Alia Nasuha menekan nombor pin pintu cermin syarikatnya,
dia melangkah masuk ke pejabatnya sunyi sepi semua staff tiada maklumlah waktu
makan tengah hari. Lia terus ke biliknya, dia menyemak fail-fail yang ada di
atas meja, diambil fail akaun dilihatnya surat Public Bank Approval OD projek
apartment Sepang. Dia meneliti nilai projek kemudian jumlah yang diluluskan
oleh pihak bank. Jumlah itu tidak sama dengan jumlah yang sepatutnya
diluluskan. Dia mengambil kalkulator dan mengiranya sekali lagi memang benar,
tidak sama.
Riuh rendah bunyi gelak ketawa pekerja-pekerja yang
baru memasuki pejabat HH Holding. Syafikah dan teman-teman sejawatannya
berhenti apabila melihat lampu bilik Alia menyala. Soal salah seorang
pekerjanya.
“Shaf,..Cik Lia ada ke, kau kata dia cuti?”
“Hummm…kau orang bukan tak tahu Cik Lia tu bila-bila
saja boleh timbul dan ghaib. Kamu semua pergilah sambung kerja.”
Mereka semua mengambil tempat masing-masing, manakala
Syafikah menghala ke bilik bosnya lalu mengetuk pintu. Dari dalam terdengar suara
Alia menyuruhnya masuk. Syafikah membuka pintu terus masuk.
“Hi, bos! bila kau masuk Lia?” tanya Syafikah selaku
PAnya.
“Sudah setengah jam” Jawab Lia tanpa memandang
Syafikah, sibuk membaca laporan pekerja-pekerjanya.
“Kenapa kau tidak bagitahu aku, kau nak masuk office
hari ni?”
“Kenapa, tak boleh ke?..tak kan semua perkara aku kena
report pada kau. Hah!…aku sengaja tak bagitahu, nak tengok staff aku mengular
ke tak…hahaha. Gelak Lia sambil memandang Syafikah.
“Kau ni kan Lia macam-macam. Ummi baru kau tu macam
mana, sudah sihat ke?”
“Sihat macam tulah…lega sikit aku, lepas ni tak payah
aku nak teman dia lagi.”
“Kenapa?”
“Anak dia sudah balik” Selamba dijawabnya.
“Kau jumpa anak dia ke?”
“Taklah, malam ini baru sampai”
“Syaf, kau tolong atur mesyuarat lusa aku mahu semua
staff hadir. Pekerja HH Holding dan AAH Development”
“Beres. Lia, tadi lawyer Bakri telefon nak jumpa kau”
“Bila?”
“Aku cakap kau tak ada. Aku kena tanya kau dulu.”
“Esok aku free kan? kau tanya dia boleh ke tak? satu
lagi kau tolong panggil Kak Zura” Arah Alia.
Syafikah keluar dan memanggil Zuraidah. Selang
beberapa minit kemudian Zuraidah memasuki biliknya. Seperti biasa dia duduk
didepan Alia, Alia masih membisu dengan tangannya sibuk menekan kalkulator. Dia
memandang Zuraidah dengan senyum tetapi nafasnya ditarik kemudian dihembusnya
perlahan. Alia bersuara.
“Kak Zura, kenapa OD apartment tidak lulus 40% seperti
biasa ada apa-apa yang saya tidak tahu ke? Sepatutnya lulus 62.4j tapi ini 50j.
Boleh jelaskan?”
“Memang betul Cik Lia, sebenarnya OD tu lulus 62.4j
tapi disaat-saat akhir sebelum En.Helmi meninggal dia minta hanya 50j.” Jelas
Zuraidah. Alia menganggukkan kepalanya.
“Kita belum claim lagikan projek hotel di Tok Bali?”
Soal Alia selaku bos.
“Belum. Cik Lia kata siap kerja 45% baru boleh claim,
sekarang progressnya belum sampai lagi sebanyak itu.”
“Siapa officer Public Bank yang uruskan OD kita?”
“Kalau tidak silap saya officer tu namanya… Tengku
Umairah binti Tengku Umar.”
“Setahu Lia AAH Development ada FD di Bank CIMB berapa
jumlahnya?” Ditanyanya lagi kepada akauntannya Zuraidah.
“Maaf Cik Lia, FD bukan di tangan saya, yang itu
En.Helmi uruskan sendiri dengan Lawyer Bakri”.
“Baiklah, kak Zura boleh sambung kerja”.
Zuraidah bangun keluar dari bilik Alia ke biliknya. Lia
terus meneliti kerja-kerja yang bertambung di atas mejanya. Maklumlah Alia Nasuha dibebani dua tanggungjawab
besar untuk menguruskan syarikat milik En.Helmi papanya iaitu HH Holding
merupakan syarikat yang menguruskan kerja-kerja arkitek yang mana saham miliknya
60% telah bertukar menjadi milik Alia kini.
Manakala Syarikat AAH Development pula menjalankan
kerja-kerja pembinaan dimana sahamnya dimiliki oleh Alia Nasuha 50% dan adiknya
Arshraf 50%. Alia Nasuha terpaksa menanggung kerja yang begitu berat dengan projek-projek
meganya. Sedang asyik dia membuat kerja tiba-tiba telefonnya berdering lalu di
lihatnya, panggilan dari sepupunya Faris. Alia tidak mengendahkan pangilan itu.
Panggilan itu dipandang sepi dia cuba mengelak dari bercakap ataupun berjumpa dengan
sepupunya itu.
Beberapa minit selepas itu intercom dibiliknya
berbunyi, di tekannya butang on lalu menjawabnya.
“Ada apa syaf”
“Ada panggilan dari Faris line 2.” Namun perkara itu
tidak mungkin berlaku, dia kenal benar siapa Faris itu.
Tidak cukup dengan telefon bimbit, telefon office
digunanya. Kalau tak dilayan si Faris tu keadaan akan menjadi makin keruh. Mahu
tidak mahu dia terpaksa juga menjawab panggilan Faris.
“Hello”
“Hello Lia, Faris sini”
“Iya Faris ada apa telefon Lia sampai office ni?”
“Faris telefon handpone kenapa tidak angkat”
“Faris ada telefon Lia ke? Maaflah tidak perasan,
sibuk sangat”. Cuba menggelak
“Tidak apa Faris faham, CEO mestilah sibuk, tapi
sibuk-sibuk Lia pun Faris nak jumpa Lia juga hari ni lepas office hourpukul 5.30ptg kita jumpa di tasik putrajaya.
Lia kena jumpa Faris, jauh Faris datang ni” Arah Faris, membuatkan Lia tidak
boleh mengelak ajakkan Faris.
“Ok…kita jumpa di sana. Bye”. Alia memutuskan talian,
mengeluh panjang dia dengan ajakan Faris. Fikir dalam hatinya “Apa lagi si
Faris ni nak”.
Jam lima petang Lia mengemas fail yang berada di atas
mejanya dia menyusunnya dengan rapi sebelum meninggalkan pejabat. Dia keluar
menemui Syafikah.
“Jom Syaf teman aku jumpa Faris, kau follow aku, mana
anak kunci kereta aku?” Lia menyerahkan
kunci kereta Myvi pada Syaf.
“Bila? jumpa
Faris di mana?” Tanya Syafikah sambil menghulurkan kunci kereta Hyundai kepada
Lia.
“Sekaranglah, jumpa di tasik, cepatlah” Arahnya pada
Syafikah. Lia melangkah meninggalkan Syafikah. Syafikah mengoffkan
komputernya lalu mengambil handbag melangkah ke keretanya. Mereka berjumpa di
tasik Putrajaya, sesampainya Lia di sana Faris sudah pun menunggu dia. Lia
menunggu Syafikah dalam kereta malas dia mahu berjumpa dengan Faris sendirian.
Kereta Myvi Syafikah parking di sebelah keretanya. Mereka turun berjalan
seiringan berjumpa dengan Faris. Faris dari jauh memerhati Alia menuju ke
arahnya.
“Hi, Lia” Sapa Faris sesampainya Lia dihadapannya
“Hi. Ada apa Faris nak jumpa Lia?” Soal Alia dengan
perasaan yang meluak malas dia tengok muka Si Faris. Faris memandangnya dari atas
ke bawah dengan senyum yang mengoda.
“Cantik Lia hari ini. Jom kita pergi minum dulu”
pelawa Faris
“Tak apalah, Faris cakap sajalah kat sini” Balas Alia
cuba menolak perlawaan Faris.
“Lia tak sudi mimun dengan abang ke?” Soalnya dengan
senyum sambil memandang tajam ke arah mata Alia.
“Bukan tak sudi…” belum habis Lia memberi alasannya
Faris dengan pantas memotong percakapannya.
“Kalau macam tu jom” Faris menarik tangan Lia. Lia terpaksa
melangkah mengikut Faris diikuti oleh Syafikah dari belakang.
Sesampainya
mereka di restoranFaris menarik kerusi lalu mempelawa
Alia duduk. Faris duduk di sebelah Alia manakala Syafikah mengambil tempat
dihadapan Alia. Faris memesan makanan dan minuman untuk mereka semua. Selepas
sahaja Faris membuat pesanan Alia terus bertanya.
“Ada apa Faris jumpa Lia?” Tanya Lia memaksa.
“Tak boleh ke Faris nak jumpa Lia?” Soal Faris dengan
pandang tajam dan mengoda ke arah Alia.
“Bukan tidak boleh tapi mesti ada sebab”. Jawab Alia
sudah cuak dengan Faris
“Lia sudah ada kekasih?” Soalnya menduga Alia.
“Kenapa Faris mahu tahu?” Tanya Alia Nasuha dengan
perlahan.
“Tapi Faris tahu, Lia tidak ada kekasihkan?”
“Apa kena mengena dengan Faris kalau Lia tak ada
kekasih?” Kali jawab Alia dengan perlahan dan lembut mengawal keadaannya walaupun
perasaannya kini amat meluah dengan sikap Faris. Syafikah yang memerhati dan
mendengar pebualan mereka merasa hairan. Hatinya bersuara.
“Kenapa Lia tidak melenting kali ini bila Faris
menpersoal pasal kekasih”
“Faris nak masuk pinang Lia. Faris tahu Lia belum ada
kekasih. Faris nak suruh ayah Faris masuk pinang Lia”. Terkesima juga Alia
mendengarnya. Dia sudah menduga. Dengan suara yang lembut dan perlahan dia
menjawab.
“Faris…nantilah dulu, Lia belum sedia lagi. Lagi pun
banyak kerja pejabat yang Lia perlu settled.”
“Faris tahu, sebab itu lah…Kalau Lia kahwin dengan
Faris. Faris boleh bantu Lia di pejabat. Kerusi papa Lia masih kosongkan? Apa
salahnya Faris ganti tempat papa Lia lepas kita kahwin nanti.”
Menggelegak hati Lia mendengarnya. Hatinya berkata
dengan perasaan yang marah tapi ditahannya“Aku tidak akan kahwin dengan kau
jahanam”
Syafikah melihat raut wajah Alia merah menahan
kemarahan dia menjadi hairan dengan sikap Alia yang berlembut dengan Faris.
Biasanya Lia akan melenting juga kalau bicara pasal kahwin. Sambil senyum
memaksa Lia menjawab.
“Janganlah begitu Faris. Faris bagi masa Lia fikir dulu,
nanti Lia bagi jawapan.” Jawab Alia bermanis muka.
“Baiklah, Faris akan tunggu tapi Faris tidak mahu
tunggu lama-lama. Kalau tidak Faris akan suruh ayah masuk pinang Lia” Jawabnya
memaksa Alia. Alia makin marah dengan kata-kata Faris. Tapi dia tidak boleh
bertindak melulu dia memang kenal siapa Faris. Makin dia berkeras dengan Faris,
dia juga akan menyesal nanti.
“Lia sebenarnya…” belum habis ayat Alia, Faris sudah
memotong percakapannya.
“Lia mahu bagitahu yang Lia sudah ada kekasih?. Kalau betul Lia sudah
ada kenapa Lia tidak kahwin saja. Lia tipu Faris kan? Saja mahu menggelak dari
Faris”. Faris jawab suaranya sedikit menengking.
Lia cuba bersikap tenang, “apa aku nak jawab ni” bisik
hatinya.
“Lia tidak tipulah, memang Lia sudah ada kekasih”.
Jawab Lia dengan yakin. Syafikah yang diam dari tadi mendengarnya dengan hairan
keningnya dikerut sedikit ke arah Alia.
“Baik,… kalau betul Lia sudah ada kekasih Faris cabar
Lia kahwin dengan dia dua minggu dari sekarang. Kalau tidak Faris akan masuk
pinang Lia dan Lia tak boleh tolak.” Desaknya lagi…
Faris melegakan kemarahannya dengan suara yang
perlahan dan berlembut Faris bertanya lagi.
“Semalam Faris pergi rumah Lia, tapi kereta Lia tidak
ada. Lia pergi ke mana?”
“Ohhhh…semalam Lia ada overtime balik lewat… tidak
larat nak drive balik ke Puchong. Lia tidur rumah Syafikah”. Dia menipu namun
raut wajahnya selamba.
“Malam ini Lia tidak mahu ajak Faris tidur rumah Lia
ke?”
“Maaflah Faris malam ini pun sama juga, Lia kena
overtime lagi. Ini pun keluar sebab nak jumpa Faris. Ada kerja perlu siap untuk
meeting esok.”. Jawab Alia sambil menahan kebenciannya terhadap Faris.
“Kalau begitu lain kali Faris datang boleh tidur rumah
Lia kan?” Kata Faris sambil memandang Alia dengan mengoda dan cuba memegang
tangan Alia. Alia menolak pegangan dari
Faris dengan lembut.
Alia tidak senang dengan kata-kata dan tindakan Faris.
Ini satu lagi masalah yang terpaksa Alia Nasuha hadapi. Seselai sahaja berjumpa
dengan Faris, Alia dan Syafikah terus balik ke rumah. Selesai sahaja mandi dan
bersolat dia termenung di atas katilnya. Dia teringat apa yang dikatakan oleh
Faris tadi. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Lia bangun membuka pintu Syafikah
melulu masuk ke biliknya.
“Lia, kau dengan Faris lain macam jer…baik kau layan
dia?” Soal Syafikah.
“Kau tidak tahu Syaf, kau tidak kenal siapa Faris tu
sebenarnya. Kau dengarkan tadi apa dia cakap, berani dia ugut aku kahwin dengan
dia. Kalau diikutkan hati aku, mahu saja aku tumbuk muka dia biar pecah.
“Tadi aku tengok bukan main lagi kau layan dia dengan
baik, sekarang ni marah benar…Kenapa kau tidak kahwin saja dengan dia, diakan
sepupu kau?”
Dengan suara yang agak keras dan menengking Alia
menjawab. “Kau gila ke?... Aku mati hidup balik pun tidak akan kahwin dengan
dia. Aku layan dia macam itu sebab ada sebab.” Keras suara Lia pedih hatinya.
Berkerut dahi Syafikah mendengarnya kehairanan.
Terbayang peristiwa hitam dalam hidupnya membuatkan
Alia mula mengeluarkan airmata. Syafikah semakin hairan melihat sahabatnya itu.
“Kenapa Lia, kenapa kau menanggis, ada apa-apa aku tak
tahu pasal kau ke?”
“Aku tak tahu macam mana nak cerita pada kau Syaf”
jawabnya dengan sayu, airmatanya mengalir ke pipi dikesatnya.
“Kau boleh percaya aku Lia, ceritalah pada aku” Pujuk
Syafikah menyakin sahabatnya itu.
“Kau tahu tak Syaf.? Pasal dia jugalah aku benci
lelaki…aku benci…benci…benci.” Laungnya beberap kali. Syafikah semakin pelik
dengan sikap sahabatnya itu. Alia Nasuha mula menceritakan peristiwa hitam
dalam hidupnya pada Syafikah.
“Beberapa tahun yang lepas, semasa aku pulang cuti
semester, papa dan mama aku hantar aku dan Arshraf ke kampung. Mereka ke Egypt hantar
abang Hairi Mak Tim dan Pak Majid ikut sekali. Suatu hari semasa aku dirumah
Tok Wan, Tok Wan dan Aki keluar pergi ke bandar. Arshraf pula keluar dengan
motor ke kedai runcit. Selepas aku sudah mandi aku keluar dari bilik air, aku
dengar enjin motor aku sangkakan Arshraf yang balik, aku buka pintu aku terus
ke bilik belum sempat aku nak kunci pintu. Tiba-tiba daun pintu ditolak aku
ingatkan Arshraf bila aku berpaling si Faris sudah tercegak depan aku…aku pula
masa tu baru lepas mandi apa lagi dia terus
tolak aku ke dalam……
Lia memberhentikan ceritanya…Dia mengimbas kembali
peristiwa hitam itu,bagaimana dengan rakus Faris menerkam ke arahnya,
menolaknya ke atas katil. Perasan cemas dan takutnya Alia ketika itu dia merayu
kepada Faris agak tidak memperlakukan apa-apa padanya namun rayuan itu tidak
diendah oleh Faris. Faris terus membuka baju dan seluarnya, sikap syaitan sudah
mula melauh kemudian menghempaskan diri ke atas dia….airmatanya mengalir laju,
dia meneruskan ceritanya…
Dengan suara perlahan dia berkata “Dia cuba perkosa
aku Syaf. Aku jijik dengan kelakuannya Syaf”. Teriak Alia dengan geram dan
marah.
“Ya Allah, lepas itu apa jadi Lia?” tanya Syaf dengan
cemas simpati dengan sahabatnya itu.
“Mujurlah Allah bantu aku, tapat pada masanya…Arshraf
muncul, apa lagi ditendangnya si Faris tu. Arshraf sempat memukulnya beberapa
kali. Apabila mendengar kereta aki diluar Faris terus keluar lari ikut pintu
dapur.”
Alia memejam matanya airmata jernih mengalir ke
pipinya. Syafikah memeluknya, Hati kecil Syafikah berkata “kesian kau Lia
satu-satu masalah timbul selepas kematian kedua ibubapa kau, patutlah kau jadi
begini, begitu benci pada lelaki.”
“Tok Wan dan Aki tahu ke?”
“Tidak, tak ada siapa yang tahu…hanya aku dan Arsyraf
dan sekarang kau.”
“Aku simpati dengan kau Lia. Habis apa kau nak buat
Lia?”
“Aku tidak tahu Syaf” Jawabnya dengan perasaan hiba.
“Kau sabar ya Lia, mungkin ada hikmat sebalik semua
ini” Syafikah cuba menenangkan Alia. Syafikah melihat Alia sedikit lega setelah
dapat meluahkan apa yang terkubur dalam hatinya selama ini. Tiba-tiba Syafikah
bersuara.
“Kenapa kau tidak terima saja lamaran Zafrul?”
Lia sedikit tergelak dan menggelengkan kepala. Dia
menjawab persoalan Syafikah.
“Aku mana boleh terima dia Syaf. Zafrul tu aku sudah
anggap macam abang aku sendiri apa-apa
masalah, aku ada juga kongsi dengan dia. Lagi pun dia sudah ada kekasih. Semasa
dia mula nak bercinta dengan kekasih dia pun…akulah dia jumpa minta pendapat
dan kenalkan aku dengan Kak Sara tu. Beria-ia aku suruh dia terima kak Sara.
Sekarang aku nak kahwin dengan dia pula?”
Syafikah menarik nafas panjang mendengar cerita Alia.
“Sudahlah Syaf, kau pergi masuk bilik tidur” Diarahnya
pada Syafikah.
“Baiklah Lia, tapi kau pun tidurlah…Jangan difikir
benda yang lepas.” Syafikah menggosok belakang Alia perlahan-lahan sebelum keluar
meninggalkan Alia sendirian dibiliknya.