Beberapa minit
menunggu Amsya muncul. Mereka berdua bersalam dengan ummi mereka meminta restu.
Mereka keluar seiringan menuju ke kereta sampai sahaja di depan kereta Alia
menarik tangan Amsya dan merapatkan dirinya kebadan Amsya. Alia menyentuh dan
mengosok dada Amsya dengan lembut dan mengoda bersuara.
“Am…boleh tak
Lia bawa kereta Am. Lia teringin sangat nak bawa kereta fairlady ni. Bolehlah.”
Rayu Alia mengoda. Dia tahu Amsya amat sayangkan kereta fairlady itu. Setahu
dia Amsya tidak bagi sesiapa bawa keretanya. Asmya sudah serba salah dengan
rayuan dan sikap Alia yang mengoda itu.
“Ni, kenapa
pulak ni. Abang bawa jerlah Lia cakap nak pergi mana.” Amsya menghalang. Alia
sudah memasamkan mukanya.
“Bagilah Lia
bawa. Am ada sebelahkan takkan tak boleh. Kalau tak bagi Lia bawa, tak jadi
keluarkan. Kita cancel je.” Rajuk Alia
memancing Amsya. Alia tahu kalau Amsya yang bawa kereta rancangannya akan
gagal. Amsya serba salah kotak fikirannya berkata-kata. “Kalau tidak bagi, Lia
akan cakap aku memang tak sayang dia. Inilah masanya aku buktikan aku cintakan
dia. Alah setakat kereta jer.”
Amsya menarik
tangan Alia dan menyerahkan kunci kereta. Amsya berkata.
“Dengan syarat.
Abang nak cium Lia.” Alia diam seketika mendengarnya mengigit bibir bawah.
“Pipi.” Jawab
Alia. Memandang mata Amsya
“Bibir.” Pinta
Amsya. Berbalas pandang, Alia terdiam seketika.
“Tak payah
pergilah.” Alia merajuk lagi
“Okey pipi.”
Pujuk Amsya lembut memegang muka Alia dengan kedua tangannya dan mencium pipi
Alia dengan lembut dan mengoda Alia memejamkan matanya. Alia terdiam, selalu
saja perasaan aneh terasa setiap kali Amsya menciumnya. Alia terus masuk ke
kereta selepas Amsya melepaskan ciuman. Kereta fairlady milik Amsya dipandu
Alia ke Putrajaya. Dia tidak mahu Amsya perasan dengan perasaannya kini dia
amat serba salah mendekatkan diri dengan Amsya. Sekarang masanya Alia menolong
Amsya. Alia mula menukar sikap poyonya.
“En.Amsya. Saya
janji dengan awak tadi nak hiburkan hati awak. Sekarang awak telefon kekasih
awak ajak dia keluar dan pujuk dia. Awak gaduh dengan Shasha kan? saya tidak
mahu tengok awak sedih. Awak ajak dia pergi makan, orang perempuan biasalah mahu
dipujuk. Awak kenalah sabar. Okey awak telefon dia sekarang.” Terkejut Amsya
dengan kata-kata Alia.
“Lia nak pergi
mana sebenarnya?” Tanya Amsya berkerut muka dia kini tahu Alia ada perancangan
untuknya.
“Saya nak hiburkan
awaklah En.Amsya. saya tak mahu tengok awak sedih. Sekarang awak telefon
kekasih awak, ajak keluar pujuk dia.
Awak nak balik masa mana pun tak kisahlah. Saya nak keluar dengan kawan-kawan
saya pergi makan saya sudah janji dengan mereka. Sekarang ni kita pergi rumah
saya lepas tu awak pergilah pujuk kekasih awak. Okey.” Terang Alia tersenyum
puas.
Amsya
mendengarnya mengeleng kepala hatinya bersuara “Bijak betullah si Lia ni ada
rancangan rupanya. Aku ingatkan betul dia yang nak hiburkan aku, rupanya dia
suruh aku keluar dengan orang lain. Aku sudahlah sakit hati dengan dia. Tak apa
kau tunggu jer aku tidak akan ikut rancangan kau.” Amsya sudah bengang dengan
Alia tidak mahu layan dia.
Alia
memberhentikan kereta yang dipandunya didepan pagar rumahnya diPutrajaya. Alia
mematikan enjin kereta dan menyerahkan kunci kereta pada Amsya. Sengih Alia sampai
ke telinga.
“En.Amsya. ini
kunci kereta awak terima kasih. Nanti bila awak selesai dengan keksih awak
telefon jer Lia. Kalau awak tak mahu balik pun tidak apa nanti Lia bagitahu
ummi kita tidur di hotel. Lia tidur sini…Okey.” Alia menunjukan ibu jarinya.
Dengan perasan hampa Amsya mengambil kunci keretanya. Alia keluar terus masuk
ke rumahnya. Amsya tidak berganjak dari situ, sekarang dia pula akan memainkan
peranannya, dia tidak akan mengalah dengan sikap Alia yang selalu mahu mengelak
darinya.
Beberapa minit
Amsya menunggu, Alia dan kawan-kawannya keluar untuk pergi makan malam. Amsya
yang sedang menyandar dikeretanya memanggil mereka semua.
“Hai sayang,
kamu semua nak ke mana?” Tanya Amsya sambil melambai tangannya ke arah mereka
semua. Alia berkerut muka melihat Amsya masih lagi disitu, dia menghampiri
Amsya.
“Kenapa tak
pergi lagi? Sudah telefon Shasha? Apa kata dia?” Tanya Alia bertubi-tubi.
“Tak jadi keluar
sudah merajuk. Tak apalah abang joint Lia jer.” Kata Amsya tanpa menghiraukan
Alia, dia memanggil semua kawan-kawan Alia. “Jom semua naik kereta abang pergi
satu kereta saja.” Ajak Amsya membuatkan Alia tidak berkata apa-apa. Hana dan
Mimi melangkah laju kearah Amsya.
“Lia, kau ni
buat surpriselah, kita pergi makan sekali dengan abang Am ke? Bestnya.” Ujar
Hana teruja. Tercengang Alia melihat gelagat sahabatnya itu. Amsya tersenyum
puas.
“Jom naik kereta
abang semua.” Ajak Amsya sekali lagi. Dia membuka pintu kereta untuk Alia sambil
menarik tangan Alia dengan lembut. Syafikah hanya mengikut, dia tahu mungkin
ada sesuatu yang sedang berlaku pada Alia. Hana dan Mimi sudah masuk kereta
Syafikah juga mengikut masuk ke kereta. Alia memandang Amsya dengan tajam dan
bermasam muka.
Hati Alia berkata
“En.Amsya ni kenapa ikut aku pula…aduh kena berlakon mesra lagi depan Hana dan
Mimi.”
Amsya tersenyum
riang dapat keluar bersama Alia.
“Sayang nak
pergi makan di mana?” tanya Amsya meengoda. Mereka semua tersengih dibelakang
mendengar Amsya memanggil Alia sayang. Alia berkerut muka berpaling belakang
mengkerling pada kawan-kawannya.
Omel hatinya
“Mamat ni bersayang pula.”
“Sayang abang tu
mengidam nak makan steamboat.” Jawab Mimi dengan gelak ketawa mereka semua.
“Ohhh, ya ke
kenapa tidak bagitahu? Jom abang bawa makan steamboat di Restoran Red Wok. Ok
sayang.” Balas Amsya memandang Alia disebelahnya dengan senyum lebar. Alia
menkerling Amsya mengigit bibir.
Amsya
memberhentikan keretanya di Restoran Red Wok di Bandar Baru Bangi. Syafikah,
Mimi dan Hana sudah pun keluar dari perut kereta. Alia dan Amsya masih lagi
dalam kereta.
“Ni kenapa pula
taknak turun ke? Kata nak makan steamboat. Jomlah.”Ajak Amsya apabila melihat
Alia belum membuka pintu kereta. Amsya keluar dia menghampiri Alia yang juga
baru keluar dari kereta ditengoknya Alia bermasam muka.
“Sayang,
senyumlah sikit.” Pujuk Amsya. Alia kacip gigi dan sengih memaksa pada Amsya.
Membuatkan Amsya tergelak melihat gelagat Alia. Dia memegang tangan Alia
berjalan seiringan bersama-sama rakannya yang lain. Mimi sesekali menjerling
melihat Alia dan Amsya. Amsya tidak melepaskan peluang apabila dia berjalan
dengan Alia dirangkulnya pinggang Alia membuatkan rakan-rakannya tersengih
lebar.
Sampai dimeja
mereka mengambil tempat Alia berada disebelah kanan Amsya. Mimi dan Hana duduk
depan mereka manakala Syafikah sebelah Alia. Rakan-rakannya masih tersenyum
menyindir Alia. Alia pula perasan dengan
situasi itu, dia memandang tajam pada rakan-rakannya yang sedang ketawakan dia.
“Kau orang kenapa
tersengih-sengih macam kerang busuk, dah buang tabiat ke apa? Marah Alia dengan
garang. Amsya tergelak dengan sikap Alia yang sudah mula marah.
“Garangnya
sayang. Lia memang macam ni ke? Selalu marah-marah orang.” Serkap Amsya.
“Ya…Lia ni
memang macam ini kalau ada yang tidak kena mulalah nak marah orang dan selalu
kenakan orang.” Komen Hana.
“Abang Am macam
mana dah kenal sangat ke dengan Alia ni? Boleh ke ikut cara dia, Lia ni banyak
kerenah.” Beritahu Mimi. Amsya berpaling merenung Alia disebelahnya sambil
tersenyum membalas kata-kata Hana.
“Iya…betullah tu,
sayang abang ni memang banyak kerenah pun, tapi abang suka, dia memang selalu
nak kenakan abang. Lia ni kelakar, romantik dan manja tau.” Terkejut Alia mendengar
kata-kata Amsya, Alia menyiku lembut pada perut Amsya disebelahnya. Amsya
tergelak. Seorang pelayan datang ke meja mereka mengambil pesanan. Alia dan
Syafikah bangun memilih steamboat yang hendak dimakan.
“Abang Amsya.
Boleh Hana tanya?” Amsya mengangguk.
“Betul ke Alia
tu cinta pada abang Am?” Tanya Hana, soalan menjerat Amsya.
“Kenapa pula tanya
macam itu. Okey je kalau Lia tidak cinta abang kenapa dia terima abang.” Jawab
Amsya cuba mengorek rahsia Alia dari rakan-rakannya.
“Setahu kami
Alia ni memang susah nak bercinta. Dia tidak akan terima orang sebarangan.
Terutama kalau dia tahu lelaki itu sudah ada kekasih, tunang orang ataupun
suami orang. Dia tidak akan bercinta dan tidak akan jatuh cinta. Tapi Lia ni
sangat baik. Macam mana Lia boleh jatuh cinta dengan abang Am secepat ini?.”
Balas Mimi pula memberi penerangan tentang Alia Nasuha. Amsya terangguk-angguk.
Beberapa minit selepas itu Alia dan syafikah kembali kemeja.
“Itulah jodoh.”
Jawab Amsya pendek. Alia yang baru sampai dan duduk dikerusi mendengar mereka
sedang berbual.
“Cakap apa ni? “
Tanya Alia mengkerling tajam pada Hana dan Mimi.
“Takkanlah aku
cakap sikit dengan abang Am, kau sudah jelouse.” Balas Mimi.
“Bila masa pula
aku cemburu. Kalau kau nak ambil je lah. Kau kutuk aku jaga kau.” Ugut Alia
pada Mimi.
“Sayang,
garangnya. Kenapa cakap macam tu, tak baiklah. Lia selalu ugut kamu macam ini
ke?”Soal Amsya. Alia menukat muka masam.
“Yalah, kalau
abang Am nak tahu Lia ni suka ugut orang.” Jawab Hana. Pelayan Restoran datang
menghidang pesanan mereka. Alia menjeling tajam pada Hana dan Mimi memberi
amaran supaya tidak memberitahu apa-apa pada Amsya tentang dirinya.
“Dah, jangan cakap
banyak. Makan, kan tidak pasal-pasal Lia timbuk dengan stemboat ni kan nak?”.
Marah Alia memberi amaran.
Amsya menjerling
pada Alia disebelahnya kemudian memandang ke depan memerhati Hana dan Mimi. Dia
sambil tersenyum mengeleng kepala dengan sikap Alia. Alia mengambil steamboat
lalu membubuh ke pinggan Amsya. Amsya sengaja mahu mengenakan Alia, dia
meletakkan tangan kanannya keatas bahu Alia.
“Sayang, makan
satu pinggan saja.” Kata Amsya pada Alia
yang sedang membubuhkan makanan ke pinggan. Alia berpaling pada Amsya berkerut
dahi.
“Kenapa? Lia
sudah bubuh ni, makanlah.” Balas Alia.
“Lia suap pada
abang. Tangan abang tak boleh guna.” Kata Amsya membuatkan Alia semakin
berkerut dahi manakala rakan-rakannya sudah ketawa menyindirnya.
“Ini tangan ada,
kenapa tidak boleh guna, bukan sakit pun.”
“Memanglah
tangan abang tidak sakit tapi sedang diguna.” Balas Amsya. Alia tidak faham
dengan maksud Amsya.
“Guna untuk
apa?” Tanya Alia sedikit marah.
“Peluk
sayanglah. Sayang suap abang, jangan bantah. Cepat.” Arah Amsya. Alia mengeluh.
Suara hati Alia “Si mamat ni memang nak kenakan aku.”
Rakan-rakannya
yang lain sedang memerhati tindakan Alia melayan Amsya. Mereka cuba melihat
sama ada Alia akan makan atau tidak sudu yang disuapnya pada Amsya. Ini kerana
kawan-kawannya tahu yang Alia tidak boleh makan bekas orang apa lagi nak
berkongsi pinggan mangkuk. Inikan pula makan sepinggan. Mereka semua ketawa tergelak-gelak
apabila Alia menyuapkan makanan ke mulutnya selepas menyuap Amsya dengan sudu
yang sama.
Amsya memandang
Hana, Mimi dan Syafikah yang sedang ketawa pada dia dan Alia.
“Kenapa ni? Tak
boleh ke Lia suap abang. Kan abang sudah bagitahu Alia ni romantik.” Luah
Amsya.
“Bukan tak boleh
tapi pelik.” Jawab Syafikah. Alia berpaling tajam pada Syafikah yang sedang
mengertawakan dia.
“Apa yang
pelik?” Tanya Amsya kehairanan.
“Abang Am. Kalau
nak tahu, adik Lia ni setahu kami dia tidak boleh makan bekas orang. Tapi kali
ini lain pula.” Jelas Mimi. Alia mendengarnya mengkacip gigi geram dengan
mereka semua.
“Itu orang lain.
Abang ni kan suami dia. Semua kena berkongsi. Bukan setakat sudu yang lain pun
kena kongsi juga.” Balas Amsya cuba mengenakan Alia.
“Iyalah orang
dah tidur sebilik, sebantal, sekatil satu kain selimut lagi.” Sindir Hana
diikuti gelak ketawa mereka lagi. Membuak hati Alia semakin marak.
“Kau orang semua
sudah ambil insuran?.” Soal Alia marah berbalas pandang pada rakan-rakanya.
“Dah.” Jawab
mereka serentak.
“Hah…bagus nanti
Lia timbuk dengan steamboat ni, kau orang
claim insuran. Cepat makan.” Arah
Alia garang dan marah. Amsya tergelak terbahak-bahak dengan kerenah Alia.
Memang dia terhibur dengan sikap Alia yang poyo.
Selesai makan
pada malam itu. Amsya menghantar mereka semua ke rumah. Dia dan Alia bergerak
pulang.
Sepanjang
perjalanan Alia bermasam muka dengan Amsya hatinya mengeluh resah, sesekali
mengkerling pada Amsya. Amsya tersengih nakal melihat Alia yang tengah marah.
Dia cuba membakar lagi hati Alia.
“Sayang, terima
kasih. Abang terhibur sangat malam ini. Tak sangka abang, Lia pandai ambil hati
abang.” Usik Amsya. Alia mendengarnya berkerut muka membara hatinya.
Hati Alia
bersuara. “Dia kata aku pandai ambil hati dia. Ini sudah lebih ni…Ini mesti dia
cakap aku nak goda dan pikat dia. Kononnya nak hiburkan dia sekarang aku yang
sakit hati. Ini tidak boleh jadi.”
Dengan lagak
poyonya Alia bersuara. “En.Amsya, esok cuti jangan nak suruh saya buat kerja
rumah. Saya ni seorang yang pemalas tak suka kemas rumah, basuh kain,tidak
pandai masak. Jangan nak mengada-ngada suruh saya buat itu ini.” Alia menjeling
Amsya menunggu reaksi Amsya dengan kata-katanya tadi. Amsya pula berdiam diri
tersenyum sendiri hatinya juga bersuara. “Sengajalah tu nak suruh aku benci
dia. Tak pandai masak, malas. Tak apa siap kau Lia. Ini Danial Amsyalah…kau nak
elak dari aku ya?”
“En.Amsya bila
awak cadang nak kahwin? Sudah bincang dengan Shasha?” Mengeluh Amsya mendengar
persoalan itu.
“Nantilah dulu.
Tak fikir lagi. baru jer kahwin, tunggulah dulu.” Jawab Amsya bersahaja ekoran
mata pada Alia.
“Alahhh…”Mengeluh
panjang Alia. “Bila En.Amsya? lambatlah
awak ni. Awak tak kasihan ke pada kekasih awak. Awak sendiri menanggung rindu.”
Rungut Alia.
“Biarlah dulu,
kalau ada jodoh abang kahwinlah. Jangan panggil En.Amsya boleh tak? Tadi kata
kawan panggil abang.” Jawab Amsya kecewa, bosan dengan soalan Alia.
“Awak…Lia tidak
fikir lagi alasan nak tidur dengan ummi. Am boleh bagi idea tak?” Amsya mengusap
kepala dengan kata-kata Alia. Belum sempat Amsya menjawab tiba-tiba handphone
Alia berbunyi. Alia melihat jam digital dalam kereta 11.15malam. Dia
cepat-cepat selongkar handsetnya dalam bag.
Soalnya. “Siapa
pula telefon malam-malam ni? Ummi ke? Am, bawa kunci rumah tak?” Risau Alia
kalau Puan Anis yang telefon.
“Bawa.” Jawab
Asmya sepatah. Alia melihat skirn telefonya pangilan masuk dari Izwan. Dia
tersenyum teringat dia mungkin Izwan telefon menagih janji puasa yang lepas.
Mahu berjumpa lepas puasa.
“Siapa? Tanya
Amsya sepatah.
“Izwan…syishhh..”
Alia meletakkan jari telunjuk dimulutnya isyarat diam pada Amsya. Dia tersengih
lalu menjawab panggilan Izwan.
“Hello.”
“Hello Lia, apa
khabar? Masih ingat saya?” Soal Izwan.
“Baik. Mestilah
saya ingat. Awak apa khabar?” Balas Alia lembut dan mesra.
“Saya sihat.
Cuma rindu orang disana. Lia free tak esok kita keluar, dating?” Ajak Izwan
cuba memancing.
“Jumpa esok.
Boleh, nak jumpa pukul berapa?” Jawab Alia sambil memandang Amsya yang sedang
memandu dan mendengar perbualannya.
Getus hati
Amsya. “Orang lain telefon jawab pula. Kalau aku haram nak dijawabnya. Kau nak
jumpa Izwan esok Lia. Aku tak akan izinkan.”
“Dalam pukul
12.00 tengah hari.” beritahu Izwan
“Pukul 12 boleh,
tapi ada dua syarat.” Balas Alia. Sambil memalingkan tubuhnya kearah Amsya dan
tersenyum sinis. Amsya hanya mengkerling. Dia membawa keretanya melencung
semula ke Putrajaya. Sengaja dia berbuat begitu.
“Syarat apa?”
Tanya Izwan.
“Pertama, saya
akan keluar dengan Syafikah. Kedua, boleh jumpa dalam masa sejam atau sejam
setengah itu saja.” Jelas Alia.
“Okey, saya
setuju asal saya boleh jumpa Lia. Nanti esok saya sms tempatnya. Okey bye.”
Izwan memutuskan talian.
Alia tersengih
pada Amsya. Alia memerhati jalan yang dilalui oleh Amsya telah melencung jauh
dari Bangi. “En.Amsya nak pergi mana ni? Kenapa tak sampai lagi?.”
“Saja
pusing-pusing tunggu Lia habis berbual.” Sindir Amsya.
Dengan suara
mengoda dan lembut merayu Alia bersuara.“Am…esok Lia nak keluar jumpa Izwan,
boleh?”
“Dengan syarat.
Sayang tidur dengan abang malam ini.” Balas Amsya. Alia terdiam tidak
membantah. Amsya tersenyum. Mereka melayan lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ Era
fm.
Sampai sahaja di
halaman rumah mereka, Amsya berpaling pada Alia yang sudah pun tertidur. Dia
menyandar kepalanya di headrest merenung wajah ayu Alia sambil tangannya
membelai pipi gebu gadis itu. Tersenyum melayan perasaan yang bermain dalam
fikirannya ketika itu sayang dan cintanya pada Alia tidak dapat digambarkan. Hati Amsya sakit dan pedih sekali apabila Alia
ingin keluar dengan lelaki lain. Dayus rasanya kalau dia membenarkan Alia
keluar dengan lelaki lain sedangkan dia berhak keatas Alia Nasuha. Teringat
akan lamarannya pada Alia dan Alia setuju menerimanya kerana ingin menjaga ummi.
Difikirnya lagi betulkan Alia begitu sayang pada umminya atau ada sebab lain
yang membuatkan Alia setuju terima lamarannya.
Amsya keluar
dari keretanya kemudian menghala ke pintu sebelah Alia. Dibukanya
perlahan-lahan dia membuka tali pinggang Alia dan mengejutkan Alia dengan
perlahan tapi Alia tidak sedar lalu dicium pipi isterinya dua kali. Alia mengerakkan
badannya mungkin terasa sentuhan Amsya.
“Sayang bangun,
kita sudah sampai. Sayang nak abang angkat ke?” Pelawa Amsya dengan usikkan.
Alia membuka
mata dan terus mengeleng kepala, Amsya tersengih nakal.
“Jom kita
masuk.” Balas Amsya menarik tangan Alia. Alia melangkah keluar. Mereka
sama-sama
Masuk ke rumah.
Sampai sahaja di tingkat atas Alia melangkah ke bilik Puan Anis. Amsya dengan
pantas memegang tangan Alia.
“Lia nak ke
mana? Tanya Amsya.
“Nak jenguk ummi
sekejap.” Amsya melepaskan tangan Alia dan mengikut Alia ke bilik umminya.
Tombol dipulas perlahan, dengan cahaya
samar-samar lampu tidur Alia perlahan-lahan melangkah ke katil dimana Puan Anis
sedang tidur dia melutut di tepi katil merenung wajah umminya dengan penuh
syahdu, mengusap rambut dan mencium tangan umminya. Semakin sayang dia pada
Puan Anis seperti sayang dia pada mama dan papanya. Difikirnya macam mana kalau
Puan Anis tahu dia dan Amsya akan berpisah adakah Puan Anis akan menyayanginya
lagi. Alia mencium dahi Puan Anis sekali lagi. setitik airmatanya gugur
membuatkan Puan Anis tersedar dari tidur. Tersentuh perasaan Amsya apabila
melihat Alia menitis airmata, sayu hatinya.
“Lia” Suara puan
Anis menegurnya.
“Ya, ummi. Maaf,Lia
ganggu ummi ke?”
“Lia baru balik?
Kenapa menangis ni? Abang sakitkan hati Lia ke?” Soal umminya.Amsya menarik
nafas panjang mendengarnya lalu berjalan menghampiri umminya.
“Taklah ummi.
Malam ini Lia tidur dengan abang Am.” Katanya. Puan Anis mengangguk. Alia
meninggalkan Puan Anis dan Amsya disitu. Dia mengambil kain sembahyang, baju
tidur dan peralatan dirinya untuk ke bilik Amsya. Amsya tengok Alia sudah siap
dengan barang-barangnya. Dia mencium tangan umminya.
“Ummi, kami
masuk bilik dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.” Ucap Amsya buat ibu
tersayang.
Amsya terus
menarik tangan Alia ke biliknya. Alia duduk dan meletakkan barang-barangny
diatas sofa panjang. Dia tengok Amsya dengan wajah yang masam mulut
dimucungkannya. Amsya tersenyum manis.
“Sayang nak bersih
diri dulu?” tanya Amsya. Alia tidak menjawabnya. Dia bangun mengambil semua
barangnya terus ke bilik air. Amsya tersengih mengeleng.
Beberapa minit
kemudian Alia keluar dengan berbaju tidur dia mendidikan solat isyak. Amsya ke
bilik air. Selepas sahaja membersih diri Amsya keluar ditengoknya Alia telah
merebahkan diri disofa. Usai bersolat Amsya ke katilnya niat untuk mengajak
Alia tidur bersamanya terhenti apabila melihat mood Alia kurang baik. Amsya
menyandarkan diri dikepala katil memikirkan sesuatu. “Macam mana kalau aku
bagitahu dia aku cintakan dia? Bolehkan dia percaya dan terima aku. Sedangkan
tadi kawan-kawannya bagitahu yang Lia tidak akan bercinta dengan lelaki sudah
ada kekasih. Dan sekarang pula dia berusaha untuk satukan aku dengan kekasih
aku. Kalau betul Lia dapat yakinkan ummi, apa aku nak buat. Takkan aku kena
lepaskan dia?”
Amsya berpaling
pada Alia yang sudah pun nyenyak tidur, dia bangun mencapai remote air-cond
lalu menurunkan suhu biliknya apabila melihat Alia kesejukan. Dia mengambil
selimut menyelimutkan isterinya.