Alia sampai
dirumahnya pukul 8.30 malam, kawan-kawannya yang lain sedang menonton Alia
masuk ke rumah dia terus ke sofa dan merebahkan dirinya. Syafikah melihat
kelesuan diwajah Alia. Terus ditanyanya.
“Lia, kau
kenapa? aku tunggu kau kata nak keluar dengan En.Amsya, jadi ke?”
“Tidak jadi aku
penat sangatlah, sudahlah dipejabat tadi kerja banyak.” Balas Alia dengan suara
keletihan bersandar disofa sedang matanya dipejamkan.
“Eh! Lia kau
keluar dengan En.Amsya anak Puan Anis tu ke?” Soal Mimi sedikit terkejut.
“Iyalah Amsya
mana lagi.” Balasnya tanpa membuka mata.
“Kau bercinta
dengan dia ke?” Tanya Farhana.
“Aku nak kahwin
dengan dia, kenapa? kau jugakan yang suruh. Sekarang aku dan En.Amsya akan kahwin.” Jawab Alia
dengan selamba, matanya masih dipejamkan
“Hahhh…betul ke
Lia, kau sudah setuju ke? Eh, bila kau bercinta dengan dia? Tiba-tiba sahaja
nak kahwin, bila?”Tanya Mimi dengan terkejutnya.
“Argh, banyak
soallah kau ni. Bercinta tidak penting, kahwin dulu baru bercinta.” Balasnya
lagi kali ini dia membuka matanya. Semua rakan-rakannya bangun dan duduk
berdekatan dengan Alia dan memandangnya dengan seribu pertanyaan.
“Eh, kau ni
betul ke? Kau sakit ke apa? setahu aku, kau ni bukan senang nak terima lelaki
dalam hidup kau. Asal cakap jer pasal lelaki, pasal kahwin mula nak melenting.
Sekarang ni angin tak, rebut tak terus kahwin. Kau cair dengan En.Amsya yang
hensem tu ke?” Soal Hana.
“Sakit apanya?
Hah…aku cair dengan dia kenapa? Dia lamar aku, aku terima sajalah” Katanya
sambil matanya berpaling kearah mereka bertiga. Tercegang Farhana dan Mimi.
“Bila dia lamar
kau, aku rasa kau baru jer kenal dia?” Soal Farhana.
“Bila tidak
penting. Yang penting sekarang hari sabtu ni aku balik Besut dia nak datang
pinang aku.” Balas Alia dengan lagak poyonya.
“Betul ke? Aku
ikut. Tok wan sudah tahu ke?” Pinta Mimi.
“Boleh, aku baru
nak bagitahu tok wan lah ni.” Balasnya.
“Wow, bestnya
kau Lia dapat kahwin dengan En.Amsya tu…hihihi jelousnya aku.” Balas Mimi lagi.
Alia mendengarnya mengkerutkan muka dan dahinya sambil matanya menjeling kearah
Syafikah yang hanya diam membisu.
“Sudahlah aku
naik dulu nak mandi. Nanti kau orang tolong aku prepare majlis perkahwinan aku
boleh?” Pinta Alia Nasuha pada teman-temannya.
“Boleh,
boleh,boleh” Jawab mereka serentak. Alia bangun untuk kebiliknya.
Selepas sahaja
dia memanjakan dirinya dengan mandian, wangi-wangian memakai lotion, krim
malam. Dia menelefon neneknya dikampung.
“Hello Wan, apa
khabar?” Sapa Alia setelah mendengar suara tok wan menjawab pangilannya.
“Baik. Lia macam
mana? Ada apa-apa ke?” Tanya tok wan dapat menghidu panggilan cucunya kali ini.
“Alahai tok wan
ni macam tau-tau jer Lia ada hajat.” Balas Alia manja.
“Lia tu cucu
wan. Ada apa sayang?”
“Tok wan ingat
tak Lia bagitahu ada lelaki lamar Lia? Dia dan umminya nak datang pinang Lia
hari Sabtu ni, macam mana wan?”
“Ingat. Tok wan
tidak ada halangan.”
“Tok wan tak
payahlah bagitahu Pak long dan Mak Su. Biar kita jer bincang dulu lepas tu baru
kita bagitahu mereka boleh tak Tok wan?” Pinta Alia, dia tidak mahu rahsianya
terbongkar sebelum kahwin.
“Tok Wan akan
ikut apa sahaja Lia mahu. Pukul berapa Lia sampai hari Sabtu ni? Lia mahu buat
majlis bagaimana?” Soal neneknya.
“Lia mahu yang
ringkas sahaja. Masa nanti Lia bagitahu.”
Dalam masa yang
sama Alia memberitahu rancangannya kepada Tok Wan bagaimana majlis itu akan
berjalan nanti apa yang akan dibuat semuanya oleh perancangan Alia yang uruskan
tanpa pengetahuan orang lain. Dia tidak mahu perkahwinannya dengan Amsya diketahui
oleh orang-orang tertentu.
Selepas sahaja Amsya
dan Irfan makan malam disebuah restoran di Bangi dalam perjalanan pulang ke
Damansara sambil mendengar radio yang dipasang dalam kereta sport Amsya. Amsya
melihat gelagat sahabatnya itu dari tadi tidak banyak bercakap. Lalu Amsya
bertanya kepadanya.
“Fan kau apa hal
dari tadi diam sahaja, ada yang tidak kena ke?”
“Aku teringat
budak Alia tadi. Kalaulah aku yang dapat dia aku tidak lepas punya. Kenapalah
aku tidak jumpa dia dulu sebelum kau. Kalau aku bawa dia jumpa mami aku pasti
mami aku terima dia. Kau tengok tadi macam mana dia dengan ummi kau.”
“Kau kenapa
fikir pasal dia. Dia tu bakal isteri aku, jangan kau nak potong line pula. Ini
yang aku tidak senang hati ini. Kau jangan buat aku marah.” Balas Amsya dengan
marah kurang senang dengan kata-kata Irfan.
“Aku tengok si
Lia tu istimewa sangat manis, ayu, cantik Kalau kau tidak jadi dengan dia kau
bagitahu aku biar aku pula tackle dia manalah tahu kalau dia tersangkut pada
aku.”
“Argh! Kau ni
gila ke apa? Kalau aku tahu begini aku tidak bawa kau jumpa dia.” Balas Amsya.
Irfan tahu Amsya marah pada dia. Nampak jelas Amsya cemburu.
“Relaks bro. Aku
saja nak uji kau jer. Tapi kalau apa-apa berlaku pada Lia aku akan ambil dia.”Jawab
Irfan membuatkan Amsya terkedu dan tercabar.
Selepas
menghantar Irfan, Amsya terus ke kondominiumnya. Dia mandi dan bersolat isyak
selepas sahaja bersolat dia mengambil i-padnya lalu dibukanya. Dia meng google
facebookmencari nama Alia Nasuha, mukanya sedikit berkerut mencari nama
itu ada beberapa gambar yang keluar tetapi tidak terjumpa facebook yang
dicarinya. Lama juga dicarinya tapi tiada nama Alia Nasuha. Dia kemudian
mencari nama Syafikah, gambar Syafikah yang dicarinya keluar. Dia cuba add.
Amsya berbisik sendirian.
“Alia ni memang
tidak ada facebook ke?” Dia mengaru kepalanya sendiri, pelik.
Keesokkan
harinya seperti biasa Alia akan menyambung kerja-kerja dipejabatnya dia ingat
janjinya dengan Amsya tengah hari itu tapi dia tidak tahu di mana. Sebelum dia
memulakan kerjanya dia menghantar SMS pada Amsya.
“En.Amsya hari
ini nak jumpa saya dimana?” Dia menghantar pesanan itu.
Amsya yang juga
baru sahaja sampai dipejabatnya mengambil telefon apabila mendengar satu
pesanan masuk ke dalam handphonenya. Dia membukanya pesanan itu, tersenyum
manis dia menerima sms dari Alia orang yang ditunggu-tunggu. Berfikir sejenak,
kemudian membalasnya.
“Saya ke tempat
Lia, kita jumpa di Alamanda.”
“Ok” Balas Lia.
Alia
membelek-belek kerja di atas mejanya dia membuka laptopnya dicari fail akaun
diperhati baki akaun. Kemudian dia mengambil projek Hotel Tok Bali, selepas itu
fail bypass, kemudian fail projek apartment. Dia perhatikan jumlah setiap
projek kemudian mengkajinya. Dia teringatkan sesuatu. Lalu mengintercom
Syafikah.
“Syaf tolong
bawa fail projek Hospital Temerloh, kau panggil kak Zura dan Halida masuk.”
“Baik Cik Lia”
Balas Syafikah.
Alia sekali lagi
mengambil fail bypass. Dia mengambil telefonnya lalu menelefon sahabatnya Mimi.
Panggilan Alia dijawab oleh Mimi.
“Hello Alia.”
“Hello Mimi, kau
boleh tolong aku tak? Tolong tengok satu fail projek aku kerja sudah siap tapi claim
tidak dapat lagi.” Pinta Alia.
“Projek mana?
Kau bagi nombor fail.” Balas Mimi.
“Projek Bypass highway
ke Melaka. Claim aku banyak lagi, kau tolong check, kau ambil nombor
fail ni.” Balas Alia dengan memberi nombor fail projek kepada Mimi.
“Aku check dulu,
nanti aku call kau.” Balas Mimi selepas itu perbualan mereka terus
berakhir.
Syafikah masuk membawa
fail yang diminta Alia bersama Zuraidah dan Halida. Syafikah menyerahkan fail
yang diminta kepada Alia. Kemudian Syafikah terus keluar, tinggal Zuraidah dan
Halida yang duduk didepannya kini. Alia memandang mereka berdua. Dia memulakan
bicara dengan mereka berdua.
“Kak Zura, awak
sudah tukar tandatangan cek dengan company secretary nama En.Helmi kepada
Arshraf?”
“Belum lagi,
setahu saya form 44, 24,49, 32A belum diubah selepas pemergian En.Helmi.”
Terang Zuraidah kepada bosnya. Alia mendengarnya memandang tajam kearah
Zuraidah.
“Aduh, macam
mana saya boleh lupa ni?. Kenapa awak tidak bagitahu saya? Begini, awak suruh
company secretary tukar shareholder, surat bank, tanda tangan cek perlu
tukar.Awak tolong bagi tahu Syafikah buat oppoitment saya dengan company
secretary minggu depan minggu ini saya sibuk.” Arahnya dengan Tegas.
“Tandatangan cek
Both or Any” Tanya Zuraidah.
“Any lah,
tak kan suruh En.Arshraf mari sain cek pulak.” Jawab Alia tidak senang banyak
kerja belum dia selesaikan.
“Claim
semua awak tidak follow-up kenapa? Saya tengok sini hampir setengah juta
claim belum dapat kerja sudah lama siap kenapa? apa masalah? Kak Zura, Halida.
Ini tanggungjawab awak pastikan semua duit kita masuk. Kenapa jadi macam ini?”
Tanya Alia dengan marah kepada stafnya. Mereka berdua terdiam.
“Kak Zura sudah
follow-up Cik Alia tapi belum juga dapat.” Terang Zuraidah.
“Awak tahukan
kita perlu siapkan semua kerja sebagaimana dalam perjanjian, kalau tidak cukup
duit macam mana projek nak siap? Satu lagi Halida tolong buat interim projek
Tok Bali saya mahu awak ke sana check semua progress kemudian hantar interim
pada saya biar saya semak. Dua hari lepas saya sudah pergi tapak projek ambil
report dengan Syafikah. Saya mahu claim projek hotel masuk sebelum hari raya.”
Tegas Alia pada pekerjanya.
“Baik Cik Lia.”
Balas Halida.
“Kak Zura , saya
tidak mahu pakai OD dan BG yang ada sekarang. Kita pakai cash dulu duit yang
ada, saya sudah buat budjet awak tengok dulu. Halida tander baru mana? Awak
sebagai QS(Quantity Serveyor) tidak masuk tender ke? Saya check tender akhir
empat bulan lalu. Kita tidak dapat projek tender lama cari tender baru. Awak
nak saya buat kerja awak ke?” Gertak Alia lagi. Mereka berdua terdiam seketika.
“Maaf Cik Alia,
saya sudah checking tiada tender yang sesuai untuk company kita.” Balas Halida
membuatkan Alia tidak senang dengan jawapan itu.
“What!...What
do you means Halida? What do you say? I not understand? Awak kata tidak ada tender yang sesuai untuk company
kita. Awak tengok tender kelas berapa A,B,C,D,E,F. Dua hari lepas saya tengok
ada tender yang boleh kita masuk. Saya mahu awak check. Balas Alia dengan
tegas.
“Baik Cik Lia.”
Balas Halida tertunjuk malu.
Dengan suara
yang rendah Alia bersuara lagi “Halida, Zuraidah awak berdua orang lama di sini
kenapa jadi macam ini. Tolong semak semula kerja, saya harapkan awak. Halida
check tender baru lepas itu bagitahu saya. Kak Zura pastikan claim kita masuk
kalau ada apa-apa masalah bagitahu saja saya… Saya minta maaf, saya mahu semua
kerja berjalan sebagimana yang saya rancang. Sudah kamu berdua boleh pergi.”
Mereka berdua
keluar dari bilik Alia dengan perasaan yang malu. Syafikah melihat dua
sahabatnya itu keluar menuju ke meja Syafikah.
“Kenapa moyok
jer?” Tanya Syafikah.
“Kena marah, bos
Lia naik angin banyak lagi kerja tidak siap, payment tidak masuk apa
lagi mengamuklah. Kau pun satu Lida kenapa kau tidak isi tender? Kan sekarang
sudah kena marah. Jawab pula macam itu.” Balas Zuraidah.
“Aku pun
menyesal juga cakap begitu tadi. Aku tengok dia sibuk sangat sekarang nak jumpa
tanya tender pun susah. Nanti aku tengok semula mana ada tender baru.” Jawab
Halida.
“Sudahlah kau
orang pergi sambung kerja.” Balas Syafikah.
“Syaf, Cik Lia
suruh kau buat oppoitment dengan company secretary minggu depan”
Zuraidah memberitahu arahan yang diterimanya tadi.
Syafikah
mengangguk, mereka berdua beredar dari meja Syafikah. Syafikah bangun sekali
lagi menuju ke bilik Alia. Dia masuk terus duduk di depan meja Alia yang sedang
kusyuk buat kerja.
“Ada apa,
kacaulah kau ni. Takde kerja kea pa?” Gertak Alia.
“Adalah. Aku nak
bagitahu kau ni.” Balas Syafikah.
“Hari ini kau
jumpa Amsya kan? Dia ada add facebook aku semalam. Mungkin dia cari facebook
kau tak? Kau sudah tutup facebook kau ke?”. Terang Syafikah kepada Alia,
membuatkan Alia tergelak yang dibuat-buat. Dia pandang Syafikah.
“Ha..ha..ha...aku
sudah lama tutup facebook. Kau tidak tahu ke? Biar dia cari.” Jawab Alia.
“Mana aku tahu
kau tutup facebook. Buat apa aku nak buka facebook kau hari-hari
mengadap muka kau.” Balas Syafikah.
“Syaf, aku
keluar dulu. Mungkin lambat sikit aku masuk office.” Kata Alia. Dia terus
mencapai handbagnya lalu keluar dari biliknya ke Alamanda.