Lebih kurang pukul 6.00 petang Alia masuk ke biliknya
untuk solat asar. Sebelum pergi mandi dan solat maghrib untuk majlis khatam
Al-quran dan bacaan tahlil untuk orang tuanya pada sebelah malam. Dia duduk
berehat sebentar dibikar katil biliknya
yang dihias indah dan cantik. Dilihat cincin dijarinya dia menarik nafas
panjang. Termenung seketika…
Tiba-tiba biliknya diketuk, Amsya masuk dengan memberi
salam. Alia membalasnya. Amsya melihat Alia termenung di katil dia menghampiri
Alia lalu duduk disebelah Alia. Tangan Alia dipegang dilihatnya tangan Alia
yang cantik ditambah pula dengan inai yang ukir halus. Lalu diangkat dan
diciumnya. Alia menarik tangannya dengan lembut dari pegangan Amsya. Amsya
melepaskannya, tanpa suara Amsya melirik pada Alia.
Alia bangun menuju ke almari mengambil frame gambar
yang dihias cantik didalamnya terdapat banker cek berjumlah RM30,000.00 sebagai
duit hantaran pada Alia. Dia membawanya ke katil di mana Amsya berada, dia
mencabut cincin kahwin dijarinya perlahan-lahan kemudian meletakkannya diatas
frame itu. Amsya memerhati tindakkan Alia dengan hairan. Frame dan cincin itu
ditolak ke arah Amsya dengan perlahan. Amsya terkejut lalu bertanya.
“Kenapa ni Lia?”
“Sebagaimana yang telah saya janjikan, saya tidak akan
menuntut apa-apa hak saya dari awak sebelum dan selepas kahwin. En.Amsya ambil
balik barang awak. Saya tidak perlukan semua itu.” Kata Alia. Tergaman Amsya
mendengarnya.
“Tapi inikah belanja hantaran dan cincin kahwin untuk
Lia” Jawab Amsya. Alia mengelengkan kepala.
“Awak simpan sahaja kedua-duanya untuk kahwin awak
nanti. Saya mahukan cincin yang saya beli, mana dia?” Balas Alia. Amsya
terkesima, terdiam seketika hatinya berdebar dengan sikap serius Alia.
“Lia, abang minta maaf banyak-banyak cincin itu…”
Belum sempat Amsya menerangkannya Alia sudah memotong percakapannya.
“Sudah hilang? Atau awak bagi pada orang lain?” Soalan
yang menjerat Amsya. Terkesima sekali lagi dia, diam tidak menjawab soalan itu,
tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Alia memandang tajam kearah Amsya.
Sekali lagi dia berkata.
“Saya tidak marah kau cincin itu hilang atau awak bagi
pada orang lain. Saya tidak kisah sebab saya tahu cincin itu tidak bermakna
pada awak. Cuma saya terkilan awak tidak bagitahu saya. Tapi cincin ada makna
untuk saya.” Jelasnya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir. Amsya serba
salah. Sekali lagi dia memohon maaf.
“Lia maafkan saya. Saya tahu saya cuai.” Rayu Amsya.
“Tidak apalah En.Amsya perkara sudah jadi. Tidak payah
fikirlah.” Balas Alia. Dia mengesat airmatanya kemudian tersengih sinis. Malas
untuk dia memikirkan perkara itu. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak boleh
beremosi. Kali ini sikapnya berubah. Amsya melihat rauk wajah Alia sudah
berubah selepas menarik nafas lega dan wajahnya juga telah kembali seperti yang
dikenalinya. Dengan lagak poyonya dia bersuara.
“En.Amsya, lepas ini kita berlakon mesra depan
keluarga kita. Saya nak awak cepat kahwin dengan kekasih awak tu. Saya akan
yakinkan ummi. Lepas itu kita dua game over.” Ambil mengangkat-angkat kening
kearah Amsya. Amsya berkerut dahi.
“Apa Lia cakap ni, abang mana pandai berlakon.” Jawab
Amsya.
“Alahai…tak payah nak berabang-abang, depan orang tua
kita bolehlah. Takkan tidak pandai nak berlakon sedikit konon-kononnya kita ni
bahagia, mesra depan mereka..” Kata Alia.
“Lia, kalau saya ni pandai berlakon. Saya tidak kerja
oil & gas, saya jadi pelakonlah. Kalau Lia tu pandai sangat berlakon kenapa
tidak jadi pelakon.” Balas Amsya membuatkan telinga Alia berdesing. Di
balasnya.
“Hoi En.Amsya, kalau saya jadi pelakon.
Pelakon-pelakon lain tidak boleh cari makan tau.”
“Kenapa pula?” Soal Amsya berkerut dahi.
“Iyalah semua award dapat pada saya.” Balas Alia
dengan gaya poya tangannya digerak-gerakkan. Asmya tergelak pecah perut.
“Ha, baguslah. Lepas ini Lia tukar kerja tidak payah
jadi kerani jadi pelakon jer, glamour sikit abang kahwin dengan pelakon.” Balas
Amsya. Alia menjeling kearah Amsya dengan muka yang marah.
“Ohhh, mengaku pun malu kahwin dengan kerani…nak
glamour. Boleh jalanlah…” Balas Alia. Dia bangun mencapai tuala untuk mandi.
Satu kain tuala diberikan kepada Amsya.
“Nak pergi mana?” Tanya Amsya.
“Mandilah, malam ini ada acara lagi, sudah nak masuk
waktu maghrib. Malas saya nak layan awak.” Kata Alia.
“Tak apa, Lia layan abang malam ini.” Balas Amsya bersahaja,
dia tergelak. Alia mengigit bibir mendengarnya menahan marah, kemudian
membalas.
“Hoi, jangan mimpi, saya kahwin bukan untuk layan dan
jaga awak. Lupa ke apa? saja buat lupa?. Ha…satu lagi rumah ini tidak ada bilik
air dalam bilik. Bilik air didapur. Dibawah nuh.” Katanya dengan mulutnya
dimucungkan sekali dengan gerak kepalanya.
“Ini yang abang tidak suka ni, abang mana biasa mandi
dalam bilik air jauh-jauh. Kalau pergi mana-mana pun ummi yang teman.” Amsya
sengaja membalasnya begitu. Alia menjelak mata ke arah Amsya.
“Eh, awak tu bukan budak lapan tahun mahu diteman. Tak
kan awak nak suruh ummi temankan awak.”
“Siapa kata suruh ummi teman.” Katanya Amsya cuba
mengenakan Alia.
“Habis tu?” Tanya Alia.
“Lialah teman siapa lagi.” Jawab Amsya mengusik tersengih
mengangkat kening pada Alia.
“Tak kuasa nak teman awak.” Alia dengan pantas
berjalan menuju ke pintu lalu membukanya. Amsya mencapai tuala disebelahnya
juga mengejar Alia dari belakang. Mereka berebut untuk ke bilik air. Amsya
sengaja memperlakukan begitu. Dia memanggil Lia.
“Lia tunggulah. Kita mandi sama.” Kata Amsya.
Membuatkan tetamu dan jiran serta saudara-mara yang ada didapur melihat gelagat
mereka. Berpandangan sambil tersengih. Sampai sahaja di bilik air. Alia
menyuruh Amsya masuk ke bilik air yang ada telaga. Dia sengaja nak kenakan
Amsya. Dia tahu bilik air itu paip rosak kalau nak mandi kena timbal air dari
perigi.
“Mandi sini ke?” Tanya Amsya.
“Iyalah pergilah mandi dulu.” Kata Alia.
Amsya masuk. Dia tahu Alia mahu kenakan dia, sebab ada
satu lagi bilik air yang dia masuk tadi disebelah. Tiba-tiba Amsya menjerit
memanggil Alia.
“Liaaaaa…” Alia mendengarnya semua orang yang ada
disitu memandang pada Alia. Alia tersengih. Gerak bibirnya gigi
dikacip“Aduh…Apa lagi mamat ni nak.”
“Lia, abang sudah panggil tu nak mandi bersama Lia.”
Terdengar suara sumbang menyuruhnya mengikut arahan Amsya. Dia mengertak
kakinya kemudian ke bilik air Amsya. Dia masuk.
“Awak nak apa, jerit-jerit malulah.?” Tanya Alia.
Amsya menuju ke pintu lalu menguncinya.
“Nak mandi macam mana, tak ada paip ni.” Soal Amsya.
“Memanglah tak ada paip, awak timbal sendiri. Ambil
air dalam telaga.”Arah Alia.
“Lia, mana abang pandai. Lia mandikan abang.” Arah
Amsya. Terbeliak mata Alia terkejut mendengarnya. Bisik hatinya “Aku nak
kenakan dia, dia kenakan aku pula tak apa. aku akan balas.”
“Cepatlah apa lagi terhegeh-hegeh, dah nak masuk
maghrib ni.” Gertak Amsya. Alia dengan pantas mencapai timba lalu menurunkannya
ke dalam perigi beberapa saat kemudian dia menarik semula timba yang berisi
air. Timba itu diberikan kepada Amsya. Amsya melihat Alia menghulur timba
padanya. Amsya mengangkat kepala mengerakkan keatas tanda tanya.
“Ambillah mandi.” Kata Alia.
“Alia mandikan abang.” Amsya duduk bercangkung untuk
memudahkan Alia menjirusnya. Alia sudah bengang. “Heee…mengada-gada.” Jawabnya.
Dia menjirus air keatas kepada Amsya. Asmya tersengih ini kali pertama dia
dimandikan oleh perempuan lebih-lebih lagi isterinya sendiri.
Dua tiga kali Alia terpaksa menimba air dari perigi
sampai merah tapak tangannya. Alia memasamkan mukanya apabila melihat tapak
tangannya sakit. Asmya melihatnya rasa bersalah. Dia bangun menarik tangan Alia
dan melihat tapak tangan Alia merah. Digosaknya tangan Alia dengan lembut.
Terus Alia bersuara.
“Puashati” Sambil menjeling kearah Amsya.
“Abang minta maaf.” Balas Asmya. Alia keluar dari
bilik air itu terus masuk ke bilik air yang satu lagi. Dia mandi. Kedengaran
suara azan maghrib berkumandang. Cepat-cepat dia membersihkan badannya. Selesai
sahaja mandi dia terus ke biliknya. Dilihatnya Amsya sedang bersolat dia
menunggu di kerusi solek depan cermin dia menunggu Asmya sudah sembahyang
kerana laluan untuk ke almari terhalang
apabila ada orang sembahyang di situ.
Beberapa minit menunggu akhirnya Asmya memberi salam.
Dia berdoa seketika kemudian bangun ke katil, dia menyandarkan tubuhnya di
kepala katil sambil memerhati Alia yang sedang berkembang gantung dengan tuala
dibahu. Alia mengambil kain telekung sembahyang lalu memakainya tuala yang ada
dibahunya dibuang dan disidai di atas rak. Kemudian mengambil kain sarung
memakainya lalu bersolat. Lima minit menunaikan solat akhirnya Lia siap, dia
membuka ikatan kain sarung sembahyang lalu disidainya. Alia mencapai dan
memakai kain kurung satin untuk majlis malam itu. Amsya asyik memandang Alia.
Alia perasan yang dia diperhatikan. Dia memalingkan diri pada Amsya.
“Kenapa tengok? Terliur ke?” Soal Alia menguji mahu
mengenakan Amsya.
“Alah, setakat tubuh awak tu tidak terliurlah saya.
Bukan cantik pun.” Balas Amsya. Sebenarnya dia teruja melihat Alia.
“Tak terliurkan?.. Bagus itulah yang saya nak dengar.”
Ulang Alia dengan sengih. Dia dengan sengaja membuka telekung sembahyang
memalingkan kebelakang. Terkejut Amsya melihat Alia hanya berbaju dalam matanya
berkelip-kelip melihat tubuh Alia yang putih kemudian memalingkan mukanya
kearah lain sambil meraup muka. Dia menutup mata. Alia cepat-cepat mengambil
baju kebarung lalu menyarungkan ketubuhnya, butang di kacing. Dia melihat Amsya
sedang memejap mata. Dengan perlahan dia menghala ke arah Amsya yang sedang
duduk di bikar katil kemudian mendekatkan mukanya ketelinga Amysa, dia berkata.
“Lain kali kalau saya pakai baju, keluar. Faham.”
Amsya terperanjat lalu memegang lengan Alia. Amsya membuka matanya. Dengan
pantas Alia bersuara.
“Saya ada wuduk.” Amsya mendengarnya lalu melepaskan
pegangannya.
“Mujur beralas kalau tidak, tak pasal-pasal pula saya
kena ambil wuduk sekali lagi.” kata Alia marah pada Amsya.
“Yang Lia terkejutkan abang kenapa?” Soal Amsya.
“Eleh…macam tu pun terkejut. Pondan.” Balas Alia
menaikan darah Amsya.
“Cakap apa?... pondan. Nak tahu pondan ke tak try
dululah.” Balas Amsya mengusik Alia. Menyerap darah Alia mendengarnya. Alia melepaskan
geram kearah Amsya. Dengan mengacipkan giginya “Huh”. Lalu berlalu dari situ
menuju ke meja solek. Amsya tersengih nakal berpuashati. Sekali Alia memandang
Amsya.
“Kenapa tidak pakai baju melayu lagi?” Tanya Alia
dengan geram.
“Mana bajunya?” Disoalnya Alia balik. Alia memandang
Amsya, dia teringatkan baju melayu Amsya dalam almarinya. Tersengih dia pada
Amsya. Tangannya diangkat isyarat minta maaf.
“Sorry, ada dalam almari, kejap Lia ambil.” Balasnya.
Amsya tersengih sambil mengeleng kepala. Alia menuju ke almari baju terus
membuka dan mengambil baju melayu Amsya. Dia menghulurkan baju itu pada Amsya.
Amsya menyambutnya.
“Cepat sikit pakai, nanti orang datang nak make-up
saya.” Arah Alia.
“Eh. Nak mengaji pun kena make-up juga ke?” Soal Amsya
sambil memakai baju melayunya.
“Iyalah, kena cantik-cantik. Penampilan penting tau,
boleh membakar semangat. Confident.” Jawab Alia mengangkat kening.
Siap memakai baju melayu Amsya melihat butang bajunya
tidak ada.
“Butang baju melayu ada tak?” Soal Amsya.
“Mana ada. Eh, awak tidak beli ke?” Balas Alia.
“Baju inikan ada dengan Lia. Ingatkan Lia beli. Habis
tu macam mana ni?” Tanya Amsya sengaja membakar hati Lia.
“Aduh!.. tidak boleh diharap. Ingatkan awak yang beli.
Baju melayu akad nikah tadi mana?” Soal Alia.
“Dalam bilik Arshraf.” Jawabnya selamba.
“Pakai yang itu sajalah.” Tegas Lia. Amsya mengangguk.
Pintu bilik mereka diketuk, terdengar orang memberi salam. Salam itu dijawab,
Lia membukanya.
“Hai, Lia boleh masuk ke?” Tanya Kak Lili yang sudah
didepan pintu biliknya.
“Masuklah.” Jawab Alia sepatah sambil menoleh jam
didinding biliknya 8.00malam.
“Kenapa lambat? Cepatlah nanti lewat pula kejap lagi
tok guru mengaji datang.” Arah Alia pada Kak Lili.
“Iyalah. Meh sini.” Ajak Kak Lili supaya Alia duduk
kerusi depan meja solek.
“Make-up cepat sikit.” Arah Alia lagi. Kak Lili tengok
Alia yang sedang mengarahnya.
“Amsya, awak tengok isteri awak ni, nak marah-marah
kita pula. Dia yang lambat. Lia kalau Lia marah-marah macam ini, nanti kak Lili
kebas Amsya yang hensem ni, baru tahu.” Gertak manja Kak Lili. Membuatkan Alia
ketawa gila.
“Hahahaha…ambil jer lah kak Lili kalau nak, Lia tidak
kisah pun.” Amsya mendengarnya juga ketawa bersama.
“Alah mulut jer tu kata tak kisah, nanti kau menyesal
baru tahu.” Balas Kak Lili sambil mengenakan solekkan pada wajah Alia.
“Tak menyesal pun. Cepatlah sikit.” Arah Alia lagi.
“Eh…budak ni mengada-gada.” Kata Kak Lili pada Alia.
“Kak Lili make-up isteri saya cantik-cantik biar semua
terpegun.” Arah Amsya pula kali ini.
“Baiklah abang Amsya. Abang Amsya tidak mahu layan
saya ke?” Soal Kak Lili mengoda. Alia mendengarnya tergelak sehingga dia
menutup mulutnya, sambil memandang Amsya.
Amsya melihat Alia ketawa padanya, dia menjawab nakal.
“Saya nak sangat layan Kak Lili, tapi nanti ada orang
jelouse pula. Kan tidak pasal-pasal malam pertama tidak dapat apa.” Amsya
tergelak. Merah muka Alia mendengarnya.
“Biarkan si Lia ni jelouse Amsya. Dia selalu nak
kenakan orang. Menyesal nanti kau Lia, aku tidak tahu kalau Amsya melekat pada
aku. Kau juga yang susah tau.” Gertak Kak Lili lagi. Alia menjuih bibir kepada
Kak Lili didepannya. Kak Lili ketawa. Amsya meninggalkan mereka keluar untuk ke
bilik Arshraf mengambil butang baju. Puan Anis ke bilik Alia menjenguk Alia
sedang bersolek.
“Cantiknya menantu ummi.” Puji Puan Anis. Alia
tersenyum dengan pujian umminya. Kemudian Puan Anis meninggalkan mereka berdua
di situ.
Beberapa minit selepas itu Amsya kembali ke biliknya.
“Lia cepat sikit tok guru sudah sampai.” Arah Amsya.
Alia mengangguk.
Kini Alia siap disolek oleh kak Lili. Baju kebarung
satin putih dengan labuci dilengan dan depan dengan make-up warna yang lembut
menambahkan lagi seri wajah Alia. Dia keluar menuju ke ruang tamu. Ramai juga
yang hadir malam itu, Alia memandang Amsya disebelah Irfan dan Puan Anis juga
ada disitu. Kemudian dia memandang Mak Tim dan Tok wannya. Tok guru yang pernah
mengajarnya mengaji melihat gadis cantik itu.
“Ini ke Alia? Sudah besar panjang, cantik pula tu, dah
lama tidak tengok. Alia sudah sedia.” Tanya Tok guru mengaji pada Alia. Alia
menghampirinya dengan senyuman. Dia duduk tersipu didepan Al-quran yang ada
didepan Tok guru yang pernah mengajarnya dulu. Hati Alia sedikit gementar,
berdebar pun ada. Dia memandang sekeliling semua mata tertumpu padanya. Dia
menarik nafas panjang. Membuka helaian Al-quran didepannya yang telah ditanda.
Alia akan membaca surah Al-Imran ayat pertama hingga
ayat dua puluh. Alia mula membaca doa didalam hatinya. Kemudian dia memandang
Tok guru didepannya. Tok guru mengangguk kepadanya. Alia memulakan baca dengan
surah Al-Fatihah. Semua yang ada disitu terpegun dengan alunan suara Alia
membaca Al-quran merdu dan lunak setiap bacaannya. Tok wan, Mak Tim, aki, Pak
Majid, Arshraf sudah biasa mendengar Alia membaca Al-quran. Mereka tersenyum.
Puan Anis tersenyum mendengar bacaan Alia, dia
memandang Amsya yang ralik memerhati Alia. Tidak ada satu pun sebutan yang
salah dibaca Alia dalam surah Al-Fatihah. Selepas itu Alia terus membaca surah
Al-Imran. Dengar suaranya yang lunak dan merdu dengan tajwidnya sekali alunan
mendayu-dayu membuatkan semua yang ada disitu amat perpegun dengan bacaanya.
Tergaman Amsya dan Irfan mendengarnya. Arshraf melihat abang iparnya itu dia
tersengih pada Amsya. Dalam hati Arshraf berbisik. “Mungkin abang Amsya tidak
tahu bahawa Alia adalah pelajar aliran Agama di MARA ULU ALBAB. Sebelum
melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam jurusan Arkitek.”
Irfan membisikkan sesuatu pada Amsya. “Untung kau Amsya dapat Alia.
Bukan saja cantik malah begitu pandai membaca Al-Quran. Tahniah.” Amsya
tersengih bangga.
Selepas selesai Alia menghabiskan bacaannya. Tok
Gurunya membacakan doa, selepas itu mereka semua membaca suruh Yasin untuk
arwah kedua orang tuanya. Selesai sahaja majlis tahlil mereka semua sekali lagi
dihidang dan jamuan dengan nasi dan pulut..
Selepas semua tetamu yang hadir pulang termasuk Irfan
yang turut pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Alia terlebih dahulu
memasuki biliknya. Dia menukar baju kemudian turun ke dapur menuju ke bilik
air. Amsya menyusur masuk ke bilik beberapa minit selepas Alia ke bilik air.
Selang beberapa minit kemudian Alia masuk ke bilik semula dengan wajahnya telah
dibersihkan. Di lihatnya Amsya sedang menukar pakaian, selepas itu Amsya
membuka handphonenya yang telah ditutup sepanjang hari. Alia menunaikan solat
Isyak yang belum ditunaikan.
Selesai bersolat Alia ke meja solek disapunya toner,
serum dimuka dan sedikit lotion dibadannya. Dia bangun ke katil di mana Amsya
sedang sibuk dengan handphonenya. Alia kebelakang Amsya dia meminta izin Amsya
untuk mengambil sesuatu.
“Tepi sikit” Kata Alia. Amsya mengerakkan tubuhnya
sedikit ke depan Alia mengambil bantal lalu diletakkan dibawah.Amsya melihat
kelakuan Alia pelik, dahinya berkerut.
“Kenapa ni?” Tanya Amsya pada Alia.
“Tidurlah.” Jawab Alia sepatah.
“Kenapa pula? Kenapa tidak tidur atas.” Soala Amsya.
“Tidak apalah awak tidur jerlah atas. Takkan awak nak
tidur dibawah. Biar saya saja.” Jawab Alia.
“Lia, tidur atas kita tidur sama-sama. Katil yang
dihias cantik macam ini takkan nak tidur bawah.” Kata Amsya membuatkan Alia
membeliakkan matanya.
“Hah..Mana boleh.” Jawab Alia. Sambil
mengeleng-gelengkan kepalanya.Amsya faham apa yang dimaksudkan oleh Alia. Dia
mengambil bantal peluk lalu diletakkan ditengah-tengah.
“Bantal peluk ni jadi line sempadan. Alia tidur
sebelah sana, abang tidur sebelah sini.” Terang Amsya menunjukkan tempat tidur
mereka. Alia memerhati dan mendengar cadangan Amsya. Dia mengangkat tangan
telunjuknya kepada Amsya.
“Betul ni. Awak tidak tidak akan masuk sempadan
sayakan?” Ulang Alia.
“Iyalah, mari
tidur sini.” Arah Amsya lagi
“Janji.” Katanya sepatah. Amsya sengih dan mengangguk.
Alia mengambil bantal tadi lalu merangkak naik ke atas katil kemudian
merebahkan badannya yang terasa amat penat dan letih sehari suntuk melayan
semua acara pada hari ini. Matanya sudah mengantuk.
“Ingat En.Amsya jangan masuk sempadan saya.” Pesan
Alia lagi.
“Pandai Alia mengaji tadi, sedap pula tu kena dengan
tajwidnya sekali. Lia sekolah di mana dulu?” Tanya Amsya memandang Alia. Alia
membalas pandangan itu lalu menjawab.
“MARA ULU Albab. Sudahlah En.Amsya saya nak tidur ni
menggantuklah.” Dia membaringkan diri membelakangi Amsya. Amsya tersenyum
melihat gelagat Alia.
Hati Alia berkata. “Eh, kalau aku mengiring sebelah
sini nanti En.Ansya tengok punggung aku pula. Tidak boleh ni.” Dia berpusing
mengiring mengadap Amsya dengan tapak tangannya menutup muka. Amsya
memerhatinya.
“Alah, tidak payah nak tutup muka awak tu, saya bukan
nak tengok pun.” Kata Amsya membuatkan Alia sedikit terkejut. Dia membuka
mukanya lalu membalas..
“Yalah tu, saya tahu awak memang nak tatap dan tenung
muka saya yang cantik ni kan? saya bukan tutup muka sebab tidak mahu awak
tengok saya. Saya tidak hairan awak nak tengok pun, cuma saya tidak boleh tidur
lampu cerah.” Jawab Alia. Tersengih Amsya mendengar jawapan Alia.
“Kalau macam itu tidak apalah abang tutup lampu.”
Balas Amsya dengan pantas Alia menjawab.
“Tidak payah jangan tutup lampu.” Balas Alia dengan
pantas.
“Kenapa pula, kata tidak boleh tidur lampu menyala.”
Tanya Amsya hairan.
“Ada hang tu.” Jawab Alia. Amsya sengih kehairanan.
“Awak takut hantu, cakap sajalah.” Balas Amsya.
“Aduh! En.Amsya bukan hantu…hang tu ada.” Amsya
mengerut dahi mendengarnya pada mulanya dia tidak faham apa yang dikatakan oleh
Alia. Dia mengulang perkataan itu “Hang tu…oh baru dia faham ‘hang tu’ yang
dimaksudkan oleh Alia adalah dirinya. Geli hatinya” Dia ketawa tergelak-gelak.
Alia melihat Amsya gelak pecah perut padanya.
“Luculah awak ni Lia.” Kata Amsya membuatkan Lia juga
geli hati dan ketawa bersama.
“Dahlah En.Amsya saya nak tidur ni.” Jerit Alia. Dia
terus memejamkan matanya, terus tidur.
Amsya sibuk membaca setiap WhatsApp yang diterimanya.
Dia menerima begitu banyak SMS dan panggilan dari Tengku Umairah. Dia tidak
mahu Tengku Umairah mengesyaki sesuatu, lalu menghubungi Tengku Umairah.
Dilihatnya Alia sudah terlelap.
Pangilan disambung.
“Hello, abang kat mana ni dah banyak kali Mairah call off
jer telafon.” Jawab Tengku Umairah dengan nada marah dan merajuk.
“Maaflah abang ada di rumah saudara di Terengganu,
tadi telefon tak ada bateri.” Balas Amsya cuba memujuk.
“Abang dengan siapa? Kenapa tidak caj saja bateri.”
Tanya Tengku Umairah lagi tidak puashati.
“Dengan ummilah. Abang ada kenduri, tadi orang ramai
lagi pun abang ada rumah orang mana boleh caj telefon nanti hilanglah.” Jawab Amsya
menyakin Tengku Umairah. Sambil dia berbual dengan Tengku Umairah ditoleh
kearah Alia yang sedang tidur. Tersengih sendiri. Terusik jiwanya nakal “Depan
isteri sedang tidur dalam telefon pula kekasih.Aduh bahagianya.” Sambil
tangannya menyentuh dan membelai pipi gebu milik Alia dengan lembut, terusik
jiwanya berdebar pun ada apabila menyentuh Alia. Amsya melihat jam dinding
12.50malam.
“Mairah tidur dulu, sekarang sudah lewat ni kita
sembang esok.” Pujuk Amsya.
“Baiklah, Mairah tunggu abang call esok. Bye good
night my dear..” Balas Tengku Umairah, kemudian talian terputus.
Tangan Amsya asyik membelai lembut pipi Alia sesekali
menyentuh bibir manis Alia yang berwarna pink walaupun tanpa gincu. Dipegangnya
tangan Alia membelek tapak tangan Alia yang merah tadi, masih ada kesan calar
ditapak tangan Alia digosoknya perlahan-lahan lalu Amsya mencium tapak tangan
Alia.
Diperhatinya Alia dari kepala hingga ke hujung kaki.
Teruja juga dia melihat tubuh badan dan wajah cantik Alia yang bujur sirih itu
tidur disebelahnya. Dia perlahan-lahan mencium dahi dan pipi Alia. Alia
mengerakkan badannya mungkin terasa pipinya disentuh.
Alia melentang
badannya manakala kepalanya pula berpaling ke kanan. Menyebabkan leher kiri putih Alia yang jinjang mengadap ke Amsya. Apa
lagi tersengih sedikit Amsya inilah peluang untuk dia mencium leher Alia,
perlahan-lahan dia mencium leher Alia, terdengar suara halus Alia mengerang
apabila lehernya dicium Amsya. “Humm” Amsya cepat-cepat melepaskan ciuman itu
risau Alia terjaga. Kemudian Alia mengiringkan semula badannya ke arah Amsya
memeluk bantal yang dijadikan sempadan antara mereka.
Amsya memainkan peranannya membaringkan tubuhnya
mengiring kearah Alia, dia perlahan-lahan mengangkat tangan Alia mengalihkan
bantal peluk itu kebelakang Alia, dia merapatkan tubuhnya ke badan Alia
kemudian meletakkan tangan Alia yang diangkat tadi perlahan-lahan
kepinggangnya. Tangannya pula merangkul pinggang Alia. Perlahan-lahan mukanya mendekati muka
Alia kini bibirnya pula menyentuh bibir isterinya itu. Bisik juga hati Danial
Amsya “Hai Lia tidak sedar kau apa aku buat, kalaulah orang lain ditempat aku
sudah lama kau jadi korbannya.” Asmya terus memejamkan matanya lalu tertidur.