Danial Amsya
keluar dari bilik pejabatnya petang itu, dia menuju ke meja Irfan menunggu
Irfan yang sedang berkemas mereka berjanji untuk pergi makan bersama pada petang
itu.
“Okey Am jom.”
Ajak Irfan setelah bersiap mengemas mejanya. Mereka sama-sama melangkah meninggalkan
pejabat sambil menunggu pintu lif dibuka mereka terserempak dengan Tengku
Umairah yang baru keluar dari lif. Tengku Umairah terus memaut lengan Amsya
kemudian masuk semula ke dalam lif bersama-sama mereka semula. Orang ramai
dalam lif membuatkan mereka membisu. Sampai di tingkat bawah mereka semua
keluar.
“Mairah nak ke
mana ni? Tanya Amsya. Irfan hanya tersengih pada Amya sambil mengeleng kepala.
“Mairah nak keluar
dengan abang. Hari ini Mairah tak makan tunggu abang. Jomlah kita pergi makan.”
Ajak Tengku Umairah dengan manja dan mengoda.
“Abang janji
dengan Irfan ni, Mairah tak kisah ke?” Tanya Amsya mengharapkan Tengku Umiarah
tidak selesa dengan adanya Irfan tapi meleset sangkaannya.
“Nak kisah apa,
selalu ada. Cepatlah bang, Mairah lapar ni.” Desak Tengku Umairah menarik
tangan Amsya.
“Nantilah dulu, Mairah
nak pergi makan mana? Soal Amsya memandang Tengku Umairah bersahaja kemudian
berpaling pada Irfan.
“Tak kisahlah
mana-mana pun.” Jawab tengku Umairah.
“Okey tapi janji
lepas makan Mairah kena balik. Abang ada hal dengan Irfan.” Tegas Amsya. Tengku
Umairah diam tertunduk mukanya masam, merajuk tapi dia tetap mengangguknya. Dia
tidak puashati Amsya sudah banyak berubah. Dia nekad untuk menyiasat apa yang
terjadi pada Amsya sebenarnya sehingga Amsya sekarang tidak seperti dulu.
Petang itu Alia
pulang ke rumahnya di Putrajaya. Sampai sahaja Alia terus ke biliknya mengambil
beberapa helai baju untuk dibawa ke Johor esok sedang dia mengemas pakaiannya.
Syafikah masuk ke biliknya duduk atas katil. Syafikah memerhati Alia yang
sedang memasukkan bajunya dalam bag pakaian.
“Lia, apa kes
malam baru ni? Aku tengok bukan main lagi en.Amsya pegang dan peluk kau.” Tanya
Syafikah. Alia tergelak dibuat-buat.
“Ha…ha…ha…Aku
stresslah dengan En.Amsya tu, asyik nak peluk aku je. Kalau depan umminya
lagilah. Kau tahu tak? Aku ikut rancangan kau, aku bagitahu dia depan ummi yang
aku ni malas dan tak tahu masak supaya dia menyampak dengan aku. Nak suruh dia
percepatkan rancangan dia nak kahwin dengan kekasih dia. Tapi kau tahu apa dia
jawab depan ummi?” Tanya Alia menerangkan sikap Amsya terhadapnya.
“Apa dia cakap?”
Tanya Syafikah kehairanan. Alia yang baru siap berkemas duduk disebelah
Syafikah.
“Dia bagitahu
yang dia memang suka kahwin dengan perempuan
malas dan tidak tahu masak, katanya semua kerja tu tukang gaji buat,
jadi isteri banyak masa untuk layan suami. Banyak perkaralah berlaku
Syaf…Hah…ini satu lagi, tentang Izwan, dia doktorkan?” Syafikah mengangguk.
“Dia telefon aku nak jumpa, dah dua kali aku
cancel. Dan sekarang Amsya tidak bagi aku jumpa dia. Kau ada bagitahu Izwan
siapa aku?” Bagitahu Alia pada Syafikah.
“Aku bagitahu
kau kerja satu office dengan aku. En.Amsya tahu ke pasal Izwan?.” Tanya
Syafikah sedikit terkejut.
“Iyalah aku
bagitahu Amsya, minta izin dia aku nak keluar. Memanglah pada mulanya dia bagi aku
keluar tapi aku tidak jadi keluar. Peninglah aku Syaf, dia asyik nak goda
akulah.” Terang Alia.
“Dia suka kau.”
Kata Syafikah. Alia memandang Syafikah dengan tajam.
“Eleh…setakat
dia suka aku. Aku pun suka dia tapi tidaklah sampai jatuh cinta. Lagi pun aku
belum kenal Amsya tu lagi. Sekarang ni aku tengah duk usaha satukan dia dengan
kekasihnya. Itu janji dan permintaan dia, takkan kau tidak tahu. Sekarang
tanggangjawab aku untuk yakinkan ummi dia. Lagipun dia setia dengan kekasih dia.
Aku kena cari calon suami sekarang ni, kau kena tolong aku Syaf.” Jelas Alia
panjang lebar.
Mereka terdiam
seketika, Syafikah merenung Alia dalam-dalam tangan Alia dipegang.
“Maafkan aku
Lia, aku sudah menyusahkan hidup kau. Tapi aku tidak mahu kau jadi mangsa
Faris.” Kata Syafikah simpati. Tiba-tiba Alia teringat tentang Faris.
“Syaf, tok wan
ada telefon aku semalam, katanya Faris nak datang jumpa aku minta kerja dan tok
wan pula suruh aku bagi kerja pada Faris. Macam mana ni? Kau boleh bantu aku tak?
Kau ada idea?” Bagitahu Alia. Syafikah sedikit terkejut terdiam seketika…
“Nanti kita
fikir sama-sama, kita tidak boleh tolak dia bulat-bulat macamtu nanti dia sakit
hati dan akan bertindak agresif. Mungkin dia ada rancangan, kita kena
hati-hati. Aku takut dia nak balas dendam dengan kau. Kau tolak dia. Alia kau
suka Izwan tak?” Balas Syafikah dengan nasihat.
“Aku belum kenal
lagilah Izwan, baru sekali jumpa dia itu secara kebetulan. Kau kenal dia sudah
lama, macam mana orangnya? Tanya Alia cuba mengenal Izwan melalui Syafikah.
“Izwan baik,
walaupun dia handsome, kacak tapi dia bukan playboy. Ramai perempuan cuba dekat
dan pikat dia maklumlah anak orang kaya, anak Dato’ lagi. Izwan ni bukan layan
sangat perempuan pemilih orangnya.”
“Dia tak ada kekasih
ke sekarang?” tanya Alia.
“Tidak tahu pula
aku. Kau nak cuba bercinta dengan dia ke?” Soal Syafikah.
“Aku nak kawan
dulu. Tapi Syaf bukan senang nak cari calon suami apatah lagi dengan status aku
lepas ni janda. Takpe lah Syaf…aku balik dulu.” Kata Alia. Mereka bersalaman
Alia terus turun dan bergerak balik ke rumah Puan Anis.
Amsya, Tengku
Umairah dan Irfan sudah selesai makan pada petang itu. Tengku Umairah
sebagaimana yang dijanjikan telah meninggalkan mereka berdua selepas makan.
Irfan merenung Amsya dengan seribu pertanyaan nampak jelas wajah Amsya berserabuk
dari tadi tidak banyak bercakap.
“Am, kau kenapa?
aku tengok tak bermaya je, bad mood. Apa masalah kau?” Tanya Irfan risau tengok
Amsya banyak berdiam diri dari tadi. Amsya tengok pada Irfan dengan keluh
resah.
“Tidak tahulah,
aku risau tentang Alia. Aku tidak sedap hati nak lepaskan dia pergi Johor
esok.” Kata Amsya.
“Laaa, itu yang
kau risaukan. Buat apa dia ke Johor? Yang kau risau sangat kenapa?”
“Entahlah, aku
rindu sangatlah pada dia. Dia ke Johor katanya ada kerja, dia bawa ummi
sekali.”
“Kau risau Alia
ke? Risau ummi kau?” Serkap Irfan
“Dua-dualah. Ini
satu lagi aku risau tentang Umairah. Macam mana aku nak lari dari Tengku
Umairah.” Kata Amsya keluh resah dia memikirnya.
“Kau cuba terus
terang dengan Tengku Umairah. Kau cakap ajer jodoh kau dengan dia tidak ada.”
Nasihat dan cadang Irfan.
“Tidak boleh
Fan, masih terlalu awal. Sekarang ni aku baru jer kahwin dan nak kenal Alia.
Belum sempat nak bercinta lagi, kalau Umairah pergi cari Alia serang dia macam
mana? Haru-biru aku.” Jelas Amsya.
“Habis tu, kau
bagi masa lah semua ni.” Nasihat Irfan lagi.
“Maknanya aku
kena layan lagilah si Umairah tu. Aduh…tension aku. Tadi pun mujur kau ada,
kalau tak habislah aku petang ni.” Kata Amsya.
“Kenapa pula?”
tanya Irfan hairan.
“Iyalah, awal
bulan kita baru dapat gaji, shoopinglah dia apa lagi. Sekarang ni aku tidak
bolehlah keluarkan duit untuk dia.” Amsya mengeleng dan memegang kepalanya.
“So, Alia macam
mana, ada dia layan kau?” Tanya Irfan membuatkan Amsya tergelak sendirian geli
hatinya mengingati sikap dan kerenah Alia.
“Kau kenapa
gelak sorang-sorang, ceritalah kat aku boleh aku tumpang gelak sekaki.” Balas
Irfan melihat Amsya masih tergelak.
“Entahlah, aku
nak cerita pun susah. Tak payahlah kau tahu. Yang penting sekarang aku memang
happy dengan dia walaupun dia tak layan dan selalu mengelak dari aku…hahahaha…”
Kata Amsya sambil gelak-tawanya.
“Tak nak cerita
sudah, jomlah balik.” Ajak Irfan. Mereka berdua bergerak pulang ke rumah
masing-masing.
Malam itu, Alia
dan Puan Anis sedang mengemas pakaian yang hendak dibawanya esok.
“Ummi, ubat bawa
tak?” Tanya Alia prihatin dengan penyakit ibu mertuanya.
“Ummi tidak
ambil lagi, nanti esok Lia tolong ingatkan ummi boleh.” Pesan umminya. Alia
tersenyum dan mengangguk.
“Pergilah ummi
tidur dulu. Lia nak buat kerja sikit.” Kata Alia sambil mengeluarkan laptopnya
dari bag laptop.
“Ummi belum
mengantuk lagi. Ummi nak tengok tv dulu. Marilah teman ummi, bawa laptop tu
sekali.” Ajak Puan Anis sambil memegang tangan Alia.
“Okeylah, jom.”
Balas Alia bangun dan sama-sama ke tingkat bawah.
Puan Anis
membuka television manakala Alia meletakkan laptop dan telefon bimbitnya di
atas meja kemudian ke dapur membuat dua cawan air holick. Selepas itu kembali
semula ke ruang tamu. Dia memberi air pada umminya, kemudian membuka laptopnya.
Dia membuka emailnya sebelum membuat kerja-kerja yang lain. Terpapar email
Hairi dari Egypt, Alia terus membukanya tersenyum manis terubat rindunya pada
abang Hairi sudah lama dia tidak beremail dengan abangnya itu.
Alia membaca
email yang diterima “Assalamualaikum, Hai sayangku…abang rindu pada Lia, Lia
tidak rindu abang ke? Sibuk sangat ke layan suami sampai lupa abang? Kenapa
tidak bagitahu sendiri Lia sudah kahwin. Abang tahu pun mak bagitahu…sampai
hati ya lupa abang.”
Terkejut Alia
membaca email Hairi, dia menekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. Satu
suara terkeluar dari mulutnya dengan perlahan, sambil tangannya masih menekup
mulut. Nak menangis pun ada rasanya.
“Heeeee…huuuu…”
Dia terus membalas massage itu…
“Hai,
abang…wasalaikumussalam. Abang apa khabar?...sorry Lia bukan taknak bagitahu
abang, Cuma nak buat surprise…tapi abang sudah tahu nak buat macam mana, tak
sempat nak berpakat dengan mak abang…hihihihi…tapi tolong ya abang jangan
bagitahu abang Zafrul yang Lia sudah kahwin.”
Alia berhenti
disitu sekejap. Dia membuka laman Microsoft word untuk membuat kerja-kerjanya.
Sambil dia membuat kerja dia menerima email berbalas dari Hairi, lalu
dibukanya.
“Hai sayang,
abang dah baca email sayang. Kenapa Zafrul tidak tahu ke Lia sudah kahwin? Apa
sudah terjadi sebenarnya?” Email diterima dari Hairi. Alia membalasnya.
“Panjang
ceritanya bang nanti Lia bagitahu lain kali. Lia memang tidak bagitahu semua
kawan-kawan papa termasuk abang Hairi yang Lia sudah kahwin.” Send
“Lia kahwin
dengan siapa? Postkan gambar abang nak kenal. Bila Lia bercinta dengan dia?
Sekarang Lia ada di mana? Suami Lia ada bersama?” Email diterima Alia. Banyak
soalan dari abang Hairinya.
“Nama suami Lia
Danial Amsya bin Zulkarnain, dia engineer oil & gas. Kami tidak pernah
bercinta dan tidak mencintai antara satu sama lain. Sekarang Lia tinggal dengan
ibu mertua Lia di Bangi. Suami Lia tinggal di Damansara.” Alia membalas email.
“Kalau kamu
berdua tidak bercinta kenapa kahwin atau nak bercinta selepas kahwin? Macam
mana layanan keluarga dia pada adik abang? Zafrul tahu tak Lia cinta dia?”
Sekali lagi massage diterima.
“Itulah Lia
bagitahu panjang ceritanya. Amsya sudah ada kekasih dan akan kahwin. Puan Anis,
ibu mertua Lia, ummi memang sayang Lia. Zafrul tak tahu Lia cintakan dia.”Balas
Alia.
Sedang Alia
sedang asyik berchatting dengan Hairi, telefonnya berdering. Dia melihat skrin
panggilan dari Amsya. Dia menjawabnya. “Hello” sambil membaca email Hairi.
“Astarofiruallah
alazim. Apa dah jadi pada adik abang ni?” Tanya Hairi melalui emailnya. Alia
membalas. Sambil berbual dengan Amsya.
“Hai, sayang
buat apa?” tanya Amsya. Alia membalasnya dengan perlahan sambil tangannya
menekup telefon bimbitnya tidak mahu didengar oleh Puan Anis.
“Berchatting” Sambil
menulis email abang Hairinya.
“Abang nanti
kita berbual lagi, suami Lia telefonlah…apa-apa pun abang jangan risau,
tumpukan perhatian pada pelajaran abang. Okey bye.” Email dihantar mengakhiri
pesanan.
“Berchatting
dengan siapa?” Tanya Amsya.
“Orang
tersayang.” Jawab Alia bersahaja. Umminya sedang mendengar perbualan Alia dan
Amsya.
“Hoi! orang
disini tak sayang ke?” Balas Amsya.
“Sayang juga
tapi yang kesepuluh.” Jawab Alia
“Habis tu yang
berchatting, sayang yang ke berapa?” Tanya Amsya nadanya cemburu. Alia bangun
menuju ke dapur tidak mahu umminya dengar perbualan mereka.
“Itu tak perlu
tahu, kenapa telefon ni? Baru balik jumpa kekasih ke? Dah bincang dengan dia,
bila nak kahwin?” Tanya Alia. Amsya mengeluh kecil bisik hatinya. “Hi, Lia tahu
jer aku keluar dengan Umairah.”
“Mana tahu abang
keluar dengan kekasih?” Tanya Amsya menguji.
“Instinct Lia
kuat tahu, Lia tahu apa awak buat.” Balas Alia mengertak Amsya.
Getus hati
Amsya. “Instinct konon…kalau kuat sangat instinct tu kenapa tak tahu aku cinta
kau Lia. Kalau kata bodohkan marah.”
“Esok bertolak
pukul berapa? Semua sudah siap, ummi macam mana?” Tanya Amsya cuba lari dari
Alia terus bertanya tentang kekasihnya.
“Tengah hari,
semua sudah siap.” Jawab Alia sambil menuju ke ruang tamu.
“Ummi ada?
“Ada, nak cakap
dengan ummi?”
“Yap…bagi
telefon pada ummi.” Pinta Amsya. Alia menyerahkan telefon bimbitnya pada Puan
Anis. Handphonenya berbalas tangan.
“Hello.” Jawab
Puan Anis, sejerus mengambil telefon dari Alia.
“Hello ummi. Sihat
ke?” Tanya Amsya. Sedikit mengeluh, Puan Anis mendengar keluhan dari anaknya.
“Sihat, kenapa
ni pelik je bunyinya? Balas si ibu, Alia disebelah memandang umminya berkerut
dahi.
“Ummi, tolong Am
tengok-tengokkan Alia, Am rasa tidak sedap hatilah nak lepaskan Lia pergi
Johor.” Rungut Amsya hatinya risau.
“Am jangan fikir
yang bukan-bukan¸doakan yang baik-baik. Pergilah rehat ummi dan Lia pun nak
tidur dulu. Assalamualaikum.” Pujuk Puan Anis sebelum memutuskan perbualan.