Bergema takbir raya dipagi
yang mulia itu. Alia Nasuha serta aki, tok wan dan adiknya Arshraf sibuk
bersiap untuk ke masjid menunaikan solat hari raya. Selepas itu mereka ke
perkuburan orang tua mereka.
Amsya dan Puan Anis juga
menyambut hari raya dengan berserdahana. Selepas solat hari raya mereka
berkunjung ke rumah bapa saudara Amsya iaitu abang Puan Anis. Semua adik
beradik Puan Anis berkumpul di rumah abang sulung mereka. Mereka beraya
bermaafan dan berbincang tentang perkahwinan Amsya yang akan berlansung pada
hari raya ke tiga. Mereka semua akan bertolak ke Kuala Terengganu pada
keesokkan harinya.
Mereka semua akan menginap
di Apartment Sumai Hotel. Sebelum majlis bertandang ke rumah Alia pada hari
berikutnya. Semua persiapan telah
disiapkan. Selepas berbincang Amsya ke halaman rumah bapa saudaranya itu. Puan
Anis mengikut Amsya. Dari belakang dia bersuara.
“Am, cuba telefon Lia, tanya
khabar dia.” Pinta Puan Anis. Amsya berpaling ke belakang memandang umminya
sambil senyum, mengangguk. Dia menelefon Alia. Terdengar suara Alia ditalian.
“Hello, selamat hari raya.”
Jawab Alia apabila menjawab panggilan dari Amsya. Ceria suaranya berbeza dengan
malam semalam.
“Selamat hari raya. Lia
sihat? Buat apa tu?” Balas Amsya.
“Sihat. Baru
balik dari ziarah kubur mama dan papa. Ummi sihat?”
“Ummi juga yang
Lia tanya dulu. Abang, Lia tidak tanya pun.” Balas Amsya sedikit merajuk.
“Iyalah,
En.Amsya sihat? Sudah makan ke? Makan apa? Macam mana persiapan kahwin? Bila
datang Terengganu?” Tanya Alia bertubi-tubi. Amsya tersengih, dah mula sikap
poyonya.
“Banyaknya tanya?”
“Iyalah, tadi kata tidak
tanya,merajuk.”Balas Alia tegas. Amsya gelak.
“Abang tidak sihat, sakit.
Belum makan. Esok pagi bertolak ke Terengganu. Lusa abang pergi rumah Lia. Lia
tunggu tau.” Balas Amsya bersahaja.
“Alahai…sakit apa? sihat jer
bunyi.”
“Iyalah, sakit rindu pada
Lia. Sampai tidak lalu nak makan.” Usik Amsya.
“Arghhh sudahlah En.Amsya,
sakit rindu konon sebenarnya sakit hati tu sebab lambat kahwin, tidak sabar nak
kahwin dengan kekasih awak. Sudahlah malas nak layan. Kirim salam pada ummi.
Bye.” Balas Alia kemudian terus memutuskan talian. Amsya tersengih sendirian,
dia membiarkan dahulu apa yang difikirkan Alia.
Riuh-rendah suara di rumah
akinya dengan orang kampung yang datang menolong apa yang patut dibuat untuk
majlis perkahwinan Alia pada hari esok. Sambutan hari raya pertama kelmarin
disambut dengan sederhana tetapi meriah. Semua persiapan di rumah Alia juga
telah siap, pelamin, perhiasan bilik, gubahan hantaran, sisa dan khemah. Cuma
lauk-pauk akan disediakan pada sebelah malam dan selebihnya pada pagi esok.
Anak-anak Mak Biah semua berkumpul di rumahnya bagi merainkan majlis
perkahwinan Alia Nasuha.
Arshraf telah ke Airport
Kota Bharu untuk menjemput Syafikah, Mimi dan Hana. Mak Tim dan Pak Majid sudah
pun sampai pukul 3.00petang tadi. Malam itu, mereka semua sibuk, Alia bersama
teman-temannya sibuk menghias bilik dan sedikit persiapan lain. Sepupunya
Fatihah anak kepada mak Su juga ada bersama untuk menolong dan menghias serta
mengukir inai ditangan dan kuku Alia. Cantik lukisan inai yang dicalik halus
dengan bunga kecil-cekil oleh Fatihah buat Alia, tangannya yang putih
menyerlahkan lagi warna merah inai ditangan Alia.
Hari yang
ditunggu-tunggu sudah tiba, semakin berdebar jantung Alia menyambut perkahwinan
ini. Pagi itu dia mengadap Syafikah didalam biliknya, mereka berduaan, Mimi dan
Hana sibuk menyiapkan pelamin dengan menyusun dan mengatur hantaran dan bunga
telur serta menghias meja makan untuk pengantin.
“Syaf, kau tahu
tak, dua malam sebelum raya. Faris buat kerja gila.” Bagitahu Alia pada
Syafikah. Dia mengenang peristiwa itu.
“Apa yang telah
Faris buat?” Syafikah kehairanan.
“Dia cuba
perkosa aku.” Syafikah amat terkejut mendengar penjelasan Alia.
“What.
Astarofirullah alazim. Dia memang gila so kau macam mana?” mengucap
panjang Syafikah.
“Aku selamat.
Arshraf ada masa tu. Syaf kenapa aku tidak happy macam pengantin lain. Betul ke
ni Syaf apa aku buat? Terang- terang lepas ini aku dapat title janda. Apa nasib
aku lepas ini?” Menitis airmata Alia apabila meluahkan isi hatinya pada
Syafikah.
“Lia, kau sudah
bincang dengan Amsya status perceraian kau lepas ini dirahsiakan sehingga kau
ada kekasih yang sanggup terima kau sebagai isteri?” Tanya Syafikah dengan
cadangannya itu.
“Belum.” Jawab
Alia sepatah. Syafikah memeluk Alia dengan erat dan mesra menenangkan
sahabatnya itu. Dia menoleh jam ditangannya hampir pukul 7.30pagi.
“Lia, pergilah
mandi, tok wan sudah sediakan air bunga untuk kau. Cepatlah, kejap lagi juru
solek datang. Akad nikah pukul 10.30
kan? di sinikan atau masjid?”
“Di rumah jer.
Aku pergi mandi dulu.” Alia bangun mencapai tuala.
“Amsya sudah
bertolak ke? Kau sudah telefon dia?” Tanya Syafikah.
“Belum lagi kau
tolong telefon dia. Ambil nombor dalam phone aku.” Balas Alia, kemudian dia ke
luar dari bilik terus ke bilik air yang ada diruang dapur rumah akinya.
Syafikah
mengambil hanset Alia mencari nombor Amsya. Dia menyalin nombor itu di dalam
handphonenya. Dia mengedail menghubungi Amsya. Pangilan berdering.
“Hello.” Jawab
Amsya. Melihat skrin tiada nombor dalam peti simpanan telefonnya.
“Hello,
En.Amsya, saya Syafikah. En.Amsya sekarang berada dimana? Sudah bertolak ke?
Soal Syafikah prihatin dengan perkahwinan sahabatnya itu.
“Sedang bersiap
dalam sepuluh minit lagi kami bergerak. Alia macam mana sudah bersiap ke?”
Balas Amsya.
“Belum lagi,
sedang mandi. Sempat lagi pukul lapan janji dengan jurusolek. Oklah En.Amsya.
Hati-hati.” Jawab Syafikah. Memutuskan talian itu. Amsya menyimpan nombor
telefon Syafikah.
Alia telah disolek oleh
En.Rosli atau pangilan mesranya kak Lili merupakan jurusoleknya pada hari itu.
Sungguh cantik Alia disolek dengan sentuhan kak Lili, kulit wajah Alia yang
licin dan gebu memudahkan jurusolek mengenakan bedak asas yang tidak tebal.
Tidak dapat digambarkan
perasaan Alia ketika itu bercampur-baur. Gembira tidak tahu nak dikata, sedih
memang sedih, terkilan, sayu dan takut itu yang dirasai kini. Alia cuba menahan
airmata yang ingin keluar yang jelas hatinya sebak. Terbayang wajah mama dan
papanya, adakah tindakkan yang diambil ini betul melarikan diri dari dikahwini
oleh Faris. Kasihnya pada Puan Anis..mampukah dia menjaga dan melayan Puan Anis
selepas ini. Adakah Puan Anis akan terus menyayanginya. Mampukah dia mencari
secebit kasih ibu dari Puan Anis.
Riuh rendah bunyi anak-anak
saudara mara dan jiran-jiran yang bermain dihalaman rumah
meriahkan lagi suasana
perkahwinan itu, namun begitu hati Alia gementar. Dia menoleh jam didinding
pukul 10.10minit pagi. Amsya telah menghantar SMS menyatakan mereka akan sampai
dalam masa sepuluh minit lagi. Ramai yang memuji kecantikan Alia apabila dia
mengenakan busana perkahwinan dan make-up yang begitu cantik. Menyerlahkan lagi
kecantikkannya. Mimi yang sedang memerhati dengan ralik kak Lili menyolek Alia
tersenyum manis.
“Cantiknya kau Lia.
Jelousenya aku, kau tu dahlah cantik di make-up pula lagilah cantik. Patutlah
Abang Amsya tu tergila-gila, berkenalan tidak sampai sebulan terus kahwin.”
Puji Mimi membuatkan hati Alia terusik.. Bisik hatinya. “Amsya tidak mencintai
aku. Aku juga tidak boleh mencintainya.”
Syafikah mendengarnya faham
apa yang dirasai oleh Alia. Dia memegang tangan Alia memberi semangat,kekuatan
dan ketenangan pada Alia. Dia membisikan sesuatu ke teliga Alia.
“Lia, lupakan seketika
kesedihan kau. Hari ini hari bahgia kau. Tolonglah Lia jangan fikir dulu benda
lain. Aku sayang kau.” Sebak Alia mendengarnya. Dia mengangguk, menarik nafas
panjang dan melepaskannya dengan kuat. Dia memandang ketiga-tiga kawannya itu
dengan tenang dan senyum.
Amsya dan rombongan dari
keluarganya sudah sampai. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Tok wan memberitahu
yang Tok Kadi dan pihak pengantin lelaki sudah tiba. Berdebar jantung Alia
mendengarnya. Hana dan Mimi keluar untuk menyambut kedatangan pihak lelaki.
Tok Kadi sudah bersiap sedia
untuk menikahkan mereka pada pagi itu. Amsya dan rombangannya dijemput ke atas
rumah. Amsya diapit oleh Irfan disebelahnya tersenyum pada tetamu yang ada, dia
bersalam dengan En.Hassan iaitu aki Alia yang duduk di sebelah tok kadi.
Manakala Amsya duduk didepan tok kadi, dia berpaling ke kiri dan kanan mencari
Alia namun tidak kelihatan mungkin masih berada didalam bilik. Dia terpandang
pada Mimi dan Hana yang berdiri di salah sebuah pintu bilik tersenyum ke
arahnya.
“Segaknya En.Amsya.
hensemlah…jelousenya aku, untung kau Lia. Kan Hana?” Puji Mimi.
Hana mengangguk tersenyum
bersetuju dengan pendapat Mimi. Hana dipanggil oleh tok wan memberi isyarat
kepada Hana supaya membawa Alia keluar. Hana masuk memanggil Alia bersama
Syafikah.
“Lia, sudah sedia ke? Tok
wan suruh kau keluar.” Alia semakin berdebar. Dia bangun dipimpin oleh
Syafikah. Mereka berjalan menuju keluar ke ruang tamu, apabila Alia keluar
semua mata tertumpu padanya. Irfan yang berada disebelah mencuit Amsya. Memberi
isyarat mengangkat kening kepada Amsya memandang Alia. Amsya berpaling kearah
Alia. Gemuruh juga jantungnya melihat kecantikkan Alia. Hatinya bersuara”
Cantiknya bakal isteri aku. Terima kasih Ya Allah.”
Alia duduk tersipuh
ditengah-tengah orang ramai yang membanjiri rumah neneknya itu bagi menyaksikan
majlis akad nikahnya. Dia mendengar tok kadi memberi salam kepada Amsya bagi
memulakan bicara pernikahan itu. Tok kadi sibuk menulis sesuatu didalam buku
kahwin selepas itu dia memberi kepada Amsya untuk menantangani surat nikah,
kemudian memberi pula kepada datuk Alia dan bapa saudaranya sebagai saksi. Alia
menyaksikan semua itu. Degupan jantungnya semakin kuat.
Adiknya Arshraf membawa buku
itu kepada Alia untuk ditandatangani, buku itu betul-betul didepan Alia.
Tergaman Alia seketika menelan liur, difikirannya “Ya Allah, apa aku buat ni
berkahwin dengan orang yang tidak dicintai dan tidak mencintai.” Dia berpaling kepada
Syafikah disebelahnya. Syafikah mengangguk arahan supaya Alia
menandatanganinya.
Amsya berpaling
menyaksikan Alia yang begitu serba salah bagi perkahwinan ini. Hatinya sedikit
berdebar. Bisik hati Amsya. “Ya Allah janganlah Alia membatalkan perkahwinan
ini.” Dengan terketar-ketar tangan Alia mengambil pen dari adiknya untuk
menyain surat nikah itu. Amsya menghela nafas lega apabila Alia menandatangani
surat nikah itu. Alia terus sebak selepas menyainnya.
Sekarang tibalah masanya
Amsya akan diakad nikah oleh Tok kadi. Tangannya dijabat oleh tok kadi. Tok
kadi melafaskan akad nikah kepada Amsya, kemudian Amsya memjawabnya dengan
sekali lafaz. Kini Alia Nasuha sah menjadi isteri kepada Danial Amsya. Alia
menitis airmata mendengarnya bagaikan mahu sahaja dia pangsan disitu. Selepas
itu Tok kadi membaca taklik. Semua yang ada di itu mendengarnya termasuk Alia,
semakin lemah Alia mendengarnya apa tidaknya semuanya berkisarkan dosa dan
pahala, gugurnya talak suami isteri berumahtangga. Dia bertafakur sejenak
menilik nasibnya selepas ini.
Hatinya bersuara. “Mama,
papa maafkan Lia, Lia terpaksa menerima ini semua demi maruah kita dan
menyelamatkan usaha papa selama ini. Lia terpaksa korbankan semua ini. Bukan
ini kehendak Lia berkahwin dengan orang yang tidak mencintai Lia dan Lia juga
tidak mencintainya. Dia milik orang lain. Lia terpaksa.”
Selepas sahaja doa dibaca,
Amsya bangun untuk sembahyang sunat dua rakaat, sesudah itu dia berjalan menuju
ke arah Alia untuk acara menyarun cincin dan pembatalan air sembahyang. Amsya
mendekati Alia, Alia menundukkan kepalanya namun jelas tangisan airmatanya didepan Amsya. Alia tidak sedar yang Amsya
sudah berada didepannya, Syafikah disebelahnya mencuit Alia membuatkan Alia
tersedar dari lamunannya. Dia berpaling ke arah Syafikah, Syafikah memberi
isyarat bahawa Amsya berada didepannya. Sudah tidak nampak dia pada Amsya
kerana matanya kini dilimpahi airmata. Amsya menghulur tangan bagi menyarunkan
cincin untuk Alia namun begitu Alia tidak menghulurkan tangannya sehingga
Syafikah terpaksa mengambil tangan Alia dan menghulurnya kepada Amsya, Alia
terpinga-pinga.
Gemuruh jantungnya,
tangannya terketar-ketar dihulurkan kepada Amsya. Amsya tahu apa yang ada dalam
hati Alia kini sehingga Alia menitiskan airmata begitu banyak. Tangan Alia
gementar dipegang Amsya. Perlahan-lahan Amsya mencapai tangan kiri Alia terasa
amat sejuk tangan itu, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan
berlian dijari manis Alia. Kemudian Alia mengambil cincin yang dihulur oleh
Syafikah untuk disarungkan ke jari Amsya.
Mengeletar tangan Alia menyarung cincin dan menyambut salam Amsya lalu
diciumnya. Kini kegusaran dan sedikit
gementar mula bertandang dalam sanubari Alia Nasuha.
Amsya memegang dagu Alia
mendongakkan kepala Alia sedikit ke atas lalu
mencium dahi Alia. Sambil hatinya
bersuara “Abang cintakan Lia, abang janji akan ganti airmata kesedihan ini
menjadi airmata bahagia bersamaku sayang.”
Amsya melepaskan cium itu
kemudian mendekatkan mukanya telinga Alia dan membisikan sesuatu pada Alia. “I
Love You sayang.” Alia mendengarnya terkejut dan tergaman seketika apakah erti
ucapan ini sebenarnya. Dia tidak mengendahkan ucapan dari Amsya. Alia
memejamkan matanya. Kali ini Amsya mengesat airmata Alia. Semua yang
menyaksikan mereka di situ tersenyum manis. Merpati dua sejoli selamat diijab
Kabul. Tapi siapa yang tahu apa ada dalam hati Alia selain Syafikah.
Puan Anis yang memerhatikan
Alia dari tadi amat berusik hati melihat Alia menangis mungkin Alia teringatkan
ibubapanya. Namun begitu dia sebegitu gembira dan senang hati Alia kini menjadi
menantunya. Doanya untuk anak menantu dia.
“Ya Allah, kau telah satukan
mereka, sebagai ibu aku merestui perkahwinan mereka, Kau bahagiakan hidup
mereka berdua. Amin…”
Alia dan Amsya mendapatkan
orang tua mereka, dia mendapatkan tok wan bersalam meminta restu kemudian
memeluknya selepas itu menuju ke arah Mak Tim dipeluk dan ciumnya. Kemudian dia
kearah Puan Anis, mengukir senyum walaupun matanya dipenuhi airmata. Dia
bersalam dan juga memeluk erat ibu mertuanya kini.
Selepas majlis akad nikah
mereka berdua dibawa masuk ke bilik masing-masing untuk menukar baju bagi
majlis persandingan yang akan berlansung pada pukul 2.00 petang. Amsya dibawa
ke bilik Arshraf manakala Alia seperti biasa masuk ke biliknya. Mereka
mengantikan baju akad nikah yang dipakai kepada baju persandingan. Sekali lagi
Alia dihias cantik-cantik oleh kak Lili. Kali ini Syafikah menjadi pengapitnya.
Amsya memasuki bilik bersama
Arshraf dan Irfan sebagai pengapitnya. Sampai sahaja dalam bilik Irfan
bersuara.
“Am, tahniah…aku teruja
tengok kamu berdua sama cantik sama padam. Cantik isteri kau. Kau jaga dia
baik-baik kalau tidak aku kebas.” Gurau Irfan tapi membuatkan hati Amsya
sedikit terusik dengan gurauan itu. Mampukah Amsya menambat hati Alia. Adakah
Alia akan jatuh cinta dengannya.
Arshraf membantu abang
iparnya memakai baju songket pengantin, samping, tanglak, keris dan aksoseri
yang lain. Sambil membetulkan pakaian Amsya, Arshraf berkata.
“Abang, kalau betul abang
sayangkan along, tolong jaga along dengan baik. Along orangnya sanggup buat apa
saja demi orang yang dia sayang, walaupun nyawanya sendiri.” Terkejut Amsya
mendengar penjelasan dari adik iparnya.
“Abang tidak faham apa
maksud Arshraf.” Balas Asmya dengan seribu pertanyaan memandang kearah anak
mata Arshraf. Balas Arshraf dengan senyuman.
“Tak apalah bang, kenal dulu
along. Arshraf tahu banyak lagi abang tidak tahu pasal along.” Jelas Arshraf
membuatkan Amsya berdebar dan berfikir. Amsya memerhati Irfan yang sedang
mendengar perbualan mereka.
Tiba-tiba kak Lili jurusolek
masuk untuk menyolek Amsya. Dengan langkah lengkang-lengguknyadia menghampiri Amsya. Terus disapanya Amsya.
“Wow, segaknya you. Handsome
lagi” sambil menepuk bahu Amsya. Amsya tersengih bergitu juga Arshraf yang
berada disitu. Kak Lili bertanya lagi dengan tangannya sudah memegang bedak
untuk disapu pada muka Amsya.
“You nama apa? I datang nak
solek you.”
“Danial Amsya.” Jawab Amsya
dengan pantas.
“Boleh tak you ceritakan
macam mana you boleh kenal dengan si cantik manis tu. Itu anak buah I tau.”
Tanya Kak lili cuba mengorek rahsia pertemuan mereka. Arshraf yang ada disitu
terus menjawab.
“Kak Lili, nak saya panggil
abang Rosli ke?” Arshraf cuba melarikan tajuk dan pertanyaan dari kak Lili. Dia
tahu Kak Lili memang pantang kalau dipanggil dengan nama sebenarnya.
“Alahhh…kamu ni Arshraf,
selalu saja nak usik Kak Lili. Kamu masih muda, Kak Lili tidak suka pada kamu.”
Balas Kak Lili.
“Alah, saya pun tidak suka pada
kak Lili.” Balas Arshraf. Membuatkan Kak Lili menjuirkan bibirnya“Ummm” Mereka tergelak dengan usikkan itu.
Sesudah Kak Lili menyolek
Amsya dia terus keluar. Dua mempelai sudah sedia untuk dipersandingkan.
Syafikah, Mimi dan Hana membawa Alia ke luar bersama kak Lili menuju ke
pelamin. Kemudian Irfan dan Arshraf mengiringi Amsya ke pelamin. Persandingan
dihias indah itu juga hasil gubahan dari Kak Lili. Keluarga masing-masing
menepung tawa mempelai dan dihiburkan dengan lagu-lagu yang sedap serta
mengamit rasa cinta pasangan bercinta.
Selepas itu mereka dibawa ke
meja santapan untuk makan beradab. Kemudian mereka bergambar bersama keluarga
dan sanak-saudara serta kawan-kawan. Tidak cukup bergambar di atas pelamin
dalam bilik pula mereka bergambar. Alia sudah mula merasa rimas apabila
jurugambar mengarah mereka dengan berbagai-bagai aksi berpelukkan dan
bermesra-mesra.
Selepas itu mereka berdua
dikenalkan dengan tetamu dan sanak saudara. Pukul 4.30 petang Syafikah dan
kawan-kawannya yang lain sibuk berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka
menghampiri Alia dan Asmya yang sedang melayan tetamu.
Syafikah menghampiri dan
memanggil serta menarik Alia. “Lia, kami balik dulu. Kami minta maaf malam ini
kami tidak dapat bersama kau. Aku harap kau tabah hadapi semua ini. Kau jangan
sedih Lia. Kau mesti tunjuk kau bahagia.” Pesan Syafikah. Alia
mengangguk-angguk kepala, berpaling kearah dua orang sahabatnya itu dengan
senyum. Mereka menghampiri Alia. Begitu juga Amsya menuju kearah mereka.
“Tahniah Lia, Amsya. Aku
doakan kau berdua bahagia.” Ucap Hana. Mimi juga mengucapkan perkara yang sama.
“Terima kasih pada kamu
semua. Syaf bawa kereta hati-hati. Kamu semua sudah jumpa tok wan.” Tanya Alia.
“Sudah, lauk-pauk pun sudah
diambil. En.Amsya tolong jaga Alia baik-baik.” Balas Mimi. Amsya tersengih
sambil menjeling kearah Alia dia merangkul pinggang Alia. Merah juga muka Alia,
mereka semua senyum sinis pada Alia dan Amsya.
“Mestilah saya akan jaga
isteri saya. Saya sayang pada dia. Jangan risau.” Jawab Amsya.
Irfan yang memerhati mereka
dari tadi menuju kearah mereka. Alia memandang pada Irfan yang baru sampai
didepan mereka dengan muka yang manis.
“Kami balik dulu Lia. Jaga
laki kau tu.” Kata Syafikah dengan gurauan sambil gelak-ketawa dari
kawan-kawannya.
“Irfan, balik petang ini
juga ke?” Tanya Alia.
“Tidak, malam ini lepas
majlis.” Jawabnya senyum pada Alia. Amsya memandang Irfan yang asyik melihat
Alia.
“Fan, kau tak payahlah
pandang bini aku lama-lama.” Pinta Amsya, semakin kuat dia merangkul pinggang
Alia. Alia mendongak kepalanya sedikit matanya menjeling pada Amsya. Amsya
membalas lirikan mata Alia lalu menjawab.
“Abang jelouse.” Irfan tergelak
pecah perut dengan kata-kata kawannya itu.
Syafikah dan kawan-kawannya
bergerak pulang ke Kuala Lumpur dengan kereta Hyundai Sonata milik Alia.