Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 41

Amsya bangun seawal 6.00pagi dia ingin mengejutkan Alia. Tiba-tiba dia teringat Alia berjanji dengan Izwan hari itu, ditenung wajah Alia lama-lama. Berlegar didalam kotak fikirannya bagaimana untuk dia halang Alia dari berjumpa Izwan hari itu. Perlahan-lahan dia mengejutkan Alia.

“Lia, bangun solat subuh dengan abang.” Sambil mengosok pipi gebu Alia. Alia mengeliatkan sedikit badannya kemudian membuka mata. Dengan suara yang serak dia bertanya.

“Pukul berapa ni?”

“Enam. Jomlah mandi dengan abang.” Usik Amsya pagi-pagi. Alia dengan matanya dibuka sikit yang kuyup memandang Amsya menunjuk penumbuk pada Amsya.

“Nak ni, kan tak pasal-pasal pecah muka pagi-pagi ni.” Balas Alia bergurau. Amsya memegang penumbuk Alia sambil tergelak, satu ciuman manis singgah dipipi Alia kemudian menarik hidung Alia. Amsya bangun ke bilik air terlebih dahulu.

Alia bangun turun ke tingkat bawah terus menuju ke dapur dia menanak nasi untuk membuat nasi goreng. Selepas membuka suis rice cooker dia naik semula ke biliknya. Alia menunggu Amsya keluar dari bilik air.

Usai solat berjemaah dan bersalam Alia meminta izin ke bilik umminya. Amsya merebahkan diri ke katil menyambung tidur dipagi minggu. Selepas mengejutkkan Puan Anis, Alia terus ke dapur menyediakan sarapan pagi sedang asyik dia menyiapkan sarapan Puan Anis menyapa sesampai sahaja diruang dapur.

“Lia masak apa?”

“Nasi goreng. Ummi boleh tak tolong Lia?” Pinta Alia manja.

“Tolong apa, cakap je insyaallah ummi tolong.” Balas Puan Anis. Alia mendekatkan diri didepan umminya.

Dengan perlahan dia bersuara “Ummi…Kalau abang Am tanya siapa masak. Ummi cakap ummi masak ya. Ummi bagitahu yang Lia tak pandai masak. Boleh?:” Pinta Alia bersungguh dan memujuk.

“Kenapa pula ni? Sepatutnya isteri pikat suami dengan kerja-kerja rumah, rajin barulah suami sayang.” Balas ummi.

“Lia tahu tapi Lia nak uji abang Am. Boleh ya ummi? Ummi sayang Lia kan?” Pujuk Alia dengan manja pada ibu mertuanya. Puan Anis terseyum dan mengangguk kepala dengan kerenah Alia.

Selesai menyediakan sarapan pagi itu Alia naik ke bilik untuk mengajak Amsya bersarapan. Apabila masuk ke bilik dia dapati Amsya masih lagi tidur, dengan perlahan-lahan dia cuba untuk mengusik Amsya. Diambilnya buju kain selimut digelikan ditelinga Amsya. Amsya mengibas-gibas telinganya. Alia dah nak tergelak sekali lagi dia mengusiknya. Amsya tahu Alia sedang mengacau dia tidur. Apabila Alia sekali lagi cuba mengelikan teliganya Amsya terus memegang tangan Alia dan menariknya membuatkan Alia terjatuh atas dada Amsya. Dan Amsya terus memeluknya.

“Am, janganlah…lepaskan Lia.” Alia meronta-ronta dalam pelukkan Amsya sambil kedua-duanya pecah ketawa.

“Ini balasan kacau orang tidur. Kenapa kacau abang?” Tanya Amsya dengan usikkan nakal.

“Nak ajak makan. Am lepas Lia, gelilah.” Jawab Alia merayu sambil tangannya menolak tubuh sasa Amsya. Amsya melepas pelukkannya, Alia bangun Amsya turut bangun. Alia duduk dibirai katil. Kedua-duanya tersenyum melerek.

“Am. Hari ini Lia nak keluar dengan Izwan, Am janjikan semalam kalau Lia tidur dengan Am. Am boleh bagi Lia keluar.” Mereka berpandangan.

“Betul, tapi Lia tidak tidur dengan abang pun semalam.” Jawab Amsya bersahaja.

“Kan Lia tidur dalam bilik Am semalam.” Jawab Alia berkerut muka.

“Betul tapi abang nak Lia tidur bersama abang. Bukan tidur atas kerusi. Ini tidak abang tidur sorang juga,” Balas Amsya merenung wajah Alia. Ini alasan untuk menghalang Alia berjumpa dengan Izwan.

“Jadi, Lia tidak boleh keluarlah?” Amsya mengeleng beberapa kali.

“Tak boleh kompromi?” Rayu Alia lagi memegang tangan Amsya dengan muka kasihan.

“Boleh, cium abang.” Amsya memberi syarat.Inilah satu cara membolehkan Alia akan jatuh cinta dengannya, dengan sentuhan dan belaian suami untuk isteri akan merapatkan lagi hubungan rumahtangga.

“Pipi.” Tawar Alia. Amsya mengeleng dan menjuit bibir.

“Bibir. Minta Amsya. Alia terdiam seketika merenung tajam wajah tampan Amsya .

“Kejap nak fikir.” Kata Alia sambil berfikir, beberapa soalan bermain dalam kotak fikirannya. “Kalau aku bagi dia cium aku boleh keluar dengan Izwan…Tak bagi tak boleh keluar, kalau tak keluar sama juga dia akan cium aku kalau depan ummi. Rugi ni tak keluar dengan Izwan.”

Amsya mengangkat kening pada Alia menunggu jawapan. Alia menatap wajah kacak Amsya didepannya. Bisik hatinya “Kalaulah Amsya tidak ada kekasih boleh jatuh cinta aku dengan dia. Tapi tidak boleh nanti aku juga yang kecewa.”

“Baiklah tapi sentuh sikit jer.” Jawab Alia. Mulut Amsya tersengih sebelah. Bisik Amsya dalam hatinya “Sanggup kau Lia demi mencari lelaki untuk dijadikan suami. Aku nak uji kau sebenarnya Alia. Tapi tak apa aku akan cium sampai kau jatuh cinta dengan aku.”

Amsya menarik tangan Alia mendekatkan badannya pada Alia. Alia memejamkan matanya apabila Amsya merapatkan bibirnya ke bibir Alia, namun Amsya berhenti disitu dia tidak mencium Alia. Amsya menarik nafas panjang rasa bersalah pada Alia. Difikir dan doanya pada yang Esa “Ya Allah. kalau betul Alia Nasuha Mohd Helmi memang jodoh aku. Engkau akan bantu aku supaya Alia tidak keluar dengan Izwan hari ini dan panjangkan jodoh kami.Amin.”

Amsya melepaskan Alia. Alia membuka matanya hairan dengan Amsya. Dia tengok Amsya memandang sayu padanya. Fikir Alia. “Mungkin Amsya rasa bersalah dengan kekasihnya, Amsya tidak mungkin curang pada kekasihnya.” Kini Alia Nasuha berpendapat bahawa Amsya begitu sayang pada kekasihnya. Amsya memang baik tidak mungkin Amsya berpaling tadah pada kekasihnya. Apa lagi gadis sepeti dia tiada apa yang istimewa, mungkin Amsya hanya ingin mengujinya.”

“Kenapa?” Tanya Alia sepatah menguji Amsya. Amsya hanya mengeleng kepala.

“Lia boleh pergi jumpa Izwan? Am izinkan?” Tanya Alia.

“Walaupun dayus Am rasa membenarkan isteri Am keluar dengan lelaki lain tapi apa boleh buat kan?” Balas Amsya. Alia merasa serba salah dengan kata-kata Amsya.

“Am jangan cakap begitu. Awak tidak dayus, awak tak bersalah. Kita terperangkap dalam perkahwinan ini, tapi Lia janji akan bantu Amsya dengan kekasih Am. Lepas tu kita bebas. Okey.” Yakin Alia menitis airmata.

Amsya mendongok ke atas siling dengan tangannya mengusap kepalanya atas salah faham Alia. Walau apa sekalipun dia nekad akan mengambil hati Alia dan mengubah janji yang termenterai.

“Jomlah kita turun makan.” Ajak Alia. Mereka sama-sama keluar dari bilik untuk bersarapan. Sampai sahaja didepan bilik Puan Anis, Alia bersuara.

“Am turun dulu. Lia nak ke tandas sekejap.” Amsya mengangguk. Alia ke bilik Puan Anis. Amsya terus ke dapur dimana umminya sedang membakar roti. Amsya memberi salam pada umminya sejerus sampai di dapur.

“Hah. Am mana Lia?” soal Puan Anis apabila melihat Amsya keseorangan.

“Ke tandas. Ummi, siapa basuh baju Am?” Tanya Amsya apabila dia teringat semua baju yang dipakainya sebelum ini siap dibasuh, digosok dan berlipat dalam almari.

“Isteri Am lah. Dia tidak bagi pun ummi basuh baju Am. Larang lagi ummi. Semua kerja rumah dia yang buat. Balik je kerja siapkan makan, mop lantai, basuh kain apa-apa je lah. Kenapa Am tanya?” Jelas Umminya.

Amsya terangguk-angguk dia faham Alia sengaja nak larikan diri darinya dan membuatkan dia benci pada Alia. Alia sampai didapur dan menarik kerusi didepan Amsya. Amsya tengok Alia didepannya, Alia membalas pandang. Amsya mengerakkan kepalanya memberi isyarat supaya Alia duduk disebelahnya. Alia menjuih bibir dan mengeleng.

Puan Anis datang, duduk bersama untuk sarapan pagi itu. Memandangkan Puan Anis ada bersama mereka Alia terpaksa melayan Amsya.

“Awak nak makan apa?” Tanya Alia perlahan sambil mata menjeling umminya.

“Ohhh, ada nasi goreng. Siapa buat ni?” soal Amsya memandang Alia.

“Ummi buat.” Jawab Alia spontan.

“Semua ni ummi yang buat?” Alia mengangguk.

“Kenapa Lia tidak buat atau tolong ummi?” soal Amsya. Puan Anis hanya mendengar dan memerhati perbualan anak menantunya apa yang tidak kena dengan mereka berdua.

“Malas. Lagi pun Lia mana pandai masak. Setakat bakar roti dan buat air bolehlah.” Jawab Alia. Puan Anis mengkerling kearah Alia.

“Oh. Ya ke? Tak sangka pula ummi tahu citarasa Am…Anak ummi katakan. Memang tepatlah ummi cari isteri yang malas dan tidak tahu masak untuk Am. Am memang suka perempuan yang malas dan tidak tahu masak. Terima kasih ummi.” Sindir Amya sengaja mahu kena Alia.

“Itulah ummi pelik kenapalah Am ni suka sangat perempuan malas buat kerja rumah dan tidak tahu masak.” Balas Puan Anis menyokong anaknya membuatkan Alia tercengang berkerut dahi tidak faham maksud Amsya dan umminya.

“Ummi nak tahu kenapa?” Tanya Amsya. Puan Anis mengangguk kepala sambil menguyah makanan.

“Sebabnya Am tidak salahkan orang perempuan sekarang, mereka kerja membantu suami cari nafkah. Jadi kalau isteri malas dan tidak tahu masak pun tidak apalah cari je pembantu rumah biar kerja-kerja rumah tukang gaji yang buat.”

“Habis tu isteri buat apa?” Soal Umminya mengeleng kepala.

“Ler, jawapannya isteri layan suami….Cuba ummi tengok kalau semua kerja rumah dan masak orang lain buat bermakna isteri ada banyak masa untuk layan suami. Itu yang Am suka. Tak apa setakat nak cuci pinggan Am pun boleh buat. Kejap lagi sayang layan abang ya?.” Balas Asmya memandang Alia membuatkan Alia terkejut.

“Ahhh” terbeliak mata Alia mendengar penjelasan Amsya. Puan Anis pecah ketawa dengan kerenah anak manantunya. Dia tahu Amsya sengaja nak kenakan Alia. Amsya turut ketawa sambil mengangkat kening pada Alia yang sedang tengok dia.

“Kejap lagi lepas makan Lia pergilah layan abang Am.” Sindir umminya. Terkejut dan kecut perut Alia tertelan liur dia tak terkata.

Omel hati Alia. “Betul ke si Amsya ni, gila ke apa? mana ada suami suka isteri malas? Ada juga orang macam dia ni. Takkan aku kena layan dia pula. Ahhhh tak boleh jadi ni.”

Jawab Alia perlahan mengatur kata-kata “Kenapa pula kena layan. Lepas makan nanti Lia kemaslah semuanya. Lia nak basuh kain. Lepas tu Lia nak keluar kejap cari lauk.”

“Eh! Kenapa pula tiba-tiba ubah pendirian?” Tanya Amsya keras. Alia terdiam.

Bisik hatinya Alia. “Mampus aku kalau satu hari depan ummi kena layan dia. Mujur tadi dia bagi aku keluar.”

“Lia nak keluar cari lauk dengan abang Am ke? Lia nak masak apa hari ini?” Tanya umminya membalas penjelasan Alia tadi.

“Lia pergi pasar sorang, tak payah teman. Lia nak masak asam pedas Melaka ikan parang. Ummi sukakan?” Jawab Alia dengan yakin.

“Mestilah itukan masakan kegemaran Amsya dan arwah walid.” Terang umminya. Alia sekali lagi terperangkap. Amsya tersengih nakal pada Alia yang sudah terkena.

Suara hati Alia lagi. “Aduh! Terkena lagi…macam mana aku lupa itu makanan kegemaran Amsya. Nanti dia cakap aku nak pikat dia pula. Malunya aku.” Alia memegang kepala dan mengaup muka. Amsya asyik memerhatikan Alia tersenyum puas dapat mengalahkan Alia yang cuba melarikan diri dan membuat Amsya benci pada Alia.

Pagi itu Faris termenung di warandah rumahnya, dia sedang berfikir macam mana nak yakinkan Alia untuk mengambil dia bekerja. Kalau dulu dia sudah cuba minta kerja dengan En.Helmi bapa saudaranya tapi tidak berjaya. Kali ini dia akan cuba memujuk Alia supaya mengambilnya kerja barulah mudah kerjanya memisahkan Alia dengan Amsya. Dia sudah merancang untuk ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Alia.

Selesai sahaja bersarapan pada pagi itu mereka sama-sama menolong mengemaskan meja dan dapur. Kemudian mereka beralih pula ke ruang tamu. Amsya merehatkan diri disofa dua tempat duduk. Umminya duduk ditempat biasa dimana dia selalu mengait benang disofa panjang. Alia merebahkan dirinya disebelah umminya dengan kepalanya disandarkan pada bahu Puan Anis. sambil melihat Puan Anis mengait.

Amsya melihat kemesraan dan manjanya Alia apabila bersama umminya. Bisik hati Amsya “Lia kahwin dengan aku betul-betul jaga dan layan ummi. Yang aku sekarang masih gigit jari…Aduh.”

Tiba-tiba umminya bersuara.

“Lia…dah bagitahu abang, Lia out station hari selasa ni?” Alia mengeleng. Amsya berkerut dahi apabila Puan Anis memandang padanya.

“Kenapa tidak bagitahu lagi?” soal Puan Anis dengan manja.

“Lupalah ummi.” Jawab Alia bersahaja.

“Out station ke mana? Berapa hari?” Soal Amsya memandang tepat anak mata Alia dengan wajah yang marah apabila Alia tidak memberitahunya dan dia dapat tahu dari umminya.

“Johor. Tiga hari. Lia bawa ummi sekali.” Jawab Alia perlahan apabila melihat muka Amsya merah. Dia tahu Amsya marah.

Bisik hati Alia. “Kenapalah En.Amsya ni marah pada aku. Sepatutnya dia sukalah aku tak ada. Dia boleh bersama dengan kekasih dia. Atau dia marah aku bawa ummi.”

“Kerja apa kat sana? kenapa nak bawa ummi? Pergi berapa orang? Denga siapa?” bertubi-tubi soalan ditanya Amsya tidak puas hati.

“Lawat tapak, pergi dengan Syafikah dan Halida. Lia bawa ummi kalau apa berlaku pada ummi, Lia ada bersama.” Jawabnya terus terang.

“Ini memang skop kerja Lia sebagai kerani?” Tanya Amsya hairan dengan kerja Alia. Alia mengangguk.

“Baik abang izinkan. Tapi jaga ummi baik-baik.” Pesan Amsya membuatkan Alia terasa hati Amsya memberi amaran jaga umminya baik-baik.

Alia bangun ke dapur, dia mengeluarkan tiramisu yang dibuatnya semalam.Dia mengambil dua mangkuk lalu mengisi tiramisu kemudian membawanya ke luar. Alia meletakkan dulang diatas meja yang berisi dua gelas air dan dua mangkuk kek tiramisu. Dia memberikan satu mangkuk pada Amsya, Amsya menyambutnya.

“Makanlah En.Amsya.” Pelawa Alia. Puan Anis menjeling anak mata pada Alia apabila masih lagi mendengar Alia memanggil Amsya dengan panggilan encik. Satu mangkuk lagi dibawanya ke umminya. Puan Anis melihat Alia disebelahnya tersenyum manis dan bersuara sambil memegang peha Alia.

“Ingat, jangan panggil En.Amsya. Dah banyak kali ummi pesan panggil abang.” Tegur Puan Anis membuatkan Alia tertunduk malu dan kesal memanggil begitu didepan ibu mertuanya.

Amsya menyuap kek ditangannya “Hemm.. sedapnya beli dimana ni?” Soalnya Amsya.

“Beli kedailah. Jawab Alia. Puan Anis mengeleng kepala. Dia menyampuk.

“Lia yang buat.” Terkejut Alia apabila umminya pecah rahsia. Sambil memandang Puan Anis dengan muka moyok. Umminya menepuk manja pipi Alia.

“Kata beli?” Ulang Amsya.

“Beli bahanlah.” Jawab Alia bersahaja. Amsya melihat Alia menyuapkan kek pada umminya.

Omel hatinya “Waduh bersuap lagi dengan ummi. Aku kat sini tidak disuap. Kena kau Lia.” Amsya meletakkan mangkuk ditangannya diatas meja kaca depannya dengan kuat memprotes menyebabkan Alia dan Puan Anis berpaling melihatnya.

“Kenapa ni Am? Tanya umminya.

“Tak sedaplah ummi kek ni, kek apa tak tahu. Nak kata aiskrim bukan, pudding pun bukan.” Jawab Amsya menyindir.

“Apa pula tak sedap. Sedaplah ummi makan kek tiramisu ni.” Jawab Puan Anis.

“Ummi sedaplah ada orang suap. Am pun kalau ada orang suap sedap juga.” Omel Amsya mengadu pada umminya. Puan Anis mengambil mangkuk ditangan Alia.

“Lia pergi suap abang.” Arah Puan Anis. Alia berkerut dahi dan bermasam muka mengeluh kuat. Dia terpaksa mengikut arahan umminya.

Alia mengambil mangkuk diatas meja lalu duduk disisi Amsya dengan jarak dalam sekaki.

“Rapat.” Arah Amsya. Alia akur. Amsya memeluk belakang pinggang Alia dengan lembut sambil mengosoknya. Alia menyuap kek pada Amsya. Amsya tersenyum manis puashati.

“Haaa…macam ini baru sedap. Lain kali utamakan suami dulu.” Alia menjelir sikit lidahnya pada Amsya. Amsya tersengih nakal.

Tidak terperasan mereka apabila sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya.

“Janganlah geli.” Mengadu Alia apabila Amsya mengeletek pinggangnya. Alia sedikit ketawa sambil menyuap kek ke mulut Amsya.

“Geli ye? Soal Amsya sambil tangannya masih galak mengeletek Alia. Kali ini suara Alia sedikit meraung kegelian dan badannya liuk-lintuk sambil ketawa mangkuk ditangan dipegangnya kuat. Alia semakin kegelian dicuit nakal oleh Amsya menyebabkan mereka ketawa bersama-sama dan badan Alia sudah berada dalam pelukkan Amsya.

Salam yang diberi oleh tetamunya tidak didengari. Si tetamu melangkah masuk apabila pintu utama rumah sudah lama terbuka. Sekali lagi tetamunya memberi salam apabila sudah berada didalam rumah. Puan Anis terperasan ada orang masuk dan memberi salam lalu dibengah badan dan mukanya membalas salam. Shasha dan Qania sudah tercegak didepan mereka, melihat Amsya dan Alia bergurau senda dan bermesraan. Amsya memberhentikan gurauannya dengan Alia apabila mendengar umminya membalas salam. Mereka berdua meredakan ketawa lalu berpaling pada sasaran. Terkejut Alia apabila melihat Shasha didepan sedang memerhatinya. Mukanya kini sudah merah malu dengan apa yang dilihat oleh Shasha dan Qania bersama seorang baby comel. Alia terus bangun dan bersalam dengan mereka. Shasha memandangnya dengan tajam. Alia merasa serba salah lalu ditegurnya.

“Maaf tak perasan. Kamu berdua apa khabar? Siapa baby comel ni?”

“Baik. Macam mana nak perasan kalau sedang bergurau senda.” Sindir Shasha.

“Kamu berdua dari mana?” Tanya Puan Anis.

“Dari rumah, mak ngah. Saja mari jalan sini bawa si Sofea Christana jalan-jalan.” Jawab Qania.

“Mak dia ke mana?” Soal Amsya yang memang kenal dengan baby Sofea. Sambil mengambil baby itu dari tangan Qania.

“Kursus tiga hari.” Bagitahu Qania. Amsya menggomol baby Sofea yang tembang itu. Alia tersenyum manis melihat perbuatan Amsya pada bayi itu.

“Comelnya baby Sofea Christana. Mari sini bagi pada Lia.” Pinta Alia sambil tangannya menghulur pada Amsya yang sedang mencium baby itu.

“Nanti dulu.” Balas Amsya yang belum puas menggomol dan mencium baby Sofea.

“Mak Ngah, Nia nak duduk sini sampai petang. Boleh?” Tanya Qania pada Puan Anis.

“Sampai esok pun boleh. Tidur dengan baby kat sini.” Pelawa Puan Anis pada anak saudaranya itu.

Alia menoleh jam dinding pukul 11.00pagi. Amsya perasaan Alia melihat jam. Amsya tahu Alia ada temujanji dengan Izwan pukul 12.00 tengah hari.

Alia mendaki tangga loteng meninggalkan mereka semua. Dia ke bilik Amsya untuk mengambil telefon bimbitnya. Dia termenung disofa bilik Amsya. Difikirnya perlukan dia berjumpa dengan Izwan hari ini sedangkan rumahnya ada tetamu, apa kata ummi padanya kalau dia tinggal tetamu. Alia mencari nombor telefon Izwan dan mengedailnya. Talian bersambung.

“Hello” Balas Alia apabila panggilannya dijawab. Amsya yang baru sahaja sampai dimuka pintu biliknya terhenti seketika apabila mendengar Alia sedang berbual dengan hansetnya. Tidak terniat untuk Amsya mencuri dengar perbualan Alia tapi tidak mahu menganggu, dia menunggu disebalik pintu.

Dengan suara yang berbeza sekali sebelum ini didengarnya Alia berbual lembut dan mesra dengan Izwan.

“Izwan. Lia nak minta maaf banyak-banyak, sekali lagi Lia terpaksa batalkan temujanji kita hari ini. Rumah Lia ada tetamu Lia tidak boleh tinggal.”

Alia mendengar keluhan kuat dari Izwan mungkin kecewa temujanjinya ditolak lagi.

“Tidak apalah orang tidak sudi jumpa kita.” Balas Izwan kesal. Demi tidak melukakan hati Izwan Alia memujuknya.

“Kita jumpa hari kerja boleh? Waktu lunch. Izwan bagitahu dimana Lia pergi jumpa Izwan.”

“Hari kerja susah sikit nak keluar Izwan busy.” Jawab Izwan masih lagi suaranya kecewa.

“Sibuk sangat ke, Izwan kerja apa sebenarnya? Tanya Alia yang sebelum ini belum tahu dan kenal dengan Izwan.

“Hari ini pun kebetulan jer cuti itu yang nak jumpa Lia. Esok dan lusa Izwan on call. Minggu ni pula kerja sampai malam.” Jawab Izwan.

“Izwan doktor ke?” Tanya Alia musykil.

“Yap. Lia tidak tahu ke? Tak tanya Syafikah?” Soal Izwan membuatkan Alia tersentuh hati malu rasanya nampak sangat dia tidak ambil tahu tentang Izwan.

“Tak tanya pula sebabnya setahu Lia kamu semua satu kolej.” Jawab Alia cover diri sendiri.

“Betul satu university, satu bilik tapi berlainan course. Okeylah tak ada rezeki jumpa Lia hari ini” Jawab Izwan hampa.

“Insyaallah Lia akan jumpa Izwan. Tunggu Lia telefon. Izwan kerja hospital mana?” Pujuk dan janji Alia pada Izwan.

“Ampang medical” Jawab Izwan dan memutuskan perbualan. Alia mengeluh.

Amsya masuk selepas mendengar Alia mengakhiri perbualannya. Amsya bersyukur doanya tadi dimakburkan Allah. Alia tidak jadi jumpa dengan Izwan namun dia tetap bertanya Alia.

“Pukul berapa Lia nak keluar?”

“Kejap lagi.” Jawab Alia membuatkan Amsya terkejut dengan jawapan itu berkerut dahinya sedangkan dia tahu Alia sudah membatalkan pertemuan dengan Izwan hari ini. Untuk tidak menunjukkan dia tahu sesuatu dari perbualan itu. Apa alasan Alia untuk keluar hari ini. Amsya bertanya lagi.

“Janji jumpa di mana?”

“Tak. Lia dah batalkan temujanji dengan Izwan hari ini. Lia cuma nak keluar beli lauk je.”

“Huh” Amsya melepas keluh lega rasanya. Tersenyum reda hatinya apabila Alia berterus terang. Sikap jujur yang ditunjukkan Alia jugalah membuatkan Amsya semakin jatuh cinta pada Alia tanpa disedari oleh Alia Nasuha.

“En.Amsya janji dengan Shasha nak keluar ke? Marilah Lia tolong.” Pelawa Alia membuatkan hati Amsya tersendak rasa bersalah dengan kebaikkan Alia.

“Abang tak janji apa-apa dengan Shasha.” Jawab Amsya. Alia tidak mahu bertanya lebih lanjut tentang hubungan mereka lalu mencapai kain tudung dan memakainya. Usai memakai dia terus turun ke bawah. Amsya turut turun ke bawah mengikut Alia.

Sampai diruang tamu Alia mengajak Qania keluar bersama dengan baby Sofea.

“Qania, jom ikut Lia pergi pasar bawa baby sekali.” Amsya yang ada disitu menyampuk.

“Abang ikut sekali.” Shasha yang mendengarnya juga mahu mengikut mereka.

“Sha nak ikut juga.” Sambil mata Shasha memandang Amsya. Alia tersenyum mereka mahu ikut bersamanya.

“Marilah semua. Ummi kami keluar kejap.” Minta izin Alia pada Puan Anis. Puan Anis sekadar mengangguk. Mereka semua bergerak keluar, Amsya yang berada dibelakang sekali dipanggil umminya.

“Am, sekejap.” Amsya berpaling pada umminya. Dia mendekati Puan Anis.

“Ada apa ummi, nak kirim barang ke?” Tanya Amsya memandang mata ibunya.

“Nak kirim pesanan. Tolong jangan sakitkan hati Lia.” Pesan Puan Anis perlahan menyindir anaknya. Satu sindiran dan pamparan hebat pada Amsya, terdiam lalu bersalam dengan umminya beredar dari situ.

Mereka semua menaiki kereta Toyota camry yang dipandu Amsya. Shasha disebelahnya apabila Alia menyuruhnya duduk didepan. Manakala Alia dan Qania serta baby Sofea berada dibelakang. Qania amat hairan dengan sikap Alia yang memberi jalan dan peluang pada Shasha bersama Amsya. Namun dia tidak bertanya apa-apa hanya sekadar melihat kelakuan mereka.

Suasana dalam kereta sunyi sepi hanya kedengaran rengekan baby Sofea sesekali. Amsya memandang Alia melalui cermin pandang belakang yang sedang bermain dan menegur baby Sofea dengan perlahan, tidak menghiraukan dia. Danial Amsya mengkerling pada Shasha manakala Shasha disebelahnya tersenyum manis.

Sepanjang mereka keluar Alia tidak berjalan bersama Amsya ada saja alasan yang diberinya. Qania pula semakin pelik dan hairan dengan sikap Alia yang terang-terang memberi peluang dan ruang pada Shasha mendekati Amsya. Tiba-tiba Amsya memberhentikan langkahnya kemudian berpatah balik ke keretanya. Dia menunggu Alia dan Qania sedang membeli lauk, manakala Shasha tidak melepaskan peluang itu begitu sahaja dia sentiasa bersama Amsya. Sampai sahaja di kereta Amsya berbual dengan Shasha.

“Sha, kenapa ikut abang? Pergilah tolong mereka beli barang.” Arah Amsya.

“Tak mahulah busuk.” Balas Shasha sambil memegang tangan Amsya. Amsya menarik tangannya dari dipegang Shasha.

“Kalau sudah tahu busuk, kenapa datang? Jangan peganglah, abang tidak suka.” Larang Amsya tidak senang dengan tingkah laku Shasha yang sengaja mengambil peluang keatas kebaikan Alia.

“Abang, apa kata kita sambung balik cinta kita. Sha tahulah abang kahwin dengan Alia sebab ummi, bukan cintakan? Sha tengok Alia tidak layan pun abang.” Kata Shasha membuatkan hati Amsya terasa sakit dan pedih.

“Sha. Tolonglah jauhkan diri dari abang jangan ganggu Alia. Abang tidak akan balik pada Sha. Abang memang cintakan Alia. Tolong jangan buat Lia salah sangka.” Rayu Amsya merenung Shasha didepannya.

“Abang. Sha masih sayang abang.” Balas Shasha sambil memegang tangan Amsya dengan kuat dan erat.

Alia dan Qania menghala ke kereta, Alia terpandang Amsya dan Shasha di parking kereta bersebelahan kereta mereka. Alia memberhentikan langkahnya seketika. Qania memandang Alia kemudian berpaling kearah pandangan Alia melihat Shasha dan Amsya berpegangan tangan. Tiba-tiba Qania memegang tangan Alia. Alia berpaling padanya tersenyum manis. Alia tahu Qania nampak apa yang dia nampak tapi dia tetap mendiamkan diri.

“Jom.” Ajak Alia sambil mendukung baby Sofea. Manakala Qania pula memegang barang yang dibelinya.

Amsya tengok Alia dan Qania sudah menghampirinya lalu ditarik tangannya dari Shasha. Amsya membuka bonet kereta. Qania memasukkan barang yang dibeli. Shasha menghala kepintu depan kereta. Belum sempat dia membuka pintu Amsya menghalangnya.

“Sha, tolong duduk belakang…Sayang duduk depan” Arah Amsya memandang Shasha dan menarik tangan Alia lalu membawa Alia yang mendukung baby Sofea ke tempat duduk depan. Pada mulanya Alia membantah namun tangan Amsya kuat menariknya membuatkan langkahnya bergerak dan mengikut arahan Amsya.

Amsya menutup pintu kereta setelah Alia masuk ke dalam kereta. Dia terus kesebelah pemandu menghidupkan kereta dan memasang penghawa dingin. Qania dan Shasha juga masuk dalam kereta belakang. Amsya melihat sedikit peluh didahi Alia, dia mengambil sapu tangannya lalu mengelap peluh didahi Alia. Alia dengan pantas memegang tangan Amsya menepisnya. Qania berkerut dahi manakala Shasha tersengih dengan tindakan Alia menghalang Amsya mengesat peluh Alia. Amsya memandang Alia yang menepis tangannya. Alia pula tidak mahu Shasha salah faham . Amsya mengerakkan kereta menuju ke rumahnya.

Suasana sepi dalam kereta hanya kedengaran celoteh DJ Era fm. Danial Amsya sesekali melirik pada Alia Nasuha yang sedang mengulik baby Sofea supaya tidur. Sesampai sahaja dirumah Alia memberi baby Sofea pada Qania dan dia mengambil semua barang yang dibeli terus ke dapur dan memasak lauk memandangkan Puan Anis terlebih dahulu menanak nasi. Amsya tidak berganjak dari meja makan didapur melihat dan memerhati Alia lincah didapur menyediakan masakan. Qania berada diatas dalam bilik Puan Anis mengulik dan menidurkan baby Sofea.. Puan Anis melayan Shasha berada diruang tamu tidak mahu memberi peluang pada Shasha melayan Amsya.

Alia melihat Amsya berada didapur dari dia masuk untuk memasak hingga hampir dia sudah memasak.

“En.Amsya, pergilah mandi dan solat dulu. Lepas tu turun makan. Sudah nak masak lauk ni pergilah cepat.” Arah Alia. Amsya sekadar mendengar dan mengikut arahan, bangun terus ke biliknya.

Selesai sahaja memasak, Alia menghidangkan semua masakkan di atas meja. Dia keluar memanggil Puan Anis dan Shasha pelawa makan. Dia terus naik ke atas, Puan Anis melihatnya mendaki tangga.

“Lia nak ke mana? Marilah makan sama.” Ajak Puan Anis. Alia berpalinga dan tersenyum manis pada umminya.

“Ummi makan dulu, Lia nak panggil abang Amsya.” Balas Alia memberi elah sambil kakinya melangkah anak tangga.

Sampai sahaja ditingkat atas Alia terus ke bilik Puan Anis, dia tersenyum manis melihat Qania dan baby Sofea kedua-duanya sedang tidur. Dia mengejutkan Qania dengan perlahan.

“Nia…bangun pergilah makan. Biar Lia jaga baby.” Arahnya. Qania bangun memandang Alia disebelahnya.

“Lia suka baby?” Tanya Qania. Dengan senyum melerek Alia menjawab.

“Suka.” Sepatah dijawabnya.

“Kalau suka bolehlah cepat sikit bagi baby pada abang Am. Abang Am suka baby tau.” Balas Qania. Alia menarik nafas panjang mendengarnya dia membalas.

“Kalau Amsya nak baby dia kena kahwinlah. Lia tidak boleh bagi baby pada dia.” Spontan dijawabnya membuatkan Qania terkedu. Alia melihat Qania terdiam dengan kata-katanya.

“Nia pergi turun makan dulu. Lia nak mandi dan solat. Baby tinggal nanti Lia jaga.” Arah Alia, kali ini tegas sikit suaranya. Qania sekadar mengikut arahan.

Amsya turun ke tingkat bawah terus ke dapur. Shasha dan umminya sudah ada disitu semua hidangan sudah terhidang. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan dirinya. Qania yang baru saja sampai disitu juga menarik kerusi lalu duduk. Amsya melihat Alia tidak ada disitu. Umminya mempelawa semua yang ada makan.

“Mana Lia?” Soal Amsya.

“Atas sedang mandi dan solat. Kejap lagi turunlah tu. Dia suruh kita makan dulu” Balas Qania. Amsya menunggu seketika Alia untuk makan bersamanya. Dia menoleh jam tanganya sudah sepuluh minit menunggu Alia tidak juga turun. Shasha, umminya dan Qania sedang makan menikmati asam pedas yang dimasak oleh Alia. Amsya mengambil lauk dan memakannya, sedap masakan Alia. Namun dia memperlahankan makannya, dia masih menunggu Alia datang melayannya makan. Namun Alia tidak juga muncul setelah 20 minit menunggu. Amsya bangun membasuh tangan meninggalkan makanannya. Puan Anis tengok Amsya bangun.

“Am nak ke mana? Kenapa tak habiskan makanan tu?” Soal Puan Anis.

“Nak panggil Lia kejap.” Jawab Amsya bersahaja. Dia ke sink membasuh tangan kemudian terus kebilik umminya. Masuk sahaja dia dalam bilik ditengoknya Alia sedang tidur bersama baby Sofea. Dia mendekati Alia dan mengejutnya dengan perlahan.

“Sayang, mari makan, kenapa tidak turun.” Alia tersedar baru saja dia mahu lelapkan matanya bersama baby Sofea yang sedang dipeluknya. Dia membuka mata dan berpaling pada Amsya.

“Dah siap makan?” Tanya Alia. Amsya tidak menjawab soalan Alia. Dia membalas soalan.

“Lia sudah makan?”

“Pergilah makan, Lia sudah kenyang.” Jawab Alia. Membuatkan Amays terdiam. Dia tahu Alia belum makan. Dia juga tahu Alia memberi peluang pada dia dan Shasha makan bersama. Amsya tidak berganjak dari sisi Alia dipeluknya dari belakang tidur bersama.

Shasha sudah siap makan dia beredar dari dapur ke ruang tamu menonton tv. Manakala Puan Anis dan Qania masih di dapur.

“Mana Amsya ni, panggil Lia dengan dia-dia lekat di atas. Apa yang dibuatnya.” Omel Puan Anis.

“Entahlah mak ngah.Qania rasa mereka ada masalah lah.” Balas Qania.

“Masalah apa?” Cepat sahaja Puan Anis menyampuknya.

“Qania ada berbual dengan Alia tadi, dia kata dia tak boleh bagi baby pada abang Am. Kalau abang Am nak baby abang Am kena kahwin lain. Betul ke mak ngah?” Bagitahu Qania, terkejut Puan Anis mendengar penjelasan Qania.

“Alia bergurau je tu.” Bantah Puan Anis, walaupun hatinya sendiri tidak tenang dengan penjelasan Qania. Berdebar hatinya memikirkan tentang Alia dan Amsya semakin hari menampakkan kelainan.

“Nia tolong kemaskan meja tu. Mak ngah nak naik atas sekejap.” Suruh Puan Anis pada anak saudaranya. Qania sekadar mengangguk.

Puan Anis melangkah meninggalkan Qania mengemas seorang diri, dia ke biliknya. Ditengoknya mereka sedang tidur, Puan Anis menghampiri Amsya dan mencuitnya, Amsya tersedar dan berpaling perlahan-lahan ditengok umminya tercegak ditepi katil dengan tangan telunjuknya dimulut isyarat diam. Amsya perlahan-lahan mengangkat tangannya dari pinggang Alia dan bangun. Dia mengajak Asmya keluar dengan menggunakan isyarat takut Alia terjaga. Amsya mengikut Puan Anis keluar.

Sampai sahaja diluar bilik Puan Anis terus bersuara.

“Kita ke bilik Am, ada perkara ummi nak bincang.” Amsya mengangguk. Didalam fikirannya mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Sampai dalam bilik umminya duduk disofa bersamanya. Perlahan Puan mengatur bicara.

“Am, ada masalah dengan Alia, cuba terang pada ummi. Kalau-kalau ummi boleh tolong.” Amsya berkerut kening didepan umminya tidak faham soalan yang ditanya.

“Kenapa ummi tanya Am macam tu, apa yang tak kena?”

“Kalau tak ada masalah takkan Lia boleh bagitahu Qania, Lia tidak boleh bagi anak pada Am dan benarkan Am kahwin dengan orang lain kalau nak anak.” Terkejut Amsya mendengar kata-kata umminya mahu saja dia memberitahu umminya yang dia belum lagi bersama Alia macam mana nak mengandung dan beranak.

Amsya mengeluh merenung anak mata umminya. Perlahan suaranya menjawab.

“Ummi mungkin Lia bergurau dengan Qania. Kami baru je kahwin. Bulan madu pun tak lagi” Jawabnya. Sama juga macam yang difikir Puan Anis, namun dia tidak puashati dengan jawapan itu.

“Am, maaf kalau ummi bertanya. Am dengan Lia pernah bersama?” Soalan yang menjerat Amsya. Sekali lagi Amsya mengeluh panajang kepalanya didongokkan ke atas memandang siling. Puan Anis faham dengan body leaguage yang ditunjukkan anaknya. “Astarofiruallah alazim” Mengucap panjang umminya.

“Am tidak pernah bersama isteri? Am tak cintakan Lia? Am masih ada hati dengan Shasha? Bagaimana hubungan Am dengan Tengku Umairah?” Soal Puan Anis bertubi-tubi. Amsya memejam matanya lalu mengaup mukanya. Bisik hatinya “Susah nak jawab ni pada ummi.”

“Ummi, Am memang cinta dan sayang Lia, kalau tak Am tidak kahwin dengan dia. Cuma kami masih mengenal hati budi masing-masing. Bukan Am yang tidak mahu bersama Lia. Tapi Lia belum bersedia. Am tidak boleh paksa Lia sebab Am sangat cintakan dia.” Jelas Amsya menekup mulutnya selepas sahaja menjelaskan pada umminya sebak yang ditahan terkeluar juga butiran jernih dimatanya. Melihat anak kesayangannya menitiskan airmata dia tahu Amsya amat mencintai isterinya Alia Nasuha.

“Kalau betul Am cintakan Lia. Ambil hati dan pikat dia supaya dia jatuh cinta pada Am. Pergilah tengok Lia pujuk dia makan. Am pun belum makan lagikan.” Bela si ibu sambil mengesat airmata anaknya dan mengusap kepala. Amsya tersenyum puas dapat meluahkan sedikit perasaannya pada ummi tercinta. Lega hatinya.

Amsya ke bilik umminya, geli hatinya dan tergelak sendirian apabila melihat Alia masih tidur tapi baby Sofea sudah pun terjaga dan bermain sendirian. Dia mendekatkan dirinya pada baby Sofea, sengaja dia mengkuatkan suaranya.

“Baby.” Sambil mengomol dan mencium bayi yang baru lima bulan itu. Alia terjaga dilihatnya Amsya sedang mengacau baby Sofea.

“Encik Amsya, kenapa kacau baby tidur.”

“Mana ada abang kacau, dia sudah jaga pun, Lia tu hah tidur. Letih sangat ke? Sampai baby jaga pun tak sedar. Lia jangan panggil abang encik Amsya. Nanti dengar pada orang.” Balas Amsya.

Alia tersengih dan membalas. “Dah terbiasa nak buat macam mana. Sorrylah Lia letihlah tadi.”

“Dah jom kita turun makan.” Ajak Amsya sambil mendukung baby Sofea dan memegang tangan Alia. Mereka bertiga turun ke bawah.

Petang itu sedang asyik Pak Hassan, akinya Alia membakar sampah dibelakang rumah. Dia dikejutkan oleh seseorang dari belakang. Terperanjat orang tua itu lalu berpaling.

“Ehhh…kamu ni Faris mengejutkan aki je. Datang tak bersalam.” Gertak Pak Hassan. Faris tergelak nakal.

“Mana tok wan?” Soal Faris sambil matanya memadang kiri kanan.

“Atas rumah, sembahyang. Hah kamu dari mana ni? Sudah sembahyang? Kalau belum, pergi sembahyang dulu.” Arah akinya. Faris terdiam sambil tersengih-sengih.

“Faris naik dulu aki.” Balasnya meninggalkan akinya keseorangan. Faris menuju ke pintu belakang yang sudah pun terbuka dimasuk kedalam rumah. Ditengok tak wannya sedang membancuh kopi. Diberi salam berbalas.

“Faris dari mana ni?” Tanya Tok wannya. Berpaling pada Faris dibelakan.

“Dari rumah.” Jawab Faris.

“Mak dan ayah kamu sihat ke?” Tanya tok wannya lagi.

“Sihat… Tok wan, Faris ada benda nak minta tolong tok wan.” Katanya merayu pada tok wannya.

“Tolong apa?” Soal si nenek.

“Faris nak cuba minta kerja dengan Alia. Faris nak minta tolong tok wan pujuk Alia, terima Faris kerja dengan dia. Boleh ke wan?” Ditanya tokwannya lagi.

“Kamu sudah tanya dia ke?”

“Belum lagi, itu yang Faris datang nak minta tolong wan ni. Faris cadang nak pergi jumpa dia nak mengadap sendiri.” Balas Faris

“Insyaallah, kalau ada rezeki kamu. Nanti tok wan cuba pujuk Alia. Tapi kamu kenalah kerja rajin-rajin. Bila kamu nak pergi jumpa dia?” Balas tokwannya sambil menuang air ke dalam cawan.

“Mestilah Faris kerja rajin-rajin kalau Lia terima Faris. Tengoklah kalau tak ada apa-apa halangan mungkin seminggu dua lagi.” Balasnya lagi.

“Kamu tolong pergi panggil aki kamu minum.” Arah tok wannya.

Previous: BAB 40
Next: SINOPSIS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina