia suami kau.” Balas Syafikah.
“Aku tidak boleh
cinta dia Syaf. Aku belum kenal dia. Lagipun aku tidak mahu kecewa aku takutlah
Syaf, sekarang ni pun dia selalu hubungi aku, entah apa dia nak dari aku pun
tidak tahu.”
“Itu tandanya
dia ambil berat pasal kau. Dia suka kau?” Balas Syafikah.
“Lelaki ni
selagi dia tidak dapat apa hak dia, selagi itu dia kejar kita…lepas dapat lari
entah ke mana. Kau pun tahukan aku tidak boleh bercinta dengan lelaki yang
sudah ada kekasih, tunang orang apalagi suami orang. Aku tidak mahu dikatakan
perampas dan merosakkan perasaan orang lain. Aku tak nampak pun dia cintakan aku,
apa yang aku nampak dia nak goda aku jer, selalu saja minta peluk dan cium aku.
Rimaslah aku.”
Sambil Alia
meluahkan perasaannya panggilan dari Amsya sekali lagi masuk tapi dia tetap
mengabaikannya.
“Siapa? Tanya
Syafikah lagi, memandang telefon bimbit Alia yang sedang menjerit.
“Siapa lagi,
Amsyalah. Macam mana aku nak buat dia benci aku dan mempercepatkan dia kahwin
dengan kekasih dia. Kau ada ideal tak?” Tanya Alia mukanya masam meminta
pandangan Syafikah. Syafikah terdiam sejenak memikirkan sesuatu.
“Lia, kau buat
apa kat rumah ummi kau?” Tanya Syafikah. Alia berkerut dahi kehairanan
mendengar pertanyaan Syafikah.
“Buat apa? macam
biasalah kerja-kerja rumah. Kenapa?” Tanya Alia.
“Kau cuba elak
dari buat kerja-kerja rumah yang membuatkan lelaki suka dan boleh jatuh cinta.”
Jelas Syafikah.
“Apa maksud kau?
Aku tidak faham.” Tanya Alia berkerut muka.
“Bila Amsya balik
rumah kau buatlah malas, tak payah masak, mengemas, membasuh apa-apa saja, biar
dia benci pada kau. Cepat sikit dia akan fikir untuk kahwin dengan kekasih dia.”
Terang Syafikah. Alia terangguk-angguk memikirkan cadangan Syafikah.
“Hah, itulah aku
tidak jawab pangilan dia. Lama-lama boringlah dia. Tak apa Syaf aku terima
cadangan kau. Aku akan elak dari dia.” Balas Alia bersungguh-sungguh.
Amsya sudah mula
bengang dengan Alia yang selalu tidak menjawab pangilannya. Serba tidak kena
dia dibuatnya. Difikirnya sendiri “Macam mana aku nak pikat dia ni? Sudah betul
Alia ni.” Sedang dia berfikir pintu biliknya di ketuk. Belum sempat dia menjawab
Irfan sudah melangkah masuk dengan langkah yang laju dia duduk di kerusi depan
meja Amsya. Irfan melihat Amsya kegelisahan ditengok wajah yang moyok kedua-dua
tangan memegang kepala.
“Aku tengok kau
ni moyok jer, apasal? Macam mana perkahwinan kau?” Tanya Irfan.
“Macam mana apa?
aku tengah benggang ni dengan Alia.” Jawabnya sedikit tengking rasa tidak
puashati.
“Kenapa pula?
Kau tak bahagia ke?” Serkap Irfan.
“Bukan tak
bahagia. Aku telefon dari kelmarin tak berangkat. Apa yang dibuatnya sampai tak
boleh nak jawab panggilan aku.” Terang Amsya marah mengeleng-geleng kepala.
“Kau gaduh
dengan dia ke?” Tanya Irfan
“Bukan gaduh
tapi Lia salah faham aku dengan Shasha siapa yang mulut tempayang pun aku tidak
tahu. Yang bengang lagi ummi aku tertengok pula Shasha peluk aku lagilah salah
faham. Si Lia pula bukan nak tidur dengan aku pun.” Terang Amsya membuatkan
Irfan tergelak kuat.
“Eh! kau kenapa
sampai Lia tidak tidur dengan kau. Dia tidak terpikat dengan kau ke? Biasanya
perempuan akan cair dengan kau.” Sindir Irfan
“Itulah yang aku
bengang sangat tu. Aku baru nak pikat dia dah jadi huru-hara. Kenapalah si Lia
tu tidak manja macam Tengku Umairah. Kalau dia serius garang juga, sudahlah
poyo cakap dia jer yang kena dengar. Macam mana aku nak pikat dia? Kau boleh tolong aku tak?”
Tanya Amsya minta nasihat kawan baiknya itu.
Irfan tergelak
lagi mendengar penjelasan Amsya. Dia menjawab persoalan Amsya.
“Kalau aku
katakana kau bodoh, kau marah. Eh, kau dengar sini Am. Si Mairah tu bukan manja
tapi gedik. Yang manja tu Alia. Hah!…sekarang baru kau tahu susah nak pikat
perempuan. Selalunya perempuan yang akan tersangkut pada kau. Kali ini kau rasa
susah senang nak pikat perempuan.” Balas Irfan. Amsya merenung tajam kearah Irfan
didepannya berdesing merah telinganya mendengar kata-kata Irfan.
“Kau nak tolong
aku ke tak?” Tanya Amsya dengan marah.
“Aku nak tanya
kau. Kau dengan dia belum bersamakan?...Tapi apa kau cakap dengan Alia sampai
Alia setuju kahwin dengan kau sedangkan dia tidak cintakan kau.” Balas Irfan.
Amsya terperangkap disitu tapi dia tidak boleh dedahkan rahsianya.
“Itu kau tidak
perlu tahu. Bukan dia tidak cintakan aku tapi kami janji nak bercinta lepas
kahwin. Sekarang baru nak kenal hati budi. Cuma aku tidak tahu macam mana nak pikat dia, biar dia melekat
dan jatuh cinta pada aku.”
“Senang jer, kau
ikut rentak dia dan cuba faham apa kehendak dia. Aku memang suka kalau pikat
perempuan yang susah macam tu. Cuba pikat dia beli hadiah macam perempuan
suka.”
“Apa perempuan
suka?” Tanya Amsya berkerut dahi cuba memahami maksud Irfan.
“Kau ni
benganglah, itu pun tak tahu. Itulah selalu dapat yang mudah. Bila berdepan
dengan susah baru kau tahu langit tinggi rendah.” Komen Irfan.
“Kalau aku tahu
taklah aku tanya kau. Kaukan pakar pikat perempuan sampai sekarang dah berapa
kali putus cinta.” Sindir Amsya. Tergelak.
“Itu sebab aku
belum lagi jumpa yang sesuai. Sudahlah, Jangan fikir banyak kau follow dulu
cara dia. Petang ini kau balik mainkan peranan kau, cuba buat tidak layan pada
dia tengok respond dia. Sekarang sudah pukul satu, jom kita pergi solat Jumaat
dulu.” Ajak Irfan membuatkan Amsya menoleh jam tangannya.
Selesai sahaja
solat Jumaat pada hari itu Amsya dan Irfan kembali ke kantornya sedang mereka
berjalan Amsya terpandang satu baju tidur yang tergantung disebuah butik. Dia
memberhentikan langkahnya.
“Fan, aku nak
tengok baju kejap.” Irfan menoleh butik didepannya.
“Kau nak cari
baju siapa ini butik baju perempuan.”
“Aku tahulah,
aku nak beli baju untuk isteri aku.” Amsya melangkah masuk ke dalam butik itu
dia mengambil sehelai baju tidur yang
tergantung dibutik itu untuk isterinya Alia Nasuha. Berbunga hatinya tidak
sabar nak tengok reaksi Alia memakai baju itu. Irfan tersengih macam kerang
busuk menyindir Amsya. Amsya hanya mengkerling membalas sindiran Irfan.
Selepas waktu
kerja pada hari itu Amsya bergegas balik ke kondominiumnya terlebih dahulu baju
yang dibelinya disangkut didalam almari. Sekarang bukan masanya dia beri pada
Alia.
Alia Nasuha
sampai dirumah Puan Anis pada petang itu dia membeli makanan malam untuk Puan
Anis dan bahan-bahan untuk dia membuat kek kegemarannya iaitu kek tiramisu. Dia
terus ke dapur kemudian menyediakan bekas dan bahan-bahan diatas meja. Sedang
asyik dia membelek bag plastik yang berisi bahan yang dibeli tadi bahunya
dicuit.
“Lia nak buat
apa ni?” Soal Puan Anis melihat Alia sedang mengeluarkan bahan-bahan tiramisu.
Alia berpaling dan membalas senyum pada umminya.
“Lia nak buat
kek untuk ummi, sudah lama rasanya Lia tidak buat kek.”
“Lia nak buat
kek apa dengan biskut ni?” Tanya Puan Anis lagi apabila melihat sebungkus
biskut prono Botomi.
“Kek
tiramisu.Ummi pernah makan tak?” Balas Alia sambil merangkul pinggang Puan
Anis.
“Tak pernah,
ummi tak pernah buat pun. Jarang buat kek, Am bukan makan pun, ummi jer yang
makan itu yang malas nak buat. ummi beli saja.” Jawab Puan Anis tangannya
memegang cheeseyang ada diatas meja.
“Tak apa ini Lia
buat khas untuk ummi. Tapi ummi, kek ini perlu disejuk dulu baru boleh makan.”
Jelas Alia, yang lincah membancuh bahan-bahan dan menyusun biskut yang telah
direndam sebentar dengan air milo.
Selepas dia
menyiapkan kek tiramisunya dia bergegas ke atas untuk mandi dan solat maghrib.
Puan Anis yang masih berada diruang tamu mendengar kereta Amsya lalu dibuka pintu
utama. Amsya meluru masuk selepas memberi salam dengan senyum dan mencium pipi
Puan Anis. Tiba-tiba hatinya merasa pedih dengan sikap Alia yang tidak menjawab
pangilan dan SMSnya. Mata Amsya terkial-kial mencari Alia, Puan Anis perasan
Amsya mencari seseorang setelah melihat Amsya berpaling ke kiri kanan dan
menjenguk ke dapur.
“Lia ada di
atas.” Kata umminya. Amsya sekadar sengih tawar kemudian melangkah naik ke
tingkat atas. Dia terus kebiliknya, pintu biliknya dibuka tapi gelap dia
membuka suis lampu diperhatikan biliknya sunyi sepi tidak ada apa yang berubah seperti
selalu ditinggalnya. Amsya melangkah masuk kebiliknya dia membuka almari pakaiannya,
kecewa dan terkilan rasanya apabila melihat ruang kosong yang diberikan untuk
pakaian Alia tetap juga kosong. Kini dia tahu Alia tidak tidur dibiliknya. Dia
dengan rasa kecewa dan kecil hati melangkah ke bilik umminya.
Tombol pintu
dipulas ditengoknya Alia sedang membaca doa setelah selesai solat maghrib.
Danial Amsya dengan raut muka yang masam dan marah memandang tajam ke arah
Alia. Alia perasan yang pintu bilik dibuka selepas mengaminkan doa dia
berpaling. Tersenyum manis pada Amsya yang terpacak dimuka pintu merenung tajam
kearahnya. Alia berkerut dahi melihat wajah Amsya yang masam. Amsya dengan perasaan
kecewa menutup pintu bilik umminya terus ke biliknya.
Alia merasa
hairan melihat kelakuan Amsya bisik hatinya sendirian “Kenapa En.Amsya ni
masamnya muka marah aku ke?” Alia dengan pantas membuka telekung sembahyang
dengan hanya berpakaian baju tidur yang singkat paras peha Alia ke bilik Amsya.
Apabila pintu dibuka dilihatnya Amsya sedang bersandar dikepala katil dia terus
melangkah masuk lalu duduk berdepan dengan Amsy bikai katil dengan kaki kirinya
dilipat manakala kaki kanannya terjuntar dibawah. Alia mengambil tangan Amsya lalu diciumnya,
dengan sikap poyonya dia tersengih lebar pada Amsya. Amsya melihat Alia dengan
tajam wajahnya masam memerhati Alia yang berpakaian seksi berada didepannya.
Dengan sikap poyonya Alia bertanya.
“En.Amsya, kenapa
balik jer muka masam, kelat, macam ayam berak kapur. Apahal? Ini mesti tiada
lain kes gaduh dengan girlfriend lah ni kan?” Amsya sekadar memandang anak mata
Alia. Terasa juga dia mahu ketawa dan tersengih dengan sikap Alia tapi
ditahannya. Rasa hatinya tiba-tiba terubat dan terusik melihat isteri jelita
didepan mata, kemarahan yang dipendam tiba-tiba terpadam. Alia terus bersuara
apabila melihat Amsya masih lagi membisu. Dia mendapat idea untuk menghiburkan
Amsya.
“En.Amsya
kenapa? Kalau awak balik muka macam ini
nanti ummi kata kita gaduh. Saya tidak sukalah muka awak macam ini tak selera
nak tengok muka hensem tapi kelat senyumlah sikit. Macam ini…” Alia membuat
ukiran senyum dimulut Amsya dengan jarinya. Amsya tersengih.
“Hahhh…macam tu
lah baru nampak macho. Kenapa? kalau ada masalah dengan kekasih ceritalah pada
saya. Shasha marah awak?” Amsya
mengeleng kepala.
“Mulai hari ini
kita jadi kawan. En.Amsya boleh cerita apa sahaja masalah pada saya.” Alia
mengangkat jari kelikingnya pada Amsya sebagai tanda persahabatan. Amsya
membalasnya dengan menyambut jari keliling Alia. Dengan senyum lebar melihat
Alia dari atas ke bawah.
“Kalau kawan,
Lia tidak boleh panggil En.Amsya. kena panggil abang.” Kata Amsya cuba
memancing Alia supaya memanggilnya abang. Alia perasan Amsya memerhatinya
dengan pandangan yang menyiurkan. Dia cuba menarik skritnya ke bawah.
“Okey saya
panggil awak jer. Apa kata saya hiburkan awak malam ini. Kita keluar. Nak tak?”
Balas Alia. Amsya berkerut kening. hatinya bersuara “Betul ke si Lia ni nak
hiburkan aku.” Alia tengok Amsya serba salah dan tidak percaya padanya. Sekali
lagi Alia cuba menyakinkannya.
“Nak ke tak nak?
Lia nak hiburkan awak ni. Kita keluar.” Ajak Alia bersungguh dia sudah ada
rancangan untuknya dan Amsya pada malam itu. Amsya dengan senyum lebar
menganggukkan kepala tanda setuju.
“Okey kalau
macam itu awak pergi mandi dan solat dulu. Tak mandi dan solat lagikan?” Soal
Alia. Amsya mencubit manja pipi Alia sambil tersengih dan berkata.
“Belum lagilah.”
“En.Amsya pergi
mandi dan solat dulu. Lia tunggu dibawah.” Arah Alia. Amysa mengulangi
perkataan yang dipanggil Alia.
“En.Amsya…En.Amsya…En.Amsya.
Abang tak jadi pergilah” Marah Amsya manja merajuk.
“Alahhh…merajuk.
Baiklah, sayang pergi mandi ya.”Pujuk Alia membuatkan Amsya tersenyum.
“Lia, abang cium
sikit?” Pinta Amsya mengoda.
“Mandi dulu,
busuk.” Jawab Alia tersengih dan tergelak kecil. Alia bangun keluar
meninggalkan Amsya untuk kebilik Puan Anis bersalin pakaian.
Sampai sahaja
dalam bilik Alia mengambil telefon bimbitnya dia menghubungi Syafikah. Talian
berdering.
“Hello, Cik
Puan.” Jawab Syafikah mengusik kawan baiknya itu.
“Kau ni kan,
jangan panggil aku macam itu. Kau orang semua sudah makan?” Tanya Alia.
“Kita orang nak
keluar makanlah ni.” Jawab Syafikah.
“Kau tunggu aku.
Aku belanja kau semua kita pergi makan steamboat.” Ajak Alia.
“Kau boleh
keluar ke?” Tanya Syafikah.
“Bolehlah kau
tunggu jer aku. Okey.” Arah Alia. Dia terus memutuskan perbualan mereka.
Alia bersiap ala
kadar. Dia terus turun ke tingkat bawah berjumpa dengan puan Anis didapur.
Dengan manja
Alia bersuara. “Ummiiii…Kami nak keluar kejap boleh.” Pintanya dengan rayu dan
manja, memeluk umminya dari belakang. Puan Anis tersenyum dengan sikap manja
Alia.
“Pergilah. Ummi
tidak halang pun. Mana abang Am?” tanya Puan Anis apabila Amsya tidak
kelihatan.
“Belum turun
lagi, kejap lagi turunlah tu.” Kata Alia.